kelmarin. naseb baik pagi tu gua sempat masuk dewan exam dengan tenang. exam pukul 8 tp 7.35 gua tengok member2 dok pakai singlet lagi tak siap2. lenggang mak limah seround dua. lepas tu masing2 mula lah kelam kabut. pakcik teksi pon dah nak langgar 3 orang dah atas jalan sebab gua suruh dia drive pantas. hospital O&G pulak jauh jaraknye dari pintu depan U. jiwa kacau sket. sampai2 je memang rezeki on time. slide pertama baru nak dimulakan. gigil2 gua tulis nama dan angka giliran laju. harap2 gua tak tetulis 'warouq'. kacau nanti.
10 slides berlalu kencang. gua bepeluh2 memikirkan jawapan untuk soalan pada setiap gambar. tambah pulak pen gua buat hal pagi tu macam senggugut sikit sangkut2 dakwatnye. "demmit!" bingkis hati gua. gua tengok paan salleh riang. natang ni dah nak balik mesia hari ni kasik la gua bakar last.
round ke dua, exam sejarah pulak. ambek history. patient petama gua sheet pasal past history sajor. patient kedua, menstrual history. masa yg di bagi takde la lama mana. tulisan gua memang dah haramjadah dah. gua setuju memang btol tulisan dokte burok. tp naseb bek patient dua orang ni baik. siap suruh gua tenang2 sket sebab nampak gua bertanye soalan kat dia mcm tak cukup napas sbb nak kejar masa. naseb bek tak dapat obstetric history anak 8 orang.
lepas tu exam oral. gua tak berape suke. dapat dokte yang agak garang. tapi gua buat muka tabah. harap dia faham gua cuak. cemane banding pon, dokte2 pediatrics gak best sebab sume senyum je pastu kalo gua tesalah pon derang tak marah n bagi motivasi. gua sayang pediatrics lebih la. (info exam praktikal pediatrics hari tu - 3 x rays, 2 CT scan, CBC, urine/stool analysis, gambar2, arterial blood gases, 1 full history, 2 patient utk clinical examinations, 1 dokte tanye pasal investigations, 1 dokte utk differential, 1 dokte utk treatment, 1 dokte utk oral exam)
secara tak rasminye tamat lah sudah pengajian tahun 5 gua dan rakan2 taulan. abes je exam gua salam2 dengan member2 arab semua sebab masing2 pon dah nak balik negara masing2. apis hamzah terus direct pegi tahrir beli tiket ke france. gua ingatkan dia seloroh. pukul 5 petang dia dah ilang ke paris. baru dapat ilham nak pegi paris masa malam sebelum exam katenye. memang style.
gua & naif. antara member arab yang paling gua rapat.
petang abes exam. gua, paan n daud pegi membeli belah barang nak bawak balik negara. ke hussein la mane lagi. budak melayu ramai kat khan khalili. gua pun dah tak tau mane satu budak medic, mane satu budak azhar. derang tengok gua pon nampak mcm muka keliru. sebab gaya gua tak terpelajar langsung, medic tak azhar pon tak. gua tak beli barang sangat. saving. setakat beli barang2 memenuhi hajat orang2 yg memesan kat malaysia je. lagipon misi utama gua bukan khan khalili tapi misi mencari pil barakah sekartun yang masih belum tecapai. berminggu2 gua carik. semua pharmacy dah kehabisan stock. call2 ustat Alang pon katenye dah abes. tanye2 ustat len pon kate mereka dah abes. gua macam putus harap.
malamnya, gua bekumpul dengan rakan2 sebatch kaherah kat costa coffee. sambut birthday faiz yang comel. lama tak kumpul sama. gua merepek puas2 sampai pening. frescato double chocolate malamtu tak sedap langsung.
malam tu ramai tido kat rumah gua. acap isa & izwan isa pon ada. kami main PES sampai lebam. gua dah tak larat, gua tido dulu sekitar 3 pagi kat hall. bangun2 je lepas telajak subuh, gua tengok iwan ngan acap isa dalam bilik gua masih gagah ngadap PC gua men PES. tak penat ke derang ni. gua syak derang makan gambir.
***
semalam, misi mencari barakah diteruskan. daud dah resah sebab dia pon nak gak sekartun tapi tak dapat2. daud call merata2. gua tengok je. last2 dia call Bawan nordin. bawan kata mebi ade kat pejabat PMRAM. dia pegi check dulu. kami riang.
sebelah petang gua main bola kat zenhum. ni kiranye last la sebelum balik malaysia. petang tu gua nampak soleh pakai seluar track panjang. gua letak henset dalam poket. gua naik teksi ramai2. sampai2 je zenhum, gua perasan henset bersimkad Maxis gua lenyap. gua saspek cicir dalam teksi. demmit. gua dah tak senang duduk. henset tu walaupon cikai [nokia 3100], tapi benilai. usia dia dah nak masuk 6 tahun. gua pakai dari SPM lagi buat tekel tunang gua skarang. SMS2 jiwang zaman budak2 dulu pon ade lagi gua tak delete. sedih gila kalo ilang. gua nekad nak cari. gua nak call henset tu tapi tak cukup kredit. gua SMS je gune henset bersimkad etisalat gua ke henset maxis gua yg cicir tu. gua text dalam arab : sori, henset ni tercicir tadi masa saya naik teksi ni. bole tak awak call nombor ni 0112216**6. saye budak malaysia. saya tak ensem dan pemalas [ok yg ni gua tambah]. lama jugak gua tunggu. sedih toksah cakap la. tibe2 tengah gua passing2 bola, ade orang call. driver teksi tu yg call. dia tanye koordinat gua kat mana mase tu. gua cakap gua kat zenhum lagi. dia suruh tunggu, dia kat Feisol, dia nak datang antar. tertangis gua mase tu. hepi sampai gua cium tiang gol. sampai je brader teksi tu, gua nak hulur duit minyak sebab sanggup patah balik dari Feisol. driver teksi tu taknak. lu orang bole bayang tak camane murni hati dia? kebelakangan ni gua banyak sangat jumpe orang baik2 kat kaherah ni. terime kasih Allah.
lepas je balik dari main bola, gua men fesbuk sepatah dua kata, teros mandi n siap2 nak meneruskan misi barakah. gua, daud n adik daud tahan teksi ke sabe3. sampai je dekat2 rumah perlis, meter cecah LE 19.25 sebab jam. gua nampak bawan dah tunggu dah dari jauh. lama tak nampak bawan. rindu jugak rasanye. hari tu dia balik sekejap msia lepaskan rindu kat isteri dan anak. gua respek bawan gile2 la lagi2 sejak sama2 pegi Darfur tahun lepas. bawan suami yang penyayang.
bawan senyum hulur 2 beg plastik penuh dengan pil barakah. aku pon senyum tak tesorok dah gigi. hepi misi tercapai. gua syak ni 2 pukal terakhir barakah dalam kaherah. terima kasih Tuhan kasik ilham tolong hamba carik barakah terakhir ni.
tulat gua dah nak balik malaysia. banyak benda gua plan nak buat kat malaysia nanti. yang penting gua nak jadi anak yang baik. gua tau mak gua mesti dah rindu kat anak laki dia yang sorang secara tak terkata dah. barang2 dah banyak yang gua dah packing. gua pack awal sebab malas kelam kabut. gua rasa masa jalan laju la. kawan2, doakan result gua okeh.
22 comments:
didoakan result okeh.
doakan kitorang sume jugak!
insyaAllah. doa aku bersama kalian. good luck atiqah
bab apis hamzah tu memang kagum habis la. macam mana bole wujud pemikiran macam tu ? nanti bila dia balik sini suruh dia pm saya cepat2 nak mntk tips.
lucky gile abg nazrouq. selalunya kalo henpon dah tercicir memg say gudbye terus. semoga Allah memuliakan pakcik tersebut.
selamat pulang lah ye.krm salam semua.
kthanxbai.
ha, aku pon tak abes kagum lagi pasal apis. ntah ape dia tgh buat skrg ni kat paris. bestnye la
tu la. lucky betol smalam. tak sia2 aku gelisah sorang2 selama setengah jam. syg sgt kat henset ni.
baik2. slmt2. babai
wah, dah tukar layout baru! (^_^)
ala, theme layout hitam lebih kurg sama je mcm yg lama. takleh tukar secara drastik nanti hilang la identiti. ^^
warouq2......aku nmpak kan....mcm wajah kau berwarna cerah sikit...lalu aku brasa skit kagum..
soryla tu je aku nmpak kt entry kau ni... ;p
efek cahaya je tu. telebih lighting. punye la panjang aku siapkan karangan pengalaman ni, itu je yg ko nampak? penat ok,penat.
oh mknenye esok la kaw balek mesia ye waroq.... slamat sampai la ye...n slamat bertemu insan2 tersayang...n slamat mkn nasik lemak sambal peparu... ;)
hai ndea! aah,esok aku balik. luse sampai. haih lamanye pejalanan. kalo ade pintu suke ati pgtd dah aku sarapan nasik lemak peparu dgn milo. cis.
jumpe insan tesayang tu mcm agenda seronok je. tq ingatkan aku. hoho
fuyyo g exam siap berblazer2 bagai...protokol abes
biase la. university aku nampak je cabuk tapi sebenarnye skema. hoho. banyak la ko. ni tradisi la. exam clinical kene poyo. T_T
WANN! ak0 sangat moved dengan tulisan ko ini. oh! bawang ko dah beranak pinak?? baru lagik rasenye?? coz baru now ak0 tgk de dah berisik kat tv. baru ku tau.. =)
happy gila pakcik cab tuh anto balek ko nye fon.. terima kaseh la pakcik, bagik balek fon kawan saye neh, kalo tak balek sini nnti tyme makan de asek la nak ulang pasal fon de yg ilang neh nnti.
ha, ak0 stuju aa ngan yellowrose, dengan peraturan U ko, xm harus poyo! baru style! haha
selamat la ye semuanya.=D
Ni Nina. kalo tak sedar2 gak tak tau la
aku sekali harung baca je aku dah tau ni ko nina. cara ko jerit WANNN tu je aku dah bole syak. ko memang. haha
tu la,naseb bek aku dpt balik henset aku. kalo x memang aku nangis tanpa henti. sobs. weh, reunion PLKN jom. jom.
pkn sape je la yg ade neh ha??
didi je la, pon ak0 dah lama gila tak kontek. dalam fb kene carik a. nnti ak0 tgk2 kan ek. eh, neh no ko ke?
0176*****5? ke wan laen ak0 save neh? haha
ha btol la tu. 017675***5. ko hello2 la aku kalo2 nak reunion. hizami sume takde ke? bole a ajak didi skalik
noted!
weh, best gila legaci! kat utube takleh tgk plak =(
ko attachment mane?
legaci memang best ok.
aku attachment kat spital kajang. cuak gak nak gi attachment ni. rasa mcm kepala kosong takde ilmu. sobs
In my opinion, it is a lie.
apenye yg lie..? komen aku benar2 belaka
It is delightful
I apologise, but I suggest to go another by.
Post a Comment