Wednesday, March 24, 2010

Zariff.





"waa..nanti bole jadi ustaz ni..tak pon jadi dokte alhafiz ke, engineer alhafiz ke.." kata aku kepada sepupu ku Zariff.

Zariff hanye tesenyum je. baik budaknya. berkopiah putih. baru tingkatan 2 tapi tak nakal mcm budak2 lain sangat. pendiam dan patuh je sape2 suruh buat ape pon sambil senyum. jarang aku jumpa budak2 mcmni. aku takkan lupekan senyuman dia. naik je sekolah menengah tingkatan 1 dia dah dididik menghafaz quran di sekolah tahfiz. minat betol dia. alhamdulillah, Maktam ngan Paktam lega ada anak mcm Zariff..

sebulan yg lalu aku dengar zariff demam. Maktam bawak Zariff balik dari asrama. tak lama kemudian kulitnya tumbuh biji2. disangkakan campak tapi makin melarat sehingga cirit birit tak henti. doktor tak benarkan Zariff makan sgt. badannya yg berisi sejak masuk asrama tu semakin menyusut. tulang dan kulit. Zariff tak menangis. cuma kadangkala dia teringin nak makan. wajah lembutnya itu mengharapkan masakan ibu barangkali. rindu. namun doktor tidak membenarkan takut cirit birit lagi. Zariff sabar dan diam je.

Zariff dimasukkan ke ICU. keputusan ujian darah yg dah dihantar ke Australia juga tidak diketahui. penyakitnya tak dapat dikesan. kesian Zariff sakit. kulitnya habis mengelupas kata mama. luka sana sini. alahan ubat juga menjadi2. tp Zariff baik. dia tahan. lama dia tahan. sehinggalah minggu lalu aku dengar paru2 Zariff dijangkiti kuman. nosocomial. seringkali mama nampak Zariff hendak bercakap tapi terbantut dan tercungap kerana payah mengumpul nafas.

kelmarin Abah telefon aku. lewat malam. aku takut utk menjawab panggilan Abah kerana Abah jarang hubungi aku kalau tiada urusan penting. aku jawab panggilan dan aku dengar suara abah.

***

senyuman yg aku lihat di Malaysia tempoh hari itu rupenye adelah senyuman Zariff yg akhir buat aku. Zariff, abg syazwan sayang Zariff. bergembira di sana ye..Alfatihah dan kenangan dari abg syazwan buat Zariff..semoga dapat abg syazwan lihat lagi senyuman tu nanti..


Arwah Zariff [2007]
-bersama ayahnya (paktam)


arwah masa sekolah rendah.


gambar terbaru Zariff semasa di sekolah tahfiz.

Thursday, March 11, 2010

walhal tak kaya tapi berlalalala dengan duit lebih

salam sume!!


***

duit2 hasil show Munaww*rah [malu nak taip penuh. maka aku censoredkan. harap2 orang tak dapat teka aku taip apa] yg dikumpul dari tahun2 sudah especially masa zaman kami giat pada 2007 dulu telah banyak kami habiskan dengan membeli alat2 muzik yg pelbagai. ku sangkakan telah habes kesemua duit terbabit. rupenye si apest kacakbijaktaftinggicharmingtakkanlakautakseronok memberitahu aku yg duit show masih berbaki dalam beratus2. kami decide utk mengahabeskan sisa2 duit tersebut di costa sahaja lah.

sambil2 makan dan minum aku teringat balik zaman2 tu..

masa mula2 aku jadi exc* sukan dan aktiviti luar [aku x recognize nama singkatan] dulu, aku di tahun 2. sebab aku rajin tempah padang bola masa tahun 1 maka padahnye padan la muka. masa tu badan kebajikan pelajar perubatan malaysia mesir [nama lama] amat simple. program sambutan raya hanya diisi dengan ucapan2 dan makan2. maka aku cuba selitkan sket hiburan dalam program seumpama itu. kat situ lah keluarnye Munaww*rah. idea nama tu keluar masa tengah makan ramai2 kat arma dan takde kaitan dengan nama mana2 rumah dak ppuan sekitar munirah yg bernama beit munawwarah. sumpah takde kaitan. kebetulan. em,show pertama kami adelah sambutan hari raya aidilfitri maaf zahir batin 2006. aku malu kalo dengar balik show tu sampai rasa nak sumpah diri sndiri jadi singki.

masa belalu,kitorg banyak belatih bersama. tak sedap pon tp keserasian itu slow2 terbina oh matila poyonye rasa nak sepak. bukan ape,utk buat 1 team bukannye mudah seperti bermain guli. [jgn masuk blog aku cakap pasal teamwork dalam commed, please]. tak tau kenape masa tu [2007-2008] semangat sgguh menyanyi.

zaman ni rajin btol2 mendalah2 ni pegi embassy belatih hari2 [Asean-2007]


asal ada petandingan je mesti kami alert. oleh kerana tak mahu terlibat dalam urusan persatuan pelajar perubatan malaysia mesir [nama baru dah time ni] yg memerlukan surat,meeting,persetujuan,perbincangan,pengharaman gitar,silelah-gunekan-minus one-walhal-sama-je-dlm-minus one-tu-pon-guna-gitar dan sebagainya utk masuk petandingan, maka kami pegi dengan senyap2 dan bertanding atau buat pesembahan di mana2 bukan di bawah nama persatuan. masa tu memang gila agaknye bebudak ni. pantang lepa mesti nak nyanyi. aih~temasuk la aku T_T

sampai la pesembahan terakhir yg aku ingat adelah sambutan hari raya aidilfitri yg mulia di nadi muqawwalun. pastu masing2 taubat nasuhah dan insaf daripada segala gejala2 ngarut ni. masa bersuka ria sudah tamat. ade baki setahun lebih je kat mesir ni ha. bawak2 la baca buku sket. tp kenangan belatih sama2, petandingan Asean, show CICC, malam dengan jamal abdillah, family day sume tu memang terbaik la rakan2.

anugerah pesembahan terbaik petandingan Asean 2007


pakcik jamal. macam nama drebar bas skolah rendah aku.


backstage CICC [2008]


maka, kami tutup kisah semua tu dengan pegi mengostet [istilah iwan utk meng-costa] secara jemaah sambil mengarot seadanya.

GALERI GAMBAR NGOSTET MINGGU LEPAS:


dah tua. bek ngkome fikir masa depan ape nak jadi ha. [reunion penutup munaww*r*h]


reunion JAIS? yg pakai baju adidas tu barang rare tu. susah nak dapat,bhai..
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.