Thursday, December 17, 2009

rindu mendalah kecik II



tok mama, tok mama..dengar ni nuaim nak cakap ni..


dah besar nanti kan, nuaim nak jadi arkitek tau~ best~~nak jadi arkitek mcm adam dalam nurkasih tu..


ala, nape lak tak boleh? cool ape..ape la tok mama ni~


lagipon kan, ayah wan cakap jadi arkitek kaye~~aa~~~interesting x?


ye? ye? bole la ye?




******************

ayah wan doakan nuaim sehat slalu. dah besar bole jaga umi. pastu bole main futsal dgn ayah wan ok.

Sunday, December 6, 2009

kuih pau 6 kilo

ayah wan: rindu la kat nuaim..
si kuih pau 6 kilo: uuu..ghoo gaa gha..~~

******************************************************


oh,lupe..alang2 hari lahir Bais yg ke 8767 hari (24 tahun), saye wish sekali dalam blog okeh.

murah rezeki, bahagia selalu. selamat2 :)

Tuesday, December 1, 2009

video lama dari henset cabuk

salam sume!!

dlu time 2006-2007, mase tu henset nokia 6630 aku adelah pada zaman kegemilangannye. harga mase tu mahal. aku beli 1700 genih kat Maniyal hasil wang tekumpul. bangga weh bole rakam2 video. walaupon memori henset cume 256mb, aku peduli hape. dah gah dah tu.

tp skrg zaman dah berlalu. dunia digital memang tak tekejar. henset stok macam aku ni buat lempar jamban je la. sekarang ni zaman tenyeh2 skrin. epekenamanye screen-touch ke hape. baru2 ni dengar2nya member aku kat joden [cik mun] pon dah angkat sebentuk i-phone. sume dok beli henset cenggitu dah skrg. sampai aku nak bawak keluar 6630 aku pon tepakse nyorok2 takut dak2 len mencerca dan tertawa-tawa dengan hebat terhadap henset JAIS aku.

tp berkat ape tah aku tak tau, henset aku ni tak penah rosak sejak beli 4 tahun dlu. 1 komponen pon tak penah rosak melainkan housing je calar balar. jatuh bederai bekecai-kecai banyak kali dah, terendam dalam besen pon penah tapi masih utuh. alhamdulillah.

okeh. sebenarnya tujuan asal aku nak upload video2 lama ni ha. rugi pulak kalo biar berabuk dalam kopiter [singkatan computer. perlu ke?]. benda2 ni buat aku senyum2 gelak2 sorang je bile tengok balik.



kisah awang [kucing belaan paan salleh] kencing kat heater kepunyaan amb* dengan banyaknya. video ni aku paling suke. [tahun 3, 2008]



bashoeb & acap. 2 orang yg mempunyai sense of music yang mantap. [2008]



dak2 cairo U stadi patho utk final exam tahun 3. yg ni bukan aku yg rakam. aku klepet video apest [2008]



ada banyak lg. tp banyak sangat yang kene censored dulu. kire ok la ni. asalkan aku apdet blog sudah. sori la takde subtitle ke ape. video murah2.

ok babai.

Thursday, November 26, 2009

aidiladha di Darfur setahun yang sudah

salam sume.

dah lama rupenye aku tinggalkan Darfur. tak dapat aku nak ceritakan betapa aku rindukan tempat tu. mata aku terbukak melihat segalanya di sana. setahun dah berlalu. cepat. ape khabar agaknya mereka di khartoum, di kem pelarian Otash, di perkambungan Baba, dan di pekan2 kecil Darfur sekarang..


Kanak2 Sudan. tak termasuk aku walaupon ade kesamaan jelas di sana. Anak2 Sudan baik2. tak menyapa orang luar dengan 'hongga bongga' dan sebagainya.


setibanya di lapangan terbang kepunyaan United Nation (UN) di Nyala, Darfur


lapangan terbang di Darfur penuh dengan jet2 pejuang dan heli2 UN yang aku tak penah nampak selain dari dalam TV.


tertera pembahagian makanan asas kepada setiap pelarian di kem Otash.


daging korban dibahagikan sama rata kepada setiap keluarga di perkampungan Baba.


kanak2 Darfur jarang mendapat peluang menikmati daging. raya haji mereke pulun daging bakar seadanya. resipinya mudah: daging mentah + bara api.


antara rumah pelarian yg mempunyai arkitekstur yang terlawa.


melawat hospital kerajaan di pekan Darfur. bantuan perubatan susah nak dapat maka ramailah yang tak mau ke hospital.


aku hanya mengikut arahan dari seorang doktor pakar yang menyertai misi perubatan. aku pon tak ingat apebende aku buat mase ni.


ha,yang ni kompem2 la tengah amik vital signs kan.


melapah daging korban beramai2. meriah.


kanak2 beraya di aidiladha.


solat sunat aidiladha di tengah2 pekan Darfur. antara solat raya yg paling aku tak bole lupa.


selamat tinggal semua. ada rezeki aku betol2 nak datang lagi.





video bantuan perubatan misi tabung dapur untuk darfur 2008


parody izwan azir salleh membaca berita ala2 buletin utama. aku suke ni.



selamat hari raya aidiladha semua~

Saturday, November 21, 2009

kami mencari tempat berteduh..

salam sume.

tuan rumah dah buat perangai. seperti juga tuan2 rumah yang lain di sekitar mounira. semuanya bersikap dengan sifat mazmumah dengan menaikkan harga rumah secara berjemaah.

rumah yang aku diami ini asalnya berharga LE 1200 semasa kami di tahun 1. mereka2 yang tinggal di sini di waktu itu adelah bebudak ain shams [iwan, apest, abe, hafi, haziq, faiz]. mereke membesar dengan sihat sejak itu.

namun masa berlalu. rumah ini semakin dinaikkan harga. sejajar dengan perangai tuan rumah yg semakin mengharam, harga rumah burok nak meninggal dunia ni dinaikkan ke LE 1600 wtfork sebulan. itu pun setelah penat bebudak ni begaduh dengan tuan rumah yg haramjadah tersebut. mereka meneruskan kehidupan norma seorang student. girang. berlari2an seperti biasa. pada masa itu, rahman menambah bilangan ahli rumah kepada 7.

mase berlalu lagi. pantas. ahli2 rumah berubah2 setiap tahun. maka pada tahun lepas, masuk lah seorang pemuda berkulit gelap yang homeless menjadi ahli rumah mereka. walaupun pemuda tersebut mendapat tajaan JAIS, namun masih gagah membayar sewa rumah bersama2 rakan JPA yang lain. mereka bertujuh. tidak mengapa. hatinya riang.

mase berlalu lagi. seorang daripada ahli rumah terpaksa meninggalkan kami untuk pulang ke Malaysia.[klik sini] rezekinya mungkin bukan di Mesir. maka tinggal lah 6 orang sahaja ahli rumah. itu bermakna setiap orang terpaksa membayar lebih bagi mencompensate kehilangan seorang ahli rumah. aku terus tabah. gagah.

ahli2 rumah dari 2005 hingga sekarang [bekas ahli dan yg masih kekal tabah]



masa berlalu lagi. tuan rumaharamjadah datang lagi. sesungguhnya kedatangan beliau amat tidak disukai. aku hanya mampu duduk dalam bilik, sambil bermain PES. aku terdengar rahman dan bebudak lain bergaduh dengan tuan rumah. aku curi2 dengar. betul la tekaan aku. tuan rumah nak buat perangai lagi la tu. perbincangan ditangguhkan. kata mereka, tuan rumah nak amek balik rumah ni dan kami terpakse keluar kerana adiknya yang akan balik dari Canada wtfish akan duduk di rumah ini.

masa berlalu lagi. beliau datang lagi. aku dah naik meluat tengok muka dia. tak tau la macamana bebudak ni boleh tahan dok 4 tahun. kali ni dia bawak adik dia. cakap inggeris. nak muntah aku. kali ni aku melibatkan diri dalam perjumpaan itu. namun, tak ade apa yg mampu aku bantu. tuan rumah kata, boleh sambung menyewa tapi dengan syarat sewa dinaikkan dari LE 1600 ke LE 2500. vaveyyyy!!. kepala abah dia. dia kata alasan harga naik sebab budak2 malaysia yg baru datang dok kat mounira ni sewa rumah mahal2 belaka. semua tuan rumah dah naikkan harga pastu dak malaysia ok je dengan kenaikan harga tersebut. ai, kaya siot budak2 malaysia ni. dia kata kalo tanak, bole berambus dari rumah ni akhir bulan disember. dia kata ade syarikat perubatan nak sewa rumah ni jadi pusat perubatan pulak. mule2 kata adik dia dari kanada nak duduk, sekarang syarikat perubatan pulak. alasan je semua tu. aku tau ni taktik arab. aku tau yg sebenarnya dia target budak2 malaysia jugak nanti.


tadi, dia datang lagi. aku yang bukak pintu. dia cakap kat aku, kalo nak keluar jugak,pastikan rumah ni dalam keadaan yang sama dengan 4 tahun lepas. eh,tak ke bedebah perangai seumpama itu? 4 tahun weh. bukan 4 hari. mesti la berubah at least ade cat yg tetanggal2. dalam nada marah dia kata, kalo kitorang tak baiki cat tu sume dan gagal membuatkan rumah ni seperti sediakala dia nak report polis. dia kata adik dia polis. [adik dia sume hebat2. polis ade, kanada ade. mmg vavi]

jauhkan diri dari menyewa rumah ni.


kalau ikutkan budak2 JPA ni, derang mampu je nak sambung. tapi kitorang kene fikir orang lain jugak. kalo ade budak malaysia buat perangai sesuka hati amek rumah mahal2 kat kawasan mounira ni, jap lagi arab lain pon nak la jugak naikkan harga. sorang buat perangai, abes yang lain kene tanggung. kalau dulu rumah kat mounira abes2 mahal 1200, sekarang derang dah berani naikkan sampai 2500. ni sape punye keje ni?

nasihat aku, kalo ade tuan rumah berambut putih, pakai spek besar, baju tuck-in datang kat korang offer rumah ground floor kat jalan umar abdul aziz [bawah istana presiden], korang direct je terajang angle of mandible dia. kalo korang amek rumah tu, biar aku lak terajang angle of mandible korang. jangan buat pasal. kalo korang amek dgn harga 2500, kompem la tuan rumah lain nak naikkan harga 2500 ke atas pulak lepas tu. aku jamin. maka fikir dulu sebelum setuju. kesian kat orang lain.

................................................................

sekarang, bebudak umah aku tengah giat mencarik tapak baru untuk meneruskan kehidupan. mungkin mereka akan duduk jauh di abasiyyah sana. aku merancang nak tido kat stesen metro je. aku sayang mounira. ni tempat aku membesar.

Sunday, November 15, 2009

gelagat orang mesir menang 2-0 lawan algeria tapi still kene lawan play-off rabu ni namun berpesta macam dah menang world cup.

salam sume!!

semalam aku plan tak nak join arab tengok bola kat ahwah disebabkan oleh aku agak penat balik match futsal Liga Kaherah [FC Al Fawwaz vs Kaherah Dragon FC]. aku straight balik rumah. tekejut gak aku bila lalu sebelah ahwah, tengok arab dah bekumpul ramai2 2jam sebelum match lagi. sume dah duduk tercongok tengok skrin besar yang belom tunjuk apa2 lagi tu. jalan raya lak lengang sebab sume orang mesir nak tengok bola.

1st half Mesir vs Algeria aku cuma tengok kat rumah je sebab nak tengok friendly match brazil vs england & argentina vs spain skali. tibe, 2nd half apest ajak aku gi ahwah. tak tahan nak tengok gelagat orang mesir kot. kitorang pon pegi la. bapak la, ramai nak mampus orang kat ahwah. aku ngan apest cuma dapat bediri kat tempat parking kereta je. naseb baik ahwah Sa'id Halawah ni pasang skrin besar malam tadi.

buat sape yg tak tau,mesir kene menang 3-0 at least untuk layak terus ke World Cup South
Africa nanti. tapi kalo menang 2-0,mesir kene rematch dengan Algeria semula kat Sudan [faham
x ni?]

semangat x semangat depa ni. kereta pon depa sanggup cat bendera mesir. kalo kat malaysia agak2 sanggup ke?


kisahnye,minit ke 3 lagi Emad Zaki dah buat gol dah untuk Mesir. gile bising la arab melolong,jerit2 bile gol tu. aku yang tengah tengok cerita August Rush mase tu dalam bilik pon boleh terganggu. kuat tak kuat derang jerit sampai dalam bilik aku bole dengar.

Mesir kekal 1-0 je kat depan sampai minit abes masa 90 minit. masa tambahan 6 minit ref kasik. arab mesir dah jerit "Ya Rabb, Ya Rabb" ramai2 dah mase tu. last2 minit 94 tu Mesir berjaya gak buat gol hasil short cross & header. gile ngko. mau tak bergegar tanah mase tu arab bertempik. panjat bas, hon2, nyanyi2 tu pekara biase la. siap ade yg sujud atas jalan raya lagi.

kesudahannya, menang 2-0 pastu tepaksa main play-off kat Sudan rabu ni. teringin jugak nak tengok Mesir dalam world cup. harap2 menang la kot.

GALERI MASR! MASR!

suasana lepas wisel penamat. korang tengok je la camane ummat manusia ni bersorak. yang kat atas bumbung bas tu yang best tu. mase ni derang tengah mencarut ramai2 kat Algeria "Gaza'er, k*su*ik..Gaza'er,k*su*ik" [makna dia kalo nak tau,kene biasa lepak ahwah la. mcm2 mencarut boleh dipelajari]



ni sebilangan kecil yg ade kat ahwah semalam ok. sori gambar tak clear sangat sebab guna kamera henset cabuk.











p/s: bila la malaysia nak semangat macam ni..oh,jap. ade2. kelantan FC punya penyokong. hoho.

Saturday, November 14, 2009

rindu mendalah kecik..

....


Ayah Wan, tengok ni Nuaim dah besar sikit dah~


Ayah Wan, tengok ni Nuaim dah pandai buat muka merapik macam yang Ayah Wan ajar dah..


Ayah Wan,Ayah Wan, tengok ni rambut Nuaim dah bole pacak2 macam rambut Ayah Wan tau. tak payah pakai gel mcm Ayah Wan pon.


Ayah Wan,tengok Nuaim ngan Ummi. same kan?


Atok ni kurus la. patut la Ayah Wan pon kurus kerempeng mcm ikan bilis belah.





rindu sgt2..

Sunday, November 8, 2009

zat

salam sume!!

ok la,tu je. babai.




...




bengongnye. punye la aku dah takde idea nak apdet ape.

yang sebenarnye aku nak tanye pendapat korang sebagai rakan2 taulan aku. tp aku segan. ihik2~~ [tolong terajang aku please]. camane cara yang paling laju dan efektif untuk naikkan berat badan? sape2 yang rapat dengan aku memang kompem sedar la yang aku sekarang ni dah macam orang malnutirisi. lagi2 hausmet aku. derang sume pon sedar aku dah makin jadi kerangka. naseb baik diorang tak ejek aku si kerangka itam.


aku dah sedar bende ni lama dah. slow2 berat aku turun tak naik2. tapi cumenye yang buat aku betambah risau bile semalam lepas aku main bola kat nadi zinhum [bukan padang cairo ye. malu la main padang cairo. ape class], time aku nak bukak kasut aku tengok pegelangan kaki aku dah kurus gile mcm kaki keling2 yang menang merentas desa time aku sekolah rendah dlu. aku belek2 kaki aku. sedih je tengok.


tambah lak sekarang aku perasan aku cepat pening, cepat penat, cepat sakit, cepat ngantuk. sume pon nak cepat. stadi je lambat. [korang pon tau aku takkan bohong bab2 ni. haha]


dulu mase tahun 1, aku penah risau sebab berat aku naik mendadak. dari mule2 datang mesir tahun 2005 dulu berat aku 58 terus melambung jadi 72. wtfat. gile kentang la. pandai senior2 ni jaga aku dengan kasih sayang kasik makan sume, bela aku sampai gemok. haha. tp sekarang bila dah dok sndiri dah kembali menyusut. aku rasa aku memang sentiasa memerlukan kasih sayang dan perhatian abang2 senior la. aww~manjanye aku mcm haramjadah.


awal 2007 aku memang mempunyai berat paling mengkagumkan.



form 5. kemetot je aku. sekeping pulak tu.
[dalam gambar: nadir, apis hamzah]


*******************************************

ai. kalo korang tenampak orang tak cukup zat bekepala botak gelap2 pakai jersey barca mundar mandir kat mounirah jangan la korang straight baling batu ok.

seriusli, ade cadangan bernas selain daripada minum appeton weight gain..?


bantu la pesakit ini dengan cadangan2 bernas

Wednesday, October 28, 2009

petang itu di nadi zinhum

salam sume!

ahad yang lepas telah menjadi saksi kebejatan akhlak dan syakhsiah seorang pakcik pejabat padang bola cairo U yang obese itu. sape yang penah berurusan dengan pejabat sukan cairo U pasti mengenali pakcik VVIP tersebut [very very irritating person]. pendirian beliau, pergilah meninggal dengan 'customer always right'. suke2 hati nak cancelkan padang yang kitorang tempah seminggu sebelum itu atas alasan maintenance padang. sekurang2nya telefon la dulu bagitau. lepas tu marah2 kitorang pulak. mengundang maki pelbagai pihak betul sikap seperti itu.

lantas kami menjalanlan boikot padang cairo U. mungkin hanye sementara. tp tak kesah la asalkan hati kami yang terguris ini berasa lega.

padang cairo U. pasir. tak berbentuk petak. agak mahal jugak. tambah pulak pakcik pejabat yang haramjadah.



sebagai ganti, aku dan sebatangklobot menempah court futsal di nadi Zinhum. courtnye cantik, binaannya kemas, padang berbentuk segi empat [padang cairo berbentuk poligon tak sekata yang bodo dan berpasir], dan pakcik pejabatnya yang tak obese serta tak menyakitkan hati.


tp...ade pulak arab mangkok gi songlap dompet aku time aku tengah main. dompet aku yg burok tu pon nak dirembatnye, mengapakah? dia tak tau ke tu dompet budak JAIS? pasti lah tak berape berduit di dalamnya. mase tu aku tengah main bola sambil main henset, pastu tibe2 kredit aku abes maka aku berlari2 anak la untuk mengambil kad topup yang berada di dalam dompet. tau2 je dompet aku dah hilang. berpusing2 aku keliling nadi zinhum tu dengan muke kekurangan kasih sayang mencari dompet. akhirnye aku jumpe terdampar di atas tanah tepi court. duit2 kat dalam kompem2 la takde kan. redhakan je la. naseb baik kad HSBC aku tak hilang. kalo tak, mati malnutrisi la aku setahun.

papepon, aku aplot la gambar2 kat nadi zinhum ni. kredit gambar2 ni semua untuk fotografer Saiful Amr* Mat Rasid a.k.a Amb* dan ditouch-up sket oleh aku.


GALERI BOO PAKCIK PADANG CAIRO YANG TAHPAPE. BOLEH BLAH LA WEH DENGAN PADANG BURUK KO. AHAHAHA [tajuk bole ade gelak ke?]

abg far dan bola nike barunye. sampai2 mesir terus beli. oh,kasut adinova juga baru.


sharp shooter kaherah. harapan banjar berkasut oren. semangat chelsea takkan pudar.


timbalan presiden PERUBATAN. walaupon acap isa kelihatan ringan, tp merupakan pertahan kental yg pantas dan mampu menjaringkan gol. oh, baju bahrain baru beli semasa transit di bahrain tempoh hari.


daud sulaiman. rembatan volley kaki kirinya yang menggegarkan tiang gol takkan aku lupakan.


sebatangklobot. ahli bola tua kaherah yang tegar. bermula career sebagai seorang keeper. develop menjadi pemian tengah yang semakin ketara dewasa ini.


petaijeruk. jarang miss game mingguan. sense of football beliau semakin meningkat dari semasa ke semasa. centerback yang setia.

si biji kopi. no comment. hanye seorang fan barca yang tegar.


walaupon mengalami masalah ligament di lutut kanan sejak beberape tahun, tapi rembatan orang tanjung malim ini masih berbisa. sedang dalam usaha mendevelop keupayaan kaki kiri bagi menggantikan kaki kanan yang cedera.


supersupersenior yang tak asing lagi bagi kaki2 tua kaherah. abg hidir. sentuhannya tetap berbisa.


MrLearner. penyokong juventus. kecil tp lincah persis giovinco.

supersupersenior munir. walaupon duduk jauh di ARMA, tp kerap turun ke sayeda bersama2 bersuka ria di padang. menyukai rembatan jarak jauh.

daud sulaiman dengan senapang kontotnye yang bernama julia. si biji kopi dan abg far sedang membincangkan hal bola sepak La Liga ataupon serie A mungkin. [gua syak natang dua ekor kat luar pagar tu yang rembat dompet gua]


pikai. bakal manjadi seorang ayah. namun komitmen terhadap ukhuwah dan bola sepak ternyata tak pernah padam. defensive midfielder yang cekap.


bamede saparwan. supersenior yang amat sinonim dengan bola sepak. meminati manchester united dan england. ingin merasa kekejangan usus dan vagal shock yang dahsyat, boleh la cuba tahan rembatan beliau menggunakan perut.

komitmen tu, komitmen.



Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.