Friday, January 1, 2010

pengembala ikan maju.

salam sume!

semenjak berpindah rumah baru, aku sering menterjebakkan diri dalam kegiatan2 ahli rumah baru. abg far dan daud sulaiman merupakan 2 nama yg semakin diperkatakan dlm bidang penternakan ikan air tawar termaju di kalangan pelajar perubatan.

setiap jumaat bermula selepas solat jumaat sehingga matahri terbenam, sile la mati jika mahu berurusan dengan mereka. mereka amat sibuk berpeleseran di sayeda aisyah menguruskan kerja2 penternakan, jual beli, maintenance dan sebagainya. mereka akan bangkit awal di hari jumaat, bersiap2 dan makan, solat jumaat dan terus ke Suq Goma3ah di sayeda aisyah dgn laju.

pada mggu lepas, aku berkesempatan di sebalik kesempitan wang *maki2 JAIS* mengikut mereka ke suq. atau lebih tepat aku namakan sebagai zoo. aku sangkekan tempat itu hanye menjual ikan2, rupenye segala mcm jenis haiwan dijual seperti menjual kuih chakoi di pasar malam. kelawar, landak, buaya, ular, tenggiling, iguana, chameleon, giant turtle, burung2 seperti serindit, nuri, helang pon ada. "haramjadah ape tempat ni??" getus hatiku. tambahan pulak, hargenye murah2 tak logic dan tak perlu ade lesen utk beli natang2 exotic tu sume.

2 orang pengusaha akuatik ni pon mcm bese la memborong ikan semahunya. bagi abg far, ikan laga atau mo7areb atau fighter adelah pilihan utama. memori bermain ikan laga di sawah semasa kecil adelah faktor utama kegiatan beliau ini. setakat ni,usaha penternakan guppy adelah paling sukar bagi daud dan abg far kerana setiap kali beli yg baru pastu mereke meninggal beramai2. mereke juga pernah membela piranha [ade jual kat suq tu. 10 genih. nak nangis aku ingatkan bende ni rare gile] namun mati jua kerana suhu yg barangkali tak sesuai. selain itu juga, mereke membela ikan sepat, angle fish, sejenis shark air tawar dan beberape jenis ikan yg tak diketahui jenisnye. daud juga ade membela 3 ekor kura2 kecil yg diletakkan bersama 3 ekor siput yg aku rs adelah jenis biomphalaria alexandrina [sile jgn cakap pasal penyakit yg dia boleh transmit walaupon anda budak medic tahun 3 yg tgh semangat parasit. please]. utk melihat ikan2 yg dibela daud sulaiman,sile klik sini.

makanye sekarang ni rumah aku dah mcm Underwater World takpon Aquaria. kami juge tengah dlm proses membincangkan utk membuka kaunter pembayaran masuk utk pengunjung di depan pintu rumah [entri fee] x lama lagi.

*************

sekarang ini jam 3.53 petang. mereka berdua sedang berada di suq gom3ah. aku x dpt nak ikut walaupon nak sangat2 ikut. semuanye angkara JAIS yg tak perihatin terhadap perut aku. dak2 JPA pon kalo delay 3 mggu dah rengek2, ni pulak dak zakat yg mcm aku delay 3 bulan. wtfun.


GALERI ZOO/SUQ GOM3Ah

gambar x sempat diambil banyak sebab henset cabuk ni ade memori yg ckup utk 11 keping gambar je. bile la aku nak buang henset ni. aih.


ni anak buaya. apapepon, still buaya ok. kalo bela boleh besar lg ni. ade potensi. cumenye kalo bela tak tau nak kasik makan ape. aku sndiri pon makan megi je,takkan nak kasik ngko makan daging. lemak ah.


ular2 ni aku rasa jinak ni. sebab bile aku buat bunyi meow2 dia mcm respon lebih je.


kura2 besar. yg style idop atas darat punye. hati kering. x yah makan pon boleh hidop. harga tak sampai 20 genih pon.


ular ni special. tuan dia belai2 pakai tangan relek je. tu pasal dia dok sorg2. dah biase dimanjekan agaknye.


macam2 jenis burung. warna warni. memang cun. harga sepasang dlm 20-50 genih mengikut saiz dan keayuan.


seksyen ikan2. dari ikan emas sampai ikan ringga [ikan masin arab] pon ade jual kat kedai ni.


para pengembala sedang menilai tahap potensi ikan laga. mereka btol2 pakar.


perbincangan demi perbincangan secara detail dan saintifik dilakukan. pembelian baka yg tidak baik perlu dielak.


murah dan berbaloi pagi penggemar2 hidupan akuatik. mari2 ke suq.



p/s: oh,hari ni tahun baru. sempena itu syarikat telefon etisalat telah berikhtiar memberikan hadiah kepada pengguna2nya dengan menaikkan semula harga SMS 29 irsh ke malaysia kepada 80 irsh. memang mcm haram rs nak ngamok skrg.

22 comments:

syidi said...

wah~ kagumnya ada buaya.
igtkan kat cairo U je banyak buaya2 gatal,kat sayyeda aishah pon ade,hikhikhik..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. kat cairo u tu jinak sangat. [jap,aku x telibat kan?]

Anonymous said...

cube hanta sms ke msia..xyah bubuh plus.. cthnye +60130010033 kpd 60130010033. i penah try, yg ade + kena 80..yg xde, 29 jek.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

anonymous, cuba anda SMS sekarang dengan cara tu. cerite pasal buang + tu dah berzaman. memang itu la yg saye buat dari dlu. saye tulis dlm blog: "etisalat menaikkan SEMULA harga SMS 29 irsh ke malaysia kepada 80 irsh". trick buang + tu dah tak bole pakai

syidi said...

sabo2..
sebab harege gula naik kot,etisalat nk tampung kos perkhidmatan.

sorila ana rajin komen kat blog enta hari ni.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

syidi,ko pakai ana enta skali lagi ngan aku,aku tepok tengkuk ko. haha

kak aina said...

ooohhh...boleh tak fateh dan mak ayahnye ke 'aquaria' korang dgn free saje??? :)) kitorg bawak kuih sbg tiket masuk laa..

Neo Rantissi said...

perghh, sungguh pelbagai haiwan2 di 'zoo' itu, aku terkesima warouq. ko beli la iguana sekor, leh aku main bila2 aku ziarah ko nnt, haha.

p/s: Alex demam manifesto pilihanraya PCI skrg, aku pun join skali promote dlm blog, hahaha.

FabulouswithAs said...

korang jual ikan??[blurr mode]

Muhammad Warouq bin Qamar said...

kak aina,ha,bawak la fateh. lame tak tengok dia. heh. bawak kuih sedap2 ye. puding pon best gak. haha~ demandnye.

jenal,mmg meriah suq tu. si afiq dah nak beli dah chameleon haritu. mmg cun chameleon yg de jual tu.murah lak tu. cumenye susah sbb pk nak kene carik serangga kasik dia makan tu.

asma,dak2 umah aku ni yg giat gile beli ikan,buat pameran ikan dlm bilik masing2. tak jual. pameran je. heh

Abdul Munir Sanusi said...

gua pelik dengan akitiviti member-member gua seberang laut...mmg cukup exotic..jangan lu ternak lipan sudah


beb, lu jadi datang joden tak next month?

Muhammad Warouq bin Qamar said...

gua pon mule2 pelik gak susah nak adapt je rs. haha. tp ble diikutkan rs seronok pulak. lipan gua x bela. x penah jumpe. kalo ade jumpe ok gak gua bela buat commercial lipan daging ke,lipan telur ke.

insyaAllah,beb. lu doa2 la gua sampai dengan sejahtera. mebi around 12 februari gua sampai aqabah. nanti gua pk la cmne nak sampai irbid lak dari aqabah tu ha

Abdul Munir Sanusi said...

jangan risau beb..gua banyak kenalan yang tak jauh dari aqabah yang dpt escort sampai ke irbid.


insyaAllah tak de hal beb benda mudah ni. celah gigi. yang pasti gua mmg nak belanja makan sejurus lu sampai di tanah irbid.

Haru said...

mesir ni memang unpredictable
kesiannye kura2 berasak2an
terasa nak borong diorang

Muhammad Warouq bin Qamar said...

cikmun,lu memang best!! haha. siap offer belanje makan. kacip!! gua snanye mati akal gak kalo sampai aqabah nak pegi irbid naik ape. member2 arab gua cakap ade bas tp takut termiss time dia. papepon,gua harap gua x mengganggu dak2 medic sane stadi di kala gua mengembara ke sana kelak.


atiqah, yah,mesir memang susah predict. kat mane2 pon bole jumpe bende pelik2 yg belom penah jumpe. oh,ko ade bela kura2 x silap aku. spesis yg mcm ko bela banyak ade jual. murah2 lak tu

FabulouswithAs said...

waroq kalo ko kat aqabah tuh xyah risau.amek jek bas g Amman.[aku pakar naek bas .kui3]banyak jek bas.kalo ko nak carik bas dari Aqabah direct g Irbid susah sket,xbyk.so ko amek g Amman jek dulu.. plg senang naek bas ekspress JETT..8jd,ko naek je teksi ckp nak g maktab jett..maktab tuh sebelah movenpick hotel.aku ade no ofis jett yg kat aqabah tuh siap[in case ko tersesat]
dia bertolak dari aqabah ke Amman every 2jam..so ko xyah risau..

nanti da smpai Amman ,die sampai kat mujamma abdali,ko naek teksi ckp nk g mujamma tabarbur,katsitu berlambak bas dari Amman nk g Irbid..bas hijazi=1.70jd
kalo coster=90qursh.
atau ko naek teksi sarfis,sorg 2jd jek.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tq asma!! ko banyak bg info ni. insyaAllah aku akan gunekan!

Eng Einy said...

selamat mengembara abg naz! seronok taw jalan2 ni..betol2 release tensen + dpt byk pengalaman..


pahtu pas balik nangis2 sbb duet abes..nganganga~


kirim salam kat pakcik cop visa jordan yg peramah itu

Muhammad Warouq bin Qamar said...

oh terimas2. walaupon aku jenis x suke sangat mengembara namun aku pegi jugak sebab nak melawat member2 n tgk2 joden skali. aku x tensen pon maka aku pegi bukanlah utk melepaskan tensen. heh

aih,dah la duit ade seberape je. aish.

baik. kalo aku jumpe aku kemkan salam

Abdul Munir Sanusi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hahah.. comil gila kegiatan korang. salam dari prague, czech rep. =)

Muhammad Warouq bin Qamar said...

boring hujung2 mggu. kene la isi dgn berjalan2. hehe. salam dr cairo! tme ksih sggah~

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.