Wednesday, February 15, 2012

MBBCh, Cairo University.

"halloo.. ye, saya nak bercakap dengan Dr Nazrul Syazwan ye.. hehe.. tahniah weh, result dah keluaq.. hg pass.." -Farhan Salleh, 5pm ++, Cairo.

Alhamdulillah. Nak bederai air mata jantan gua. Dah la gua tengah mamai-mamai meninggalkan katil sebab nak jawab fon berdering lagu Sarang Suro Wo. Dapat berita macam ni terus gua celik. Ya Rabb, terima kasih. Penantian gua selama berminggu-minggu sejak habis exam hujung Januari lepas terjawab sudah. Doa gua dimakbulkan Allah dengan keputusan yang gua harapkan.

Gua sekadar nak coretkan betapa gua rasa tak sangka benda ni akhirnya berlaku. Gua grad dari universiti perubatan..? wow. Sungguh gua tak tipu, gua memang serupa tak percaya. gua dah try dah tadi suruh bini gua lempang-lempangkan pipi kot-kot gua mimpi tapi bini gua refuse lambang isteri yang baik. Gua tarik napas dalam-dalam. memang betul gua dah grad. Alhamdulillah. Terus sujud syukur tanpa berfikir panjang.

Gua nak bercerita. Gua grad dari U dengan cara yang agak berbeza dengan sesetengah kawan-kawan yang lain. Gua amek risiko yang gua nak try macam-macam benda dan enjoy masa gua jadi student ni ke taraf maksima. Sejak naik 2nd year gua mula sedar yang bidang ni memang tak tipu sangat gua tak minat. Puas gua fikir macamana nak kasi gua enjoy zaman belajar. Gua tengok suasana student medic secara amnya memang tak berapa ada life dan stressful. Tapi tak boleh salahkan diorang sebab memang itu la methodnya untuk sakses dalam bidang ni. Cumanya method ni tak kena dengan gua. Gua dah cuba tapi makin lama minat gua makin pudar. So gua decide yang gua kena guna method sendiri supaya gua ada minat nak belajar dan tak stress. Gua cuba balancekan antara enjoy gila babi dengan study. Gua nak jugak buat macam-macam dan main puas-puas disamping tak ketepikan study gua. Walaupun susah tapi gua tetap berdegil nak ikut cara ni. Hasilnya tiap-tiap tahun result gua memang tak berapa terbang berwarna-warni macam rakan-rakan yang lain tapi gua puas. Gua tak sangka gua mampu buat cara ni. Terima kasih Tuhan sebab izinkan aku bergembira sebagai pelajar perubatan selama ni.

Nikmat apa lagi yang gua nak dustakan? I enjoyed my student life to the max, I'm married to the girl I love the most, I'm expecting something big coming up soon, and I'm officially graduated from medical school. No words can describe how i feel right now and how grateful I am. Tak cukup tanah gua nak sujud rasanya. Cuma mulut je tak henti-henti cakap alhamdulillah.

And for the record, gua dah pun kat Malaysia sekarang. Gua decide untuk balik awal sebelum result keluar sebab obviously gua rindukan isteri gua. Apa lagi. Lu orang kalau belum kawen jangan nak eksyen ye. Rasa dulu baru tau pedih tak pedih berpisah berjauhan. lol. Gua gamble je balik sebab gua dah tawakkal. Bila dah tawakkal apa lagi mau takut ye dak? Alhamdulillah tak sia-sia decision gua ni. So pasni urusan sijil dan lain-lain dari U sebagai pengesahan aku lulus MBBCh gua serahkan pergantungan kepada Acap Isa sepenuhnya. Sori Acap! Tapi gua tau Acap memang memahami situasi gua. Dia sahabat seperjuangan yang selalu memahami gua selama dekat 7 tahun ni.

So, gua kat sini nak dedicate kejayaan gua ni buat Mama & Abah yang pertama sekali. Tanpa dorongan diorang ni gua takkan mampu la nak jadi student medic. Mustahil. Doa mama gua paling power sekali gua rasa. Abah pulak sifat supportivenya tak pernah buat gua rasa down lama. Tiap kali cakap dengan Abah kompem gua semangat balik nak baca buku. Tu belum masuk hal duit dan perbelanjaan yang Abah keluarkan nak bagi gua study dengan tenang kat sini. Kejayaan gua memang sememangnya hak Mama & Abah. Tak sabar gua nak kasi tau kat diorang yang gua dah lulus. Esok pagi insyaAllah gua nak ke Shah Alam (gua sekarang kat rumah mertua gua) kasi surprise. Can't wait! :D

Seterusnya kompem la buat Isteri gua yang sangat-sangat-sangat gua sayang, Nurdiyana Binti Asmawi. Dia yang pertama tau pasal kejayaan gua ni pagi tadi. Kenangan bersama-sama di Mesir time gua exam itu hari paling gua tak boleh lupa. Gua selalu berangan nak kawen time belajar dan ada isteri teman gua 24/7. Tak sangka gua dapat apa yang gua hajatkan. Terkenang-kenang je kemanisannya. Tak terungkap pengorbanan dia jaga gua selama lepas kawen ni. Gua janji, sepanjang hidup gua selagi gua bernafas, gua akan jaga dan protect dia sampai habis kudrat gua. I will :)

Lepas tu, gua nak dedicate jugak kejayaan ni buat sahabat-sahabat yang rapat dengan gua terutamanya yang kat area Cairo. Paan, Haikal, Akmalhakim, Taha, Farid, Acap, Apis, Ambe, Pikai, Bakemal, Mat, Azah, Izzati, Hamizah, Khadijah, Hazfizah, Kak Paan, Kak Mai, Apest, Iwan, Abe, Haziq, Faiz, Antu, Daud Soleman, Wawan, Acap Rahim, Huzaifah, dan lain-lain. Korang la sumber hiburan gua sepanjang jadi student. Time gua down, lu orang sapot pelan-pelan. Time gua up lu orang bakar macam nak gila. Sayang gila babeyh la kat korang gua tak tipu. Untuk senior-senior lama gua pun, gua rasa gua berhutang separuh nyawa dengan diorang sebab bela gua, jaga gua, ajar gua cakap ammiyah, ajar gua cara hidup kat Mesir, ajar gua masak, ajar gua jadi dewasa, ajar gua semua la! heh. Gua sesungguhnya terhutang budi sampai mati.

Next, junior-junior yang tak dapat la gua nak taip satu-satu nama. Semua yang rasa korang kenal dan rapat dengan gua, gua cukup terharu dengan kepercayaan lu orang selama ni. Walaupun lu orang tau yang gua ni below par secara konsisten, tapi gua dapat rasakan lu orang selalu sapot gua dari belakang. Walaupun gua ni terang-terang pembangkang besar persatuan PERUBATAN, gua nak lu orang tau yang gua tegur apa semua tu demi kebaikan PERUBATAN tu sendiri sebenarnya supaya tak berlebih-lebihan dan lari dari idea asal penubuhan. Maafkan gua kalau banyak berkasar bahasa. em.. Buat junior-junior yang agak sombong dengan gua lagi-lagi bebudak 1st year yang selisih pun tak reply senyum, selisish bahu tapi haram tak tegur, gua harap lu orang tukar la attitude tu. Gua ni membesar dengan kasih sayang sahabat dan senior. Gua yakin lu orang takkan berkembang kalau sombong macam tu sampai ke tua. Pergi la mampus sama persatuan lu orang kalau nilai bersatu dalam persatuan tu tak ada. Jangan kan nak bersatu, nak bertegur sapa pun susah. Gua doakan suasana harmoni antara semua lapisan umur yang gua dah perjuangkan sejak 2005 akan terus jadi amalan kat Mesir sana.

Buat sahabat-sahabat sekuliah gua juga gua tak lupakan. My colleagues from Jordan, Palestine, Syria, Saudi Arabia, Somalia, Djibouti, Mauritania, Chad, Sudan, and many more. I owe u guys everything for making my life as a student such a great life to be remembered. Thanks for teaching me everything be it arabic language, medicine or anything even a small tiny bit of unimportant thing, I appreciate them very much. I'm looking forward to see you guys again in the future. I'm gonna miss all of you, really..

Dan lastly untuk semua yang mengenali gua secara langsung atau tak, gua berterima kasih sebab lu orang banyak doakan gua dan dorong gua biar berakal sikit. Gua tau gua memang lagha tapi lu orang yang selalu betulkan langkah gua bila mana gua silap. Peranan lu orang besar dalam hidup gua. Thank you semua..

Egypt, I'll see you again in the future inshaAllah..

MUHAMMAD NAZRUL SYAZWAN BIN KAMARUL ARIFFIN,
MBBCH, CAIRO UNIVERSITY.
2005-2012.



Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.