Wednesday, May 18, 2011

kisah nenek jual bawang.

gua masih teringat nenek jual bawang dekat dengan rumah gua. dah 2,3 kali gua pergi beli bawang & kentang sama dia. tapi yang gua tak puas hati tu pasal attitude dia terhadap gua. muka kemain bengis. siap suruh gua timbang sendiri lagi tiap-tiap kali. gua memang tak puas hati dengan nenek tu. dia tak ngam sama gua.

ada satu hari tu hari gua masak. instead of beli bawang dekat Mounirah atau Khairuzzaman atau pasar sayeda, gua nekad nak beli bawang sama nenek hari tu. gua nak testing selama mana dia boleh buat muka cengih. gua datang kat dia. steady. gua cakap nak beli bawang setengah kilo sama ubi sekilo. cilakak mood dia tak kena lagi hari ni. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk plastik. dia suruh gua amek sendiri. oo main kasar. siap. gua gagah amek plastik, gua saduk bawang banyak nak mampus. gua letak depan dia. hamek kau. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk penimbang. dia suruh gua timbang sendiri as expected. gua letak atas penimbang, gua amek pemberat 1/2 kilo letak atas penimbang lagi satu. kompem la terlebih berat bawang tu sebab gua sauk bawang tu mau 3 kilo gua rasa. saja gua nak testing kesabaran beliau alang-alang dia dah buat muka kelat. dah tak pasal-pasal gua kena maki sebab nampak bodoh nau nak setengah kilo tapi bubuh sampai dekat sepelastik penuh. gua senyum je. ketat. damn nenek ni tak boleh dibawak gurau langsung. gua timbang elok-elok. last-last time bayar gua tanya berapa harga. dengan riak wajah kerek dia kata LE4.25. gua cek poket ada syiling LE3. gua buat muka macam miskin tak cukup duit. nenek tu terus buat bunyi "tsk..". gua cukup pantang arab buat bunyi tu. tanda dia tensen. tapi gua senyum. gua bukak dompet keluarkan LE5 sekeping. duit baru, keras lagi, dan harum. gua letak atas tangan dia sekali dengan duit syiling LE3 tadi. gua terus blah dengan muka angkuh. cukup 4,5 langkah gua jalan gua dengar nenek tu panggil, "ta3ala khud elba2i yabni!!" (anak, amek duit baki ni). keh keh gua senyum. gua pusing muka pelan-pelan pandang dia. gua buat muka kerek mata stim cakap, "khalli ma3ik.." (simpan je/keep the change). gua tengok air muka nenek tu berubah. gua seronok sebab berjaya buat nenek tu cakap "syukran yabni". gua balas, "shukru lillah..". gua balik. itu hari gua masak lemak labu sama ayam goreng rempah.

hari ni turn gua masak lagi. gua nak jenguk nenek tu. padahal ada je kedai bawang lain lagi dekat. saja gua nak carik pasal. tapi yang bestnya bila gua datang nenek tu senyum. nak tergelak gua tengok. gua happy, bhai. kali ni dia siap amekkan bawang, buh atas penimbang, & siap kasik diskaun. gua beli bawang biasa la 1/2 kilo je tapi nenek tu kasi sekilo sama gua. siap dia tanya nama gua apa. tak pasal-pasal gua dapat sorang lagi member kat Sayeda ni.



gua terfikir. walau kat mana pun kita hidup, kita mesti raikan kehidupan. arab-arab sekeliling gua pun gua tak penah lokek buat modal berkawan. tak kisah la kat mana pun gua pindah selama 6 tahun ni, gua sentiasa akan kenal kebanyakan orang keliling rumah gua. bukan susah nak mulakan. kadang tu sekadar buat-buat tanya benda yang gua dah tau je pun. tak rasa best ke tiapkali kau orang jalan kaki nak pegi kelas ke, gi main bola ke, balik usrah ke kau boleh angkat tangan lambai-lambai sama arab sekeliling. pakcik kedai runcit, pakcik jual ayam, pakcik kedai makan, pakcik kedai kacang, pakcik kedai baju, pakcik asob, pakcik gunting rambut, pakcik ahwah, pakcik masjid, pakcik imarah. tak kira la perangai diorang macamana tapi semua tu orang-orang yang boleh doakan kau orang. ini tahun last gua kat mesir. gua nak berkawan puas-puas. ok bye.

20 comments:

MHH said...

mulianya kawan aku ni...nk nangis aku bace...hehe

Anonymous said...

mulia apenye apis. asal2nye memang aku rasa nak karate nenek tu. tapi tak tau pulak last2 dia jadi baik dengan aku. untung jugak aku carik pasal banyak2 kali. keh2. tq singgah

MNSKAOAB

Eng Einy said...

tp gua masih panas hati dgn makcik ghiyab kat wehdah gua..ade tip nk cairkn dia ?

Eng Einy said...

xtaw r pesal, tiap kali gua jumpa dia nk bg attendance, gua badmood. ade r sebab tp xleh bgtahu

Anonymous said...

masaalah makcik ghiyab lu mcm gua penah dengar je sebelum ni. tapi tah kat mane gua baca tah gua tak ingat. ade sekali lu bagi ghiyab lambat lepas kelas tp dia taknak terima. yg tu kan? ala lu o&G pon dah tak lama. lepas abes lagi sebulan lu dah nak blah dari department tu so tak payah serabut pikir makcik tu. biar la dia dengan perangai dia. pastu hari last round kang lu try kasik dia hadiah kalau berani. keh2. kompem dia kesal.

MNSKAOAB

aiyqosim said...

patutla disayangi abang sorang ni. hati mulia biar luar nampak otai.

pergh, bertambah lg satu anak tangga ke'respek'an kepadamu

SehahNazri said...

ahha lawak laa..tapi boleh apply gak taktik ko..
kebetulan kat sini pon ade mak cik cm tu..tapi bukan jual bawang..cashier..lambat seyh wat keje..

Anonymous said...

kalau rasa malas nk tgk muka makcik jual bawang kat m'sia beli ja bawang kt tesco tapi rasanya penjual bawang kat m'sia ramah tamah kot bangga beb dokte dtg beli bawang ekeke

Muhammad Warouq bin Qamar said...

Baim, mulia hapenye. luar ganas, hati pun macam gelap-gelap je. isk. respek aku terhadap ko lebih lagi, baim. tabik sama lu!

Muhammad Warouq bin Qamar said...

anon, kat msia memang la takde makcik jual bawang. susah dah nak jumpe melainkan kat kampung2. org bandar main pegi Giant/Mydin/Tesco je. heh. tak 'true' la.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

Seha, thank you singgah. kalaukat india aku tak sure la boleh apply ke tak sebab perangai arab ni pelik sikit. aku kena stadi dulu peradaban india baru boleh buat muamalah sama aci jual bawang. ekeke.

jumb0 Gem0k said...

aku suka bce cite ni.sbb cite baik mmg perlu dikongsi.

Anonymous said...

bagus la kalau ko suka. aku pun gemar bercerita kadang2. lagipun blog aku ni jarang-jarang ada cerita baik. rare ni. keh2

MNSKAOAB

mangchikla said...

tesco SA jual bawang tu bangla ..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

nice la. boleh try belajar cakap bangladesh.

mangchikla said...

frust, ingat nak cakap bangla , google translate takde lak bangla akakaakakak

nurilhakim said...

mnarik gk citer nih waruk.ku wat jd guest post kt blog ku ek.tanpa menunggu izin.halal a..haha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sila2. aku izinkan. ekeke.. tq singgah nade

Anonymous said...

zpvri [url=http://www.beatsheadphonesuksale.co.uk]cheap beats by dre[/url] aebvbntp http://www.beatsheadphonesuksale.co.uk wqmvtawgn jhezeu [url=http://www.cheapbeatsukheadphonesale.co.uk]dr dre beats[/url] okemcaxhhttp://www.cheapbeatsukheadphonesale.co.uk rdqjjaczb caiptk [url=http://www.cheapbeatsbydreuksales.co.uk]cheap beats by dre[/url] ltgufibd http://www.cheapbeatsbydreuksales.co.uk hkmcpfqsi apwztt [url=http://www.cheapbeatsbydresaleuk.co.uk]dr dre beats[/url] hjivfdxd http://www.cheapbeatsbydresaleuk.co.uk jblofetji njimck [url=http://www.cheap-beatsbydreuk.co.uk]beats by dre[/url] pleygsqz http://www.cheap-beatsbydreuk.co.uk dtwsohqwc bvlxrv [url=http://www.beatsbydrdreukonsale.co.uk]beats by dre[/url] ebqqznie http://www.beatsbydrdreukonsale.co.uk dxmlfkfmr u

Anonymous said...

ocqqs [url=http://www.beatsbydresolosales.com]beats by dre[/url] edmuzllc http://www.beatsbydresolosales.comhyptqgvhp rekoiq [url=http://www.beatsbydrdrestudiosales.com]beats by dre[/url] yfwagjymhttp://www.beatsbydrdrestudiosales.com dmbzzscgv uwfqrh [url=http://www.drdrebeatsheadphonesonline.com]cheap beats by dre[/url] mdyqqwjs http://www.drdrebeatsheadphonesonline.com yokihrvud samnph [url=http://www.drdrebeatsheadphonesforcheapsale.com]dr dre beats[/url] ddurtzht http://www.drdrebeatsheadphonesforcheapsale.com jezodlfoo favhvr [url=http://www.drdrebeatsheadphones-cheap.com]beats by dre[/url] ovjraney http://www.drdrebeatsheadphones-cheap.com pcxvppdkb vpjjmb [url=http://www.drdrebeatsproheadphonessale.com]dr dre beats[/url] ibitlbim http://www.drdrebeatsproheadphonessale.com zmhwyiwwk x

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.