gua keluar dari wad dengan badan lembik. pandang lantai. longlai la orang kata. gua rasa tak berbaloi gua stadi sampai tak tidur sangat malam sebelum tu. terngiang-ngiang ayat dokte "yes, u attended the classes but probably u didn't attend with your heart and head..". pecah dada gua masa dengar ayat tu time dia soal gua pasal neuro. exam hari tu sepatutnya mudah. gembar gembur katanya dokte pun tanya yang mudah-mudah saja. siap ada yang boleh pilih nak case apa. member gua yang exam dengan dokte lain cepat je abes exam. siap katil belakang gua dah 2 member silih berganti cek patient tapi gua still sangkut kat tempat gua. silap gua jugak sebab gua memang tak ready untuk neuro. gua lebih yakin kalau dapat patient chest atau cardio. abdomen pulak so-so la tapi still boleh goreng. tapi punya la gua takda rezeki itu jam, gua masuk je wad, 2 jenis bala gua dapat:
1) dokte tu memang gua tak minat. dia penah ajar gua sekali dalam kelas dan memang gua tak ngam sangat sebab dia terlampau detail & strict. gua betul tak sangka gua dapat dokte tu dalam banyak2 dokte yang wujud.
2) gua dapat patient abdomen (shrunken liver, jaundiced, splenomegally) tapi soalannya berkisar neurology. menitik peluh jantan.
exam hari tu sepatutnya exam praktikal/amali/clinical examinations/ape2 je la yang sama maksud. tak lari banyak la daripada inspection, palpation, percussion & auscultation. tapi oleh sebab dokte ni jenis detail, gua asek kena bantai dengan soalan bertalu-talu. tambah lagi bila 3,4 kali disergah dengan soalan theory memang la gua gugup. bila tak tau gua jujur cakap tak tau. tapi lepas tu gua kena cuci la dengan ayat-ayat pedih. "don't u know u've got an exam today?". menusuk, bhai. terbelah dua hati gua.
gua jalan balik rumah menyeret-nyeret kaki. Ambe kadang cuba tenangkan gua dengan ayat-ayat manis tapi gua tak rasa nak cheer up. memang markah penuh exam kali ni 15/1000 je untuk total markah internal medicine tapi bila dah tahun 6 ni gua rasa setiap markah tu berharga. gua tau gua ni memang bukan jenis exam scorer. bila berhadapan dengan exam gua jadi macam tak tau apebenda. buktinya dari tahun 1 gua maintain markah cukup makan. tapi yang gua panas tu member-member boleh pulak bakar gua sedangkan masing-masing exam kemain terer. rasa nak sekeh dahi sorang2. keh keh. gua serius ni, gua serius.
apa apa pun, biasanya selepas beberapa ketika lepas exam gua akan jadi lebih bermotivasi. cara nak bagi gua tambah semangat adalah dengan menyalahkan diri sendiri. "gua rasa gua tak dapat jawab memang sebab gua bengap. biar la dokte nak tanya luar tajuk ke, salah tajuk ke, susah macam hell ke, tapi kalau tak dapat jawab tu maknanya gua yang salah..". macam tu gua selalu fikir. "cilakak punye exam..takpe, tengok la lepas ni gua akan study dengan lebih insyaAllah.." bingkis gua sambil menung-menung menggenggam tangan. gua tau Allah tahu apa gua usahakan. Allah maha adil, beb.
selesai cerita exam.
****
malam lepas exam tu member-member gua buat birthday party untuk gua la siapa lagi. hohoho. coordinator programnya si Aizuddin Zailani @ Bi. gua tau walaupun natang ni selalu kutuk rupa paras gua tapi dia sebenarnya sayang gila kat gua. lol. makan malam tu memang grand. makan ala-ala melayu. kenyang taraf makruh. keh keh. esoknya pulak Mario Brother's (Afiq & Wawan) belanja gua TGI Fridays atas kapal sebelah sungai Nil. bil cecah LE500, beb. boleh pulak gua tak terharu? lepas tu pulak masa program gathering batch gua (gua namakan program ni SEMAIAN MAWAR CHINTA - singkatan untuk: SEsi keraMAIAN, Malam ukhuwWAh & Rohani batCH mep5 dI taNTA. lol) budak-budak ni buat surprise cake untuk gua. gua betul tak expect sampai gua rasa terharu gila bahabi. nak menangis tapi apa barang touching-touching ye dak? first time dalam 6 tahun ni gua rasa birthday gua disambut rakan-rakan dengan meriah. terus gua lupa pasal exam yang sedih tu. pasal grand gathering MEP5 tu pulak nanti la gua cerita lain kali. perlu 1 post khas sebab memang special dan gua rasa puas hati dengan ukhuwwah batch gua yang macam adik beradik. batch lu ada? keh keh.
maka sekarang gua dah 24. agak muda lagi. kulit masih anjal -pegi mampus-. gua dah rasa macam best pulak kalau nak fikir soal berbini. kah2 berangan cam hape. ok sebelum Cik Mun maki gua baik gua stop. bhabhai.
antara batch gua yang ada memeriahkan birthday party.
set lauk untuk setiap 3-4 orang. gua betul rekemenkan restoran ni untuk sesiapa yang terasa tekak nak makanan melayu.
@TGI Fridays. tq Mario Brothers.
Hakim (Kimau) bersama memotong surprise birthday cake dengan gua. tarikh lahir dekat2. (gambar ehsan abang Syapi comel -program SEMAIAN MAWAR CHINTA lol)
Kimau malu-malu gua suap kek. (gambar ehsan abang Syapi comel lagi)
lu nampak gua kat mana? kedai henset. bermaksud gua beli henset baru buat menggantikan henset gua yang hilang dalam teksi bulan lepas. 6 tahun sekali apa salahnya beli ye dak? tapi kebelakangan ni gua rasa sayu bila tengok balance duit dalam HSBC. demm betul la.
p/s: on the way balik rumah dari kedai gua nampak poster "..إن ينصركم الله فلا غالب لكم" kat dinding rumah jiran. betul jugak ye dak?
17 comments:
ustaz wrq, ape mksd ayat arab tu? cuba la translet dh tau gua ni jahil
eh, kepala ustaz awak. lol. gua pun takde la tau sangat tapi lebih kurang maksudnye: if Allah helps u, none can overcome.
tq singgah baca :)
MNSKAOAB
haha ustaz wrq yg kacak lagi waroq dan thiqoh!
sbb blog ni pasif, so bila skali-skala dia hidup aku laju jela singgah. blog mahal kan kihkih.
bagus2..trima kasih sbb hapdet ..sonok baca
cikmas ni buat gua panas la. jangan la kutuk gua thiqoh. gua tak boleh la.. lol. blog ni bukan tahap pasif tp dah taraf mati. 2 bulan skali update memang pemalas nak mampus.
MNSKAOAB
trime kasih sbb singgah cik barbara. saya gembira jika org seronok membaca.
MNSKAOAB
alooo.. cik warouq yg siqoh... heee.. tahniah la menghapdate blog hang yang dah lama aku nntikan entry yg berjela-jela ini..
wah.. ko dah tua.. cepat2 kawin.ea.. hheee..daaaa
ahhh sorg lagi nak kene. aih. siqoh tu tak kene dengan aku langsung. kalo tak caya ko tengok header blog ni. terang kot aku tulis.
trimas sbb membaca blog yg sering tergendala mcm ni.
ye aku dah tua sikit je. 24 still muda. dan bujang. masih laku. kah2.
wah blog titik (.) ni ade entry baru =) aku dah pasan bape ari dah tp xsempat2 nak singgah. aku pun suke baca ayat2 smpoi ko. goodluck waroq untuk exam2 mendatang. semalam aku pegi ziarah Ain Amir. jenazah mak dia telah selamat dikebumikan di salak tinggi, tak jauh dari rumah dia. Al-Fatihah..
blog titik ni memang rare nak nampak diupdate. n aku hargai la semua orang yg singgah baca. doakan exam aku weh ndea. ko pon good luck jugak! aku tau budak2 USIM sume hebat2 belaka. respek la.
pasal mak ain amir tu aku ade dengar jugak dari sambest crew04. dian pun ade bagitau aku. sama2 la kite sedekahkan alfatihah buat mak ain. terima kasih ingatkan.
MNSKAOAB
wrq,insyaAllah,rezeki ko kat final exam nnt.dakpe ko dpt ciput skrg,kalu tak dpt time fenal nnt pon,gerenti Allah balas kat akhirat sok.lagi manes beb!
aku teringat ayat yg lebey kurang sama ngan ayat arab kat atas tuh..from al-Furqan sniri,bunyinye camni:
"Apa-apa rahmat yg dibukakan(diberikan) Allah kepada manusia,mk tiada yg akan menahannya,dan apa-apa yg ditahanNya,mk tiada yg akn memberikannya sesudah itu,Dia Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.[35:2]
all the best finalist 2012.haha.cam AF plak.chaiyok la batch senior taun ni.korang cipta sejarah korang sniri.doakan kitorg jugak!
terima kasih cik nasik. ayat arab yang aku tulis tu pun sebenarnye ayat Quran jugak (surah ali imran ayat 160). and thankyou menta'kid kan lagi ayat tu.
semoga aku jadi salah sorang dari finalist yg beruntung 2012. amin. tq wish n doa. aku doakan semua inshaAllah. takde hal la.
MNSKAOAB
biase la waruk...nobody is perfect...ade org dpt rezeki dari jln tu, ade org dpt rezeki dari jln tu [smbil tnjuk jln yg ade dkt sblh jln tu yg mula2]...adekala kite rase bnde tu baik utk kite, walhal bnde tu sebenarnye x baik pun utk kite dan sebaliknye...hakikatnye Allah yg maha mngetahui ape yg terbaik utk kite...dan Allah sentiasa beri yg terbaik utk kite...ape yg penting dari kite sbg hambaNya, sentiasa la b'syukur dgn nikmat yg kite dpt walaupun sikit...sekian duhulu, selamat b'amal...wassalam
perh, tq apis. kau mencerahkan sikit masa depan aku. nice words.
budak2 usim hebat2 belaka?? whoa! mandai je ko waruq. usim tu mendalah ape pon orang malaysia ramai taktahu lagi hahahaha.
ko jangan nak merendah diri. USIM femes weh kat budak2 obesi mcm kitorang ni. kami tahu kemampuan anda. ekeke.
MNSKAOAB
gmba2 yg fun wo00
Post a Comment