Tuesday, February 8, 2011

perkataan melayu yg aku rasa tak boleh blah sekali buat masa ni adelah 'evakuasi'.

mengingatkan semula dari hari pertama 25 januari sampai la tibenye aku kat malaysia sekarang ni memang buat aku rasa penat. daripada perhimpunan aman sampai la baling2 batu lepas tu main baling2 gas pemedih mata pulak. sesekali bawah rumah aku kat syari' Mobtadayan tu ade road show baling2 batu lawan gas pemedih mata. penonton mcm kitorang dari atas rumah ni berair2 mata tahan pedih gas. tak cukup tu tambah la jet pejuang terbang2 kat langit kasi bingit (aku tak faham motif kejadahnye fighter jet tu terbang2 time darurat), kerete kebal, kerete perisai dan lain2 semua dibawak keluar. rakyat jadi takde perasaan takut. senang je nyalakan api main bakar2 kerete polis, pondok polis dan balai2 polis sekali. senjata2 polis semua dah hilang kene samun. sampaikan pakcik jual popcorn bawah rumah aku pon dah mampu ade revolver terselit dalam pinggang seluar dia, beb. nak jaga bisnes barangkali.


balai polis sayeda zeinab. (credit gambar: azim al abrar)

bile polis dah takde (atau dah lari ke ape), orang jahat amek kesempatan keluar bersuka ria. banduan2 lari dari tahanan hepi je gi rompak kedai, masuk rumah orang, dan mungkin juga ade yg terpikir nak balas dendam. bile jadi camtu, orang awam jadi gelabah dan berjaga2 sepanjang malam. "u must not go out tonight. keep the door closed and stay in ur house all night. if somebody comes and knocks the door just ignore it and don't open the door. if they try to enter our building, u have to pick up a stick or steel like these (dia tnjuk kayu ngan besi kat tangan dia) and we fight them together.." kata sorang mamat sudan yg duduk same bangunan dengan aku. malam tu aku sirius gelabah nak mampos. tambah pulak dengar2 elektrik & air nak dipadamkan. ah sudah.. dah la internet & SMS service tak bole pakai. cume boleh call je tu pon kredit aku abes dan tak bole keluar carik topup. dengan baki kredit yg ada aku sempat hallo2 Maikon suruh pesan dak perempuan jaga rumah masing2 elok2. lepastu kredit out. mati kutu aku tak tau nak buat ape itu malam. perasaan tidor selama lebih 15 jam tu dah rutin.

tgk roadshow sambil tutup hidong. gas pemedih mata bukan saje memedihkan mata tp hidong dengan tekak sama.


tank dan kereta perisai kat mana2. (credit: azim al abrar)

akhernye beberape hari lepas tempoh berkurung, kami dapat info pelajar malaysia nak di keluarkan dari mesir. info awal yg kami dengar, mungkin akan dihantar samade ke jeddah, amman atau tripoli. kejadah tripoli kan. tsk. ape2 pon kami dipindahkan ke rumah malaysia abbasiyyah dulu untuk memudahkan proses penghantaran pulang. (skema hanjing ayat aku ni). aku mule2 ingatkan main2 je khabar ni. ye la, nak keluarkan 11,000 rakyat malaysia bukan senang, beb. tp rupenye betol2 kerajaan nak buat. caya lah.

ok. sampai asrama rumah malaysia (ARMA) len pulak deritanye. derite boring tunggu giliran. keutamaan diberikan kepada perempuan mengandung, ade anak, sakit. golongan ni akan pergi dulu. budak2 junior perempuan pon akan dikeluarkan dulu. tp aku nampak ramai je perempuan tua2 terselit sedangkan adik2 junior masih ramai tertinggal. "mengandung agaknye" ujar seorang responden sewatu di kantin sambil hentak2 sudu ke pinggan.

dalam beberape hari yg lepas keadaan mesir masih tak berubah. ade jenis yg macho kate dah aman. memang aman la sebab ko dok kat ARMA. cube duduk kat kawasan2 penuh orang2 demo mcm tahrir. takpon tempat2 yg banyak tahanan askar mcm hussein ke. baru terasa, beb. pengalaman kami ditahan time curik2 balik ke sayeda dari ARMA cukup la menggambarkan time tu tak berape nak aman. waktu tu aku, paan, haikal dan farid ditahan 5 kali sepanjang perjalanan. driver teksi pon naik kesal dah sebab amek kitorang gamaknye. ditahan askar depan pejabat Aman Qaherah adelah pengalaman yg paling terbaik. naik pucat muke akibat disyaki nak ke tahrir. kami disuruh turun kereta, barang2 kami digeledah, pasport dan student ID card diamek. mcm2 soalan ditanye. aku terbayang family aku je time tu. bile tgk keadaan sekeliling dengan tank, kerete perisai, askar, senjata, orang awam pegang parang, pegang kayu, pegang besi, aku tak rasa yg mesir ni tengah aman macam kata2 orang2 yg macho.

dalam beberape hari tu, muncul pulak puak pro-mubarak/pro kerajaan. dah jadi perang pulak rakyat pulak. elok2 mula2 perang dengan polis, pastu jadi perang sama2 rakyat pulak. ade la beberape orang mati dan beratus2 cedera. semuanye kami saksikan live dari Aljazeera English kat kantin ARMA (sambil makan nasik goreng cina harge 8 genih =_='). bodo tak bodonye kerajaan mesir sampai kantoi yg pro kerajaan tu kebanyakannye polis yg berpakaian seperti rakyat biase. macam shaitan.

long story short, giliran aku adelah yg ke 712 untuk dikeluarkan dari ARMA ke airport. alhamdulillah. walaupon ade rasa panas sikit sebab student2 muhafazah lain yg baru sampai ARMA tibe2 nak dikeluarkan dulu sebelum kitorang yg dah lama tunggu kat ARMA 5 hari ni dengan alasan derang adelah perempuan. giliran asal aku 712 dah jadi seribu lebih pulak. asek dipotong je nombor kitorang. ok, "gentleman la sket.." bak kata diorang. mungkin mengandung jugak barangkali. senang la idop. dah la rumah kitorg ni paling dekat dengan tahrir & tempat2 demo, pastu budak2 yg datang dari tempat yg aman damai dapat evacuate dulu. lol. memang aku saspek ade penglibatan anak2 dato' mane tah ni. papepon, aku syukur la last2 dapat gak dikeluarkan dari mesir. aku dalam antara group terakhir dalam kumpulan pelajar kaherah di ARMA. muke dah macam ikan tuna dengan roti keping dek makan bende same je 5 hari.

aku ke Jeddah dengan MAS. dengar mule2 naik TUDM's charlie. tapi bile dihulur tiket tengok2 boarding pass MAS. haha. hamek. tibe di Jeddah, aku rasa betol2 mcm refugee. manusia beribu2 ditempatkan dalam kompleks madinah hujjaj. aku sempat la tido kejap atas lantai pastu naik katil kejap. tah sape punye katil tah aku main baring je. giliran kitorang yg baru sampai ni tah bile nak dapat bilik sendiri. madinah hujjaj tak penah sunyi. tiap masa ade je orang baru datang dan orang yg kat dalam makin padat. mule2nye aku cadang nak tunggu flight percuma dari kerajaan malaysia tp pakcik n makcik aku yg kerja di Saudi tibe2 kirimkan tiket Saudi Airlines & duit belanja untuk aku balik malaysia. girang toksah cakap la. hehe. (tq paknjang, maknjang!)

so here i am. kat shah alam dah. kalo nak diceritekan pengalaman aku rasa memang tak cukup sekadar blogging. puas jugak dapat lihat dengan mata sendiri dan hidup sewaktu dengan zaman revolusi mesir walaupon tak dapat tengok sampai habes. sekarang aku nak tidor. sejak daripada malam terakhir di ARMA sampai la sekarang aku tak penah dapat tidor lebih dari 2 jam. asek terganggu je dengan pergerakan & proses penghantaran balik. aku doakan mesir cepat2 aman. aku tak nak dok malaysia lama2 sangat. banyak tanggungjawab tak setel lagi kat mesir.

p/s: ape la jadi dengan ain & maya kat sana. kura2 aku pon. paan lak mesti risau ikan dia. semoga kalian tak mati.

p/s2: aku ade masuk tv sket. kene la tayang. bukan selalu: http://ladynaza.blogspot.com/2011/01/bimbang-nasib-pelajar-malaysia-di-mesir.html

35 comments:

cik DV said...

alhamdulillah....selamat kan...

Lady Naza said...

hoho..ade gak la bestnye kan ko tb2 dpt balik..byk keja kat umah tu nak "prepare" kn kn kn..hehehe..welkam home..yg pnting slamat

Muhammad Warouq bin Qamar said...

alhamdolellah, selamat.. :D

kak, tu la part yg bestnye. balik free. hee~~ prepare jadahnye. tido je ni sampai pening2 dah. argh. bestnye cuti time winter.

Cik Mas said...

alhamdulillah dah selamat! pheww kau antara kwn2 yg aku risau selain kwn2 sekolah. sujud syukur bro :D

Cik Mas said...

lupa nak tanya...paan cane? kau x hangkut beliau balik skali ke? sumbat dlm bagasi ke.

Abdul Munir Sanusi said...

Gila cilakak ayat ida;-

"tp aku nampak ramai je perempuan tua2 terselit sedangkan adik2 junior masih ramai tertinggal. "mengandung agaknye" ujar seorang responden sewatu di kantin sambil hentak2 sudu ke pinggan."


Apapun, alhamdulillah selamat Warouq. Gua sama Ejard 3 hari, 3 malam buat solat tahajjud. Macam mana Pa'an?

Anonymous said...

cikmas, teharu aku dgn keperihatinan ko. paan aku x dengar kabar dah. haritu aku ajak dia balik sama tp oleh sebab dia takde immediate cash so dia nak tunggu free charter flight yg kerajaan bg tu. so dia kene tunggu. aku pon tak tau bile dia fly

MNSKAOAB

Anonymous said...

jimun, gua berterime kasih dengan keperihatinan lu org member2 gua kat joden sume. lu sama ejard memang berhati mulus. teharu tahu? apa2hal pon gua syukur sudah sampai tanah air. al7mdolellah

MNSKAOAB

ejad said...

"budak2 junior perempuan pon akan dikeluarkan dulu. tp aku nampak ramai je perempuan tua2 terselit sedangkan adik2 junior masih ramai tertinggal. "mengandung agaknye" ujar seorang responden sewatu di kantin sambil hentak2 sudu ke pinggan."

seni sarkastik responden tersebut mmg gua respek.

Anonymous said...

keh2. punye la hangin si responden. tah sape la buat susunan priority itu hari. gelabah betol.

nulat said...

its good to have found this entry. alhamdulillah

Anonymous said...

alhamdulillah.. terime kasih la singgah ye

MNSKAOAB

sinar_islami said...

Entah kenapa baca entry ni nak tersenyum.

Mujur saya bukan kakak2 yang 'mengandung'.

Alhamdulillah semua selamat.

Anonymous said...

haha. senyuman pembaca kepuasan saya. trimas.

alhamdulillah semua selamat. aku doakan yg tak balik pon hepi2 kat sana.

MNSKAOAB

Lady Naza said...

berios signature ko

regards,
NKAOAB <--tgk, tadek pon berjela2 cm ko

Anonymous said...

ape barang tulis sampai 6 huruf tp nama ko kat 1 huruf je. tgk yg ori atas tu. 3 huruf utk nama sendiri. baru la machos dan berbaloi buat panjang2. hoho

MNSKAOAB

Anonymous said...

Aku dah qada tidor dah.
Ko amacam?
tak silap apest pun mengikut sunnah kite.

-MIMIHM-

Anonymous said...

aku pon dah siap qada semalam. aku tido stret lepas subuh sampai dekat2 maghrib. lepas tu pas isya tambah satu dos lagi. enak sgguh cuti time winter. keh2

MNSKAOAB

Anonymous said...

kah3..nanti kalau ade org tanya pasal kejadian di mesir saya promote link abg naz je lah ye, geli perut betol cite saspen bole jd kelakar

anyways, after dpt call abg naz la yg muka kiteorang cuak macam ayam berak kapur n x tido berjaga malam


-maikon

Anonymous said...

kalo serius sangat nanti mcm menakut2kan org sangat pulak. santai2 sket baru nampak yg kite ni tenang (padahal gigil)

ha, mase call ko tu aku sendiri cuak gile. arab baru naik rumah aku suruh prepare lawan dgn penceroboh imarah. ah. aku terus terpikir nak call ppuan. tu yg aku call ko tu. dah ko antara paling senior kat kawasan tu. sori la buat korg cuak sampai ikat tingkap dengan wayar kipas. keh2. sori2

harap2 cepat tamat. aku tak sbr nak balik mesir

MNSKAOAB

Mama Ardini said...

syukur syazwan dah selamat sampai malaysia. risau ok tgk berita hari2. hehe. oh btw, ain & maya adalah nama kucing? cis2. haha

Anonymous said...

kak ain, tq~ semuanye ok. tq again!

oh, aah ain n maya adelah kucing betina 2 ekor kat rumah saya. hehe

MNSKAOAB

Anonymous said...

ain n maya dh slamat dipindahkan.ustaz mana amik pun xtau. Ko tak risaukan aku,haikal,abe n lah tahir ke? Haha-farid nazmi

Anonymous said...

ain n maya dh slamat dipindahkan.ustaz mana amik pun xtau. Ko tak risaukan aku,haikal,abe n lah tahir ke? Haha-farid nazmi

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ain ngan maya ustat pahang yg amek tak silap aku. korg kat sana ok je kan? dengar2nye dah reda

Anonymous said...

dah reda tp ko tggu jela greenlight kerajaan.skrg aman cma msih kritikal.kitorg dh blik rumah dh pun.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

bagos la dah boleh balik rumah. memang skrg ni tgh tggu greenlight je. tak bole dok msia lama2. nanti hati jadi berat nak tggalkan

nulat said...

balik belanja sendiri ke? any pyramid ops to send you people off?

Muhammad Warouq bin Qamar said...

dah takde dah piramid2 ops. skrg balik sendirik je aku rasa. haih. malasnye nak balik =_=

Anonymous said...

A satellite digital video recorder, or DVR, captures a satellite TV signal for storage on the internal hard drive and playback to a connected television. The signal passes through a coaxial cable connection to the DVR. Hooking up a security camera enables you to record an area under surveillance to the DVR, or simply monitor an area on a TV connected to the DVR without recording. Use a pair of coaxial cables with threaded RF couplers on the ends.
Items you will need

2 coaxial cables
TV or video monitor

Sponsored Link
Security Camera SupplierMade-in-China.com
China Supplier of Security Camera. High Quality, Competitive Price!
Step 1

Switch off the security camera, DVR and TV or monitor.
Step 2

Push on the connector at one end of a cable onto the camera's output port, which is usually on the back edge. Twist the metal ring on the cable clockwise to hold it on the camera.
Step 3

Attach the other end to the input on the rear panel of your DVR.
Step 4

Connect the second cable from the DVR's output to the RF input on the television set or monitor.
Step 5

Turn on the power for the three components and tune the DVR to channel three or four, depending on the camera model.
Step 6

Watch the monitor or TV to view the area under surveillance from the camera, or record video by pressing the DVR's record button.

Anonymous said...

Asking questions are actually fastidious thing if you
are not understanding anything fully, but this post offers good understanding even.


Here is my site; woodworking tools
My web page - woodworking

Anonymous said...

Great beat ! I wish to apprentice while you amend your website,
how can i subscribe for a blog site? The account helped me a acceptable
deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright clear concept

Also visit my page :: paleo diet recipes

Anonymous said...

Asking questions are really good thing if you
are not understanding something fully, however this piece of writing presents good understanding even.


Feel free to visit my web-site ... the paleo diet

Anonymous said...

I like the helpful information you provide in your articles.
I will bookmark your blog and check again here regularly. I'm quite sure I will learn plenty of new stuff right here! Best of luck for the next!

Feel free to visit my blog - paleo diet recipes

Anonymous said...

An impressive share! I've just forwarded this onto a coworker who has been conducting a little homework on this. And he in fact ordered me lunch because I discovered it for him... lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanks for spending time to discuss this matter here on your site.

Look into my web blog: paleo diet plan

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.