salam sume!!
tajuk tu mmg takde kaitan dengan post ni. aku main bubuh je tajuk tu sekadar membuatkan post aku ni bertajuk.
separa siuman dah aku menahan diri dari melakukan maksiat blogging sejak setahun yg lalu. tak payah tanye kenapa, sebab aku kompem takkan bagitau punye alasan aku berenti blogging. tp sekarang aku dah rasa mcm ok sket, masalah2 dlm negara pon dah setel sket2, maka aku akan teruskan usaha murni tersebut sehinggalah masalah baru timbul lagi skali. [telengkup tangan lambang doa tolak bala]
terime kasih la kawan2 yg sudi singgah blog ni walaupon aku dh kate blog ni dah tutup. tp still trafik chatbox aku kat tepi tu bejalan lancar seperti dahulu kala. korang dah memeriahkan blog yg hidup segan mati tak mahu ni. tme kasih daun keladi~
aku rasa sepanjang tahun 4 haritu, macam2 bende yg tak pernah telintas dalam pale otak aku utk aku buat telah pon aku buat [paham ke ayat ni?]. bende ngarot yg tak patut aku belajar telah pon aku belajar [medic tu temasuk kategori ngarot x? tp communitu medicine mmg ngarot, aku tak kire. tetap ngarot.] banyak nak aku hikayatkan kat korang namun aku tak dpt nak jadikan blog aku ni sebagai karangan diari tahunan lambang aku malas nak becerite banyak2.
oleh hal yg demikian, aku hanye mampu mengupload gambar2 yg mane gambaran visual biasanye lebih meransang otak manusia. bile korang tengok, korang terangsang. haha. [bodo la]. namun ransangan visual hanye bole diapply kepada manusia selain dak medic sbb dak medic lebih teransang dengan buku text dan tulisan. aku pon tak faham ape keseronokan serta pekdahnye baca tulisan banyak2.
kepada kawan2,selamat kembali membuang masa ke blog aku. kalo singgah tu tinggalkan la pape kat chatbox tepi tu ye. tapi kalo siqah sgt lambang anda stadi di mesir n takut orang nampak tak siqah sbb singgah blog ngarot cmni takyah la tinggalkan pape. doakan tuan punye blog sudah. k,bye2
********************************************
GALERI SETAHUN.
bermulanya tahun klinikal. baru nak kenal dunia medic sket2
tahun ni merupakan tahun aku main bola paling banyak dlm tempoh 4 tahun
wakil kaherah menjadi si kalah di karnival hari keluarga PERUBATAN di mansoura
tahun ni aku berjinak2 dengan squasy..saket gile badan main natang ni. lepas try mendalah ni baru aku tau betapa besar jasa nicole david kepada negara.
Munawwarah @ semarak fitrah 2008.
bende yg aku paling susah nak pecaya: aku main gitar. seriusli,aku mmg buta muzik. tp ayep & afiq telah merubah segalanye [korg teharu x?nangis la,nangis la]
november - last aku wat keje2 PERUBATAN. buat exco2 yg masih bekerja sampai sekarang, ketahuilah bahawasanya adelah satu nikmat yg besar menjadi student yg takde komitmen lantas berlenggang2 sesuka hati seperti manusia biasa.
buat kali ke 3 nye aku menjadi pengarah sinai. gile btol.
tibe2 aku jadi seorang yg prihatin terhadap masalah kemanusiaan. ape bende tah merasuk aku.
untuk Gaza. pertama kali derma darah seumur hidup aku. aku tak makan pape dari pagi lalu derma darah di malam harinye. ye,aku pengsan dek hypovolemic shock.
tak sangke dalam misi kemanusiaan pon boleh menyebabkan aku berkenalan dgn orang2 mcmni. owh~segere pukul gambar.
Misi tabung dapur untuk Darfur - di sebuah sekolah anak yatim.
Misi tabung dapur untuk Darfur - aku, kimow ngan zul dgn kanak2 khartoum.
Misi tabung dapur untuk Darfur - memeriksa bekalan ubat yg sangat terhad.
Harian Metro 22 Januari 2009
Final Exam tahun 4, 2009.
KLIA 7 julai 09. anak & bapak. adekah sama?
derma darah kali ke-2. aku tengah kagum sebab nurse tu tengah suntik aku ANAESTHETIC!! gile la! siap ade bius,katil,bekalan vitamin n makanan kalo derma darah kat msia. haha. lucu plak bile bandingkan dgn kat mesir haritu.
**************************************
banyak lagi gambar2 yg tak dpt aku nak share kat sini sebab gambar2 sume aku simpan dalam hard disc kat PC aku. yang ade ni pon sume aku amek dari friendster & fesbuk.
aku dah pening. skrin kat laptop bapak aku ni kecik sangat la. penat aku nak scroll2 banyak kali. kesian beliau aku dah tumbuk berkali2 sebab tensi. baik aku berenti menaip sebelum laptop bapak aku rosak.