setelah setahun aku tak aktif berblogging, aku dapati yg minat dan kebolehan berblogging aku kini berada di paras sampah. idea untuk terus menyambung kesinambungan merapik tak timbul2 lantas aku berasa takjub dengan bloggers2 yg aktif seperti petai jeruk, bujang sudin, masked facies dll. mereke mempunyai kebolehan merapik tanpa henti dan mungkin juga tanpa sedar. amat wow ok~
jadi untuk kali ni aku terasa mcm nak bercerita tentang futsal lambang takde idea. yep. futsal adelah satu bende yg sentiasa buat hati aku sentiasa happy tanpa berbelah bagi. selain faktor family, tunang aku n member2, sape sangke satu padang berbentuk petak, berdinding jaring dan sebiji bola bersaiz 4 mampu buat aku rasa tanak balik mesir. ditambah pulak bile dimainkan beramai2 bersama kawan2 sekolah lama, alangkah girangnya. kalo tak caya, tanye bujang sudin. haha. [perlu ke gelak di sini?]
basically futsal adelah hampir persis bola sepak padang. cumanya padang yg lebih kecik, gawang lebih kecik, bola berat bersaiz 4 dan jumlah pemain yg hanye 5 sebelah. namun keseronokannya berganda2 kerana terlampau banyak dribble skills, street-styles, creative moves, n shooting berdentam dentum dipaparkan. players akan begerak sgt pantas, takde banyak mase nak lenggang2, n bola akan sentiasa begerak so sape yg lampi mmg susah nak catch up. keeper pulak memerlukan hati batu dan abdomen yg kental utk sentiasa bersedia mengorbankan badan dirembat semahu2nya. takde sape yg akan berkasihan terhadap keeper especially striker,seriusli. maka bibir berdarah adelah perkara biasa. namun,takde sape pon marah sebab lumrah main futsal katenye. kalo tanak cedera gi main bowling.
futsal selama 2 jam dirasakan tidak lengkap oleh sesetangah penggiat futsal tanpa menyudahkannya dengan pergi ke mapley beramai2. bagi aku & rakan2, setelah bergelumang dgn peluh di sports planet seksyen 16, mapley Hakim seksyen 7 adelah pilihan kalbu. jika bermain di siang hari, nasi putih + ayam goreng potong2 + kuah campur adelah pilihan bernas dgn hanye berharga 4 ringgit. jika futsal berlangsung di malam hari, maka megi goreng mamak + perahan limau adelah pilihan mutlak. keserian bertambah dgn kehadiran air limau nipis/soya sejuk dan siaran langsung EPL. perh. mmg jiwa sejati kaki futsal. sebagai bonus, jika MU kalah maka aku akan pulang dgn senyuman dan tawa riang sepanjang malam.
cakap banyak tak gune. set tarikh, tempah court kat sports planet/HTO/rio de futsal/USF 15/open futsal seksyen 7/PJ sek 14/mane2 aje sukati korg n rasai sendiri. tak kire jantina, tahap kesiqahan dan tahap keegoan. sape2 pon bole main. skrg ni plak bukannye dak laki je main. kalo aku gi men je,mesti aku nampak ade court yg dipenuhi dak2 ppuan,amoi2,dan tak ketinggalan makcik2. dengan serkup2 kepala pon selambe je diredah. mmg best la lu org makcik2. gua tabik.
k la. kalo ade sape2 nak ajak aku main sile roger aku. dengan sepenuh hati, aku takkan tolak [tu pon kalo aku tak gi 'merayau' la.haha.sila faham].
k, kepada sahabat2 mesir yg bermain di padang cairo U nun di sana, selamat berjuang. haha. amat kasihan melihat anda semua dlm video abg zul kat fesbuk. takpe,insyaAllah tak lama lagi aku akan kembali join korang. btol2 tak lama dah. [err..sape ade tisu?]
GALERI KECINTAAN KU BERSAIZ 4 :
kebanyakan port2 futsal kat malaysia skarang dah tak pakai turf. derang bubuh lantai separa getah mcm FIFA pakai. lagi best.
keeper adelah seorang yg berhati kental. tak takut kene rembat. jika dapat, mereka juga memerlukan seluar dalam besi. jika terkene tepat pada sasaran,mungkin boleh melibatkan masa depan rumah tangga yg kurang gemilang.
contoh lantai getah yg sedap di HTO,subang.
kredit gambar: syed ahmad izzat b tuan besar. [klik utk fotopages beliau]
kredit gambar: syed ahmad izzat b tuan besar. [klik utk fotopages beliau]
8 comments:
star dr mesir bile balik mesia.. haih..
banyak la star anda..haih..
tp kalo ko maksudkan aku, aku balek msir dlm seminggu je lagi T_T
terima kasih sebut nama aku kt sini. hahahaha.
ko ni nk buat dokumentari futsal ke? mcm si bujang sudin buat psl satay kajang. lol.
bdk medik skema.hahaha
sama2. ahaha. ko kan mmg marvelous bab2 merepek dlm blog ni. tu yg aku terasa mcm wajib memention nama ko di sini. ahaha.
kadang jadikan blog aku ni mcm channel 551 astro pon best gak. tp aku wat dokumentari pasal bende2 yg aku minat je r kan~oh,nnti aku nak wat dokumentari pasal tudung lak la. tudung bawal,mata lalat,tudung labuh dll.
budak medic seperti aku amat tak skema ok.sila faham.ahaha
komik aku, jgn lupa komik aku
adoi..ok2,nanti 25hb ingatkan saye ye. takut telupe je.
Akhirnya kau telah menamatkan sumpahan untuk berada di ranking paling last dalam Blog list aku... haha..
Eeeh(dlm rentak masri OK) Welkam bek en agen to zi world of blogginggk...
haha.yeeeha~aku kini kembali!! tp dengan idea yg lebih sampah dari dulu.heh..aku separa aktif la krenye ni..
weilkam..ai wil kip onn bloggingggG from naw onn enshaAllah.
Post a Comment