Thursday, January 26, 2012

almost at the end of it.

Selamat Pagi. em, dah petang sebenarnya. ketika mana kau menyedari bahawa kau tidak lagi memperdulikan waktu dan tarikh sesungguhnya itu lah perasaan ketika mana kau dah habis exam. keh keh. satu perasaan yang tak tergambar. carefree, tak payah pikir buku, tak payah pikir kuliah, tak payah pikir apa-apa. kau cuma perlu pikir nak buat apa benda hari ni selain tidur dan muvi.

bagi member-member serumah gua macam Haikal & Paan, nampaknya diorang macam lebih rileks dan berlingkar sepanjang hari tersengih-sengih. gua pulak lebih kurang macam tu la cumanya hati gua ni agak flower garden dan waterfall sikit lambang gua rindu kat bini gua yang teramat sangat. lu orang yang tak kawen lagi jangan banyak kondem gua. lu kawen dulu baru tau apa rasa. haha. maafkan gua wahai sahabat-sahabat especially Haikal yang sering jadi mangsa luahan hati gua. Haikal ni jenis manusia yang hatinya lain dari orang lain. common sense tinggi, hati mulia dan mudah memahami. itu pasal dia jadi target gua tiap kali gua nak berombak rindu.

so, komen tentang exams baru-baru ni? yang gua boleh cakap, exam tahun 6 memang memenatkan. minggu pertama (especially paper pertama) semangat tinggi sampai awan di langit. masuk second week, stamina dah hilang lebih separuh. gua pancit, semput-semput. third week, gua demoralized terus. 4th, 5th, 6th, 7th & 8th week tak payah tanya la. gua dah rasa macam zombie. buku, buku, buku, buku, buku. tu je. nak masuk tandas pun rasa tak senang kadang tu teringat stadi. muka gua kat rumah toksah cakap. masa bini gua ada kat sini awal-awal exam haritu adelah waktu-waktu exam yang paling indah gua rasa. nikmat Tuhan yang ajaib. mudah sangat belajar. agak rambut tak kemas je ada orang sikatkan. agak gua letih je ada orang orang cheer up. tapi bila bini gua dah balik je, muka gua serabut toksah cakap. nak terbotak kepala baca buku. argh nak termuntah gua bayangkan balik. gua cukup tak setuju Cairo U ni menggabungkan Internal Medicine & Surgery dalam 1 tahun. buat student jenis struggle macam gua ni merana.

apa-apa pun, Alhamdulillah. semua dah selesai dan gua sentiasa berdoa biar result gua menyenangkan hati gua dan semua yang meletakkan expectation tinggi kat gua (my lovely wife, my family, family in law etc.).

tempat exam terakhir zaman universiti. 


the boys. we've been growing up together for more than 6 years now. 


2005-2012. Doakan kejayaan kami semua!


buat kawan-kawan MEP5 (batch 2005) dari Ainshams, Tanta, Alex, gua ucapkan tahniah untuk korang semua sebab kebanyakannya dah habis exam MBBCH jugak. kawan-kawan kat Mansoura gua harap lu orang bersabar sikit. nanti agak paper korang abes je gua suggest lu orang lompat histeria beramai-ramai keliling U. gua tak tipu, the exact moment korang abes exam terakhir tu korang akan rasa nak berlari keliling U dan menjerit-jerit. selamat menjawab exam-exam akhir ni dengan terbaik. gua doakan lu orang dimudahkan selalu.

so, as for me, gua prefer dok rumah je sekarang ni. tunggu orang alert ajak main bola atau makan-makan. dah hujung-hujung ni nak makan macam-macam sangat pun payah jugak sebab duit dah habis banyak. pulak tu banyak benda yang memerlukan duit lepas ni: tiket flight, kotak kargo, baki sewa rumah, bayaran yuran konvo cairo U, hutang VOIP kat Atiqah Hanifah, dinner batch MEP5, dan pelbagai lagi haramjadah yang menyusahkan hati gua. oleh sebab JAIS/PZS membuat onar dengan tak memberi duit dah untuk baki tahun 6, so gua decide untuk ikat perut sikit. apa yang ada dalam dompet gua tu gua harap boleh bertahan sampai gua balik nanti. jangan tanya gua balik bila. gua kalau nak balik pun gua plan nak berambos senyap-senyap je. bukan apa, gua ni hati kaca. karang kalau ramai yang salam peluk gua kang kompem mata gua berembun. demm sensitif bukan main.

esok lusa gua ingat nak start bungkus mana-mana barang yang dah gua tak nak pakai. bila tengok-tengok balik, barang gua rupanya sikit gila selama 6 tahun ni gua kumpul. gua tak pernah ada almari buku, tak pernah ada meja stadi besar, tak pernah ada kerusi, tak pernah katil, tak pernah ada pemanas, tak pernah ada kipas, tak pernah ada ampaian. pelik jugak camana gua survive 6 tahun serba tak cukup. baju-baju je la yang banyak sikit sebab gua ni sebulan sekali ada je baju baru gua beli. bukan gua tak nak beli semua tu tapi dengan USD200 sebulan (JPA USD440 kalau gua tak silap), gua kena banyak sabar sikit la. pulak tu kena kumpul duit pasal nak kawen, lagi la kena bersabar. tapi gua syukur je kat Allah sebab takde la rasa tak selesa ke apa selama ni. siap Allah kasi gua kawen lagi. nikmat terbesar dah tu. lagipun gua mungkin jenis yang tak fancy dengan kehidupan yang selesa sangat barangkali. asal boleh hidup je. yang penting kena ceria :D (gua senyum ni. ceria kan? macam haram.)

em.. barang-barang yang lain ni gua rasa nak lelong je kat junior. nanti la gua buat iklan kat Facebook kalau gua rajin. bilik gua ni pun siapa nak masuk pun masuk la. untung jugak siapa dapat sebab rumah gua ni antara yang termurah kat Sayeda.

baki-baki masa yang gua ada kat Mesir ni gua nak abadikan dalam kenangan. i know i'll be missing Egypt so much. kutuk-kutuk macam mana pun, sini jugak gua membesar, mematang, mendewasa, mencedok ilmu hampir 7 tahun. tengok-tengok balik gambar 1st year sampai 6th year gua rasa gua banyak berubah kat sini. selamanya gua akan berterima kasih dengan tanah debu ni.


ok, gua rasa nak sambung tidur. penat exam 2 bulan belum pulih lagi. dahsyat tak dahsyat, gua boleh tidur berbelas-belas jam sekarang ni. rebound sleep barangkali.



p/s: oh, thanks to bro Amirul Vel Oliver for these lovely artworks. I love them :)

 Our car- 1609 is our wedding anniversary date :)





Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.