Wednesday, January 20, 2010

rindu mendalah kecik III

....4 bulan 10 hari

video

oo~dah pandai meniarap skrg kan? pastu tak bagitau kan?

grr..siap ngko ayah wan balik summer nanti. aku kunyah2 pipi ko.

***********

p/s: aku baru abes round exams pagi tadi. lepas ni masuk round baru. cepat betol masa berlalu. kan?

p/s2: cuti winter dah dekat. senior2 feveret dah nak balik dah sume. oh, lambatkan la sket mase tu tiba. please?

Friday, January 8, 2010

Budgerigar [?]

salam sume!!

tau ape tu budgerigar? ye, budgerigar bukan lah sejenis term medic ye walaupon anda adelah freak medic sekalipon. budgerigar adelah sejenis burung dari keluarga parrot. juge dikenali dengan nama parakeet atau budgie dikalangan penggemar2 burung. nama scientificnye Melopsittacus undulatus iaitu dari genus pstaccus [ye, saye tau anda power microb. tak perlulah anda sebut pasal transmission of pstaccosis]. menatangalah ini asal2nya dari hutan2 yg cantik dan hijau di Australia namun kehidupan sesetengah daripada mereka punah apabila sedari kecil sudah dijual beramai2 di pasar berdebu Suq Gom3ah, Sayeda Aishah, Kaherah, Mesir.

akibat kasihan melihat mereka bertungkus lumus utk hidup dalam udara yg tak nyaman dan persekitaran yg bising di Suq Gom3ah, aku secara tiba2 membeli sepasang budgerigar dengan tak semena2. aku juga terpana dengan tindakan sendiri. namun terasa happy juga. sekarang dah ade 3 pasang. kiut2 sume.

budgerigar boleh dikelaskan sebagai top 5 burung yg boleh bercakap dalam dunia. namun, setakat hari ini aku masih belom berjaya mengajar mereka bercakap "farhan, jangan giat stadi sangat..farhan, jangan giat stadi sangat.." walaupon aku mengajar mereka ayat tesebut berulang2 tanpa jemu dari pagi ke malam. tak apa. usaha tangga kejayaan.

budgerigar adelah sejenis burung yg sangat periang serta tak reti senyap. mase mule2 aku membeli Supisupian dan Salamah endut, mereka amat lah pemalu. senyap seharian suntuk sehingga aku risau2 mereka mengalami petit mal epilepsy. maka aku pon mencapai gitar dan memainkan lagu surgaMu (Ungu). tak semena2 derang jadi tak tentu arah memekak dan berdansa. tak sangke sgguh budgerigar juga sukekan lagu2 nasyid. tp boleh jadi juga mereka memekik dan melompat2 kerana sedang memaki nyanyian ku yg tak sedap. siape tahu.

budgerigar juga adelah burung yg bijak bestari. budgerigar berjaya memegang rekod dunia sebagai burung tercerdik apabila seorang warga amerika berjaya mengajar budgerigarnye bernama Puck bertutur menggunakan 1,728 perkataan. namun burung tersebut dah meninggal sejurus selepas mencipta rekod. aku rasa mungkin kerana dia merasakan dirinya terlampau malu menjadi bijak dan nerd lalu dia mati.

budgerigar amat mudah dijaga. amat sesuai utk penggemar2 haiwan yang amat pemalas. mereka boleh bertahan hidup di tengah2 suq gom3ah, masakan pula tak bole tahan dok dalam bilik anda. budgerigar adelah herbivor. beberape bende seperti avocado, makanan yg masin dan berlemak, bawang, cendawan dan kentang adelah toxic kepada mereka [ya,tak ada dlm buku toxic anda. tak payah rujuk]. makanan2 manusia yg lain berunsurkan tumbuhan akan mereka tibai dengan selamat insyaAllah. sambil2 anda makan nasik, bole la suap2kan mereka sekali. mudah bukan?

em..cita2 aku, apabila tiba masanya aku perlu pulang ke tanah air sesudah menamatkan MBBCh nanti, aku ingin melepaskan kesemua mereka beterbangan bebas di udara. semoga mereka bahagia.


GALERI SERINDIT


couple terawal yg aku bela. Salamah Endut dan Supisupian. Pian ni paling gangster antara semua. aku dah berape kali kene gigit dengan paruh besar dia.


itu dia. Pian yg bongkak. jantan paling dominan buat masa ni. mentang2 paruh panjang dan ganas.


my personal favourite: Tito Bilanova [panggil Tito]. wajah angkuh namun paling jinak antara semua. boleh la buat modal aku nak belai2 manja.


yg kelabu [kiri] tu namanye Argento. yg kekurangan tyrosinase [kanan] tu namanye Albino. Argento ni antara paling lawa sebab kaler dia kelabu2 biru pastu kaler kepala n pelepah dia macam perisai gladiator. haha. imaginasi ngarot aku tggi sangat.


Tito amat pemalu. disuik pon senyap je. memang budak baik2 agaknye. malu2 dan comel2. tu yg aku suke tu. ahaha.


saingan Supisupian sebab warna lebih kurang. cumenye yg ni betina. namanye Kumako. kelihatan selalu dibuli. lagi skali aku nampak Pian kacau ko,aku jentik paruh dia.


Salamah Endut. jangan salahkan aku sebab nama ko camtu. salahkan paan salleh.


the proud Argento.


Albino dan Tito sering berasa inferior dan tersisih kerana merasakan ketiadaan stripe langsung pada badan mereka adelah lucu bg seekor budgerigar.


rumah baru. lebih selesa. rumah kayu tepi sangkar tu adelah khas utk bertelur. err.. boleh juga digunakan utk proses penghasilan telur. pandai2 la ye..

Wednesday, January 6, 2010

cara meneka tajaan budak2.

salam sume!!

[kisah ini diubahsuai sedikit mengikut citarasa dan gaya bahasa aku menaip sesuka hati. namun kisahnye benar]

tadi aku ngan Acap Isa Saidi pegi buat izin dafa' [surat 'meminta izin' membayar yuran. ceh. bayar yuran pon nak kene mintak izin. aih~] kat pejabat Cairo U. lepas siap je urusan kitorg, masuk la segerombolan budak2 perempuan melayu dalam pejabat. baru abes kelas agaknye. daripada jenis pakaian musim sejuk dan cara menggalas beg sandang, aku membuat andaian bahawa mereke adelah student tahun 1.

kisahnye, tiba2 derang datang kat kitorg dan bertanya pasal kernih..

[dialog]


budak2 tersebut: err..nak tanye..kalo nak amek kernih macamane?

aku yg angkuh: ooh..bole je amek tp dah bayar yuran ke belom?

budak2 tersebut: dah,dah! dah bayar dah. [muke puas hati sebab dah bayar yuran]

aku yg angkuh: oo..ok..ade bawak kertas kuning dari bank tak? [resit bank. kalernye kuning x ubah2 sejak dulu]

budak2 tersebut: oh, ade bawak. bagi mcm tu je?

aku yg angkuh: aah. tp kene bayar 185 genih kot kalo x silap..kan acap kan?

acap isa saidi: aah..lebih kurang harge tu la..seratus lebih..

budak2 tersebut: HAA?? SERATUS LAPAN PULUH LIMA GENIH?? MAHALNYEEEE!!

aku yg angkuh: [tersengih sebab dalam hati aku dapat meneka sesuatu daripada reaksi diorg]


aku
dan acap isa saidi pon berlalu pergi meninggalkan mereka...


acap isa saidi [sambil senyum2] : budak2 JAIS la tu..tengok reaksi "ha??mahalnyeee!!" pon dah tau..

aku direct tesenyum sebab rupenye acap isa saidi pon berfikiran yg sama dengan aku tentang reaksi mereka. untuk menyedapkan hati dan sebagai confirmation test, aku pon sanggup berpatah balik sedikit dan bertanye:

aku yg angkuh: ni semua student JAIS ye?

budak2 tersebut: aah..aah..*mengangguk bangga*


aku tersengih2 dan tergelak2 kecil sehingga sampai ke rumah mengenangkan betapa predictablenye kami.

Friday, January 1, 2010

pengembala ikan maju.

salam sume!

semenjak berpindah rumah baru, aku sering menterjebakkan diri dalam kegiatan2 ahli rumah baru. abg far dan daud sulaiman merupakan 2 nama yg semakin diperkatakan dlm bidang penternakan ikan air tawar termaju di kalangan pelajar perubatan.

setiap jumaat bermula selepas solat jumaat sehingga matahri terbenam, sile la mati jika mahu berurusan dengan mereka. mereka amat sibuk berpeleseran di sayeda aisyah menguruskan kerja2 penternakan, jual beli, maintenance dan sebagainya. mereka akan bangkit awal di hari jumaat, bersiap2 dan makan, solat jumaat dan terus ke Suq Goma3ah di sayeda aisyah dgn laju.

pada mggu lepas, aku berkesempatan di sebalik kesempitan wang *maki2 JAIS* mengikut mereka ke suq. atau lebih tepat aku namakan sebagai zoo. aku sangkekan tempat itu hanye menjual ikan2, rupenye segala mcm jenis haiwan dijual seperti menjual kuih chakoi di pasar malam. kelawar, landak, buaya, ular, tenggiling, iguana, chameleon, giant turtle, burung2 seperti serindit, nuri, helang pon ada. "haramjadah ape tempat ni??" getus hatiku. tambahan pulak, hargenye murah2 tak logic dan tak perlu ade lesen utk beli natang2 exotic tu sume.

2 orang pengusaha akuatik ni pon mcm bese la memborong ikan semahunya. bagi abg far, ikan laga atau mo7areb atau fighter adelah pilihan utama. memori bermain ikan laga di sawah semasa kecil adelah faktor utama kegiatan beliau ini. setakat ni,usaha penternakan guppy adelah paling sukar bagi daud dan abg far kerana setiap kali beli yg baru pastu mereke meninggal beramai2. mereke juga pernah membela piranha [ade jual kat suq tu. 10 genih. nak nangis aku ingatkan bende ni rare gile] namun mati jua kerana suhu yg barangkali tak sesuai. selain itu juga, mereke membela ikan sepat, angle fish, sejenis shark air tawar dan beberape jenis ikan yg tak diketahui jenisnye. daud juga ade membela 3 ekor kura2 kecil yg diletakkan bersama 3 ekor siput yg aku rs adelah jenis biomphalaria alexandrina [sile jgn cakap pasal penyakit yg dia boleh transmit walaupon anda budak medic tahun 3 yg tgh semangat parasit. please]. utk melihat ikan2 yg dibela daud sulaiman,sile klik sini.

makanye sekarang ni rumah aku dah mcm Underwater World takpon Aquaria. kami juge tengah dlm proses membincangkan utk membuka kaunter pembayaran masuk utk pengunjung di depan pintu rumah [entri fee] x lama lagi.

*************

sekarang ini jam 3.53 petang. mereka berdua sedang berada di suq gom3ah. aku x dpt nak ikut walaupon nak sangat2 ikut. semuanye angkara JAIS yg tak perihatin terhadap perut aku. dak2 JPA pon kalo delay 3 mggu dah rengek2, ni pulak dak zakat yg mcm aku delay 3 bulan. wtfun.


GALERI ZOO/SUQ GOM3Ah

gambar x sempat diambil banyak sebab henset cabuk ni ade memori yg ckup utk 11 keping gambar je. bile la aku nak buang henset ni. aih.


ni anak buaya. apapepon, still buaya ok. kalo bela boleh besar lg ni. ade potensi. cumenye kalo bela tak tau nak kasik makan ape. aku sndiri pon makan megi je,takkan nak kasik ngko makan daging. lemak ah.


ular2 ni aku rasa jinak ni. sebab bile aku buat bunyi meow2 dia mcm respon lebih je.


kura2 besar. yg style idop atas darat punye. hati kering. x yah makan pon boleh hidop. harga tak sampai 20 genih pon.


ular ni special. tuan dia belai2 pakai tangan relek je. tu pasal dia dok sorg2. dah biase dimanjekan agaknye.


macam2 jenis burung. warna warni. memang cun. harga sepasang dlm 20-50 genih mengikut saiz dan keayuan.


seksyen ikan2. dari ikan emas sampai ikan ringga [ikan masin arab] pon ade jual kat kedai ni.


para pengembala sedang menilai tahap potensi ikan laga. mereka btol2 pakar.


perbincangan demi perbincangan secara detail dan saintifik dilakukan. pembelian baka yg tidak baik perlu dielak.


murah dan berbaloi pagi penggemar2 hidupan akuatik. mari2 ke suq.



p/s: oh,hari ni tahun baru. sempena itu syarikat telefon etisalat telah berikhtiar memberikan hadiah kepada pengguna2nya dengan menaikkan semula harga SMS 29 irsh ke malaysia kepada 80 irsh. memang mcm haram rs nak ngamok skrg.
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.