Tuesday, May 11, 2010

salam sume!

amacam suhu 43 degree semalam? seronok tak? ahaha. 1st time dalam 5 tahun aku kat mesir ni suhu tinggi tu berjaya dicecah seawal bulan Mei. suhu serupe tu sepatutnye datang dalam area bulan 7 atau 8 yang mana kebiasaannye aku kat malaysia dan tak dapat rasa. sekali Allah nak bagi jugak aku rasa agaknya. menggelupur aku bhai. start dari petang sampai malam dekat 4 botol air mineral aku abeskan. semalam masa dalam dewan kuliah pulak aircond tak function. astaghfirullah azabnye tepakse bekongsi udara bahang dgn berpuluh2 budak lain. dah la nak kene focus kat doctor sambil kepala aku membayangkan baby yang terpusing2 dalam birth canal masa nak lahir. emosi pulak tak stabil sebab panas bepeluh2. ade budak ppuan arab kat belakang aku dah ngadu kat pakwe dia yg dia tak tahan panas lalu dua2 blah cmtu je tengah2 lecture. tak baik weh blah dari lecture kalo doctor/prof dah masuk kelas. cuba kite jadi doctor tu, mesti la terasa hati kalo dia nak ngajar je budak2 blah. adab kene jaga jugak. kalo tanak datang, jgn datang terus. kalo dah dok dalam kelas, dok diam2 sampai abes even tanak dengar. tido lagi baik.

semalam ade party untuk Dr Mahmoud Salem meraikan lecture tambahan dia yang dah nak abes. Dr Mahmoud ni memang femes dikalangan student tahun 5 sebab dia mengajar kelas tambahan Obstetric & Gynecology secara percuma. kalo kelas dia memang kompem penuh satu dewan. masa round O&G belum start dlu2 aku memang jarang sangat la nak pegi. sekarang ni je ade rajin sikit2. tu pon ponteng2 gak kelas tambahan Dr tu. ntah bile nak insaf kan.

party Dr Mahmoud Salem. budak2 arab yang organize sebagai penghargaan kat dokte Mahmoud


balek je dari kelas aku ajak Hekal pegi rumah Ayep-senior-yg-kacak untuk amek kipas angin. tahap kesabaran aku terhadap cuaca dah sampai limit. aku tepakse meminjam kipas angin senior2 ni yang tak digunekan. duit takde nak beli baru maka pinjam sajor. malam sebelum ni aku memang cukup terseksa tido berpeluh2. barangkali aku mencarut2 juga sambil tido.

em,hari ni alhamdulillah cuaca dah tak paneh macam semalam. adelah around 38 degree kot. kene lak aku masak harini. malasnye la sampai turn aku. tapi aku berazam semenjak duduk rumah baru ni aku tak nak masak cincai2. nak masak sngguh2 walaupon terasa malas. so aku banyak belajar masak dari mama aku dan dari tunang aku sebenarnye. dari kecik lagi aku memang suke bertenggek sebelah mama aku time dia masak. walaupon aku tak hafal ape yg mama tabuh dalam periuk, tapi aku suke tengok. kalo sekarang ni pon, time2 aku tengok TV kat malaysia aku suke tengok channel 703 Asian Food Channel. meleleh2 air liur time2 bulan puasa.


main masak2


hari ni ayam masak merah


masak lemak labu & ayam goreng berempah


sup?


hari ni aku dapat berita best dari abah. tiket balik malaysia dah ada. yay~sebenarnye agak tak sangka la tahun ni masa begerak laju tau2 je dah nak balik malaysia balik dah. cemas aku dibuatnye. so,sape nak ikut aku balik naik Qatar 5hb julai? aku takut la balik sorang2. aku kan penakut. hir2 *mintak penyiku*

dah malam sangat ni. tido la. esok sekolah. malam ni tido kat ruang tamu lagi sebab bilik aku panas jahannam [ade sabdu kat huruf nun]. aku sampai kene heret tilam keluar ke hall semata2 mengharapkan angin datang dari tingkap. bilik aku takde tingkap so bahang dia membencikan. naseb baik ade kipas free yg aku pinjam ni ha. wokeh,babai.

6 comments:

Eng Einy said...

wow ayam masak merah sume drumstick ? ahahaahahahah!!!!


abg naz, yg gamba atas sekali tu, yg kaler kuning 4 segi tu ape bende ?

Muhammad Warouq bin Qamar said...

eheh. gelak ngko ye. memang seronok2 masak sume drumstick sebab drumstick sedap bile digoreng separa masak utk masak merah ni. lgpon aku tak suke bahagian dada ayam. keras mcm kertas A4. heh

yg 4 segi tu labu versi arab mesir. lepas dah empuk baru ade rupe labu msia. mcm cheese pon ade kalo tgk balik gambar tu

FabulouswithAs said...

owh da pindah umah baru ke??dapo lg cantek la ek.tuh pasai bersunggoh2 masak. he he he..
giler azab bulan mei da 40 lbey degree..haaaiiii istighfar sket byk2..hahah ..slmt joden sedang2 lg bru 20 lbey jek skangggggg fiuw fiuw.

tuhla aku cakap tyme clinical nih mase berlalu dgn dahsyatnye giler laju xsedaaa lagsungggg...aaaa

Muhammad Warouq bin Qamar said...

btol cakap ko. time klinikal ni masa memang cmtu2 je jalan. takut aku dibuatnye.

ha,tu la. 43 degree dlm mei. tak tahan aku. sedap sgguh joden 20 lebih weh. haih memang kompem aku balik julai ni. lari

fye_flowright said...

alamak terasa pulak bila kuar tym dR da masuk tu.astaghfirullah.insaf plak.. isk isk
mm dR osama tu bkn dR fevret tmbhn plk aku ade hal tgh hari tu.tpaksa kuar.
blek umah, dak2 ni kate plak arini dr osama ajar best.terdetik sesalan di hati ku. ehe.
tak sgka teguran dtg dr ko. bagusla wrq.makin slalu nmkpk mke ko kt kuliah.semoga bterusan smpai thn 6.
p/s=cpt gila thun ni..nk final thn5 da.doakn sme cmrlg thn ni.ameen

Muhammad Warouq bin Qamar said...

hi zati! heh. ala,aku cakap tu pon utk aku jugak sebab dlu aku selalu buat perangai mcmtu. kuar time dR dah masuk. bile aku pk2,kurang manis pulak. tu yg insaf la jugak. eheh. tp memang x nafikan la yg dR osama ajar panjang sgt n kadang2 boring. kene tumpu sampai letih. aku sampai tertido2 kadang2. ahaha. tp tahan je la sebab dah takde choice len.

doakan aku istiqamah gi kuliah. nak jd dokte dah. huu.

p/s: aah,tu la tu. cepat sgguh tahun ni bejalan. mcm tak sangke dah nak abes tahun 5 weh! haha. ko doakan aku silently ok. hehe. doa silent2 ni insyaAllah maqbul. doakan aku exams nanti ye zati. tq singgah blog ni!

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.