Hello geng. Masuk umur 25, boleh kata rata-rata member-member gua semua dah kahwin. Atau paling koman pun dah nak kahwin. Kalau yang belum ada rasa nak kahwin tu mungkin ada masalah dari segi mental, endocrine atau reproductive system.
Banyak orang kaitkan kahwin sama nasik minyak. Sangat la synonym-nya nasik minyak dengan occasion kahwin ni sampai orang selalu pakai ayat "bila agak gua boleh rasa nak makan nasik minyak lu?" bagi menggantikan ayat "lu dah besar panjang, takkan tak boleh pikir lagi lu tu dah tua. takkan nak tunggu tinggal lagi 10 tahun nak menopause baru nak pikir. karang dah menggelebeh semua baru terhegeh nak kahwin. toksah kejar sangat la dunia, harta, study tu semua. kahwin pun penting apa. lol. so, bila nak kahwin?".
So hari ni bagi meraikan musim berkahwin dan bercinta ni, gua nak cerita proses membuat nasik minyak kampung style.
Gua semenjak kahwin dulu, gua dah mula belajar macam-macam dari keluarga mertua gua. Bapak mertua gua yang ajar gua cara masak nasik minyak ni. Dia memang expert bab-bab nasik. Mak mertua gua ada perusahaan catering untuk kenduri-kendara, jamuan dan makan-makan. Bapak mertua gua full time incas bahagian nasik. Gua sama biras gua pulak memang biasanya jadiburuh assistant utama dia. Dari situ la gua dapat ilmu nasi minyak ni. Bapak mertua gua pesan, ilmu nasik minyak ni gua elok belajar baik-baik sebab zaman sekarang dah tak ramai yang reti. Bukan semua orang berani buat sebabnya kalau salah buat, kerugian lebih kurang 30kg beras. Kalau siapa yang reti benda ni orang akan carik pastu upahnya mahal. sekawah boleh dapat upah RM300 kadang.
Banyak orang kaitkan kahwin sama nasik minyak. Sangat la synonym-nya nasik minyak dengan occasion kahwin ni sampai orang selalu pakai ayat "bila agak gua boleh rasa nak makan nasik minyak lu?" bagi menggantikan ayat "lu dah besar panjang, takkan tak boleh pikir lagi lu tu dah tua. takkan nak tunggu tinggal lagi 10 tahun nak menopause baru nak pikir. karang dah menggelebeh semua baru terhegeh nak kahwin. toksah kejar sangat la dunia, harta, study tu semua. kahwin pun penting apa. lol. so, bila nak kahwin?".
So hari ni bagi meraikan musim berkahwin dan bercinta ni, gua nak cerita proses membuat nasik minyak kampung style.
Gua semenjak kahwin dulu, gua dah mula belajar macam-macam dari keluarga mertua gua. Bapak mertua gua yang ajar gua cara masak nasik minyak ni. Dia memang expert bab-bab nasik. Mak mertua gua ada perusahaan catering untuk kenduri-kendara, jamuan dan makan-makan. Bapak mertua gua full time incas bahagian nasik. Gua sama biras gua pulak memang biasanya jadi
standard mula kerja masak nasik minyak ni pukul 5 pagi kalau untuk kenduri 3000 orang. Nampak tu chief besar dah duduk depan periuk tu tunggu menantu-menantu dia bangun.
ghee & marjerin dicairkan. gua suka bau ghee.
bawang-bawangan, halia, serai, rempah-rempah ditumis kasi garing
air. part ni sukatan kalau salah, tekstur nasik jadi tak perfect.
gula pasir.
gula batu (laju sangat tangan abah. gua tak sempat nak tangkap)
garam. pro biasa takde sukat pakai unit SI. sukat pakai genggam je.
air halba pun digunakan. (gua teringat minum air helba bi haleb kat Mesir. sedapnya la hai..)
lepas tu tutup lid. kasi menggelegak dulu kejap. api kena power la baru cepat kerja kata abah mertua. lagi satu, abah tak nak pakai dapur moden untuk masak nasik minyak. rasa dia lain, kualiti berbeza. traditional is the best.
lepas gelegak, masuk susu sejat
pastu beras. jenis beras adelah basmathi campur dengan beras biasa sikit. setiap periuk tu boleh masak lebih kurang 8 gantang beras (dekat 30 kilo / 3 beg besar). boleh makan dalam 500 orang. so kalau catering untuk 3000 orang macam kitorang baru buat ni kena la masak 6 periuk besar.
kacau nasik pelan-pelan biar takde kerak. kacau/dayung sampai rasa nasik jadi berat. skill mengacau ni ada seninya. salah teknik, tak cantik hasilnya. abah mertua gua pesan time kacau ni baca surah Al-kauthar. tu part yang gua suka tengok kalau abah buat kerja. ada je surah dibacanya untuk certain kerja dia buat.
lagi satu, masa ni api bawah periuk tu memainkan peranan penting. kayu api kena ditarik ketepi bila nasik dah jadi berat. biar kosong tengah-tengahnya. pastu tutup balik lid. biar.
team-team dari department lain pun tengah berpeluh-peluh buat kerja. semalam gua incas bahagian nasik, transport & supervisor makanan. gua cukop suka naik lori lagi-lagi kalau ada biras gua si abg sopi sekali dengan wak Pechok. kompem bingit suasana.
lastly, makwe gua. dia memang full time incas bahagian makanan beradab. gua macam biasa la mengacau dan mengendeng dia tak kira waktu.
p/s: hari ni dijangkakan sijil/results slip gua sampai ke KLIA. alhamdulillah, settle semua urusan pejabat U akhirnya. gua dah boleh pikir nak jawab apa sok bila kena acah soalan medic masa interview. gua harap yang baik-baik sajor. tak sabar nak memulakan hidup berkerja dan carik nafaqah buat isteri dan keluarga. doakan gua barang se-ayat dua amacam?
8 comments:
Gua nak kahwin lu boleh jadi qadi nikah ke idak?
gua tak cukup haul nak jadi qadi. setakat gua periksa, gua cuma lepas jadi saksi borang nikah sajor.
patut pun kak dian pandai masak. mak abah beliau caterer!
runcit-runcit sajor. catering mengisi masa lapang katanya. rata-rata gadis desa memang diajar pandai masak sejak dari kecik.
NASI MINYAK MEMANG SEDAP BETUL. MAKASIH RESEPNYA...
power resepi ni..yummy..lain dr biasa...mana nak dapat air halba tu?
saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.
Post a Comment