Friday, October 9, 2009

senandung seharian di temasik [bunyi mcm drama klasik itam putih]

salam sume!!

aku dah kat mesir.

[ok,amek mase sekejap utk meratap dan menangis]

...


******

dlm pejalanan balek ke gomhoreyyet masr el 3arabiyyet pada 3 oktober yg sudah, aku terpana apabile mengetahui bahawa transit di singapura adelah hampir 11 jam. maka kepala otak mereka. lama gila. tp dah telambat nak fikir tukar flight dan sebagainye maka aku bersama muhammad farhan bin salleh ikutkan juge.

sempena meraikan suasana bosan yang abadi di lapangan terbang changi dan tambahan pulak kami lapar tiada terperi, maka kami merancang untuk keluar meninjau apekah rupa singapura itu sebenarnye. kami dengan sifat 'kepala tau' hanye berbekalkan keazaman yg cekal dan keyakinan terhadap diri sndiri yg tggi meredah ke tengah2 bandar singapura tanpa ade arah tuju dgn menaiki MRT [seperti LRT cume lebih maju].

amat lapar. kami bersemangat memboikot kedai2 makanan yg berunsurkan amerika dan yahudi. semangat BPI berkobar2 di dada kami lantaran teringat kempen boikot barangan yahudi oleh PERUBATAN pada tahun lepas. maka kami terus mencari dan mencari restoran yg sesuai utk melepaskan nafsu makan kami.

..

setengah jam berlalu. kami pon duduk menghadap spicy chicken Mac deluxe di Mcdonalds.

...

aktiviti 11 jam kami hanye tertumpu kepada usaha mencari masjid [oh..guru besar tabika islam al amin aku mesti berbangge dgn kehidupan islami yg aku paparkan]. selepas berjam2 berjalan dari City Hall, kami berjumpe akhirnye dengan sebuah masjid yg besar bernama Masjid Sultan Singapura berhampiran Arab Street. hanye di situ kami dapat melihat wajah2 melayu bertempiaran di serata jalan. namun mereka tidaklah ramah mesra malah ada sorang pakcik pertengahan umur yg menjengkelkan memarah aku menggunakan plug di dalam masjid utk mengecas henset. aku tak kesah dia marah, tp aku tak tahan dia buat muke puas ati lepas marah aku. aku terus solat lalu berdoa kebaikan utk pakcik tersebut. baik sgguh hatiku pada hari itu.

sesudah solat, kami berpatah balik ke City Hall utk mengambil MRT pulang ke airport. kami berpendapat lebih baik cepat ke airport takut2 ade masalah di sana nanti. maka kami bergegas dan berjalan amat pantas utk mengejar masa.

..

kami tersangkut di sebuah cyber cafe selama 3 jam.

..

kami menyambung perjalanan. berjalan pantas, akhirnye kami sempat tiba di Changi airport semula pada awal isya'. perut kembali lapar. kami betol2 ingin makan nasi. farhan salleh sudah merengek2 laparkan beras. saye amat kasihan padanya. jiwa melayu kami amat kuat. perut kami terlalu bersifat ketuanan melayu barangkali. UMNO sgguh perut kami. lalu kami berusaha mencari restoran yg lebih ketimuran.

..

titisan pepsi terakhir aku sedut. kekenyangan. Burger King memang terbaik. akhirnye tiba mase utk kami meninggalkan singapura. dgn berbekalkan tiket MRT,botol pocari sweat bertandaharga 2 dollar, beberape keping gambar dan 2 helai wang dollar singapura sebagai kenangan, aku pasrah menaiki pesawat SQ 492 berlepas menuju ke tanah gersang mesir.



GALERI TEMASIK KINI YANG PENUH DENGAN AMOI2 & APEK2. AMAT KECIL NAMUN SANGAT MAJU BERBANDING MALAYSIA. BUAT MALU BETOL.



gaya angkuh padahal bukan negara sendiri.


abg far kepenatan dan saket kaki lambang adinova yg baru dibelinye sedikit ketat. namun tetap riang melihat singapura.


Stesen MRT. sangat maju. keretapinya tepat menepati masa. ade notis tertampal di stesen MRT changi yg berbunyi: "the last train will be arrived at 11.18pm" . takde men sebelas suku,sebelas suku. sebelas lapan belas minit malam tu. respek aku kat org singapore.


nama jalan ni 'Malay Street'. orang cina ade 'China Town' kat merata2 tempat dlm dunia ni. tp melayu hanye dapat sebatang street je kat singapore. oh,cmnepon jalan ni penoh dengan cina jugak yang sebenarnye.


cybercafe yg telah melengahkan kami selama 3 jam. kuang aja punye fesbuk. haha.


sebuah iklan yg membuatkan aku dan paan terkejut seketika sebab memaparkan gambar wanita yg tidak berbaju. ye,mmg tidak berbaju. maka disimpulkan bahawa kebebasan dlm memaparkan gambar2 explicit adelah ringan di sana. gambar ni terlalu jauh utk gambar tu terlihat. maka tak payah la susah2 nak rapatkan muke kat skrin PC tu.


abg far bagai nak tecabut lengan mengusung beg laptop selama 11 jam.


aku suke cara diorang menghormati peraturan jalan raya. disiplin yang tinggi. diorang ni tak boleh hidup kat mesir. boleh mati kene langgar bas.


jalan raya yg boleh dikatakan agak menyerupai malaysia. cuma jauh lebih bersih.


kembali ke mesir. [objek utama dlm gambar ni adelah farhan salleh ye rakan2. bukan pramugari SIA. takpe,saye faham perasaan anda semua. jangan bohong.]



p/s: selamat menyambung pengajian buat rakan2 semua! belajarlah bersungguh2. rakan2 sebatch, ini lah masenye kita mula mengenal dunia perubatan yang amat dahsyat. buat rakan2 tahun 4, sesungguhnya takde sabjek minor dalam dunia medic ni sbenarnye. sape kate ENT opthal forensic toxic commed jadah2 sume tu minor meh aku lempang2kan.
dan buat abang2 akak2 tahun 6, good luck untuk final segala final. [wow. aku dah develop skill ayat biro akademik la]

6 comments:

The Pamiesz® said...

penat aku rapatkan muke kat skrin..hasil yang sangat mengecewakan..hahaha

Eng Einy said...

first!

ow baleyk 3 oct gak ke? naseb baek kite lain fligt kalo x wat malu je kantoi kene bukak beg depan org ramai sbb overload..


abg far wat rambot ala2 botak gitu..yeay!!


eh caption last pic tu memg ngok ngek btol lew...dorsum of the hand utk anda !

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha..ala pamie,kan aku dh kate jgn rapatkan muke kat skrin. hasilnye pasti mengecewakan. ahaha. [padahal bole je klik gambar tu utk besarkan..tp cmnepon,still tak brape jelas jugak]


ramu,ni apsal name len plak ni. ai. mcm2 name ko tukar2. heh. ko naik flight jadah ape? aku punye beg yg dah berat mcm peti ais tu pon still boleh lepas,ko tak lepas apsal? bawak balik motosikal ke ape? heh

aah,abg far ala2 botak skrg. kiut miut kan? comel je.

haha,mmg btol pon caption last tu. kompem la org usha pramugari tu lebih bebanding tgk gambar far. aku yakin. hoho

Eng Einy said...

*flight* [ bnd2 typo nk kene betolkn jgk ke? ]

berat beg total 65 kilo..imarats straight dah skang..bwk hand luggage berat sgt pon dah kene marah ngn abg pramugara yg hensem tu..haih

Muhammad Warouq bin Qamar said...

65..kilo..? ko seludup seguni gula pasir ke? berat gile!! aku dah upe emirates kasik berape kilo?dah tu ko clearkan brape banyak dari beg tu? kesian2..

haha. tp ko nampaknye amat riang pulak kene marah dgn pramugara ensem..

The Pamiesz® said...

oih rem..aku first la..apehal ko nak amek tempat aku plak..mintak maap cepat seblom aku rotan ko ngan belalai gajah.

ni ape cite flight2 ni.. orang nek kete jela skang.. jalan2 pusing melesia ikut highway utara slatan.. hahaha.

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.