salam sume!
semenjak berpindah rumah baru, aku sering menterjebakkan diri dalam kegiatan2 ahli rumah baru.
abg far dan
daud sulaiman merupakan 2 nama yg semakin diperkatakan dlm bidang penternakan ikan air tawar termaju di kalangan pelajar perubatan.
setiap jumaat bermula selepas solat jumaat sehingga matahri terbenam, sile la mati jika mahu berurusan dengan mereka. mereka amat sibuk berpeleseran di
sayeda aisyah menguruskan kerja2 penternakan, jual beli, maintenance dan sebagainya. mereka akan bangkit awal di hari jumaat, bersiap2 dan makan, solat jumaat dan terus ke
Suq Goma3ah di sayeda aisyah dgn laju.
pada mggu lepas, aku berkesempatan di sebalik kesempitan wang *maki2 JAIS* mengikut mereka ke suq. atau lebih tepat aku namakan sebagai
zoo. aku sangkekan tempat itu hanye menjual ikan2, rupenye segala mcm jenis haiwan dijual seperti menjual kuih chakoi di pasar malam.
kelawar, landak, buaya, ular, tenggiling, iguana, chameleon, giant turtle, burung2 seperti serindit, nuri, helang pon ada. "haramjadah ape tempat ni??" getus hatiku. tambahan pulak, hargenye murah2 tak logic dan tak perlu ade lesen utk beli natang2 exotic tu sume.
2 orang pengusaha akuatik ni pon mcm bese la memborong ikan semahunya. bagi abg far,
ikan laga atau mo7areb atau fighter adelah pilihan utama. memori bermain ikan laga di sawah semasa kecil adelah faktor utama kegiatan beliau ini. setakat ni,usaha penternakan guppy adelah paling sukar bagi daud dan abg far kerana setiap kali beli yg baru pastu mereke meninggal beramai2. mereke juga pernah membela
piranha [ade jual kat suq tu. 10 genih. nak nangis aku ingatkan bende ni rare gile] namun mati jua kerana suhu yg barangkali tak sesuai. selain itu juga, mereke membela
ikan sepat, angle fish, sejenis shark air tawar dan beberape jenis ikan yg tak diketahui jenisnye. daud juga ade membela 3 ekor kura2 kecil yg diletakkan bersama 3 ekor siput yg aku rs adelah jenis
biomphalaria alexandrina [sile jgn cakap pasal penyakit yg dia boleh transmit walaupon anda budak medic tahun 3 yg tgh semangat parasit. please]. utk melihat ikan2 yg dibela daud sulaiman,sile
klik sini.
makanye sekarang ni rumah aku dah mcm Underwater World takpon Aquaria. kami juge tengah dlm proses membincangkan utk membuka kaunter pembayaran masuk utk pengunjung di depan pintu rumah [entri fee] x lama lagi.
*************
sekarang ini jam 3.53 petang. mereka berdua sedang berada di suq gom3ah. aku x dpt nak ikut walaupon nak sangat2 ikut. semuanye angkara JAIS yg tak perihatin terhadap perut aku. dak2 JPA pon kalo delay 3 mggu dah rengek2, ni pulak dak zakat yg mcm aku delay 3 bulan. wtfun.
GALERI ZOO/SUQ GOM3Ah
gambar x sempat diambil banyak sebab henset cabuk ni ade memori yg ckup utk 11 keping gambar je. bile la aku nak buang henset ni. aih.
ni anak buaya. apapepon, still buaya ok. kalo bela boleh besar lg ni. ade potensi. cumenye kalo bela tak tau nak kasik makan ape. aku sndiri pon makan megi je,takkan nak kasik ngko makan daging. lemak ah. ular2 ni aku rasa jinak ni. sebab bile aku buat bunyi meow2 dia mcm respon lebih je. kura2 besar. yg style idop atas darat punye. hati kering. x yah makan pon boleh hidop. harga tak sampai 20 genih pon. ular ni special. tuan dia belai2 pakai tangan relek je. tu pasal dia dok sorg2. dah biase dimanjekan agaknye. macam2 jenis burung. warna warni. memang cun. harga sepasang dlm 20-50 genih mengikut saiz dan keayuan. seksyen ikan2. dari ikan emas sampai ikan ringga [ikan masin arab] pon ade jual kat kedai ni. para pengembala sedang menilai tahap potensi ikan laga. mereka btol2 pakar. perbincangan demi perbincangan secara detail dan saintifik dilakukan. pembelian baka yg tidak baik perlu dielak. murah dan berbaloi pagi penggemar2 hidupan akuatik. mari2 ke suq. p/s: oh,hari ni tahun baru. sempena itu syarikat telefon
etisalat telah berikhtiar memberikan hadiah kepada pengguna2nya dengan menaikkan semula harga SMS 29 irsh ke malaysia kepada 80 irsh. memang mcm haram rs nak ngamok skrg.