Friday, March 9, 2012

tahape bestnya KL ntah.


Gua tengah tunggu puan Diyana habis kursus. Gua parking kereta cantik je tepi hotel Maya jalan Ampang yang puan Bini sedang berada. Tah apa perangai tah kursus kat hotel gua pun tak paham. Kadang gua panas jugak tengok kerajaan ni suka buat kursus cikgu-cikgu kat hotel mewah-mewah tengah KL ni. Cik Bini pun setuju. Menyusahkan. Semalam hampir gua hilang sabar memaki dek pasal jalan kat KL ni yang berbelit-belit sangat. Dah la jam sana sini, orang KL pulak jenis takde timbang rasa dan budi bahasa. Gua dari kecik memang dah tak suka KL. Kalau time mama ajak shopping baju time dekat nak raya la paling gua lemas. Gua lagi rela beli baju kat PKNS shah alam sajor dari menghadapi suasana KL.

Nak dijadikan cerita, cik Bini ku sayang terpilih untuk mewakili guru Fizik daerah Langat untuk ke kursus Educate The Educator. Gua memang berbulu telinga kalau tiapkali dengar cik Bini kena pergi kursus sebab nanti gua kena tinggal sensorang kat rumah. Oleh demikian gua plan nak ikut dia kali ni. Lagipun lama tak honeymoon elok jugak berjalan sama-sama ye dak. So plannya kitorang cadang nak tidur 1 malam kat sana (rabu) lepas tu esoknya gua hantar dia pergi kursus (khamis). Sementara dia kursus tu gua carik la port lepak mana-mana. Kebetulan pulak member gua (Dr Ejard namanya) yang kerja kat hospital Serdang dapat leave hari khamis tu. Member gua tu ajak lepak kat Midvalley so gua takde masalah la. Siap ajak 2,3 orang member lagi. Ok, plan sudah padu. Gua pun google la hotel mana yang murah-murah area KL untuk bermalam tu. Gua jumpa terus telepon 1 hotel ni. Namanya hotel Alamanda. Terletak kat Petaling Street. Hotel murah cap ayam je asal boleh lelap. Lepas setel semua aku sama cik Bini gerak la dari rumah.

Masa sampai je KL, jam menunjukkan pukul 5 lebih. Lu orang tau apa jadi kat KL kalau pukul 5 petang? Jam macam no’orom. Tambah pulak hujan lebat, memang aggravating factor la kan. Kereta tak bergerak-gerak gua rasa. Sampai satu tahap gua tengok ada apek tua parkinson heret tongkat tepi jalan pun gerak lagi laju. Pastu ditambah pulak lagi dengan keadaan gua yang dungu bab-bab jalan kat KL ni memang menerukkan lagi keadaan. Dah dapat gerak pun salah masuk jalan. Nasib baik cik Bini senyum je tenangkan gua dari tepi. Keh keh. Lagi satu hal, GPS cap Proton berjenama Lookatoo eloknya dicampak luak tingkap. Tak berkualiti langsung. Manjang salah bagi direction. Ade ke suruh kona time takde jalan untuk dikona. Nak suruh aku langgar dinding ke apa. Calculation pun bangang kadang tu 30 meter dikata 300 meter. Haih penat la gua. Dah la tengah tahan kencing pulak masa tu. Bila cik Bini buat lawak gua terpaksa gelak guna paru-paru je sebab takut pundi kencing gua vibrate nanti terbocor atas seat. Gua sampai terpaksa nekad lari masuk stesen LRT pastu bayar tiket RM1.20 sebab nak kencing. Nak masuk toilet kena ada token/tiket dulu. Memang mencabar gua rasa masa tu macam The Amazing Race.

Akhirnya keadaan memaksa kitorang untuk tak payah la mencari Petaling Street lagi. Penat dah harung jam dan berpusing-pusing kat KL tu. Cik Bini cadangkan kitorang bermalam kat Jalan Tuanku Abdul Rahman je sebab dia familiar sangat kawasan tu. Gua memang orait je. Bermalam la kitorang kat Palace Hotel area depan Mydin, Jakel sama Semua House tu. Kalau lu orang tak tau maknanya lu orang jarang kena paksa ikut pergi shopping kat Jalan TAR. Rate hotelnya boleh tahan mahal RM120/night. Tapi cik Bini kata ok je. Dia nak belanja. Hehe. Dan yang paling best, bilik kitorang ada Astro. Maknanya gua tak miss la match Barca VS Bayer Leverkusen pukul 3 pagi tu. Tak sia-sia gua stay up. Baca menang 7-1 siap Messi score 5 bijik. Budak Madrid jangan panas telinga ye. 5 bijik tu takde penalty tau. Bukan macam abang Ronaldo pondan tu. Ekeke..

Alhamdulillah, we slept well that night..

Keesokan harinya (hari ni la) kitorang siap-siap & check out awal. Sebelum matahari terbit lagi dah gerak sebab takut tak jumpa jalan nak pergi hotel Maya kat jalan Ampang tu. Pukul 7 dah start enjin. Tapi rupenya tak sampai 3 minit gua drive kitorang dah kat depan hotel. Adoi kalau gua tau baik lepak-lepak sikit lagi main internet ke. Heh. Tapi tak pe la. Best jugak sampai awal boleh teman cik Bini depan hall seminar. Kelakar pulak rasa tengok cikgu-cikgu berseminar. Siap nametag lekat guna selotep je macam budak sekolah. Keh keh. Rupanya dalam nak mendidik budak sekolah, cikgu-cikgu kena la dulu merasa macamana dididik jadi budak sekolah. Menjiwai. Heh.


Lepas daftar je, dia terus kena masuk dewan dah. Tah kenapa gua rasa sayu pulak babai dia depan hall tu. Rasa berat hati. Gua saspek ini la kesannya bila honeymoon. Cinta mekar semula. Ekeke.. lu orang kawen dulu baru paham. Jangan kondem gua. Lu orang apa tau? Lol.

Gua pun jalan la sorang-sorang sejak dari pukul 8 pagi tu. Gua literally berjalan kaki ye. Kereta gua tinggal kat car park. Bila gua jalan tengok keliling baru gua nampak suasana KL ni macamana masa pagi-pagi orang nak masuk kerja. Punya la berduyun-duyun manusia. Yang berjalan kaki lagi ramai dari yang berkenderaan. Ada yang beruniform, ada yang berkemeja, ada yang berblazer, ada yang berbaju batik. Serabut. Bizinya gua rasa hidup diorang. Apa perasaannya bekerja setiap hari macam diorang agaknya. Gua curious. Tapi gua tau tak lama lagi gua pun akan rasa kehidupan mencari rezeki tu macamana. Sikit je lagi.


So dari Jalan Ampang gua singgah maple depan KLCC jap sarapan roti canai. Kedai buruk je tapi roti canai singgit, milo panas 2 ringgit. Mahal la nak banding dengan shah alam. Pastu gua masuk KLCC pulak. Lepas gua dapati semua kedai masih tutup (siapa nak bukak pukul 8.30 gila) gua amek LRT dari KLCC terus ke Midvalley. Gua sempat SMS Ejard. Dia kata nanti pukul 10 dia keluar. 

KLCC yang masih lengang. Gua rasa sangat produktif sebab bangun awal padahal menganggur.


dok KL makan roti kosong pun singgit. Bukan sedap nau pun.


Gua pun legar-legar la kat Midvalley (gua skip cerita yang gua sakit hati tunggu KTM masa kat KL central. Nokhorom lambat nak mampus) sorang-sorang. Oleh sebab gua tak tau nak pergi mana so gua singgah MPH. Gua dok bahagian medical books la apa lagi. Takkan nak suruh gua baca Breaking Dawn pulak. Lagipun gua suka sebab bahagian ilmiah ni biasanya lengang. Orang Malaysia tak ramai yang minat section macam ni. Gua pun menelentang la guling-guling kat situ baca buku. Noorom gua try jawab soalan-soalan buku oxford medical yang MCQ/EMQ tu macam tak pernah stadi medic. Manjang salah. Last-last lepas beberapa ketika, gua givap. Letak buku nak blah tiba-tiba Ejard call. “bro, sorry sangat weh.. jalan perumahan aku kena block la. Banjir ni. Tak boleh pergi mana-mana dah ni..”..

Gua meneruskan hari itu secara berseorangan. Hampa tapi tabah.

Pastu member gua yang sorang lagi pulak SMS berbunyi, “alah, sori weh. Tak dapat datang la. Ko balek je la nanti pukol 4 ko datang la balik amek Dian..”

Noorom.

Gua berteleku sorang-sorang kat MPH. terpaksa la gua tunggu jugak pukul 5 sorang-sorang. Gua cadang nk pusing satu Mid Valley tu tengok semua kedai. Satu-satu kedai gua masuk tengok-tengok. Gua suka la perati gelagat manusia kota ni. Ada la beberapa scene yang menarik perhatian gua dari pagi sampai ke maghrib. Antaranya:

-gua nampak akak pakai ketat-ketat takde tudung tapi duduk kat section buku agama kat MPH. lama jugak dia ngadap buku-buku agama tu siap beli 2,3 buah. Salah satunya yang gua perasan adelah buku hadith 40 terjemahan ustaz Zahazan. Hidayah tu milik Allah ye dak?

-gua nampak makcik pakai tudung tapi pakai skirt nampak betis jalan berkepit dengan budak muda baya-baya gua.

-gua duduk sebelah 1 couple tua masa kat chicken rice shop. Umur around 70an la gua agak. Couple ni muka cina tapi cakap English dan Melayu baku. Gua rasa keturunan baba nyonya kot. Gua ngopeng/curik dengar diorang sembang. “I can’t believe after all these years we’ve been married, we’re still eating out together like we used to when we were in school.”. cara diorang cakap lembutnya la hai. Macam tengah dating time muda-muda. Gua respek couple tua tu.

-gua perati ramai sangat budak muda pompuan kat KL pakai tudung lilit pelik-pelik. Nak tiru Hanatajimbab la tu padahal muka melayu asli. gua bukan nak kutuk muka tapi kesian la sikit kat badan. Gua ingat satu budak ni baya-baya budak amek SPM kat dalam LRT. kesian nau gua nengok kemain panas tengahari buta kepala dibungkus lilit camtu. pastu statik je kepalanya takut kalau gerak bebanyak karang rosak tudungnya. Yang paling menyayat hati, time dia angkat tangan pegang pemegang dalam train tu gua nampak ketiaknya basah dan lecah akibat menahan seksaan panas. kasihan.

-gua nak semayang maghrib. Gua duduk tunggu azan dalam surau lepak-lepak gentel ibu jari kaki. Tiba-tiba ada satu pakcik ni masuk surau. Baju smart macam baru balik kerja. Masa tu kebetulan azan. Dia terus berdiri tegak tangan kebelakang tunggu azan habis. Pandang gua agak slack. Pastu dia suruh gua qomat. Dia pun terus offer diri jadi imam tanpa ragu-ragu. Tapi gua tau dia pun tak yakin nak suruh gua jadi imam sebab gua pakai seluar jeans, rambut tegak-tegak. Dia pun baca istighfar, baca surah annas, dan tah apa lagi sebelum angkat takbir tu. Gua yakin ni mesti banyak ilmu ugama ni. Gua dengar dengan khusyuk bacaan dia. Alfatihah dia agak ok la. Pastu dia baca surah inshiraah. “Alam nashrah laka sodroQ. Wa wadho3na 3nQa wizraQ..” sampai la abes dia baca surah tu dengan mengQolQolahkan semua hujung ayat. Gua rasa nak nangis. Tadi gaya macam good-good je nak pandang slack gua sekali tajwid fail. 

-scene paling gua tak suka, scene budak-budak sekolah berkeliaran kat Mid Valley time hari sekolah. Bukan masalah ponteng sekolah yang gua nak tekankan tapi masalah mental bebudak ni. Pakaian memang rosak. Akhlak pun rosak. gua ada pernah post dulu pasal isu ni (klik sini kalau nak review balik). Couple berkepit sana sini padahal gua tengok yang jantannya muka macam belum baligh pun ada. Yang perempuannya gedik gelak kekeh-kekeh, terkinja-kinja. Gua tak suka la cara budak-budak KL hidup. Gua bukan nak generalize tapi kebanyakannya kat shopping mall memang camtu. Lu tak caya cuba usha gambar-gambar sini: (tengok dengan risiko masing-masing aa. Aku tak nak terlibat. Lol) https://www.facebook.com/antipavilionkids?sk=photos . Bagi gua bebudak ni semua dah susah nak ditegur dah. Elok lemaskan je masa kecik-kecik dulu.




Badan dah sakit-sakit sebab jalan kaki sepanjang hari sorang-sorang. Gua decide nak balik car park kat jalan Ampang balik tunggu cik Bini dari dalam kereta je. Gua naik KTM semula (demi segala isi bumi, gua benci servis KTM. Lembab nak mampus keretapinya sampai. Dah la panas.), pastu LRT dari sentral sampai KLCC. Sempat jugak gua beli Auntie Anne’s sebungkus sebab gua tau isteri gua suka. Dari KLCC gua jalan kaki lagi sampai Jalan Ampang semula. Masa tu pukul 4. sekarang dah pukul 5.30. kejap lagi bini gua keluar la tu. Hujan pun baru je berenti. Gua dengar satu KL banjir tapi Alhamdulillah takde lagi banjir yang gua nampak setakat ni menghalang perjalanan. Hasbiyallahu wani3mal wakeel. Harap-harap jalan nak pergi lebuh NPE jap lagi clear la. ok la, gua dah nampak kelibat cik Bini dah tu. Ololo comel. Haha. Ok, bye.





 gambar-gambar lain yang sempat gua snap menghabiskan masa berseorangan:


gua betul tak sangka gua jumpa fol akhernya kat Malaysia. thank you cik lagenda merahjambu sebab suggest gua carik kat cold storage.


sedih kan makan sensorang? bini gua pulak tengah sedap makan kat hotel. isk..


 Malaysians are lazy.


gua menaip entri ni depan steering kat car park. bahaya radiation terhadap inguinal area gua terpaksa gua abaikan sekejap. kalau tak mati kering gua tahan bosan.

6 comments:

legenda mende tah grrr said...

Ha kan dah kata ada! harga mesti bafak mahal kan walhal kat sini dengan roti berapa sen la sangat ;p

pink

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ha tu la. mahal jugak la. tapi nak banding dengan kerinduan aku kat fol maka tak kisah la beli setin dua walaupun berbelas ringgit jadinya. tq cik lagenda. anda..memang lagenda!

Eng Einy said...

hahak seronok la baca belog abang nazu..happy kejap..bagusla suami penyayang sanggup teman bini pergi kursus ..keep it up

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. making others happy has always been my pleasure. ko stress ke lately? jangan down-down. enjoy k! tq singgah walaupon aku dah berbulan2 try masuk blog ko tapi access denied. isk..

Anonymous said...

czdfk [url=http://www.beatsheadphonesuksale.co.uk]beats by dre[/url] nueecstc http://www.beatsheadphonesuksale.co.uk mcgbmgwvw pvotco [url=http://www.cheapbeatsukheadphonesale.co.uk]dr dre beats[/url] oxktyeefhttp://www.cheapbeatsukheadphonesale.co.uk cddnffhvs xhcigs [url=http://www.cheapbeatsbydreuksales.co.uk]beats by dre[/url] mefqpomz http://www.cheapbeatsbydreuksales.co.uk ocyvhuwuj rbmskn [url=http://www.cheapbeatsbydresaleuk.co.uk]cheap beats by dre[/url] zxqutnty http://www.cheapbeatsbydresaleuk.co.uk peghfzpfr hwwjtj [url=http://www.cheap-beatsbydreuk.co.uk]beats by dre[/url] xbbkirst http://www.cheap-beatsbydreuk.co.uk kdemwmktn mliaen [url=http://www.beatsbydrdreukonsale.co.uk]beats by dre[/url] ojhksshj http://www.beatsbydrdreukonsale.co.uk ltucqvknp z

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.