gua dah sampai Cairo. haram tak aman sangat lagi rupenye. gua balik dengan semangat berkobar2 nak tengok Mesir yang aman damai. namon berkecai cita2 gua bile keluar airport je ada clash antara puak Kristian sama puak Islam kat area Sayeda Aishah sampaikan gua lekat dalam jam sejam setengah. start dari jambatan luar airport tu sampai la ke Azhar Park gua sabar tunggu kerete jalan style siput. sepanjang2 jalan Solah Salem tu la perbarisan kereta. bile dekat area Azhar Park tu gua tengok pemandu2 semua dah tak nak drive. diorang keluar kereta ramai2 nak tengok ape jadi. gua fedap terus beri arahan supaya pemandu teksi pusing ikut Hussein. rupenye kat Hussein pon sama jugak jalan disekat. menatang, dah la gua belum solat asar masa tu. gua bajet timing baik punye untuk sampai rumah kat Sayeda Zeinab lalu solat asar disamping rakan2. tapi tak jadi. tambahan pulak gua dah bajet nak tengok Barca vs Arsenal malam tu so gua tak nak la lama2 lagi lekat dalam jam. gua tambah resah, gua paksa2 driver pusing balik. try punye try last2 dapat pusing semula balik ke Solah Salem. gua tukar plan tak jadi balik Sayeda Zeinab. gua suruh sawwak teksi drive ke Abbasiyah untuk hantar gua kat asrama Malaysia (ARMA). itu malam gua tido kat bilik Effy Saiful. dia still kat Malaysia so bilik dia kosong so Saiful Amri yang guna sebagai tempat menyorok stadi selama 2 minggu.
pagi2 keesokannya gua bangan lewat. kepenatan hasil duduk dalam airport Kuwait selama dekat 8 jam memang buat badan gua naik perit mengakibatkan tido mati (airport Kuwait sama flight Kuwait airlines ya salam.. tak best langsung). itu pon gua terbangun sebab Baem@Ibrahim Yahaya (klik utk link) datang kejut gua mintak broadband USB stick dia yang gua rembat malam tu. tq Baem kasik gua internet percuma satu malam haha. jangan risau, gua tak gune berat-berat. runcit-runcit sekadar fesbuk dan goal.com sahaja. alang2 dah terbangun gua terus mandi. gosok gigi senyum2 membayangkan Barca menang malam tadi. kah kah. naseb baik Baem dah amek USB stick dia kalo tak gua plan nak sembur budak2 arsenal yang gelakkan gua sebelum match. keh2. so lepas mandi gua tunggu Ambe basuh baju jap sambil tengok muvi Tangled kat komputer dia sebelum kitorang gerak ke kuliah. ade kelas Urology.
satu suasana yang menggamit jiwa gua dapat masa gi kuliah. gua rasa macam kembali ke zaman tahun 1. kenape? sebab TAK ADA MELAYU LANGSUNG kat universiti kecuali kitorang. haha. nostalgic jugak suasana tu. rasa nak nangis.
abes je kelas Urology gua sama Ambe, Paan, Acap, dan Apis berjalan2 ke Tahrir. gua nak tengok ape dah jadi kat sana. kesan2 akibat rusuhan masih ade. Tahrir Square dah macam khemah pelarian penuh dgn khemah2, bendera, dan sepanduk. tepi2 jalan ramai orang jual t-shirt dan sticker 25 January sama I love Egypt. perubahan? nothing much. mungkin ade perubahan tapi setakat ni gua belum nampak. yang ura2 kata orang naik tremco pon dah beratur sekarang tu gua rasa satu konspirasi. haram takde lagi takat ni gua nampak. sampah sarap pon gua rasa macam dulu je lagi. takpe, mungkin masih dalam proses berubah la agaknye. baik kan gua husnu zon?
so sekarang gua dah kat Sayeda Zeinab. home sweet home. internet memang 7 heaven la. laju bukan main tak macam kat Malaysia. barang pon gua dah start unpack sikit2. sambal tumis Makcik Salasiah jiran taman gua bagi sebotol besar pon gua dah letak elok dalam peti es (terharu gle ok. gua membesar dengan sambal dia ni la. dari sekolah sampai ke universiti tak penah jemu makan. valuenye pemberian ni sgt tinggi. sape rembat sambal gua dalam peti es tu kang memang gua maki). tak tau kenape sebulan kat Malaysia kali ni cukup lama gua rasa. puas cuti kali ni tak macam summer. Tq kerajaan Selangor yang bagi gua claim duit tiket free. dan UMNO selangor yang kasik gua duit RM500. lol. orang bagi gua tak tolak. sape yang jumud sangat nak marah memang gua buat pekak. boo orang syadid. boo..
ok, sekarang semua dah selamat kat rumah. budak2 melayu pon dah start memenuhi Kaherah semula. charter flight budak2 JPA pon dah sampai gua dengar2. esok pulak gua ade plan nak ke airport semula amek budak. dia mintak musyrif so gua jadi la musyrif. gua ni jarang2 orang mintak tolong. agaknye gua ni muke pengganas barangkali. lol. selamat belajar semua.
p/s: nombor etisalat gua jangan dihubungi lagi ye rakan2. gua tertinggal simkad tu kat malaysia. haremm. nanti gua dah beli nombor baru gua kasik tau.
nama dia Hujan. binatang peliharaan family gua kat Malaysia.
12 comments:
Meh kita optimis ramai2. Haha~
Wah~ korg dh start kelas ek? Kitorg still melepak2 kat rumah ni.
Good luck final year! :D
aah, dah start dah. siap ade exam lg semalam. haha
good luck utk korang jugak! xD
wahh..akhirnye dpt tgk si rain ni (nama korea abess)..smalam dah gelak besaar dh dengar mama cite bab rain dn abah..hahaha..camnela mggu depan izz dok smggu kat umah dgn natang ni..
mati la Hujan kene cekik dgn Izz. haihh..
abah tu ye ye je tanak kucing skali tgk2 dia yg semangat susukan rain pagi2. haha
weh sedut cite Tangled tu weh sedut! tolonglaaaahhhh T_T
kuwet tak best?apa yang tak best?peh,gua dah terbeli tiket kuwet pulak balik mesia bulan 6 nanti.camne ni?lu ada apa2 idea bernas tak?
-iniestum-
tangled yg dalam external member aku tu versi tak cantek la cikmas. nanti kalo ade yg best aku sedoooot
anon, kuwet tak berape best la. airport dia boring ngalahkan qatar doha punye. pastu flight dia kalo dapat yg airbus memang sedih la. kalo 777 sedap. aku dpt rasa dua2. kalo lu dah terbeli nak buat camne. naik je la.
tgk tangled dlm flight MAS la berkualiti sikit..tangled versi sedut memang menyakitkn hati umpama hidup segan mati x mahu je gambar die.
syiot! apsal lu x cakap simkad tertinggal kat mesia ? patot pon sms x reply [ eh ke gua yg lmbt baca belog ni keh keh ].
tangled dalam kuwait 777 ade tp tah kenape aku punye TV rosak mase tu. bongok kan?
haha, lu sms ape? nah nmbor baru 011 2214772. jangan segan2 nak mntak tolong okeh.
sms mntk nombor ayep.
pelik jgk sebab selalu lu tak pernah x reply sms
gua kaki sms masakan gua tak balas sms orang.
MNSKAOAB
Post a Comment