Saturday, December 25, 2010

paranoid.


#1:
baru2 ni aku terbaca blog-blog orang yg paranoid terhadap teori konspirasi. kalo sikit2 aku tahan lagi tapi kalo sampai dah tahap upin dengan ipin pon jadi bahan teori memang bongok la kan.

katenye:

sebutlah Uffin. bukan Upin kerana dalam bahasa Aramaic Upin bermaksud "aku benci rasul"
dan sebutlah Ariffin (mcm nama bapak aku pulak dah ha) dan bukannye Ipin kerana dalam bahasa Syriac bermaksud "aku suka israel"

bole pulak dia rajin bebenor carik maksud pekataan 'Upin' dengan 'Ipin' tu dalam berlainan bahasa kan. pening betol. pastu ade lagi:

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

ahahaha. teguling aku. agaknye lepas ni banyak akidah orang bercinte rosak sebab gune kata ganti diri 'I' dan 'U'. takpon semua jenis bende yg berhuruf I dan U akan jadi konpirasi seperti Usop sontorian, Ultraman taro, majalah I-man, Ikan goreng, Ustazah muhafazah cantik2, Unta, Iguana, Ida nerina, Indra putra mahyudin, Itik pulang petang, Itik serati jiran dan lain2.

kesian la dekat Upin dengan Ipin. katun budak2 tu, beb. sempat pulak Israel laknat mane tah nak hallo2 pengarah filem Upin Ipin tu kasik konspirasi sebarang dua.


#2:
ade jugak yg aku terbaca pasal konspirasi illuminati kejadah tentang bola sepak. aku jumpe bende ni dari 2 tahun lepas lagi. aku dengan paan salleh baca pastu gelak2 sebab kesungguhan manusia mencarik bukti2 illuminati. kadangkala aku rasa mcm keliru tak tahan nak gelak ke atau nak nangis. tak pasal2 AC milan ngan MU punye lambang pon kene. tekan link

macam2 la weh. walaupon aku anti MU tapi jangan la berusaha bebenar carik bende2 illuminati ni semua. kesian atok ferguson tak bole nak beli player Islam nanti. rugi la bakat2 player islam seperti Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. lul.


#3:
ni latest aku baca. paling kelakar. walaupon aku bukan hantu gadget tapi aku tetap rasa kelaka.

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

terduduk aku bertasbih bile baca bende ni (masa baca tu aku berdiri). siap solat tak sah lagi 40 hari. aih, pandai2 korang la. cume aku nak bagitau paranoid ni la yang membuatkan umat Islam jadi penakut. semua bende nak diragu2. semua bende nak diburuk-sangke. nampak apebende yg ada kaitan sikit dengan sign2 illuminati/freemason abes diragunye (cth: checkerboard, pyramid shaped, lady in red, one eye dan lain2 korang baca la sendiri pasal sign2 illuminati/freemason ni) lepas tu gadoh same2 Islam. haish..

community medicine pon konspirasi. patut la aku amek dur tani dulu.


teksi kat cairo (checkerboard)


telur mata kerbau.


tq blogger2 ntah mane2 (aku tak ingat mana satu) yg banyak aku baca idea2 mereke.

16 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Gua malas nak ulas. Daripada mengkaji teori Iluminati baik kaji Hadis 40.

Orang kafir memang tak senang dengan kita.

"Lan tardho ankal yahudi wannasro."


Nota:-

Gua lagi baran ada buat kajian sampai Subuh tak buat. Apakejadahnya?

Anonymous said...

gua dah lame slack dengan team2 pengkaji yg paranoid sgt ni. betol cakap lu baik stadi hadis 40. kurang2 apal 5 hadis jadi la drpd takde.

MNSKA

eng said...

gua malas ulas isu2 macam ni..gua baca pastu gua buat2 lupe

Cik Mas said...

ahahahaaa aku baca ni pun rasa nak gelak jatuh2 tangga. gila arh... "....solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam."

*tak niat nk mainkan solat tp sumpah kelaka* :D

Muhammad Warouq bin Qamar said...

eng, gua pon dah lama baca tp tak penah rasa nak respon. cume kali ni yg trigger gua post bende ni sebab terbaca pasal iphone tu la. lawak dia takde batasan.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

cikmas, itu la pasalnye. kelaka betol org tu. tak pasal2 kalo tak sebarkan solat tak sah. nauzubillah.

pinksterz said...
This comment has been removed by the author.
pinksterz said...

kalau iPhone 5G pun kena boikot. sebab extra G lagi satu maksud dia "gay".

Muhammad Warouq bin Qamar said...

wahaha. tu memang sangat betol la. msia skrg tgh dilanda masalah gay melapau ni. harap2 aku straight selamanye. lul

jumb0 Gem0k said...

telur mata kebau tu sedap lah!

Anonymous said...

ish. bahaya ok. illuminati tu one-eye. kah2. sedap2. lagi sedap kalo pekene dengan foul dengan kentang goreng dan roti panas. nyam2

-mnska

Ndea Anuar said...

telur mata kerbau x besalah T___T

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. org paranoid mesti la nampak salah. lambang freemason ok. keh2

c's said...

=))

siyes2.. memang tak tahan dgn orang paranoid.. adoi ai..

kalau pencetus idea tsbt xde pasal mmg xde niat utk buat cmtu tbe2 kita cakap mcm tu, tak ke fitnah namanya..

><

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tu la pasalnye. orang2 paranoid ni dah la suspect bende bukan2 pastu fitnah pulak kat org2 yg tak bersalah. kesian la. kesian kat org paranoid tu. bile la nak hilang OCD diorang kat bende2 freemason ni. heh.

ayieLefthanded said...

mak aih,,btul gak ckp ko,,,byk sggh mnde yg dragu2,,
abs,,tade mnde yg na yakn agy,,t bju yg dpkai un ase smpy ta sah na s0lt,,

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.