Thursday, June 23, 2011

abah.

abah seorang yang kuat. abah rajin sangat bekerja. apa yang anak-anak mintak jarang-jarang dia tak bagi. abah jenis yang jarang tunjukkan kasih sayang macam mama tapi aku suka abah sebab dia seorang yang riang, suka bergurau. kadang-kadang dia buat lawak tak kelakar tapi comel. em.. dalam masa yang sama abah suka bagi nasihat kat kitorang adik-beradik kalau kami buat silap.

aku kagum dengan abah sebab dia tak pernah tunjukkan kesusahan dia. sekitar tahun 1999/2000, kegawatan ekonomi Malaysia teruk sangat. masa tu aku di tingkatan 1. abah ambil keputusan untuk berhenti kerja di Motorola PJ setelah bekerja lebih 25 tahun di sana. syarikat memang nak buang ramai pekerja. abah ambil keputusan berhenti sebelum apa-apa terjadi.

waktu itu, abah cuba untuk kerja sendiri dan berjinak-jinak dengan jualan insuran, sambil sekali sekala mengajar/training orang. aku tau abah susah tapi aku tak merasa sangat sebab aku dah mula tinggal di asrama jauh nun di seremban. ada sekali tu di hujung minggu, abah & mama datang melawat aku. mereka datang dengan kereta Kancil. aku bertanya mana kereta yang lagi satu? abah & mama tak jawab. aku faham. kereta dah ditarik/dijual barangkali.

aku membesar di asrama. jarang-jarang aku balik rumah. sampai la aku ditingkatan 3. setiapkali balik, aku tak rasa apa-apa pun. takda la rasa kesusahan abah. tapi aku perasan abah kerap sangat balik lewat malam sebab bekerja. abah pergi kerja naik keretapi sebab mama perlu pakai kereta ambil adik-adik di sekolah. mama aku seorang suri rumah yang berjaya. mama pun kuat macam abah.

hampir 4 tahun abah kerja macam tu. kerja tak tetap. duit rumah tetap perlu dibayar bulan-bulan. anak-anak tetap perlu diberi kesenangan. tapi abah tak pernah aku nampak bertukar ganti baju baru. jarang sangat-sangat. hatta raya sekalipun, baju raya tetap sama. tapi duit raya anak-anak tetap dibagi. baju anak-anak tetap berganti.

selepas bertahun-tahun, Allah buka pintu rezeki abah sikit-sikit. Alhamdulillah kawan lama abah yang berjawatan agak besar di Maybank Training Center Bangi menawarkan kerja kat abah. abah diterima kerja kerana pengalaman kerja abah yang berpuluh-puluh tahun. abah pandai training orang. itu memang skill dia yang paling hebat. Maybank Training Center tu memang kena la dengan kebolehan abah. maka senang la abah diterima kerja. abah syukur sangat-sangat masa tu. mama sampai menangis gembira. aku masih belum faham sangat. tapi aku dapat nampak abah tak henti-henti syukur dah dapat kerja tetap.

sekarang dah 8 tahun (atau lebih) abah bekerja tetap di Maybank. tahun lepas abah pencen. umur abah dah 56 sekarang. tapi Maybank masih nakkan khidmat dia. abah dipanjangkan contract dengan Maybank lagi setahun. aku dah kata abah aku power.

satu hari mama cerita kepada aku tentang abah. baru-baru ni jugak ketika aku cuti di Malaysia. mama cerita tanpa pengetahuan abah. dulu ketika tempoh 4 tahun abah susah mencari kerja, abah selalu buat sales dan jual insuran di merata-rata tempat. dari rumah ke rumah. di shopping complex. dan lain-lain. ada ketika abah ternampak famili-famili berjalan-jalan di shopping mall, abah menangis sebab abah dah lama tak bawak anak-anak dia berjalan-jalan macam famili lain. dan ada ketika waktu abah penat dan lapar buat sales/jualan, abah terpaksa makan roti krim dan tidur di masjid sebab nak besarkan anak-anak. tapi abah sikit pun tak pernah cerita kat kami. abah tak pernah mengeluh di rumah. abah berjaya buat kami tak terasa susah. abah berjaya buat kami membesar dan sihat. mama pun bangga dengan abah. abah selalu senyum di rumah. bila kenangkan, aku menangis.

aku nak balas jasa abah. dan mama. sekarang aku di tahun akhir pengajian. kakak aku dah berjaya jadi engineer. adik aku Iqa seorang yang top scorer dalam accountancy selepas berjaya cemerlang dalam SPM. yang bongsu pulak masih di tingkatan 4 dan semoga dia jadi orang yang berguna kelak. abah selalu cakap yang dia bangga dengan anak-anak dia. dia nak anak-anak dia jadi lebih hebat dari dia. walau apa pun jadi, aku nak balas jasa mereka. setidak-tidaknya MBBCh ini aku nak hadiahkan buat abah & mama.

em.. bila tengok riak wajah abah sekarang, abah sentiasa gembira. takda langsung tanda-tanda kesusahan zaman lampau. terima kasih, abah.. abah, selamat hari bapa.

i love u.

-your only son.


sekarang abah suka bawak mama & anak-anak makan luar. balik kerja petang-petang je selalu ajak pergi makan kat mapley feveret kitorang area USJ.


comel kan abah? haha. ni time testing kamera kat laptop masa nak belikan aku laptop baru haritu.


aku dah besar gajah pun abah still kena ajarkan cara main layang-layang. noob betul aku. haha.


aku tak pernah terbayang abah berjaya bawak family datang Mesir melawat aku. ni memori paling best aku kat Mesir setakat ni. happy sangat family aku datang ramai-ramai. abah belanja tiket derang semua. alhamdulillah atas semua nikmat.

41 comments:

musafirtibbi said...

this hits me where I live..kudos :)

Muhammad Warouq bin Qamar said...

no worries, Allah is always with u :)

reen shazarina said...

Stadium Curry House.. haha~ =P

nurhazDV said...

ok..pagi2 buat ak sedih menangis plak kan bace cerite nih..semoga berjaya...

Ndea Anuar said...

terbaek waruq! sebak aku bace perenggan ke8 weh. sobs. abah ko kmemang hebat. go go waruq do ur best in final hekzam! =D

Muhammad Warouq bin Qamar said...

erin, ye betul. budak2 seksyen 26,27,28 kalau tak tau stadium kari house memang baik tak pindah je. haha. tq singgah.

nurhazDV, tq baca & doakan. doakan kejayaan semua ye. amin.

ndea, aku yang mengarang ni lagi la sebak. tq ndea. doakan hekzem aku yang belambak2 julai ni! :)

Lady NK said...

woo woo..ko ni..pagi2 dah buat org nangis..mase jd mcm2 dulu tu, mama sll cite kat akak gak (sbb akak dah besar kot mase tu, kat uia, korg skolah, kecik2 lg)..sedey dengar abah dari pagi sampai petang cuma makan roti canai sekeping..nak mntak duit blanje time tu pun rasa bersalah..tu jarang balik umah walaupun asrama setakat gombak je..dah la abah tak penah ckp tak boleh kalo akak dah perlukan duit sgt..die carik jugak camne pun walaupun die susah gitu..sedey..nnti ko dah keja, jgn lupe duit mama abah bulan2..walaupun derang senang dah, tetap jgn lupe..(sesekali kalo sndiri sesak, boleh mntak diskaun :P tp bagi jugak)

jiwakacau said...

aku xdpt kawal emosi bce ko nye entry kali ni..sedih wrq,,sedih..fmly aku pon susah mcm ko dulu2..erm,aku nk jupe ayah ko nnt weh.aku kagum ngn ayah ko!siyes.eh,aku da penah jupe kot ayah ko?kt epot time anta ko n paan la..adeh..rugi r x borak pnglmn ngn ayah ko byk2..rugi2~

Muhammad Warouq bin Qamar said...

oi kak. tadi masa jalan balik main bola teringat kat abah. sebak rasa. tu yang terus mengarang tu. org tau mama banyak cerita kat ko dulu2 masa ko kat UIA. org ingat lagi mama marah ko sebab tak makan pastu makan roti je hari2 sebab jaga duit. sedih je. okeh kak, dah kerja nanti org takkan lupa bagi abah n mama duit bulan2. even tak dapat nak sama dengan apa yang dah abah kasi, sekurang2nya kita ingat. ko best la dah ada duit sendiri, dah boleh kasi kat abah tiap2 bulan. org ni belajar pun tak abes lagi. asek kena mintak duit kat abah je. kesian abah..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

jiwakacau, alahai sapa ni weh? aku tak dapat teka la. em. kalau nak jumpa ayah aku meh la datang rumah aku kat shah alam. ayah aku jenis suka berborak jugak kadang2.

Lady NK said...

ah ko, jgn nak berangan..lg sket je ko nak keja kn..hohoho..eh, ko praktikal nnti dpt duit tak? alaa..buat masa skang akak bagi dulu blanje mama abah (tu pun kadang2 terbalik, tp bayar balikla :P), turn ko nnti la menyusul..nama pun jarak 4 taun..(terngiang2 mama ckp kat akak "mama malas dah nak menyimpan skarang, kalo dulu menyimpan untuk hari tua, skarang dah tua, nak simpan untuk ape lagi. ade duit, mama blanje je" (sambil gelak2 evil manja die) kehkehkeh

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aah eh, tahun depan dah nak keje. hoho. prektikel (HO) pun dapat gaji. inshaAllah tak lupa punya tanggungjawab. alasan mama malas nak menyimpan tu memang brilliant. heh. tp abah still menyimpan woo. dia ada plan macam2 lagi tu. isk

Cik Mas said...

ha aku ingt kau penah ckp sikit psl cerita ni satu masa dlu.
cane tah masa tu bleh terbukak cite pasal bapa-bapa :)

jiwakacau said...

lorh....yeke~kt epot tu aku dtg ngn mak mbong..n...kesimpulannya aku xtawu la mak ko igt aku ni anak buah mak mbong atau sepupu paan..agagaga~

Muhammad Warouq bin Qamar said...

cikmas, ada eh? aku pun terlupa. heh. bapa2 memang hebat kan?

jiwakacau=anisfilzah? apsal nama ko macam ni? haha. mak aku tau ko gf paan. kompem la aku terangkan siap2 kat mak aku.

mangchikla said...

Encem ayah :o). Sebenarnya menjadi anak yg soleh itu adalah harapan semua ayah , dan ibu. Yg lain itu sampingan/bonus (Pendapat saya).

Engkau dan hartamu milik ayahmu!

Muhammad Warouq bin Qamar said...

betul pendapat tuan tu. tapi bagi saya, 'anak soleh' itu rangkumannya luas. antaranya yang boleh saya buat untuk ke arah itu adelah dengan saya sedaya upaya belajar dan bekerja. saya mahu berjaya demi mereka. nak tengok mereka tesenyum puas. selain dari tu, doa dan lain2 utk mereka disertakan. tq singgah :)

mangchikla said...

Stamina org muda, menangkap je :D tk warouq. Bukan apa tingat satu peristiwa , sorang saudara telah dipuji betapa 'berjaya' anak2 die kerana ada yg menjadi doktor , engineer , pensyarah dan seumpamanya. Tapi jawapan si saudara itu agak menarik 'Nak tau bejaya atau tidak, tunggu akhirat esok'. Sekadar reunungan. Insya Allah ada masa mmg nak singgah , seronok membaca blog awak nih :D haha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tq utk komen tu. inshaAllah saya faham apa tuan nak sampaikan. n singgah2la lagi selalu ye.

Learner said...

Kadang-kadang teringat zaman mak ayah susah dulu memang kita rasa nak menangis. (Menangis actually)

Lebih-lebih lagi kalau parents pernah dipandang lekeh ala-ala citer hindustan. Sedih woo kalu teringat.

Apapun, cite2 lama family ni mmg aku selalu jadikan tazkirah kalau aku dah start mencari kebdohan.

Ingat kisah lama mmg booster yg bagus utk motivasi.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sangat betul, wan. kadang kalau kita dah nak terpesong dari jalan yang betul waktu kita berdikari ni, cerita2 tentang mak dan ayah selalu muncul dalam kepala tiba2. supaya kita beringat selalu. indeed they are the biggest motivation for us.

aku tak puas sembang dengan ko semalam. banyak hal lagi nak dibincangkan. hehe

Anonymous said...

well written =)

Muhammad Warouq bin Qamar said...

thank you :)

Nadiah said...

Menyentuh hati sehingga usus bro :'( well written. Selamat menjadi abah yg gigih dan kuat dan tabah satu hari nnt.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aku tak pernah nak tersentuh hati dulu-dulu. tapi sejak meningkat dewasa ni aku jadi sayu sangat bila teringat kat abah aku. macam2 dia buat demi aku membesar. sampai tak makan kadang2. aku mula faham. dan aku janji nak jadi anak yang soleh.

amin. semoga aku pun jadi power macam abah aku. tq nadiah! :)

Eng Einy said...

Damn! camne gua bole terlepas dua entry sekaligus ? berapa lama dah tak singgah sini ?


okay takmau komen utk entry ni.sedih.

Eng Einy said...

anyways setiap ibu bapa memang akan ade kesusahan nya sendri sepanjang membesarkn anak2..bila anak2 dah dewasa, kerja, kawin, baru lah diorang dapat hidup senang sikit, bawaruk pon nanti akan melalui zaman yg perit itu utk membesarkn anak2. percayalah .

Muhammad Warouq bin Qamar said...

eh ramisah aini. lama tak singgah ye. heh

itu lah.. dari pemerhatian aku pun memang semua keluarga macam tu at some point. aku tak tau la aku boleh buat macam abah aku ke tak.

aku faham ko sedih kenapa. aku doakan dan sedekahkan fatihah untuk ayah ko semoga dia tenang di sana.

Ndea Anuar said...

yay aku dah penah jumpe mama n abah ko (tetibe bangga) :pp

Amermeftah said...

*standing ovation*

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ndea, time raya eh? weh, tahun ni kena datang lagi tau! hehe

tq bakemal :)

aiyqosim said...

Gila ah nak terharu dan sobs

Allah merahmati abah-abah kita semua,

mak-maknya juga


:)

Muhammad Warouq bin Qamar said...

amin for that. dan semoga kita pun jadi seperti abah2 kita.

:D

faris.husin said...

kalini ak nak tinggalkan komen la, slps sekian lama jadi silent reader keh3..

just to say, ak bangga n happy dgn pencapaian abah2 kita semua, bersusah pyh membawa keluarga kearah zon selesa. anak2 kena ingat jasa mereka, moga kita x termasuk dlm kalangan anak yg derhaka dan melupakan mereka bila kita da senang nanti. hargai mereka semasa mereka masih ada di dunia ni.

p/s: well written, terharu ak baca post ni, teringat kat arwah ayah aku T_T

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ala, tak aci la main silent reader. kalau singgah kasi tau la. heh.

abah2 zaman kita semua membanggakan. mampukah kita jadi macam mereka dalam zaman baru ni? budak2 skrg makin teruk tingkah laku, budi bahasa. kalau kita mampu didik anak2 macamana kita dididik dulu baru kita tau susahnya macamana.

alfatihah utk ayah ko. semoga dia selalu mendapat doa dari anaknya yang soleh.

nurilhakim said...

Kalo hari2 singgah blog kau hari2 kne amek guest post nih. Curik gak a yg nih. Sengal2. Ku kdg2 jiwa gk psal parents ni tp pyah nk tulis psal tu :(

Muhammad Warouq bin Qamar said...

takpe, beb. ko amek je la mana2 yg ko nak. member2 apeadehal. tq singgah!

nurilhakim said...

haha.thanks.still menunggu ko dtg sni.hmm.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

huu.. aku dah tinggal berape bulan je lagi nak tinggalkan tanah arab ni. aku rasa takkan sampai dah kot sana.. sedihnye. takpe, aku tunggu ko datang sini :)

Anonymous said...

aku jua bangga sudah berborak mcm2 hal dgn abah wrq..sayangnya nnti kenduri satu2nya anak pakcik kamarul ariffin ni aku x dpt nk pegi..aku kirim salam dari jauh sudah la..

-ahli rumah anak lelaki pakcik kamarul ariffin..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ai, bukan tadi dah kira2 tambang ka? haha. sampai ati hg takmo mai noh. isk..

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.