Saturday, November 21, 2009

kami mencari tempat berteduh..

salam sume.

tuan rumah dah buat perangai. seperti juga tuan2 rumah yang lain di sekitar mounira. semuanya bersikap dengan sifat mazmumah dengan menaikkan harga rumah secara berjemaah.

rumah yang aku diami ini asalnya berharga LE 1200 semasa kami di tahun 1. mereka2 yang tinggal di sini di waktu itu adelah bebudak ain shams [iwan, apest, abe, hafi, haziq, faiz]. mereke membesar dengan sihat sejak itu.

namun masa berlalu. rumah ini semakin dinaikkan harga. sejajar dengan perangai tuan rumah yg semakin mengharam, harga rumah burok nak meninggal dunia ni dinaikkan ke LE 1600 wtfork sebulan. itu pun setelah penat bebudak ni begaduh dengan tuan rumah yg haramjadah tersebut. mereka meneruskan kehidupan norma seorang student. girang. berlari2an seperti biasa. pada masa itu, rahman menambah bilangan ahli rumah kepada 7.

mase berlalu lagi. pantas. ahli2 rumah berubah2 setiap tahun. maka pada tahun lepas, masuk lah seorang pemuda berkulit gelap yang homeless menjadi ahli rumah mereka. walaupun pemuda tersebut mendapat tajaan JAIS, namun masih gagah membayar sewa rumah bersama2 rakan JPA yang lain. mereka bertujuh. tidak mengapa. hatinya riang.

mase berlalu lagi. seorang daripada ahli rumah terpaksa meninggalkan kami untuk pulang ke Malaysia.[klik sini] rezekinya mungkin bukan di Mesir. maka tinggal lah 6 orang sahaja ahli rumah. itu bermakna setiap orang terpaksa membayar lebih bagi mencompensate kehilangan seorang ahli rumah. aku terus tabah. gagah.

ahli2 rumah dari 2005 hingga sekarang [bekas ahli dan yg masih kekal tabah]



masa berlalu lagi. tuan rumaharamjadah datang lagi. sesungguhnya kedatangan beliau amat tidak disukai. aku hanya mampu duduk dalam bilik, sambil bermain PES. aku terdengar rahman dan bebudak lain bergaduh dengan tuan rumah. aku curi2 dengar. betul la tekaan aku. tuan rumah nak buat perangai lagi la tu. perbincangan ditangguhkan. kata mereka, tuan rumah nak amek balik rumah ni dan kami terpakse keluar kerana adiknya yang akan balik dari Canada wtfish akan duduk di rumah ini.

masa berlalu lagi. beliau datang lagi. aku dah naik meluat tengok muka dia. tak tau la macamana bebudak ni boleh tahan dok 4 tahun. kali ni dia bawak adik dia. cakap inggeris. nak muntah aku. kali ni aku melibatkan diri dalam perjumpaan itu. namun, tak ade apa yg mampu aku bantu. tuan rumah kata, boleh sambung menyewa tapi dengan syarat sewa dinaikkan dari LE 1600 ke LE 2500. vaveyyyy!!. kepala abah dia. dia kata alasan harga naik sebab budak2 malaysia yg baru datang dok kat mounira ni sewa rumah mahal2 belaka. semua tuan rumah dah naikkan harga pastu dak malaysia ok je dengan kenaikan harga tersebut. ai, kaya siot budak2 malaysia ni. dia kata kalo tanak, bole berambus dari rumah ni akhir bulan disember. dia kata ade syarikat perubatan nak sewa rumah ni jadi pusat perubatan pulak. mule2 kata adik dia dari kanada nak duduk, sekarang syarikat perubatan pulak. alasan je semua tu. aku tau ni taktik arab. aku tau yg sebenarnya dia target budak2 malaysia jugak nanti.


tadi, dia datang lagi. aku yang bukak pintu. dia cakap kat aku, kalo nak keluar jugak,pastikan rumah ni dalam keadaan yang sama dengan 4 tahun lepas. eh,tak ke bedebah perangai seumpama itu? 4 tahun weh. bukan 4 hari. mesti la berubah at least ade cat yg tetanggal2. dalam nada marah dia kata, kalo kitorang tak baiki cat tu sume dan gagal membuatkan rumah ni seperti sediakala dia nak report polis. dia kata adik dia polis. [adik dia sume hebat2. polis ade, kanada ade. mmg vavi]

jauhkan diri dari menyewa rumah ni.


kalau ikutkan budak2 JPA ni, derang mampu je nak sambung. tapi kitorang kene fikir orang lain jugak. kalo ade budak malaysia buat perangai sesuka hati amek rumah mahal2 kat kawasan mounira ni, jap lagi arab lain pon nak la jugak naikkan harga. sorang buat perangai, abes yang lain kene tanggung. kalau dulu rumah kat mounira abes2 mahal 1200, sekarang derang dah berani naikkan sampai 2500. ni sape punye keje ni?

nasihat aku, kalo ade tuan rumah berambut putih, pakai spek besar, baju tuck-in datang kat korang offer rumah ground floor kat jalan umar abdul aziz [bawah istana presiden], korang direct je terajang angle of mandible dia. kalo korang amek rumah tu, biar aku lak terajang angle of mandible korang. jangan buat pasal. kalo korang amek dgn harga 2500, kompem la tuan rumah lain nak naikkan harga 2500 ke atas pulak lepas tu. aku jamin. maka fikir dulu sebelum setuju. kesian kat orang lain.

................................................................

sekarang, bebudak umah aku tengah giat mencarik tapak baru untuk meneruskan kehidupan. mungkin mereka akan duduk jauh di abasiyyah sana. aku merancang nak tido kat stesen metro je. aku sayang mounira. ni tempat aku membesar.

25 comments:

shaker said...

hahaha..gelak sampai guling2?

tp kesian pun ade!

dulu2 mase tahun 1, masa semangat2 kawan dgn ustat2, mereka ada pesan supaya jgn lah cuba2 nk "menunjukkan kekayaan" dgn arab ni!..xkira lah dlm hal teksi ke, rumah ke, ape2 ke..

tolong lah kesian kat kami ni, kata mereka..kamu "kaya" xpelah!..kitorang ni mari tajaan sendiri!

sbb mereka lbih mengenal "firaun2 arab ni" lebih dari kita!..suka sgt ambik kesempatan bila mereka dah "cop" budak melayu ni kaya!

akibatnya ramai lah ust2 yg terpaksa pindah umh kerana arab2 ni menggila naikkan sewa! kesian kan?

********

case ko ni "same case" mcm umh aku tahun lps! dari 800 diorang naikkan jd 1050(dia nak 1100 senanye, lps ckp2 sket, jd lah 1050))..pastu utk tahun berikutnya dia kata nk naikkan lg! bangang tul arab ni!

kami pun dpt lah menghidu kebangangan arab ni, maka cpt2 kami putuskan utk pindah dari umh buruk yg kecik berumur 100 tahun yg kdg2 bergegar kalau ada yg melompat!)..tensen tul masa tu!

same case gak, bila nk kluar umh tu..dia nk umh sma mcm mula2 masuk!..gila la bangang arab ni!..

dia suh kami baiki mane yg rosak, klu xnak baiki maka kena bagi 1 bulan setengah sewa dgn takmin hangus begitu shaja (mcm iklan roti gardenia)..hehe

kami yg dah jelek dgn sikap arab ni pun dah mls nk layan..maka bayar lah 1500 dgn takmin hangus..

maka berkelanalah kami di abou rish yg aman damai ni(stakat ni la..hehe)..

sewa 1000 dan akad terus 3 tahun!(harap2 tuan umh aku ni xjd bangang la nk naikkan sewa setelah akad)..

jd, pengajaraanya kpd budak2 melayu yg berlagak kaya dgn duit orang ni!..kalau korang xkesian kat diri kamu pun, cubalah kesian kat org lain!

p/s : pertama kali komen kat blog ko..mencuba utk bersosial sbenanye..hehe..dan panjang la plak komen kali ni, sori r!..huhu

Fauwaz Fadzil said...

rok, bilik aba ada kosong, tapi syarat kena kawin dulu he2,klu anta nak tidur metro,baik anta tidur sutuh rumah ana, blh kita buat bbq selalu

ejad said...

arab kadang2 mmg boleh jadi gampang.rase nak lempang on the spot juge

ak harap member2 ak kat sane tabah..teringat kte makan sama2 satu dulang mase ak dtg melawat korg dulu..

Eng Einy said...

Ya Allah~~ hek gile landlord2 seArab nih !


sy pon dari dulu x puas hati apsal la bebudak JPA MARA nih sudi sewa rumah yg mahal2 kot ye pon nk show off duet byk biarla bertempat..[macam lepak city star tiap mgu ke, makan abou shakra hari2 ke..]


ni g sewa rumah mahal pahtu memg kompom2 la rumah2 kecik burok sempit mcm kami pon terkena tempiasnye..



adeke rituh tuan rumah nk mntak naik sewa alasan die sbb rumah2 dak mesia lain sume dah naik so die x puas hati r apsal kitrg x naik..plus die kata kitrg kaya sbb bole beli peti ais , mesin basuh , tenet, laptop sorg sebijik , tv bagai2 lain..


tp pas gado2 [ kitrg complain umah ni burok pahtu air xd, barang byk rosak sume2 tu so die accept la x jd naik ]




rasanya pas2ni bdk2 mesia memg kene buat muka miskin la..time naik teksi jgn offer mahal2 terus..letak harga plg rendah dulu pahtu kalo die x setuju br naik cket2..


rumah pon sama..korg jgn simpati ngn orang2 arab ni..memg keje derg asek nk mencekup duet kita je..

dealova said...

mahal gile.
ish2.
jangn la kami kat sini pun dinaikkan harga.paling kurang pun skrg masih le1200

Muhammad Warouq bin Qamar said...

wah! ramai yg menyokong aku dlm hal ni. teharu2.

madsha,panjang siot karangan isi hati ko. kah2. tp jgn rsau,aku baca stiap huruf dah. mmg cun la summary kepada topik aku yg ko buat. heh. tp mmg btol ape ko cakap. dlu aku penah rasa dok umah harga 500 genih je kat malikusoleh [aku ngan dak2 jais pioneer kat sane].pastu skrg 2500. kan ke jauh tu beban yg dirasa.papepon tq singgah blog aku ye


ala,kene kawin dlu ke ust wat? susah tu. haha. takpe la,sutuh pon sutuh la. tp time makan panggil saye turun ye. sutuh kak niah masak lebih. haha. gurau2.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

jad,aku juge teringat jad kenangan korg dtg sni..rs nak nangis sekarang gak. haha. insyaAllah doakan kami tabah dan utuh menghadapi kerenah mereka. kan best kalo ko ade jad,bole tolong aku lempangkan arab2 yg gampang. keh2


ramu,tu la psal..derang x sedar ke rumah yg derang sewakan ni burok gile. retak sana sini. pastu sewa nak mahal x nak kalah dgn tuan rumah lain. oh,aku telupe lak yg rumah ko susah dpt air. aih. tu pon nak naik harga jugak. saitan2.
tp tula, yg sebenarnye mentaliti derang: dak malaysia kaya gile bangkong. bengang gile aku. tak semua kot kaya.


cik dealova,mansoura ye? memandangkan kat sana lagi la ramai budak kaya2 private,aku rs ade kemungkinan naik gak harga. cume kalo ade kawan2 yg carik umah,pesan la depa jgn carik umah mahal2. kesian kat org len affected juge. neway,tenyu singgah n komen!

you-know-who said...

incik nazrouq..saye la yg mencukupkan bilangan rumah tu jd 7 dgn mengconvert hallway jadi bilik tak berpintu (*_*) [nak jgk tu ckp] ;p

cube tgk sket mcmne tuan2 rumah ni bile iwan lancarkan kempen mengosongkan kawasan munirah lpsni~

tp toksah kutuk2 sgt..nnti ada org marah sbb kutuk 'budaya' arab (-_-)

Eng Einy said...

air dah elok siap tip top lg lepas sy ngamok2 dua taon lepas..tp sakhonah masih rosak T_T. tiap kali winter mesti repair tp pahtu diye rosak balik.


now ni da malas da ..kalo nk mandi kami jerang je air kat dapur..whoah tradisional gile~


p/s: you- know- who? cam kenal je...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

you-know-who..oh,lupe lak ko yg mencukupkan bilangan ahli rumah. aku dah x ingat sape yg penah dok umah ni selama ni. nanti aku aplot gambar time reramai bekas2 ahli rumah ni.

anyway,nak kutuk arab kutuk je. sebab kalo balik msia pon tetap akan kutuk orang melayu e.g kutuk org umno ke,kutuk org pas ke,kutuk org tepi jalan ke,kutuk cina ke india ke..sape2 je la..kalo org malaysia bole dikutuk,kenapa perlu ade pengecualian utk tak kutuk org arab mesir? bile tak tahan nak kutuk,lepaskan saje. haha. mentaliti pelik2.


ramu,sedih pulak aku dengar kene jerang air nak mandi. haha. baiki la pemanas ayor tu. susah2 je nak jerang air. kalo takde pemanas air musim2 sejuk ni mmg kekambengan la bau badan. haha.

Eng Einy said...

dah panggil da pakcip paip tu dtg umah..pas check die kata die x bule repair..die suro kontek syarikat pengeluar sakhonah tersebut..pastu malas daa..lantak la..kambing pon kambing la..



beli baru lg bagos

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ha. kalo bende2 penting mcmtu tunjukkan kekayaan ok la kan. beli la pemanas yg besar2 sket saiz washing machine ke biar tuan rumah terasa.

takpon slambe la. kambing pon kambing la. haha

Humairah said...

ye, marilah kita mula mencari pusat penempatan yg lain pula. Arab sudah menjadi sgt rakus. Klu ke Tahrir myb blh dapat rumah yg comey dgn harga sewa yg sama mcm rumah buruk nk runtuh di Mouniera dan Sayyeda.

Salam singgah.
~antara penduduk rumah mahal~

Muhammad Warouq bin Qamar said...

btol cakap anda. kalo rumah sampai harga dekat2 3000 baik duduk tahrir takpon garden city tu ha. lg high class. siap bukak tingkap nampak kuliah lg [untung2 hari2 mggu bole la nampak dak2 ppuan berjogging sambil bawak buku physio [wtfun bawak buku gi jogging!!??]]


at least mahal tp xde la burok nak mampos mcm rumah kat kawasan kite ni. bengang tak bertepi btol aku dibuatnye.

jom ah pindah sume

Learner said...

tuan rumah kite lupe kot yg rmah ni kat sayeda je,, kawasan 'sya3biyah' (=kampong)...

dia dok igt ini adalah heliopolis; bagi dia Baghel tu Asian Corner, Ahwah2 tu starbucks/Costa/Coffee bean..
de igt Bashande tu McD (McB instead!)..

maybe dia dh brgn nk g europe kot ngan duit 2500 tu... tu yg dia melenting tu ble kite ckp xnk sambng contract.... musnah angan2 dia nk g europe..haha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

dia bukan nak gi europe la. ia nak gi kanada ziarah adik dia. aku harap dia pulak kene scam dengan omputeh kalo gi sana. biar kopak duit dia laju2.

sdih siot nak pindah. ahwah sa3id halawah tu dah bagai dapur aku dah. mmg tu starbucks aku pon. haha. adoi..kat mane aku nak minum2 pkul 2 3 pagi nanti ble da pindah..adus..sedihnye. saitan la tuan rumah ni memusnahkan kebahagiaan aku

kawan jais waruk said...

waruk...ko nk duk dkt stesen metro plak lps ni?...kesian nye...aku sbg kwn yg dtg same2 dgn ko dlu turut tumpang sedih dgn keadaan yg menimpa ko...tp xpe,nnti dkt skit ko nk p hosp putih tu...dpn metro je...nnti pagi2 sblm aku p klas,aku hntr feno utk ko bersarapan dkt stesen metro tu yer...ok...bye

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aah..btol jugak tu. elok jugak senang aku nak pegi kelas pagi2. depan metro je spitalnye. lupe lak aku hal tersebut. haha.

adeh sedihnye..mggu depan nak start angkut barang gi pindah dah..haish..

Abdul Munir Sanusi said...

ini silap arab satu. silap budak-budak melayu pun ada. menunjuk-nunjuk tak tentu hala. rasa nak shot budak mcm ni.

rambut cacak pakai gel 18 kilo, jeans ketat sambil tayang iphone. nthen, bila arab tanya ko dapat sebulan duit berapa, terus jawab dgn penuh benarnya.


agak-agak lah weyh, ko tu student tajaan. dapat duit lebih sikit dah nak tunjuk tak tentu hala. what the fruit. haha.

satu lagi, perangai budak melayu yang muda-muda skrg manja. tak nak melawan. mcm tuan rumah yg mcm harem ni.gua dulu terus maki je, takpun pindah rumah tu dan terus boikot. biar padan. org arab mmg selalu naik kapla.

atun said...

ala....x ske la kalo sume umah da naek hrge....mne nk crik duet woo...
skang ni umah fadiah pon da mhl...apatah lg mafushah...huhuhu~

masalah btol la ngan bdak2 yg berlagak kaya ni...kte yg ssh..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

cik mun,lu memang selalu sekepala la dgn gua. teharu habes dah ni. tak sangka kat joden pon ade jadi macam mesir eh? aku memang dah tak tahan dah dengan arab. mentang2 dia tau dak malaysia kaya, abes dia nak kapak kita. ni sume dak2 bajet kaya la ni tunjuk2 sangat. saket jiwa betol la. kalo la ade sorang mcm lu kat kawasan ni,gua dah bersyukur dah cik mun. ade budak tajaan buat haram je,terus shot. memang cantek. budak2 sekarang ni terlalu patuh sangat dengan arab. tak reti melawan.


atun,tme kasih singgah. betol cakap ko tu. skrg kalo umah kosong pon dah mahal. umah berperabot lagi la mcm haram kan.

tolong la jgn tnjuk kekayaan korg kat org arab..ai,saket betol la..

Anonymous said...

aku kesal dengan sikap tuan rumah ko warouq. rasa cam nak lempang je ciliary ganglion beliau agar beliau sedar dan kembali ke pangkal jalan itu.

ape kata camni. ko pakat ngan kawan2 serumah ko. ikat pakcik tuan rumah dan kurung dalam bilik ko yg gelap tu. bukan nak buli dia. cuma nak bagi pengajaran. pastu... pastu.. arggh.. aku pon tak tau cane pastu.

cairoboy said...

bro,giza murah lagi.xde budak melayu lg buat hal.meh aa dok sini.even juah,tp berbaloi.dpt tuan rumah kitorg.x naikkan harga sewa pun.still 1000 lg.mari kita ramaikan giza.leh buat muhafazah baru,muhafazah giza.mari2.fikir2kan wang poket anda!

Muhammad Warouq bin Qamar said...

btol gak eh. tp kalo jauh2 kang aku nak gi kuliah naik ape? korg ade moto lain la. takkan nak sruh aku jalan kaki setiap hari tanpa rs jemu. takpe la. aku masih sayangkan mounira yg cacat ni

cairoboy said...

haha,naik laa tremco.cm x bese je.yg ade moto bape ramai je.sygkan mounira,tp duit poket makin kering x gna jgak.sayangkan mounira berpada2,sayangkan duit,anda puas hati selamanya

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.