Thursday, December 30, 2010

pagi yang gelap kini sudah terang.

duit biasiswa dah masokkkkkk.

arghhhhhh.



Saturday, December 25, 2010

paranoid.


#1:
baru2 ni aku terbaca blog-blog orang yg paranoid terhadap teori konspirasi. kalo sikit2 aku tahan lagi tapi kalo sampai dah tahap upin dengan ipin pon jadi bahan teori memang bongok la kan.

katenye:

sebutlah Uffin. bukan Upin kerana dalam bahasa Aramaic Upin bermaksud "aku benci rasul"
dan sebutlah Ariffin (mcm nama bapak aku pulak dah ha) dan bukannye Ipin kerana dalam bahasa Syriac bermaksud "aku suka israel"

bole pulak dia rajin bebenor carik maksud pekataan 'Upin' dengan 'Ipin' tu dalam berlainan bahasa kan. pening betol. pastu ade lagi:

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

ahahaha. teguling aku. agaknye lepas ni banyak akidah orang bercinte rosak sebab gune kata ganti diri 'I' dan 'U'. takpon semua jenis bende yg berhuruf I dan U akan jadi konpirasi seperti Usop sontorian, Ultraman taro, majalah I-man, Ikan goreng, Ustazah muhafazah cantik2, Unta, Iguana, Ida nerina, Indra putra mahyudin, Itik pulang petang, Itik serati jiran dan lain2.

kesian la dekat Upin dengan Ipin. katun budak2 tu, beb. sempat pulak Israel laknat mane tah nak hallo2 pengarah filem Upin Ipin tu kasik konspirasi sebarang dua.


#2:
ade jugak yg aku terbaca pasal konspirasi illuminati kejadah tentang bola sepak. aku jumpe bende ni dari 2 tahun lepas lagi. aku dengan paan salleh baca pastu gelak2 sebab kesungguhan manusia mencarik bukti2 illuminati. kadangkala aku rasa mcm keliru tak tahan nak gelak ke atau nak nangis. tak pasal2 AC milan ngan MU punye lambang pon kene. tekan link

macam2 la weh. walaupon aku anti MU tapi jangan la berusaha bebenar carik bende2 illuminati ni semua. kesian atok ferguson tak bole nak beli player Islam nanti. rugi la bakat2 player islam seperti Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. lul.


#3:
ni latest aku baca. paling kelakar. walaupon aku bukan hantu gadget tapi aku tetap rasa kelaka.

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

terduduk aku bertasbih bile baca bende ni (masa baca tu aku berdiri). siap solat tak sah lagi 40 hari. aih, pandai2 korang la. cume aku nak bagitau paranoid ni la yang membuatkan umat Islam jadi penakut. semua bende nak diragu2. semua bende nak diburuk-sangke. nampak apebende yg ada kaitan sikit dengan sign2 illuminati/freemason abes diragunye (cth: checkerboard, pyramid shaped, lady in red, one eye dan lain2 korang baca la sendiri pasal sign2 illuminati/freemason ni) lepas tu gadoh same2 Islam. haish..

community medicine pon konspirasi. patut la aku amek dur tani dulu.


teksi kat cairo (checkerboard)


telur mata kerbau.


tq blogger2 ntah mane2 (aku tak ingat mana satu) yg banyak aku baca idea2 mereke.

Saturday, December 18, 2010

kasih keluarga.

bila pulang ke rumah dari airport, aku perasan bilik aku sunyi.. dah takde suara2 riuh mereka.. takde suara mama panggil2. suara gelak tawa derang dah hilang.. suara izz jerit2 pon dah takde..

aku tengok barang2 yg derang tinggalkan satu2.. aku kutip, aku simpan..

nasi lemak yg mama masak pagi tadi pon aku simpan.. sayang rasa nak abeskan.

baju2 abah yg abah tinggalkan untuk aku pakai terus aku bersihkan satu2.

...pastu aku terjumpe baju izz tepi almari. aku cium baju dia. aku peluk. aku teringat izz sangat.

aku tak segan untuk menangis banyak2 sepanjang hari. aku rindu diorang..diorang family aku.

Friday, December 10, 2010

kisah tauladan tentang sekolah dulu-dulu.

hari ni aku nak cerite sebuah kisah tauladan. aku cukop nyampah dengan satu jenis perangai ni. korang penah jumpe tak ustat2 atau budak2 medic yang bile ditanye dulu sekolah mana pehtu dia kate "ade la sekolah ni..kat selangor..". pehtu bile ditanye dengan lebih teperinci, dia jawab "sekolah kat Klang..".

ape ke susah ko nak ngaku ko KISAS ha,mangkok? kalo cakap ko KISAS pon ape jadi? muke orang ramai akan luluh ke ape akibat malu jumpe org bijak lestari?

dah berkali2 bende mcm ni terjadi sepanjang 6 tahun duduk mesir. terbaru ni, tak sampai beberape hari lepas, diriwayatkan ade member aku sorang ni pegi buat lesen dan terjumpe la sorang ustat ni kat tempat tu.

ustat ni tanye member aku tu dulu sekolah mana. (agak samar2 jugak la kan perangai dia nak suruh org tanye balik dia pulak sekolah mane..tapi bole syak kot) so member aku jawab pendek dan padat "sekolah agama bestari JAIS.."

"oo..sekolah tu! pandai tu budak2 sekolah tu!!.." reaksi ustat tu. mcm haram perangai tah ape niat dia.

pehtu member aku ni pulak saje la ringan mulut tande orang baik-baik bertanye la balik kat ustat tu "ustat dlu sekola mane pulak?.."

ustat tu jawab "em..ana? adelah satu sekola ni kat selangor.."

member aku yg dah sememangnye masak dengan perangai spesis ni hasil dari didikan batch aku pon terus tersenyum dalam hati. agaknye member aku ni siap maki sekali sedas dua dalam diam. member aku pon teros bagi reaksi seterusnye (ustat ni kompom la tengah tunggu member aku tu tanye lagi sampai abes).

"oo..kat selangor..kat mane eh?" tanye member aku.

"err..kat Klang.." jawab ustat poyo terbabit.

"oo..Klang? hishamudin kampung jawa eh? "
"PKG kampung jawa?"
"sekolah tamil dekat2 town tu?"
"sekolah ape eh..sekolah methodist sebelah sungai tu ke?"
abes semua jenis sekolah keliling Klang member aku tu sebot. (nama2 sekolah yg member aku sebot tu aku tak ingat sebenarnye. yg atas tu aku tibai je except hishamuddin) melainkan sekolah ustat tu je member aku tanak sebot. buat2 mcm tak tau dan tak pernah dengar.

last2 ustat tu ngaku jugak dia sekolah KISAS. namun member aku tak bagi respon. senyap je.
hambek ngko.

aku bile dengar cerite ni tadi teros aku bersyukur dan berharap semoga spesis mcmni tak wujud lagi. poyo nak mampus,tahu?

p/s: budak KISAS yg best tersangat la ramai. member2 aku sume best2. paan salleh jua best. cool je. kelas pertama KISAS spm 2004 siap. aku cume meluat satu spesis yg konon2 tanak ngaku dia KISAS ni je. supaya nak menjaga hati org ramai agar tak tersinggung dengan kebijaksanaan dia ke ape? takde aku nak pengsan nyelah bile dengar ko KISAS. tapi aku still respek budak2 KISAS. memang sume bijak2 dan muhtaram. cume jangan la poyo kalo org tanye sekolah mane dlu. budak2 yg sekolah biase2 lain ni sakit hati ok?
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.