Thursday, August 20, 2009
sembang pasal ramadhan..
esok enshaAllah [saje ngade2 eja mcm ni. nampak sikit yg aku ni dak stadi obesi kat timur tengah], kira2nya jika umur kita dipanjangkan Allah, ramadhan yg di dalamnya ade berjuta2 kemuliaan akan menjengah kita [amb*, jadi tak aku buat ayat BPI?]
maka utk semua, selamat menyambut bulan puasa. jgn ponteng2 tau. kalo ponteng puasa tak bole raya [mcm haram. aku tak suke gile ayat ni. dari kecik sampai besar ade je lg orang cakap. rasa nak tampar2 je orang2 tesebut. cliche sgguh bak kata bakemal]
cerite pasal bulan puasa ni, aku teringat mase aku kecik2 dulu. mase umur 5,6 tahun aku mula disyariatkan oleh mak bapak aku utk puasa sekerat hari. tp bila naik darjah satu, syariat yg asal telah dinasakh dan mansukhkan. aku dipaksa puasa penuh sehari. jiwa kecil aku memberontak sebab tak sanggup tengok member2 cina ngan india aku makan super ring ngan nugget time rehat. tapi aku cube bertahan sebab mak aku garang.
pagi mase nak pegi sekolah aku masih cerdas. namun start je loceng rehat, aku jadi lemah longlai mcm budak2 afrika dengan krisis protein energy malnutrition [argghhh..gua bengis gile dgn community medicine skrg ni]. aku mengurung diri dalam kelas dan cube bermain teng teng dengan dak2 ppuan agar terlupa akan makcik maimun [makcik kantin sekolah]
aku berjaya. aku berjaya bertahan hingga pulang ke rumah.
namun, tekak seorang kanak2 aku mmg sungguh bernafsu. masuk sahaja pukul 3 petang, aku dah rasa mcm nak pukul Peter sekeluarga [nama hamster aku peter]. Amygdala aku dah tak stabil. lagi2 bila nampak iklan fanta dan sunquick. iklan nini cokolat celup juga. aku tahan n paksa juga diri untuk tengok cerita tomatoman di tv1 supaya aku leka. tapi tak sangka adrenaline seorang kanak2 juga bole dirembeskan dgn amat dahsyat. otak aku semakin berpusing2 memikirkan air. lantas aku ternampak bilik air seperti bersinar2..
......
masuk pukul 7.32mlm. pakcik hafidz melaungkan azan [jiran aku,bilal surau. skrg dah jadi pelakon]. tiba lah waktu berbuka akhirnya. mama dan abah hebat memuji aku kerana bertahan dengan tubuh yang kecil itu. aku senyum menampakkan gigi2 besar aku yg jongang lantaran bangga yg teramat sangat sehingga rasa mahu memberitahu hakim [kawan kat sekolah]. sampai sekarang mama dan abah tak tahu yg aku minum air paip setiap petang sepanjang ramadhan 1994.
p/s: aku dilahirkan pada 10 ramadhan 1407..maka tahun ni aku terasa seperti ingin menyambut hari jadi aku dgn menjadikan hari2 ramadhan aku tak sesampah tahun2 sudah. amin. dan juga, mengambil dur thani Community Medicine aku dengan penuh kecekalan, kesabaran dan semangat ingin naik tahun 5 yg berkobar2. rakan2 sekalian doakan aku kan? kan?
Monday, August 17, 2009
hujan emas di negara orang. hujan batu di negara sendiri, lebih baik main futsal di negara sendiri.
setelah setahun aku tak aktif berblogging, aku dapati yg minat dan kebolehan berblogging aku kini berada di paras sampah. idea untuk terus menyambung kesinambungan merapik tak timbul2 lantas aku berasa takjub dengan bloggers2 yg aktif seperti petai jeruk, bujang sudin, masked facies dll. mereke mempunyai kebolehan merapik tanpa henti dan mungkin juga tanpa sedar. amat wow ok~
jadi untuk kali ni aku terasa mcm nak bercerita tentang futsal lambang takde idea. yep. futsal adelah satu bende yg sentiasa buat hati aku sentiasa happy tanpa berbelah bagi. selain faktor family, tunang aku n member2, sape sangke satu padang berbentuk petak, berdinding jaring dan sebiji bola bersaiz 4 mampu buat aku rasa tanak balik mesir. ditambah pulak bile dimainkan beramai2 bersama kawan2 sekolah lama, alangkah girangnya. kalo tak caya, tanye bujang sudin. haha. [perlu ke gelak di sini?]
basically futsal adelah hampir persis bola sepak padang. cumanya padang yg lebih kecik, gawang lebih kecik, bola berat bersaiz 4 dan jumlah pemain yg hanye 5 sebelah. namun keseronokannya berganda2 kerana terlampau banyak dribble skills, street-styles, creative moves, n shooting berdentam dentum dipaparkan. players akan begerak sgt pantas, takde banyak mase nak lenggang2, n bola akan sentiasa begerak so sape yg lampi mmg susah nak catch up. keeper pulak memerlukan hati batu dan abdomen yg kental utk sentiasa bersedia mengorbankan badan dirembat semahu2nya. takde sape yg akan berkasihan terhadap keeper especially striker,seriusli. maka bibir berdarah adelah perkara biasa. namun,takde sape pon marah sebab lumrah main futsal katenye. kalo tanak cedera gi main bowling.
futsal selama 2 jam dirasakan tidak lengkap oleh sesetangah penggiat futsal tanpa menyudahkannya dengan pergi ke mapley beramai2. bagi aku & rakan2, setelah bergelumang dgn peluh di sports planet seksyen 16, mapley Hakim seksyen 7 adelah pilihan kalbu. jika bermain di siang hari, nasi putih + ayam goreng potong2 + kuah campur adelah pilihan bernas dgn hanye berharga 4 ringgit. jika futsal berlangsung di malam hari, maka megi goreng mamak + perahan limau adelah pilihan mutlak. keserian bertambah dgn kehadiran air limau nipis/soya sejuk dan siaran langsung EPL. perh. mmg jiwa sejati kaki futsal. sebagai bonus, jika MU kalah maka aku akan pulang dgn senyuman dan tawa riang sepanjang malam.
cakap banyak tak gune. set tarikh, tempah court kat sports planet/HTO/rio de futsal/USF 15/open futsal seksyen 7/PJ sek 14/mane2 aje sukati korg n rasai sendiri. tak kire jantina, tahap kesiqahan dan tahap keegoan. sape2 pon bole main. skrg ni plak bukannye dak laki je main. kalo aku gi men je,mesti aku nampak ade court yg dipenuhi dak2 ppuan,amoi2,dan tak ketinggalan makcik2. dengan serkup2 kepala pon selambe je diredah. mmg best la lu org makcik2. gua tabik.
k la. kalo ade sape2 nak ajak aku main sile roger aku. dengan sepenuh hati, aku takkan tolak [tu pon kalo aku tak gi 'merayau' la.haha.sila faham].
k, kepada sahabat2 mesir yg bermain di padang cairo U nun di sana, selamat berjuang. haha. amat kasihan melihat anda semua dlm video abg zul kat fesbuk. takpe,insyaAllah tak lama lagi aku akan kembali join korang. btol2 tak lama dah. [err..sape ade tisu?]
GALERI KECINTAAN KU BERSAIZ 4 :
kredit gambar: syed ahmad izzat b tuan besar. [klik utk fotopages beliau]
Sunday, August 2, 2009
Medan,Indonesia..[pekdahnye aku gi sane..]
salam sume!!
ni 1st time aku gi luar negara dengan tujuan berholidei dengan femili selepas berbelas2 tahun tidak berbuat demikian. indonesia pon jadi la.
so, dengan tambang yg murah air asia [10 ringgit], aku & mereke terbang ke Medan. tak sempat nak menguap dah sampai.
dipendekkan cerita, ape yang aku nilaikan, suasana kat sana adelah persis suasana mesir tetapi versi melayu. jalan raya kelam kabut, hon sesuka hati, lintas jalan dengan skill mesir, peniaga kuat menipu / mengapak, ade tramco! [angkut] dan banyak lg..tp yg bestnye kat sana kebanyakan orang lemah lembut dan yg paling penting, makanan sume sedap! walaupon sebodo mane pon rupe kedainye, makanan dia tetap terbaik. maka makaaaan je la keje aku. sate padang, nasi uduk, nasi padang, masakan minang, kedai makan batak [aku tak try la sbb sumenye ade babi], sup buntut, ayam penyet, & mcm2 lagi la kott..indomee pon bersepah2 lambang indonesia adelah tempat asal mee tersebut [tapi perasa kaldu bosan2 mcm kat mesir tu takde. yg ade sume best n rasa dia tak bodo mcm kat mesir. aku pakar menilai megi.]
n..tak terasa guna duit sbb nilai duit kecik..baju kat butik mahal2 pon kadang2 tu cume Rp 36,000 [RM 10]..terasa nak dok indonesia pulak walaupon aku sedar aku keturunan india T_T
baik, silahkan nikmati fotonya ya pak~
********************************
GALERI ENGGAK PAK,..ENGGAK!! [APAHAL..?]
er..ok,aku tak batak langsung dgn air asia ye~mak bapak aku ajak begambar [nak cover takut amb* kutuk sbb amek gambar naik air asia mcm org 1st time naik kapal terbang]
tremco / angkut - kat mesir time nak berenti kite jerit "3la gambi yg asto!.." . kat indo lak,derang cakap "pinggir ya pak~" .maksudnye sama iaitu "berenti ketepi bole?.."
naik beca. [photo by ainaa]
danau toba. mmg lawa. terjaga rapi. ade sorang india mati lemas sehari lepas aku bermain2 di tasik terbabit.
mama & abah @ toba lake. zaman muda2 dlu tak bole nak bercamwhoring bersama seperti anak muda sekarang. maka suruh anak2 saja mengambilkan gambar.
aku tau, aku tido amat buruk. 6 jam perjalanan yg kurang selesa ke danau toba tak mengizinkan aku tido dengan sopan santun serta berhemah.
menghidang nasi padang. diorang hidang semua lauk yg ada. kalo tak sentuh, tak perlu bayar. makan bersila. menarik.
style budak2 4 flat. stadi tak kire masa. time holiday pon nak saiko stadi. serupa dgn seorang sahabat aku bernama amb* / amr*.
kedai sempoi2 mcmni pon masakan derang mmg kelasss~
lagi contoh kedai2 yg tak berapa nak ceria. tp hidangan sedap2 belaka. dan yg penting harganye murah guling2.
owh, adek 2nd last aku. moody lantaran kepenatan 3 hari bejalan tak henti2. aku nampak sedikit cool sebab dah lepas geram kat adik bongsu aku dengan menyepak2 beliau seadanya.
walaupon penat, kami berasa seronok. [ayat penutup karangan darjah 4 bertajuk "berkelah di tepi pantai bersama keluarga]