ahad yang lepas telah menjadi saksi kebejatan akhlak dan syakhsiah seorang pakcik pejabat padang bola cairo U yang obese itu. sape yang penah berurusan dengan pejabat sukan cairo U pasti mengenali pakcik VVIP tersebut [very very irritating person]. pendirian beliau, pergilah meninggal dengan 'customer always right'. suke2 hati nak cancelkan padang yang kitorang tempah seminggu sebelum itu atas alasan maintenance padang. sekurang2nya telefon la dulu bagitau. lepas tu marah2 kitorang pulak. mengundang maki pelbagai pihak betul sikap seperti itu.
lantas kami menjalanlan boikot padang cairo U. mungkin hanye sementara. tp tak kesah la asalkan hati kami yang terguris ini berasa lega.
padang cairo U. pasir. tak berbentuk petak. agak mahal jugak. tambah pulak pakcik pejabat yang haramjadah.
sebagai ganti, aku dan sebatangklobot menempah court futsal di nadi Zinhum. courtnye cantik, binaannya kemas, padang berbentuk segi empat [padang cairo berbentuk poligon tak sekata yang bodo dan berpasir], dan pakcik pejabatnya yang tak obese serta tak menyakitkan hati.
tp...ade pulak arab mangkok gi songlap dompet aku time aku tengah main. dompet aku yg burok tu pon nak dirembatnye, mengapakah? dia tak tau ke tu dompet budak JAIS? pasti lah tak berape berduit di dalamnya. mase tu aku tengah main bola sambil main henset, pastu tibe2 kredit aku abes maka aku berlari2 anak la untuk mengambil kad topup yang berada di dalam dompet. tau2 je dompet aku dah hilang. berpusing2 aku keliling nadi zinhum tu dengan muke kekurangan kasih sayang mencari dompet. akhirnye aku jumpe terdampar di atas tanah tepi court. duit2 kat dalam kompem2 la takde kan. redhakan je la. naseb baik kad HSBC aku tak hilang. kalo tak, mati malnutrisi la aku setahun.
papepon, aku aplot la gambar2 kat nadi zinhum ni. kredit gambar2 ni semua untuk fotografer Saiful Amr* Mat Rasid a.k.a Amb* dan ditouch-up sket oleh aku.
GALERI BOO PAKCIK PADANG CAIRO YANG TAHPAPE. BOLEH BLAH LA WEH DENGAN PADANG BURUK KO. AHAHAHA [tajuk bole ade gelak ke?]
timbalan presiden PERUBATAN. walaupon acap isa kelihatan ringan, tp merupakan pertahan kental yg pantas dan mampu menjaringkan gol. oh, baju bahrain baru beli semasa transit di bahrain tempoh hari.
daud sulaiman. rembatan volley kaki kirinya yang menggegarkan tiang gol takkan aku lupakan.
sebatangklobot. ahli bola tua kaherah yang tegar. bermula career sebagai seorang keeper. develop menjadi pemian tengah yang semakin ketara dewasa ini.
petaijeruk. jarang miss game mingguan. sense of football beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa. centerback yang setia.
si biji kopi. no comment. hanye seorang fan barca yang tegar.
si biji kopi. no comment. hanye seorang fan barca yang tegar.
walaupon mengalami masalah ligament di lutut kanan sejak beberape tahun, tapi rembatan orang tanjung malim ini masih berbisa. sedang dalam usaha mendevelop keupayaan kaki kiri bagi menggantikan kaki kanan yang cedera.
supersupersenior munir. walaupon duduk jauh di ARMA, tp kerap turun ke sayeda bersama2 bersuka ria di padang. menyukai rembatan jarak jauh.
daud sulaiman dengan senapang kontotnye yang bernama julia. si biji kopi dan abg far sedang membincangkan hal bola sepak La Liga ataupon serie A mungkin. [gua syak natang dua ekor kat luar pagar tu yang rembat dompet gua]
pikai. bakal manjadi seorang ayah. namun komitmen terhadap ukhuwah dan bola sepak ternyata tak pernah padam. defensive midfielder yang cekap.
bamede saparwan. supersenior yang amat sinonim dengan bola sepak. meminati manchester united dan england. ingin merasa kekejangan usus dan vagal shock yang dahsyat, boleh la cuba tahan rembatan beliau menggunakan perut.