Friday, January 8, 2010

Budgerigar [?]

salam sume!!

tau ape tu budgerigar? ye, budgerigar bukan lah sejenis term medic ye walaupon anda adelah freak medic sekalipon. budgerigar adelah sejenis burung dari keluarga parrot. juge dikenali dengan nama parakeet atau budgie dikalangan penggemar2 burung. nama scientificnye Melopsittacus undulatus iaitu dari genus pstaccus [ye, saye tau anda power microb. tak perlulah anda sebut pasal transmission of pstaccosis]. menatangalah ini asal2nya dari hutan2 yg cantik dan hijau di Australia namun kehidupan sesetengah daripada mereka punah apabila sedari kecil sudah dijual beramai2 di pasar berdebu Suq Gom3ah, Sayeda Aishah, Kaherah, Mesir.

akibat kasihan melihat mereka bertungkus lumus utk hidup dalam udara yg tak nyaman dan persekitaran yg bising di Suq Gom3ah, aku secara tiba2 membeli sepasang budgerigar dengan tak semena2. aku juga terpana dengan tindakan sendiri. namun terasa happy juga. sekarang dah ade 3 pasang. kiut2 sume.

budgerigar boleh dikelaskan sebagai top 5 burung yg boleh bercakap dalam dunia. namun, setakat hari ini aku masih belom berjaya mengajar mereka bercakap "farhan, jangan giat stadi sangat..farhan, jangan giat stadi sangat.." walaupon aku mengajar mereka ayat tesebut berulang2 tanpa jemu dari pagi ke malam. tak apa. usaha tangga kejayaan.

budgerigar adelah sejenis burung yg sangat periang serta tak reti senyap. mase mule2 aku membeli Supisupian dan Salamah endut, mereka amat lah pemalu. senyap seharian suntuk sehingga aku risau2 mereka mengalami petit mal epilepsy. maka aku pon mencapai gitar dan memainkan lagu surgaMu (Ungu). tak semena2 derang jadi tak tentu arah memekak dan berdansa. tak sangke sgguh budgerigar juga sukekan lagu2 nasyid. tp boleh jadi juga mereka memekik dan melompat2 kerana sedang memaki nyanyian ku yg tak sedap. siape tahu.

budgerigar juga adelah burung yg bijak bestari. budgerigar berjaya memegang rekod dunia sebagai burung tercerdik apabila seorang warga amerika berjaya mengajar budgerigarnye bernama Puck bertutur menggunakan 1,728 perkataan. namun burung tersebut dah meninggal sejurus selepas mencipta rekod. aku rasa mungkin kerana dia merasakan dirinya terlampau malu menjadi bijak dan nerd lalu dia mati.

budgerigar amat mudah dijaga. amat sesuai utk penggemar2 haiwan yang amat pemalas. mereka boleh bertahan hidup di tengah2 suq gom3ah, masakan pula tak bole tahan dok dalam bilik anda. budgerigar adelah herbivor. beberape bende seperti avocado, makanan yg masin dan berlemak, bawang, cendawan dan kentang adelah toxic kepada mereka [ya,tak ada dlm buku toxic anda. tak payah rujuk]. makanan2 manusia yg lain berunsurkan tumbuhan akan mereka tibai dengan selamat insyaAllah. sambil2 anda makan nasik, bole la suap2kan mereka sekali. mudah bukan?

em..cita2 aku, apabila tiba masanya aku perlu pulang ke tanah air sesudah menamatkan MBBCh nanti, aku ingin melepaskan kesemua mereka beterbangan bebas di udara. semoga mereka bahagia.


GALERI SERINDIT


couple terawal yg aku bela. Salamah Endut dan Supisupian. Pian ni paling gangster antara semua. aku dah berape kali kene gigit dengan paruh besar dia.


itu dia. Pian yg bongkak. jantan paling dominan buat masa ni. mentang2 paruh panjang dan ganas.


my personal favourite: Tito Bilanova [panggil Tito]. wajah angkuh namun paling jinak antara semua. boleh la buat modal aku nak belai2 manja.


yg kelabu [kiri] tu namanye Argento. yg kekurangan tyrosinase [kanan] tu namanye Albino. Argento ni antara paling lawa sebab kaler dia kelabu2 biru pastu kaler kepala n pelepah dia macam perisai gladiator. haha. imaginasi ngarot aku tggi sangat.


Tito amat pemalu. disuik pon senyap je. memang budak baik2 agaknye. malu2 dan comel2. tu yg aku suke tu. ahaha.


saingan Supisupian sebab warna lebih kurang. cumenye yg ni betina. namanye Kumako. kelihatan selalu dibuli. lagi skali aku nampak Pian kacau ko,aku jentik paruh dia.


Salamah Endut. jangan salahkan aku sebab nama ko camtu. salahkan paan salleh.


the proud Argento.


Albino dan Tito sering berasa inferior dan tersisih kerana merasakan ketiadaan stripe langsung pada badan mereka adelah lucu bg seekor budgerigar.


rumah baru. lebih selesa. rumah kayu tepi sangkar tu adelah khas utk bertelur. err.. boleh juga digunakan utk proses penghasilan telur. pandai2 la ye..

27 comments:

daud sulaiman said...

warouq... nak belai burung awak... hiks hiks hiks... [sila berfikiran positif ye..]

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ko mcm haram. nanti aku lempang perot ko. sekian.

Abdul Munir Sanusi said...

supisipian..ni nama asal lain macam je beb. macam pyan mansurah. haha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ahahaha. x de kene mengena ngan pian mansoura. ni pian len. Supisupian. lagi kacip. keh2.

Ami Farhani MNA said...

sungguh comel mereka semua ni & sungguh murni cita2 nak melepaskan mereka nanti.

btw, nama salamah endut itu paling menarik. fyi, salamah itu nama arwah nenek saya dan endut tu nama arwah moyang saya :D

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ha? alamak. kesiannye kat nenek dan moyang anda. isk2. sori2. tak sengaja dah terrrbagi nama tu. huu.

Effy Saiful said...

alahai,comelnye~

i like tito coz it has this royal appearance..tp Albino cantik gak.. mcm ice queen~

nnti free2 nk dtg la umah sane, nak belai2 manja burung ko, wrq ;p

Muhammad Warouq bin Qamar said...

kan? kan? tito lawa smooth je kaler kuning dia. albino lawa gak tapi problemnye dia dok mesir so bulu dia snang kotor. kalo dia tau keturunan dia dtg dari australia mesti dia kecewa dan kesal.

nk dtg tgk derang dtg je. tp aku bz men game takde mase layan org sekeliling. hoho.

FabulouswithAs said...

waroq. hobi baru plak ke..alahai comeyl gilerrrrr....

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ahaha. seronok2 menternak..bole la dianggap hobi. hehe. comel kan? mmg comel!

maskedfacies said...

aku cdgkan ko bela ayam. boleh jd bapak ayam. cool gilos!

sbbnye aku skrg jd mak ayam. jual kwn2 batch aku yg single. LOL =P

p/s: kalo nak katalog produk aku mntk la ok. Haha

peminat setia ros kuning said...

first time jumpa binatang ini kaler kuning..waa~tito comel!

teringin nak letak tito tu sekali nga ros kuning~sweetnya!

Muhammad Warouq bin Qamar said...

hah mimi. aku pon rs kalo jd bapak ayam lg best. bole jd kaya cepat2. sambil stadi medic,sambil jual ayam. feewit~caya la idea ko. miahaha. mcm hagham.

oh2. ade katalog ke? ade kuar dlm bentuk e-book x? aku nak gak tgk kot2 bole aku pasang2kan dgn ayam2 aku. kah2

Muhammad Warouq bin Qamar said...

peminat ros kuning, tito bilanova mmg paling comel. dah la jinak2 sket. kiut miut. kuning lak tu.

tp kalo letak dia dgn bunga ros,abes la rosak bunga. burung ni makan bunga.

Haru said...

*tak tahan dgn kecomelan sume!*

betul ke senang nak jaga?
brape kali sehari [seminggu?] cuci najis diorang?

adakah dilepaskan sekali-sekala untuk exercise? kandang tu macam sempit je untuk 6ekor terbang bersukaria...

btw, mereka menyahut ke pada nama masing2?

^^ byk plak soalan...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aah,snang je nak jaga. najis dia cuci la 2 hari skali. lgpon najis dia besar biji sawi je. tak efek sgt kalo tak cuci kerap.

aku x lepaskan sekali skala. sekali pon tak pernah. haha. sangkar nidah paling besar dah ni kalo nak banding dgn sangkar derang duduk mase kat pasar sayeda. derang kene besyukur woo. haha. walaupon nmpak mcm x ckp besar,tp aku naik rimas tgk derang terbang2 dlm tu x henti2. ai

oh,derang belom jinak sgt. x nyahut pon kat nama yg aku panggil. sekadar cukup syarat je aku bg nama tu. cumenye natang cmni kene slalu sembang2 dgn dia. kalo x dia boring. heh

pinksterz said...

argento sgt smart dan hensem serta macho. haha.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. memang. dan amat sombong. huh

musafirtibbi said...

wah,sume orang membela ni..aku pun turut sama nak membela sesuatu bila balik nnt..tp nak bela ape ek.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ngko bela la chameleon. ade jual woo. kiut.

maskedfacies said...

belalah org. aku suka!

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ha,btol jugak. aku ade gak plan nak bela anak dara orang. lg best. bole bawak tido. lol.

maskedfacies said...

*merujuk pada status faizal*

nasib baik ko byk bulu muka. LOL

eh, best ek tido ngn anak dara org. nk g try ah japgi. hahahaha

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tu la. baru la lepas syarat nak bela anak orang kalo ade bulu muka. hoho.

aku x pasti best ke x. tapi aku pasti akan cuba. pasti. *genggam penumbuk dan tabah*

wajja ko bole try. haha

maskedfacies said...

aku rasa best, sbb aku dah try smlm lepas ko sebut2.

hahahahahaha

gud luck waruk!

Anisah Shamilah MS said...

vote for argento!
sgt la cute~

dorg dah blh ckp ape skang, bro warouq?

Muhammad Warouq bin Qamar said...

yeah! argento memang cute. heh.

oh,derang belom boleh cakap. aku tak rajin nak train derang. aih~cmne tah nak bagi bole cakap. nak kasik jinak pon susah,nak becakap lg la jgn mimpi. huu

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.