salam sume.
tuan rumah dah buat perangai. seperti juga tuan2 rumah yang lain di sekitar mounira. semuanya bersikap dengan sifat mazmumah dengan menaikkan harga rumah secara berjemaah.
rumah yang aku diami ini asalnya berharga LE 1200 semasa kami di tahun 1. mereka2 yang tinggal di sini di waktu itu adelah bebudak ain shams [iwan, apest, abe, hafi, haziq, faiz]. mereke membesar dengan sihat sejak itu.
namun masa berlalu. rumah ini semakin dinaikkan harga. sejajar dengan perangai tuan rumah yg semakin mengharam, harga rumah burok nak meninggal dunia ni dinaikkan ke LE 1600 wtfork sebulan. itu pun setelah penat bebudak ni begaduh dengan tuan rumah yg haramjadah tersebut. mereka meneruskan kehidupan norma seorang student. girang. berlari2an seperti biasa. pada masa itu, rahman menambah bilangan ahli rumah kepada 7.
mase berlalu lagi. pantas. ahli2 rumah berubah2 setiap tahun. maka pada tahun lepas, masuk lah seorang pemuda berkulit gelap yang homeless menjadi ahli rumah mereka. walaupun pemuda tersebut mendapat tajaan JAIS, namun masih gagah membayar sewa rumah bersama2 rakan JPA yang lain. mereka bertujuh. tidak mengapa. hatinya riang.
mase berlalu lagi. seorang daripada ahli rumah terpaksa meninggalkan kami untuk pulang ke Malaysia.
[klik sini] rezekinya mungkin bukan di Mesir. maka tinggal lah 6 orang sahaja ahli rumah. itu bermakna setiap orang terpaksa membayar lebih bagi mencompensate kehilangan seorang ahli rumah. aku terus tabah. gagah.
ahli2 rumah dari 2005 hingga sekarang [bekas ahli dan yg masih kekal tabah] masa berlalu lagi. tuan rumaharamjadah datang lagi. sesungguhnya kedatangan beliau amat tidak disukai. aku hanya mampu duduk dalam bilik, sambil bermain PES. aku terdengar rahman dan bebudak lain bergaduh dengan tuan rumah. aku curi2 dengar. betul la tekaan aku. tuan rumah nak buat perangai lagi la tu. perbincangan ditangguhkan. kata mereka, tuan rumah nak amek balik rumah ni dan kami terpakse keluar kerana adiknya yang akan balik dari Canada wtfish akan duduk di rumah ini.
masa berlalu lagi. beliau datang lagi. aku dah naik meluat tengok muka dia. tak tau la macamana bebudak ni boleh tahan dok 4 tahun. kali ni dia bawak adik dia. cakap inggeris. nak muntah aku. kali ni aku melibatkan diri dalam perjumpaan itu. namun, tak ade apa yg mampu aku bantu. tuan rumah kata, boleh sambung menyewa tapi dengan syarat sewa dinaikkan dari LE 1600 ke LE 2500. vaveyyyy!!. kepala abah dia. dia kata alasan harga naik sebab budak2 malaysia yg baru datang dok kat mounira ni sewa rumah mahal2 belaka. semua tuan rumah dah naikkan harga pastu dak malaysia ok je dengan kenaikan harga tersebut. ai, kaya siot budak2 malaysia ni. dia kata kalo tanak, bole berambus dari rumah ni akhir bulan disember. dia kata ade syarikat perubatan nak sewa rumah ni jadi pusat perubatan pulak. mule2 kata adik dia dari kanada nak duduk, sekarang syarikat perubatan pulak. alasan je semua tu. aku tau ni taktik arab. aku tau yg sebenarnya dia target budak2 malaysia jugak nanti.
tadi, dia datang lagi. aku yang bukak pintu. dia cakap kat aku, kalo nak keluar jugak,pastikan rumah ni dalam keadaan yang sama dengan 4 tahun lepas. eh,tak ke bedebah perangai seumpama itu? 4 tahun weh. bukan 4 hari. mesti la berubah at least ade cat yg tetanggal2. dalam nada marah dia kata, kalo kitorang tak baiki cat tu sume dan gagal membuatkan rumah ni seperti sediakala dia nak report polis. dia kata adik dia polis. [adik dia sume hebat2. polis ade, kanada ade. mmg vavi]
jauhkan diri dari menyewa rumah ni. kalau ikutkan budak2 JPA ni, derang mampu je nak sambung. tapi kitorang kene fikir orang lain jugak. kalo ade budak malaysia buat perangai sesuka hati amek rumah mahal2 kat kawasan mounira ni, jap lagi arab lain pon nak la jugak naikkan harga. sorang buat perangai, abes yang lain kene tanggung. kalau dulu rumah kat mounira abes2 mahal 1200, sekarang derang dah berani naikkan sampai 2500. ni sape punye keje ni?
nasihat aku, kalo ade tuan rumah berambut putih, pakai spek besar, baju tuck-in datang kat korang offer rumah ground floor kat jalan umar abdul aziz [bawah istana presiden], korang direct je terajang angle of mandible dia. kalo korang amek rumah tu, biar aku lak terajang angle of mandible korang. jangan buat pasal. kalo korang amek dgn harga 2500, kompem la tuan rumah lain nak naikkan harga 2500 ke atas pulak lepas tu. aku jamin. maka fikir dulu sebelum setuju. kesian kat orang lain.
................................................................
sekarang, bebudak umah aku tengah giat mencarik tapak baru untuk meneruskan kehidupan. mungkin mereka akan duduk jauh di abasiyyah sana. aku merancang nak tido kat stesen metro je. aku sayang mounira. ni tempat aku membesar.