Thursday, May 3, 2012

sen-sen, genih-genih.

salam sejahtera dan good evening.

ini hari gua free sesangat. petang ni gua plan nak gi bank bayar duit installment kereta bini gua tapi macam malas pun ada. namun atas dasar cinta dan kasih sayang, gua dengan sukarela dan senang hatinya akan pergi kejap lagi. ekekeke. so sekarang ada masa free nak bersembang.


gua membesar kat Mesir 7 tahun dikelilingi oleh member-member yang tak pernah berkira kalau soal duit. jarang la ada yang jenis berkira ni. kalau ada pun gua memang tak berapa minat nak rapat sebab tak best kalau ajak jenis ni pergi makan. haha. mungkin kebanyakan budak lelaki memang camni perangainya. sebagai contoh la, kitorang ni kerap makan luar atau eating out la kata omputeh. biasanya time order memang tak pernah nak tengok sangat harga kat menu tu. main jeling-jeling je. gua teringat kata-kata ustat wat hensem, "enta kalau makan jangan berkira. kat dunia ni kita makan makanan dunia puas-puas. rezeki ada di mana-mana". maka kami memang sentiasa mengamalkan apa yang dipesan. ekeke. tapi takde la sampai tahap membazir. sekadar makan puas-puas la. pastu yang gua nak tekankan adalah time nak bayar tu. kata la sorang kena bayar 25 genih. maka masing-masing pun keluarkan 30 genih, takde sorang pun yang akan bayar less than what is stated on the bill. so duit yang terkumpul pun kompem la berlebih-lebih ye dak? tapi bebudak ni punya perangai, jangan harap la nak pulangkan balik balance kat diorang balik. diorang taknak punya. "eh, ko amek la. takpe, takpe.." atau kalau paan salleh punya ayat lagi macam haram, "eh,, hg amek la. hg tak malu ka pulangkan duit kat aku? tak malu?" macam lahanat. haha. pastu kalau naik teksi pun satu hal lagi. bergaduh siapa yang nak bayar. pastu kalau nak dibayar balik memang susah nak amek.

Ikhlas. itu yang nak aku cakapkan. bila kita ikhlas dan pemurah, orang akan suka kat kita. ikhlas dan pemurah ni menjadikan diri kita tak sombong dan disenangi. tak self centered dan pikir poket sendiri. risau sangat rezeki Allah tu habis padahal Allah tu maha kaya. lagi banyak kita jadi pemurah, lagi pemurah Allah kat kita.

gua teringat kisah Ali r.a dengan isterinya Fatimah. ada satu time tu anak mereka Hassan dan Hussin sakit teruk. Ali dan Fatimah bernazar jika anak mereka sembuh mereka akan berpuasa. maka dengan izin Allah, Hassan dan Hussin sihat. mereka pun mula lah berpuasa.

nak dijadikan kisah, diorang ni takde harta sangat. so Fatimah cuba mendapatkan tepung di siang hari dan memasak untuk dijadikan roti di petang hari. lepas seharian Fatimah usaha, akhirnya dapat la tepung untuk dimasak. time sayyidina Ali pulang dari berjemaah maghrib, mereka sekeluarga pun duduk bersama untuk berbuka puasa. baru nak suap roti ke mulut tetiba datang orang fakir ke rumah meminta belas kasihan. Fatimah r.a kata "berilah roti tersebut..". maka Ali pun setuju dan memberi semua roti tersebut kepada fakir miskin itu. malam tu mereka tidur hanya mengisi perut dengan air kosong.

hari ke 2. siangnya Fatimah membuat tugasan yang sama. bila dapat tepung, Fatimah masak roti pada petang hari. lepas maghrib, Ali pulang dari masjid untuk berbuka. baru je mereka dan anak-anak nak suapkan roti ke mulut, datang pulak anak yatim meminta belas kasihan. gua takjub dengan akhlak Hassan dan Hussin walaupun masih kecik, tapi iman mereka power. mereka beri semua roti tu kat anak yatim dengan ikhlas dan senyuman. tak ada makanan lagi untuk hari puasa ke 2.

hari ke 3. Fatimah masih melakukan kerja yang sama sehingga dapat tepung dan dimasak untuk juadah berbuka maghrib karang. lepas berjemaah dengan Nabi s.a.w, Ali sampai ke rumah untuk berbuka. masing-masing kelaparan. mereka duduk untuk menjamah. tiba-tiba datang pulak orang meminta makanan untuk diberikan kepada tawanan perang. Fatimah, Ali, Hassan dan Hussin tak berkira-kira dan terus bagi makanan mereka kepada orang tersebut untuk diberi kepada tawanan perang. gua cukup takjub kat sini sebab tawanan perang tu la yang membunuh ummat islam, menentang nabi, menghina islam. tapi sifat ikhlas, iman dan pemurah tu melebihi segalanya. rezeki itu milik Allah untuk semua manusia. gua terpikir kalau la zaman sekarang ni ada tawanan perang mesti dah dicerca, diherdik, tak dijaga makan minumnya. baru kutuk kerajaan sikit dah dimaki hamun disepak terajang. lainnya taraf manusia sekarang dan keperibadian sahabat nabi s.a.w.

so, esoknya mereka sekeluarga dah tak berpuasa lagi. Ali membawa anak-anaknya ke rumah nabi s.a.w dengan lemah longlai kerana tak makan dah 3 hari. Nabi s.a.w nak menangis tengok keadaan anak menantu dan cucunya itu. Fatimah dah cekung matanya dan kurus. nabi peluk Fatimah pastu time tu lantas Jibril turunkan ayat dari Allah (surah Al-Insaan start ayat 8) 



8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

9. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.



dan seterusnya beberapa potong ayat lagi aku tak ingat.

terngiang-ngiang "la nureedu minkum jazaa'aw wala shukuura" dalam kepala aku. moh le kita jadi orang yang pemurah dan ikhlas. bukan saje dapat member, malah dapat rezeki Allah lagi berlipat ganda plus keredhaan Allah lagi. bukannya susah beb nak jadi pemurah. buangkan sifat berkira tu dulu. setakat sen-sen, ringgit-ringgit tu buat donno je la dengan member-member. start from there la pastu bila rasa kesenangan, keluarkan la pulak sedekah, infaq dan lain-lain ikut kemampuan memasing. serius gua cakap, orang kedekut dan berkira tak ramai kawan, percayala. kalau ko rasa ko jenis berkira, sedarlah bahawa sebenarnya tak ramai suka ajak ko makan. takde sape nak gi makan dengan ko semakkan kepala member je. kah kah. eh, amek pengajaran tau. ok babai.

time-time makan macam ni kadang tak tau pun siapa yang bayar lebih. main tabuh je duit. pulak kadang tu ada orang belanja tapi tak tau siapa. haha. indah betul berkawan kalau macam ni. (gambar 1st year, 2005)
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.