Friday, November 1, 2013

done with cute babies

aku merenung baby warmer. equipments semua dah aku lengkapkan. suction, PPV bag & mask, laryngoscope dengan blade size 0, ET tube size 3.5, diluted 1 vile of adrenaline, umbilical vein catheter set, blood expanders, semua aku dah cek betul2. cuma tinggal menunggu masanya baby tu keluar je. sejuk suasana OT sampai ke tulang boleh aku rasa. aku tengok jam. aku tengok surgeon. berdebar tapi fikiran aku cukup fokus. MO aku belum sampai maknanya ni semua kerja aku la japgi ni.

"baby out!" jerit surgeon.

"baby flat, Dr." kata paeds staff nurse sambil belari membawa baby dengan green towel ke arah aku.

"suction! staff, tolong saye stimulate baby" aku bagi arahan pendek.

aku palpate umbilical cord. takde pulse langsung. aku capai stethoscope. pulse memang takde. terus tangan aku otomatik capai PPV bag. complete 1 cycle, heart rate masih 0. masa tu MO aku sampai. lega banyak rasanya bila ada superior dalam situasi tak seronok macam ni.

"refresh me again, nazrul"

"37 weeker, bos. estimated 3.2kg, liquor was clear, antenatally GDM on s/c insulin coming today for elective IOL but then upon admission initial CTG showed baseline heart rate of 80 then dropped further to 60 so they decided fast for section. ventilator booked already just now. On table daptone heart rate was less than 50. baby out for 2 minutes already, heart rate 0. i've given 1 cycle of PPV and i think we should intubate now.."

"CPR while i start intubating.." kata MO aku.

aku pulas oxygen ke full blast, dan start CPR.

sepantas kilat ET tube masuk dan aku sambung ke PPV bag with 100% O2. CPR dan PPV bergerak seirama. heart rate masih 0. MO mintak adrenaline utk bagi through ET tube. then dia decide untuk set UVC (umbilical vein catheter) line. dalam masa yang sama dia mintak staff nurse call lagi sorang MO paeds untuk turun membantu.

tali pusat dipotong pendek, catheter dimasukkan sampai aku nampak flow cantik. UVC anchored kat 8cm. MO sorang lagi pun sampai masa tu. 3 orang dokte dan 2 orang staff nurse bertungkus lumus kat situ. bila sampai ke adrenaline yg ke 3 (kalini masuk via UVC line), aku perasan dada baby ade vibration. aku auscultate, memang ada pulse sangat soft tapi good rate. resus diteruskan dan berterusan sampai 20 minit baru la dapat heart rate 100. but aku yakin adrenaline yang banyak contribute. better send up to ICU as fast as possible.

baby was transported to NICU by pre-warmed incubator. ventilator pun dah siap reserved kat NICU untuk baby ni. on the way up to NICU multiple heart rate crash noted so berlari2 la kitorang biar cepat sampai NICU. total apgar score 0,0,0,0,1. (sequence 1,5,10,15,20 minutes). alhamdulillah everything went well. aku pun siapkan segala tok nenek document dan admission clerking pastu (ini memang stended la keje houseman). aku tengok jam dah 2 jam melepasi waktu bekerja aku. aku pun siap2 pastu balik. aku tak sure how's the baby's condition after that sebab aku tak kerja kat NICU dah. some more that was the last day i worked in paediatrics dan kebanyakan masa hujung2 paeds tu pulak aku kerja standby kat labour room makanya memang tak follow dah la apa cerita. semoga baik2 sahaja.

***

sekarang aku cuti end of posting. kitorang panggil EOP leave kat sini. paeds bagi aku banyak mengajar aku tetang details, menajamkan skill yang halus2, mengajar lebih responsible dengan kerja sendiri, bersabar jangan cepat marah, kepantasan, hygienic dan belas kasihan. aku pun dah tinggalkan ilmu paeds ni 3 atau 4 tahun sebelum jadi houseman (subjek masa 5th year 2009 dulu) makanya banyak sangat aku dah lupa tapi alhamdulillah aku mampu catch up. aku pun tak sangka masa setiap kali assessment aku mampu jawab even tak flying colors sangat tapi cukup untuk specialist cakap aku competent. bagi aku, tak guna kejar mumtaz masa university kalau ko tak mampu nak bekerja betul masa jadi dokte nanti. learn quick, stay humble, ringan2kan mulut berkawan (orang jenis senyap tak becakap & serius manjang ni patients and colleague tak suka), willing to learn, obey commands, rajin, doa selalu, insyaAllah semua akan ok.

my next and 5th posting is ortho. pray for me.

sekarang ni aku banyak sangat dengar isu student mesir balik malaysia sambung study kat IPTA & IPTS serata negara. tahniah aku ucapkan yang dah dapat tukar credit tu. maybe itu yang terbaik untuk korang dan keluarga korang (..atau kekasih ngkorang supaya tak berjauhan lagi? hehe). jujurnya bagi aku, aku sangat berbangga dengan mereka yang setia meneruskan perjuangan kat mesir. andainye diorang balik untuk bekerja nanti, kalau aku jumpa aku akan happy dan aku layan macam ahl masr. lain zuq dan perasaannya bila berjumpa sesama masri ni kalau tak pecaya try la grad dari mesir dulu. aku dengan anas mat asis (grad alexandria) kat hospital klang ni pun bila jumpa tu cakap ammiyyah sesama kitorang. terasa semangat tau. hehe. anyways, im proud to be one of cairo university products. tak pernah sesal sikit pun. apapepun yang sambung belajar kat malaysia pulak good luck tp adapt aku ucapkan. kalau terjumpa aku kat mana2 tegur la jangan diam je. aku kan pemalu orangnya. lol.

ok, bye. enjoy ur life. jangan study je manjang. kesian kat badan ok.


Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.