Friday, December 30, 2011

Rindu.

Celik.
Terkebil-kebil.
Terjaga dek mimpi yang tak pernah lejar berputar di dalam mimpi.
Senyuman semanis itu begitu kuat rasanya.
Mampu memuai batang tubuh ku dari ulit buaian lena.

Celik.
Bingkas, gebar ku tolak pergi.
Akas, alas ku tolak ke tepi.
Bangkit aku cemas tercari-cari.
Senyuman itu di alam realiti.
Tiada.
Seakan enggan ku percaya.
Sampai-sampai keringat membasahi muka.
Melompat pula ku tinggalkan kamar.
Lantas ku cari di dalam samar.
Tiada.
Senyuman itu..sudah tiada.

Terduduk aku tertunduk.
Berlutut, dada ku urut, dahi ku kerut.
Nyeri perasaan bukan kepalang.
Perih hati ku bukannya alang.
Dalam sayup gelita malam.
Terdengar tangisan..
Sedu aku keseorangan.

Andainya bukan kerana terpaksa.
Andainya ku turut hati ku tak rela.
Tak akan ku biar senyuman itu pergi.
Tak akan ku biar ku terus bermimpi.
Bersabar lah wahai Hati.
Purnama datang, purnama pergi.
Sedikit masa lagi.
Sesungguhnya janji ku akan kembali..

Celik.
Lekas aku pejamkan semula.
Betapa ku takut melihat dunia siang.
Betapa ku nantikan dunia gelita.
Agar acap aku beradu.
Agar datang dalam lamunanku.
Satu senyuman itu.
Yang sentiasa aku rindu..




Wrq
Kaherah, 12:52 pagi.

12 comments:

nurhazDV said...

pergh...nangis ak bace poem nih.....T.T dah la tgh dgr lagu perpisahan ini...

cahaya petuNjuk said...

wow. wow. wow.
skali bersajak...
[bahasa tahap tertinggi trus] =)

Cik Mas said...

T______T

pedihnya rindu.

Haru said...

alamak sedihnya.. semoga Allah limpahkan rezeki tak terhingga untuk abgwarouq n kakdian

Shakirah said...

tabah le wrq~

Anonymous said...

pergh.............giler puitis ayat..........sebak aku baca woi......ada bakat menulis rupanya ko....tersentap jiwa raga aku bila baca....smg berjaya ok..........cpt grad cpt blik-omaq

Amermeftah said...

omboih, sastrawiyyah

jumb0 Gem0k said...

saba taw wrq..

[MH] said...

mmg ketinggalan zaman. br bc entri ni.
takpe bro warouq, lebih kurang sebulan je lg nk jumpa balik kak dian.

sabar dan rindu itu didatangkan dengan pahala

caHayA pembUkaAn haTikU said...

sendu aku weh..

Anonymous said...

tak tahan dh.mula2 sebak je, bila habis terus menangis.

kalau rindu isteri, banyakkan doa utk dia. insyaAllah dpt tenangkan hati kita, dan dpt doakan kebaikan untuknya. all the best syazwan!

Abdul Munir Sanusi said...

Jilaka bahasa lu persis A. Samad Said.

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.