Tuesday, May 18, 2010

pemakanan tak sehat tapi puas hati.

ntah hormon estrogen mane ntah merasuk Daud Sulaiman dalam beberape hari ni. agaknye sudah bosan makan nasik dan ayam, idea membuat makanan2 ringan yang kurang sehat mencurah2 seiring dengan nafsu makannya.

pagi tadi sedang elok lepas aku solat subuh aku terdengar Daud bertukang kat dapur. aku jengah2 rupenye sedang menguli tepung. sampai putih2 janggutnye main tepung. salah makan pil ke ape orang ni tibe2 buat perangai subuh2. rupenye dalam usaha membuat roti canaiuntuk sarapan. Daud mengajak aku sama2 mengisi masa lapang di dapur. dia menenyeh tepung dan mencanai, aku tolong goreng aje. nafsu bujang kami kadang2 tak terbendung.

tenyeh tenyeh

tonyoh tonyoh. tebar tak reti. ahaha

gulung menggulung

roti canai bujang dan kari takde isi. sesuai untuk bujang2 yang takde kedai fatirah bawah rumah.



nak ditambah pulak cerite, tibe2 pas aku balik dari kuliah tengahari tadi si Daud kene rasuk lagi. dia ajak aku buat donut pulak. ai orang tua ni biar betol. dia kate tibe2 teringat kat donut J.co so untuk mengelakkan kempunan, terpakse la layankan nafsu liar ni.

sambil2 celup donut, aku masuk mulut sket. tersenyum aku sebab kesedapan. "macam J.co la, afiq!" ujar aku pada Daud. Daud gelak bangga tahan2 napas.

donut takde lubang lepas digoreng. bulat dan comel macam Daud kuih dorayaki.

coklat yg dicairkan.

proses celup mencelup.

tada!~ berkilat2 mcm kepala guru besar tadika Sayangku seksyen 18

wokeh, buleh bukak kedai bawah rumah.


"ok,esok karipap pulak" kate aku.
"okeh!!~" bilang Daud bersemangat.

Monday, May 17, 2010

lepas abes tengok bola kat ahwah bawah rumah tadi [barca menang liga. weeehu~], aku bergegas ke Khairuzzaman tak berape jauh dari rumah. niat asal nak ambek sikit sisa2 duit yang ade dalam akaun HSBC buat tampung makan minum seminggu ni. [semua Khairuzzaman kat mesir ade HSBC atm] tapi macam biase la, kalo dah alang2 kat depan Khairuzzaman mustahil la aku tak masuk. dapat rasa aircond dia pon jadi la. aku suke suasana dalam market yg maju macam tu. even takde duit, cuci mata pun sedap.

aku ni nafsu shopping pelik. kalo shopping aku tak heran barang2 mcm henset ke, mp3 ke, iphone ke ipod ke jadah tu sume. sebab tu henset aku dari 2005 tak penah tukar2 steady je cabuk. baju2 pon jarang aku beli. tapi kalo masuk kedai2 macam market2 ni memang aku suke. abes segala jenis makanan aku angkut macam kan kaya bonar. yg bestnye, kebanyakan barang2 kat Khairuzzaman lagi murah bebanding kat luar [promot]. so ceritenye, tadi aku pon ambek la macam2 bende buh dalam bakul. terus pegi kaunter nak bayar..

aku beratur belakang 3 orang. 2 paklong dan sorang maklong. banyak jugak barang dorang so aku tunggu. bile sampai je giliran maklong yg sorang tu, tibe2 berlaku perbalahan di antara beliau dan cashier. mule2 aku buat donno je tapi lama2 aku lak menyirap tunggu dorang gado. aku pun pasang telinge. rupenye makcik tu tak puas ati apsal mayonis botol kecik tu hargenye sampai 12 genih. aku pun tengok la mayonis cap ape makcik tu ambek. rupenye cap Mazola [mayonis paling sedap aku penah rasa kat sini]. memang la mahal. makcik tu tak puas ati, dia nak tukar amek yang len. sekali dia datang balik dengan botol Mazola jugak tapi saiz lagi besar. tu pun dia dok membebel lagi runsing sebab harga botol besar tu 23 genih. ai,makcik ni kalo nak makan Mazola bayar je la. kalo tak nak, makan Heinz sudah. stress pulak aku tengok makcik tu.

so lepas beberape ketika, sampai la giliran paklong depan aku. ha, ni bagus sebab laju. satu2 barang dia aku tengok di scan. elok je time dia nak bayar, tibe2 ade makcik sekor datang mencelah depan aku. langsung tak pandang aku yang duduk lama2 dalam line ni terus motong. aku tengok je dia parking pelan2 depan aku. muka dia atonic. shaitan bukan perangai tersebut?

aku dengan penuh kesabaran yang tersemat di dada, terus bagi can kat makcik tu. barang dia tak banyak pon so aku tenang2 memasung rewang masa yang sempit. then time tengah nak scan satu tin pepsi dia, dia tibe2 mintak kat brader cashier tu tukar pepsi dia sebab dia tak nak pepsi tu sebab ade gambar pemain bola. dia nak tin pepsi lama yang biasa tu. aku pandang lantai bertasbih dan bertahmid. sama je la rasanye, mangkuk. terpana aku dengan sikap tu. brader cashier cakap stok pepsi lama dah takde yg ade versi gambar world cup tu je. tapi makcik tu degil yang abadi. so berlaku lah perbalahan lagi. aku masih tertunduk layu. time tu makcik tu dekat je dengan aku memang aku rasa nak tubi perut dia dengan siku. perlukah makcik2 ni menjadi terlampau teliti sebegitu. aku kesal.

Wednesday, May 12, 2010

mamlakah el-hashimiyyah day 3 part III

"tercatat sudah..dalam sejarah. 7 pemuda yang beriman. melarikan diri ke dalam gua. demi menyelamatkan iman.."

sepanjang perjalanan menuju ke Amman kami menyanyi lagu raihan ni demi menghayati pengembaraan kononnye. lewat asar kami tibe di perkarangan masjid ashabul kahfi. penat tak payah cakap la. kalo boleh aku nak katil je sebab sepanjang hari aku duduk dalam kerete. sakit2 badan jugak rasa. tapi atas dasar semangat inquiry yg tinggi, aku bergegas keluar kereta nak melihat sendiri gua ashabul kahfi yg femes tu. penjaga gua tu dah nak tutup pintu dah sebenarnye sebab dah lewat tapi dia kasik chance kitorang tengok. elok aku tenampak je pintu gua tu aku terasa macam ade soundtrack Jejak Rasul main kat dalam kepala aku.

ko pahal awe? nak kene hentak? haha


betul2 depan pintu gua.


barang2 yang dapat di discovered hasil peninggalan ashabul kahfi.


kesemua 7 kubur mereka ade dalam tu. dan 1 daripadanye berlubang dan ditutup dengan kaca. so kalo nak tengok dalamnya bole la suluh. malangnye aku takde torch light. kalo disuluh bole nampak tulang orang katenye. wallahua'lam. penjaga gua tu pon start la bercerita pasal gua ni dan kisah femes ashabul kahfi terbabit serta kisah anjing hebat bernama Qitmir. sape tak tau cerite, pegi google. macam tak caya aku dapat tengok sendiri gua ni. selama ni aku selalu je cerita kat anak2 murid aku bile aku ngajar sirah tapi tak penah tengok btol2. kagum2.

1 daripada kubur2 ahli ashabul kahfi. [dan ustazah2 yg takde kene mengena]


lepas solat asar reramai, kami begerak ke bandar Amman untuk berlalalala di mall berhampiran. aku sempat ke Mecca Mall tempat cerite nurkasih dilakonkan. ahaha. tu memang target aku nak begambar depan Mecca Mall sebab aku fan crite nurkasih. ni semua salah ustawat sebab kenalkan kat aku cerite ni. haha. em,ape aku buat dalam mall tak perlu lah tau sangat sebab basically dak laki kalo pegi mall tentatifnye lebih kurang: makan --> kedai sukan --> kedai elektrinik sket2 --> semayang --> usha awek arab joden dan balik.

Mecca Mall! yeeha. mission accomplished.


lewat malam kami tiba di Irbid. jalan raya dah lengang. tak macam mesir 24 jam jalan penuh kereta. suasana agak mati di sini bile malam. utk memelihara kami dari menggigil kesejukan, Syed Ahmad Izzat Tuan Besar, Izham dan Nazirul membawa kami ke rumah Abdul Munir Sanusi untuk meminjam selimut. ni la kali ke pertama aku bersua muke dengan Abdul Munir Sanusi. kami merepek dah lama dalam fesbuk. tp tak pernah berjumpe. terharu rasanye atas kasih sayang yg diberikan.

suhu malam tu tersangat2 sejuk. kami menginap di rumah Nazirul dan Syed Ahmad Izzat Tuan Besar. sejurus selepas memacebook sebarang dua, aku tidur. esoknya seharian kami akan habeskan di irbid sahaja tanpa travel.

to be continued


*p/s: utk cerita ashabul kahfi yg lebih true, sile ke http://deqmoon.blogspot.com/2009/04/catatan-di-gua-ashabul-kahfi.html

Tuesday, May 11, 2010

12 Mei
:))))


let us keep counting.
salam sume!

amacam suhu 43 degree semalam? seronok tak? ahaha. 1st time dalam 5 tahun aku kat mesir ni suhu tinggi tu berjaya dicecah seawal bulan Mei. suhu serupe tu sepatutnye datang dalam area bulan 7 atau 8 yang mana kebiasaannye aku kat malaysia dan tak dapat rasa. sekali Allah nak bagi jugak aku rasa agaknya. menggelupur aku bhai. start dari petang sampai malam dekat 4 botol air mineral aku abeskan. semalam masa dalam dewan kuliah pulak aircond tak function. astaghfirullah azabnye tepakse bekongsi udara bahang dgn berpuluh2 budak lain. dah la nak kene focus kat doctor sambil kepala aku membayangkan baby yang terpusing2 dalam birth canal masa nak lahir. emosi pulak tak stabil sebab panas bepeluh2. ade budak ppuan arab kat belakang aku dah ngadu kat pakwe dia yg dia tak tahan panas lalu dua2 blah cmtu je tengah2 lecture. tak baik weh blah dari lecture kalo doctor/prof dah masuk kelas. cuba kite jadi doctor tu, mesti la terasa hati kalo dia nak ngajar je budak2 blah. adab kene jaga jugak. kalo tanak datang, jgn datang terus. kalo dah dok dalam kelas, dok diam2 sampai abes even tanak dengar. tido lagi baik.

semalam ade party untuk Dr Mahmoud Salem meraikan lecture tambahan dia yang dah nak abes. Dr Mahmoud ni memang femes dikalangan student tahun 5 sebab dia mengajar kelas tambahan Obstetric & Gynecology secara percuma. kalo kelas dia memang kompem penuh satu dewan. masa round O&G belum start dlu2 aku memang jarang sangat la nak pegi. sekarang ni je ade rajin sikit2. tu pon ponteng2 gak kelas tambahan Dr tu. ntah bile nak insaf kan.

party Dr Mahmoud Salem. budak2 arab yang organize sebagai penghargaan kat dokte Mahmoud


balek je dari kelas aku ajak Hekal pegi rumah Ayep-senior-yg-kacak untuk amek kipas angin. tahap kesabaran aku terhadap cuaca dah sampai limit. aku tepakse meminjam kipas angin senior2 ni yang tak digunekan. duit takde nak beli baru maka pinjam sajor. malam sebelum ni aku memang cukup terseksa tido berpeluh2. barangkali aku mencarut2 juga sambil tido.

em,hari ni alhamdulillah cuaca dah tak paneh macam semalam. adelah around 38 degree kot. kene lak aku masak harini. malasnye la sampai turn aku. tapi aku berazam semenjak duduk rumah baru ni aku tak nak masak cincai2. nak masak sngguh2 walaupon terasa malas. so aku banyak belajar masak dari mama aku dan dari tunang aku sebenarnye. dari kecik lagi aku memang suke bertenggek sebelah mama aku time dia masak. walaupon aku tak hafal ape yg mama tabuh dalam periuk, tapi aku suke tengok. kalo sekarang ni pon, time2 aku tengok TV kat malaysia aku suke tengok channel 703 Asian Food Channel. meleleh2 air liur time2 bulan puasa.


main masak2


hari ni ayam masak merah


masak lemak labu & ayam goreng berempah


sup?


hari ni aku dapat berita best dari abah. tiket balik malaysia dah ada. yay~sebenarnye agak tak sangka la tahun ni masa begerak laju tau2 je dah nak balik malaysia balik dah. cemas aku dibuatnye. so,sape nak ikut aku balik naik Qatar 5hb julai? aku takut la balik sorang2. aku kan penakut. hir2 *mintak penyiku*

dah malam sangat ni. tido la. esok sekolah. malam ni tido kat ruang tamu lagi sebab bilik aku panas jahannam [ade sabdu kat huruf nun]. aku sampai kene heret tilam keluar ke hall semata2 mengharapkan angin datang dari tingkap. bilik aku takde tingkap so bahang dia membencikan. naseb baik ade kipas free yg aku pinjam ni ha. wokeh,babai.

Thursday, May 6, 2010

salam sume!

tadi aku pegi ahwah [kedai kopi] tengok bola dengan Daud sulaiman dan farhan salleh. match Madrid vs Mallorca. macam biasa, kadang2 member aku Muhammad Salah ni datang. dia ni pun suka tengok match bola especially AC Milan. la Liga pon dia layan sama. dia pun duduk dekat2 ngan kitorang sama2 nak layan bola. dia ni penjual stokin. umur dah 30 lebih. macam biase, dia ke hulu ke hilir bawak beg hitam dia yg berisi stokin & kasut comel2 untuk budak2 kecik umur 1,2 tahun. selama ni aku tak penah pon terasa nak beli stokin kat dia sebab stokin aku melambak bertempiaran kat rumah. tapi kalini paan salleh tibe2 ajak beli stokin kat dia. aku pon set. kitorg amek 3 pasang. sorang satu sume kaler itam. dalam kepala aku memang setting nak buat stokin main bola je. tu pasal pilih kaler itam. pastu aku beli sekali 2 pasang kasut baby kecik2 tu sebab tak tahan comel sangat rupe bentuknye. pas pilih kitorg bayar [Daud yg bayar sebenarnye].

masa bayar tu aku tenampak kat tangan Muhammad ade pegang botol putih. aku syak botol obat. aku pon amek dari dia pastu baca label obat tu. aku tanye dia ade convulsion/seizure ke sebab botol tu tulis sodium valproate. memang betol mamat sorang ni ade epilepsy. dia kata last dia kene attack semalam masa tengah jalan jual stokin. aku terus kesian kat dia. syahdu betol. dah la sakit, jual stokin lak besungguh2 dari matahari terbit sampai pkul 4 pagi baru balik rumah. obat2 yg dia makan tu mahal katanye. sebotol 50 genih. susah nak carik duit katenye. dia ni bekas student degree Al Azhar bidang pertanian. tapi takde kerja yg dapat support dia selain jual stokin. aku pon terus tak jadi tengok bola. sembang je sepanjang match kasik dia relax sket sambil hirup2 teh.

nak dijadikan cerita, sekali masa tengah2 sembang sambil tengok match tu datang sorang makcik jual tisu ala2 gaya mintak sedekah tu ha. makcik tu lalu, aku macam biase senyum aje lambang senyum itu sedekah. si Muhammad ni lak tibe2 sapa makcik tu laju2 pastu dia hulur duit! aduiyai, aku rasa merah padam muke aku masa tu sebab malu kat dia. dah la susah nak carik duit, saket2 pulak tu, pastu duit yg sket tu dia tak bekira pulak nak sedekah. pahala bersepai2 oi.. baiknye manusia ni. tehiris aku bhai..

dah2. tu je cerite aku malam ni. ade la tu pedoman sket2. selamat beramal!

Wednesday, May 5, 2010

salam sume!!

bile tengok2 kat web komuniti Perubat*n, punye la jauh blog aku ni ke bawah menadakan aku dah telalu lama tak apdet ape2. biase la,mase mula2 buat blog memang semangat sume bende nak diceritekan. lepas hampir 3 tahun blog aku beroperasi aku dah naik boring. dah abes idea dah nak merepek. nak kutuk orang pon dah takde modal. buntu.

memikirkan kesian kat blog ni, aku pon cuba gak la menaip sket2 ni ha. malas ni ha tp aku paksekan jugak la.

dulu masa aku dok mounira aku selalu jumpe orang melayu. mana taknye dah aku menetap di bawah istana presiden. ade la muka2 budak tahun 1, tahun 2, dak mansoura, alex, zaqziq sume ade. sume datang nak berurusan dgn pres takpon orang2 penting len kat atas tu. abes2 kalo teserempak aku pon derang tegur la jugak. "eh wrq, sehat eh? round ape skrg? exam bile?" soalan tipikal semua lapisan umur dak medic sini.

[stop kejap. daud panggil makan supper. nasik putih + terung sambal + ayam goreng + kicap. aku kejang2 kesedapan. daud masak memang supra]

skrg ni aku menginap jauh sikit. sayeda zainab sebelah KFC tu ha. makin jarang aku jengok melayu. aktiviti aku pon makin tertumpu dalam bilik je. pagi2 bangun tido [besenye telajak subuh la] aku siap laju2 pegi sekolah pkul 9. kelas mula pukul 9 biasanye. tp time tu la aku besenye tengah ngadap fesbuk lagi. haha memang shaitan la fesbuk ni. hampir tiap2 pagi aku naik teksi pegi sekolah. LE 3.75 atau paling kuat LE4.25. aku malas nak jalan kaki. sekitar jam 9.20 la besenye aku sampai hospital. pkul 9.30 baru sampai wad O&G. punye la jauh natang O&G tu sampai bepeluh2 aku tiapkali bejalan ke kelas. pastu nasib aku ni selalunya baik jugak. tak penah lagi kene marah dengan dokte sebab lambat. tp kekadang tu time2 aku datang awal [ntah amende rasuk aku tah], aku tengok dak2 arab ade je kene tegur sebab lambat. kasihan. bertaubat lah.

kelas pagi biasenye abes pkul 10.30 camtu la. sementara tunggu kelas pukul 12 aku dan colleague [arab suke bebenar guna pekataan ni. friends/classmates/coursemates/member kan lagi mudah] akan kelihatan berpeleseran sambil bawak roti ayam jenama bonjour dan air kotak merata2. ha,time ni melayu besepai2. kat mana2 dalam U pon boleh nampak melayu dalam sekitar pkul 11-12 ni. kalo nak kenal tahun berape budak2 ni agak senang sebenanya. kalo tahun 3 dan ke atas memang aku familiar muka derang. kalo tahun 2, aku kurang familiar tapi derang akan datang betegur sapa atau senyum sambil lambai2 mesra dari jauh. kalo tahun 1 paling mudah skali, derang ni akan lalu sambil buat tak tau. tak semua tapi 97% la. lu lu gua gua.

kelas pukul 12 ni biasenye sejam atau sejam setengah. kadang2 dokte pemurah dengan ilmu sampai kelas extend jadi 2 jam. siang tadi kelas dokte Usamah sampai pukul 2.15 aku rasa nak guling atas kerusi kayu mudarrag meronta2 dilepaskan pulang. em~pastu biasenye ade kelas tambahan dokte Mahmud Salem pukul 2 pulak. kalo tahap motivasi aku tinggi masa tu, aku akan pergi. tapi kalo penat nak mampos memang aku balik laju2. aku balik mesti jalan kaki tak penah naik teksi sebab takde ape nak rush.

start je jejak kaki kat rumah memang masa akan berjalan dengan kuajja laju. dengan tak buat amende yg berfaedah sangat, tau2 dah asar, tau2 dah maghrib, tau2 dah isya'. tiba2 dah pukul 1 mcm sekarang ni ha. cemas betol rasanya. petang balik kuliah aku akan ngadap PC sampai asar. rumah ni baru masuk ADSL. tak tentu hala la guna tenet kan. kalo ade rezeki, memang aku akan kelihatan terlelap kepenatan dengan baju kuliah tadi tak sempat tukar.

lepas maghrib sampai isya' schedule aku tak tetap. hari selasa,rabu,sabtu,ahad biasenye ada match bola live kat TV. maka aku ngan paan salleh akan berada di ahwah berdekatan tengok bola sambil tengok budak perempuan keluar malam takde musyrif. jangan takut, aku takkan sound punye. tak payah menyorok belakang kedai tersipu2. em~abes match aku akan ngadap PC sket lagi macam sekarang ni contohnye untuk membaca statistik2 dan komen2 post-match yg aku tengok sebentar tadi sebelum aku tido. selepas aku spray Kirox sekeliling bilik untuk membunuh nyamuk [umah baru aku ada nyamuk kat bilik aku. amat cis ye. oh dan juga musim panas ni lipas banyak pastu semut bertempiaran di mana2. derang ingat dok rumah ni circus?] aku membaca doa lantas tido.

esoknya aku bangun dan berulang la benda yang sama.

ha,amik. dapat gak aku apdet akhirnye. sukati la nak apdet ape pon lepas ni asalkan aku apdet. malas nak aplot2 gambar dah.
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.