Thursday, November 26, 2009

aidiladha di Darfur setahun yang sudah

salam sume.

dah lama rupenye aku tinggalkan Darfur. tak dapat aku nak ceritakan betapa aku rindukan tempat tu. mata aku terbukak melihat segalanya di sana. setahun dah berlalu. cepat. ape khabar agaknya mereka di khartoum, di kem pelarian Otash, di perkambungan Baba, dan di pekan2 kecil Darfur sekarang..


Kanak2 Sudan. tak termasuk aku walaupon ade kesamaan jelas di sana. Anak2 Sudan baik2. tak menyapa orang luar dengan 'hongga bongga' dan sebagainya.


setibanya di lapangan terbang kepunyaan United Nation (UN) di Nyala, Darfur


lapangan terbang di Darfur penuh dengan jet2 pejuang dan heli2 UN yang aku tak penah nampak selain dari dalam TV.


tertera pembahagian makanan asas kepada setiap pelarian di kem Otash.


daging korban dibahagikan sama rata kepada setiap keluarga di perkampungan Baba.


kanak2 Darfur jarang mendapat peluang menikmati daging. raya haji mereke pulun daging bakar seadanya. resipinya mudah: daging mentah + bara api.


antara rumah pelarian yg mempunyai arkitekstur yang terlawa.


melawat hospital kerajaan di pekan Darfur. bantuan perubatan susah nak dapat maka ramailah yang tak mau ke hospital.


aku hanya mengikut arahan dari seorang doktor pakar yang menyertai misi perubatan. aku pon tak ingat apebende aku buat mase ni.


ha,yang ni kompem2 la tengah amik vital signs kan.


melapah daging korban beramai2. meriah.


kanak2 beraya di aidiladha.


solat sunat aidiladha di tengah2 pekan Darfur. antara solat raya yg paling aku tak bole lupa.


selamat tinggal semua. ada rezeki aku betol2 nak datang lagi.




video
video bantuan perubatan misi tabung dapur untuk darfur 2008

video
parody izwan azir salleh membaca berita ala2 buletin utama. aku suke ni.



selamat hari raya aidiladha semua~

Saturday, November 21, 2009

kami mencari tempat berteduh..

salam sume.

tuan rumah dah buat perangai. seperti juga tuan2 rumah yang lain di sekitar mounira. semuanya bersikap dengan sifat mazmumah dengan menaikkan harga rumah secara berjemaah.

rumah yang aku diami ini asalnya berharga LE 1200 semasa kami di tahun 1. mereka2 yang tinggal di sini di waktu itu adelah bebudak ain shams [iwan, apest, abe, hafi, haziq, faiz]. mereke membesar dengan sihat sejak itu.

namun masa berlalu. rumah ini semakin dinaikkan harga. sejajar dengan perangai tuan rumah yg semakin mengharam, harga rumah burok nak meninggal dunia ni dinaikkan ke LE 1600 wtfork sebulan. itu pun setelah penat bebudak ni begaduh dengan tuan rumah yg haramjadah tersebut. mereka meneruskan kehidupan norma seorang student. girang. berlari2an seperti biasa. pada masa itu, rahman menambah bilangan ahli rumah kepada 7.

mase berlalu lagi. pantas. ahli2 rumah berubah2 setiap tahun. maka pada tahun lepas, masuk lah seorang pemuda berkulit gelap yang homeless menjadi ahli rumah mereka. walaupun pemuda tersebut mendapat tajaan JAIS, namun masih gagah membayar sewa rumah bersama2 rakan JPA yang lain. mereka bertujuh. tidak mengapa. hatinya riang.

mase berlalu lagi. seorang daripada ahli rumah terpaksa meninggalkan kami untuk pulang ke Malaysia.[klik sini] rezekinya mungkin bukan di Mesir. maka tinggal lah 6 orang sahaja ahli rumah. itu bermakna setiap orang terpaksa membayar lebih bagi mencompensate kehilangan seorang ahli rumah. aku terus tabah. gagah.

ahli2 rumah dari 2005 hingga sekarang [bekas ahli dan yg masih kekal tabah]



masa berlalu lagi. tuan rumaharamjadah datang lagi. sesungguhnya kedatangan beliau amat tidak disukai. aku hanya mampu duduk dalam bilik, sambil bermain PES. aku terdengar rahman dan bebudak lain bergaduh dengan tuan rumah. aku curi2 dengar. betul la tekaan aku. tuan rumah nak buat perangai lagi la tu. perbincangan ditangguhkan. kata mereka, tuan rumah nak amek balik rumah ni dan kami terpakse keluar kerana adiknya yang akan balik dari Canada wtfish akan duduk di rumah ini.

masa berlalu lagi. beliau datang lagi. aku dah naik meluat tengok muka dia. tak tau la macamana bebudak ni boleh tahan dok 4 tahun. kali ni dia bawak adik dia. cakap inggeris. nak muntah aku. kali ni aku melibatkan diri dalam perjumpaan itu. namun, tak ade apa yg mampu aku bantu. tuan rumah kata, boleh sambung menyewa tapi dengan syarat sewa dinaikkan dari LE 1600 ke LE 2500. vaveyyyy!!. kepala abah dia. dia kata alasan harga naik sebab budak2 malaysia yg baru datang dok kat mounira ni sewa rumah mahal2 belaka. semua tuan rumah dah naikkan harga pastu dak malaysia ok je dengan kenaikan harga tersebut. ai, kaya siot budak2 malaysia ni. dia kata kalo tanak, bole berambus dari rumah ni akhir bulan disember. dia kata ade syarikat perubatan nak sewa rumah ni jadi pusat perubatan pulak. mule2 kata adik dia dari kanada nak duduk, sekarang syarikat perubatan pulak. alasan je semua tu. aku tau ni taktik arab. aku tau yg sebenarnya dia target budak2 malaysia jugak nanti.


tadi, dia datang lagi. aku yang bukak pintu. dia cakap kat aku, kalo nak keluar jugak,pastikan rumah ni dalam keadaan yang sama dengan 4 tahun lepas. eh,tak ke bedebah perangai seumpama itu? 4 tahun weh. bukan 4 hari. mesti la berubah at least ade cat yg tetanggal2. dalam nada marah dia kata, kalo kitorang tak baiki cat tu sume dan gagal membuatkan rumah ni seperti sediakala dia nak report polis. dia kata adik dia polis. [adik dia sume hebat2. polis ade, kanada ade. mmg vavi]

jauhkan diri dari menyewa rumah ni.


kalau ikutkan budak2 JPA ni, derang mampu je nak sambung. tapi kitorang kene fikir orang lain jugak. kalo ade budak malaysia buat perangai sesuka hati amek rumah mahal2 kat kawasan mounira ni, jap lagi arab lain pon nak la jugak naikkan harga. sorang buat perangai, abes yang lain kene tanggung. kalau dulu rumah kat mounira abes2 mahal 1200, sekarang derang dah berani naikkan sampai 2500. ni sape punye keje ni?

nasihat aku, kalo ade tuan rumah berambut putih, pakai spek besar, baju tuck-in datang kat korang offer rumah ground floor kat jalan umar abdul aziz [bawah istana presiden], korang direct je terajang angle of mandible dia. kalo korang amek rumah tu, biar aku lak terajang angle of mandible korang. jangan buat pasal. kalo korang amek dgn harga 2500, kompem la tuan rumah lain nak naikkan harga 2500 ke atas pulak lepas tu. aku jamin. maka fikir dulu sebelum setuju. kesian kat orang lain.

................................................................

sekarang, bebudak umah aku tengah giat mencarik tapak baru untuk meneruskan kehidupan. mungkin mereka akan duduk jauh di abasiyyah sana. aku merancang nak tido kat stesen metro je. aku sayang mounira. ni tempat aku membesar.

Sunday, November 15, 2009

gelagat orang mesir menang 2-0 lawan algeria tapi still kene lawan play-off rabu ni namun berpesta macam dah menang world cup.

salam sume!!

semalam aku plan tak nak join arab tengok bola kat ahwah disebabkan oleh aku agak penat balik match futsal Liga Kaherah [FC Al Fawwaz vs Kaherah Dragon FC]. aku straight balik rumah. tekejut gak aku bila lalu sebelah ahwah, tengok arab dah bekumpul ramai2 2jam sebelum match lagi. sume dah duduk tercongok tengok skrin besar yang belom tunjuk apa2 lagi tu. jalan raya lak lengang sebab sume orang mesir nak tengok bola.

1st half Mesir vs Algeria aku cuma tengok kat rumah je sebab nak tengok friendly match brazil vs england & argentina vs spain skali. tibe, 2nd half apest ajak aku gi ahwah. tak tahan nak tengok gelagat orang mesir kot. kitorang pon pegi la. bapak la, ramai nak mampus orang kat ahwah. aku ngan apest cuma dapat bediri kat tempat parking kereta je. naseb baik ahwah Sa'id Halawah ni pasang skrin besar malam tadi.

buat sape yg tak tau,mesir kene menang 3-0 at least untuk layak terus ke World Cup South
Africa nanti. tapi kalo menang 2-0,mesir kene rematch dengan Algeria semula kat Sudan [faham
x ni?]

semangat x semangat depa ni. kereta pon depa sanggup cat bendera mesir. kalo kat malaysia agak2 sanggup ke?


kisahnye,minit ke 3 lagi Emad Zaki dah buat gol dah untuk Mesir. gile bising la arab melolong,jerit2 bile gol tu. aku yang tengah tengok cerita August Rush mase tu dalam bilik pon boleh terganggu. kuat tak kuat derang jerit sampai dalam bilik aku bole dengar.

Mesir kekal 1-0 je kat depan sampai minit abes masa 90 minit. masa tambahan 6 minit ref kasik. arab mesir dah jerit "Ya Rabb, Ya Rabb" ramai2 dah mase tu. last2 minit 94 tu Mesir berjaya gak buat gol hasil short cross & header. gile ngko. mau tak bergegar tanah mase tu arab bertempik. panjat bas, hon2, nyanyi2 tu pekara biase la. siap ade yg sujud atas jalan raya lagi.

kesudahannya, menang 2-0 pastu tepaksa main play-off kat Sudan rabu ni. teringin jugak nak tengok Mesir dalam world cup. harap2 menang la kot.

GALERI MASR! MASR!

suasana lepas wisel penamat. korang tengok je la camane ummat manusia ni bersorak. yang kat atas bumbung bas tu yang best tu. mase ni derang tengah mencarut ramai2 kat Algeria "Gaza'er, k*su*ik..Gaza'er,k*su*ik" [makna dia kalo nak tau,kene biasa lepak ahwah la. mcm2 mencarut boleh dipelajari]



ni sebilangan kecil yg ade kat ahwah semalam ok. sori gambar tak clear sangat sebab guna kamera henset cabuk.




video


video



p/s: bila la malaysia nak semangat macam ni..oh,jap. ade2. kelantan FC punya penyokong. hoho.

Saturday, November 14, 2009

rindu mendalah kecik..

....


Ayah Wan, tengok ni Nuaim dah besar sikit dah~


Ayah Wan, tengok ni Nuaim dah pandai buat muka merapik macam yang Ayah Wan ajar dah..


Ayah Wan,Ayah Wan, tengok ni rambut Nuaim dah bole pacak2 macam rambut Ayah Wan tau. tak payah pakai gel mcm Ayah Wan pon.


Ayah Wan,tengok Nuaim ngan Ummi. same kan?


Atok ni kurus la. patut la Ayah Wan pon kurus kerempeng mcm ikan bilis belah.





rindu sgt2..

Sunday, November 8, 2009

zat

salam sume!!

ok la,tu je. babai.




...




bengongnye. punye la aku dah takde idea nak apdet ape.

yang sebenarnye aku nak tanye pendapat korang sebagai rakan2 taulan aku. tp aku segan. ihik2~~ [tolong terajang aku please]. camane cara yang paling laju dan efektif untuk naikkan berat badan? sape2 yang rapat dengan aku memang kompem sedar la yang aku sekarang ni dah macam orang malnutirisi. lagi2 hausmet aku. derang sume pon sedar aku dah makin jadi kerangka. naseb baik diorang tak ejek aku si kerangka itam.


aku dah sedar bende ni lama dah. slow2 berat aku turun tak naik2. tapi cumenye yang buat aku betambah risau bile semalam lepas aku main bola kat nadi zinhum [bukan padang cairo ye. malu la main padang cairo. ape class], time aku nak bukak kasut aku tengok pegelangan kaki aku dah kurus gile mcm kaki keling2 yang menang merentas desa time aku sekolah rendah dlu. aku belek2 kaki aku. sedih je tengok.


tambah lak sekarang aku perasan aku cepat pening, cepat penat, cepat sakit, cepat ngantuk. sume pon nak cepat. stadi je lambat. [korang pon tau aku takkan bohong bab2 ni. haha]


dulu mase tahun 1, aku penah risau sebab berat aku naik mendadak. dari mule2 datang mesir tahun 2005 dulu berat aku 58 terus melambung jadi 72. wtfat. gile kentang la. pandai senior2 ni jaga aku dengan kasih sayang kasik makan sume, bela aku sampai gemok. haha. tp sekarang bila dah dok sndiri dah kembali menyusut. aku rasa aku memang sentiasa memerlukan kasih sayang dan perhatian abang2 senior la. aww~manjanye aku mcm haramjadah.


awal 2007 aku memang mempunyai berat paling mengkagumkan.



form 5. kemetot je aku. sekeping pulak tu.
[dalam gambar: nadir, apis hamzah]


*******************************************

ai. kalo korang tenampak orang tak cukup zat bekepala botak gelap2 pakai jersey barca mundar mandir kat mounirah jangan la korang straight baling batu ok.

seriusli, ade cadangan bernas selain daripada minum appeton weight gain..?


bantu la pesakit ini dengan cadangan2 bernas
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.