Wednesday, May 12, 2010

mamlakah el-hashimiyyah day 3 part III

"tercatat sudah..dalam sejarah. 7 pemuda yang beriman. melarikan diri ke dalam gua. demi menyelamatkan iman.."

sepanjang perjalanan menuju ke Amman kami menyanyi lagu raihan ni demi menghayati pengembaraan kononnye. lewat asar kami tibe di perkarangan masjid ashabul kahfi. penat tak payah cakap la. kalo boleh aku nak katil je sebab sepanjang hari aku duduk dalam kerete. sakit2 badan jugak rasa. tapi atas dasar semangat inquiry yg tinggi, aku bergegas keluar kereta nak melihat sendiri gua ashabul kahfi yg femes tu. penjaga gua tu dah nak tutup pintu dah sebenarnye sebab dah lewat tapi dia kasik chance kitorang tengok. elok aku tenampak je pintu gua tu aku terasa macam ade soundtrack Jejak Rasul main kat dalam kepala aku.

ko pahal awe? nak kene hentak? haha


betul2 depan pintu gua.


barang2 yang dapat di discovered hasil peninggalan ashabul kahfi.


kesemua 7 kubur mereka ade dalam tu. dan 1 daripadanye berlubang dan ditutup dengan kaca. so kalo nak tengok dalamnya bole la suluh. malangnye aku takde torch light. kalo disuluh bole nampak tulang orang katenye. wallahua'lam. penjaga gua tu pon start la bercerita pasal gua ni dan kisah femes ashabul kahfi terbabit serta kisah anjing hebat bernama Qitmir. sape tak tau cerite, pegi google. macam tak caya aku dapat tengok sendiri gua ni. selama ni aku selalu je cerita kat anak2 murid aku bile aku ngajar sirah tapi tak penah tengok btol2. kagum2.

1 daripada kubur2 ahli ashabul kahfi. [dan ustazah2 yg takde kene mengena]


lepas solat asar reramai, kami begerak ke bandar Amman untuk berlalalala di mall berhampiran. aku sempat ke Mecca Mall tempat cerite nurkasih dilakonkan. ahaha. tu memang target aku nak begambar depan Mecca Mall sebab aku fan crite nurkasih. ni semua salah ustawat sebab kenalkan kat aku cerite ni. haha. em,ape aku buat dalam mall tak perlu lah tau sangat sebab basically dak laki kalo pegi mall tentatifnye lebih kurang: makan --> kedai sukan --> kedai elektrinik sket2 --> semayang --> usha awek arab joden dan balik.

Mecca Mall! yeeha. mission accomplished.


lewat malam kami tiba di Irbid. jalan raya dah lengang. tak macam mesir 24 jam jalan penuh kereta. suasana agak mati di sini bile malam. utk memelihara kami dari menggigil kesejukan, Syed Ahmad Izzat Tuan Besar, Izham dan Nazirul membawa kami ke rumah Abdul Munir Sanusi untuk meminjam selimut. ni la kali ke pertama aku bersua muke dengan Abdul Munir Sanusi. kami merepek dah lama dalam fesbuk. tp tak pernah berjumpe. terharu rasanye atas kasih sayang yg diberikan.

suhu malam tu tersangat2 sejuk. kami menginap di rumah Nazirul dan Syed Ahmad Izzat Tuan Besar. sejurus selepas memacebook sebarang dua, aku tidur. esoknya seharian kami akan habeskan di irbid sahaja tanpa travel.

to be continued


*p/s: utk cerita ashabul kahfi yg lebih true, sile ke http://deqmoon.blogspot.com/2009/04/catatan-di-gua-ashabul-kahfi.html

4 comments:

Cahaya Pembuka Hatiku said...

sambungla cepat2.. x sbr nak baca.. heheh.. letak pic bnyk2 ek.. even aku x gi pun, dpt tngk pun jd la.. huhu

Muhammad Warouq bin Qamar said...

haha. cerite aku travel ni aku apdet sket2. sebulan sekali biar x abes cepat. heh. insyaAllah ade rezeki dtg la negara2 arab ni. byk bende bole tgk

Abdul Munir Sanusi said...

Nama gua tak berapa nak 'true'. Keh3.

Cerita Ashabul Kahfi boleh dapat dekat link gua. Tapi, sorry masa tu baru berjinak di alam blog. Bahasa nampak ayu je.

http://deqmoon.blogspot.com/2009/04/catatan-di-gua-ashabul-kahfi.html

Muhammad Warouq bin Qamar said...

aiseh, tesalah la cikmun. skrg gak gua betulkan. aku memang fail bab2 nama orang ni dari kecik lg.

wokeh,tq mun. link ni akan aku abadikan dalam catatan blog aku

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.