II
"wah lautt!!.." aku bersuara selepas terjaga dari membuat taik mata.
"tu la laut mati.." balas wan mohamad izham yang tengah memandu.
"tu la laut mati.." balas wan mohamad izham yang tengah memandu.
dalam 2 jam lebih perjalanan dari Tofileh ke laut mati, suasana penuh salji dah betukar jadi cokelat2. dalam jarak masa 2 jam je cuaca berbeza abes. pelik sgguh. ke, ilmu geografi aku yg bongok? kesal tak belajar sungguh2 masa PMR dulu.
plan asal nak ke laut mati dilencongkan seketika ke Hammam Ma'in. tempat mandi air panas. serupa shalalat kat Faiyum cuma lebih lawa, lebih tinggi, panas, dan benar2 adelah air terjun. bukan mcm parit. [perasaan kecewa melihat air terjun di Faiyum masa tahun 1 dulu belom abes].
***
menggelupur sekor2 kelaparan. segala jenis makanan yang kami ada kami keluarkan dari kereta untuk ke kolam. memang mcm picnic keluarga. aww, sweetnye kami. macam haram.
segala penat badan yang dirasakan sepanjang hari di Petra terasa lega bila berendam. air terjun yg menerjah dari atas direct ke kepala menghilangkan rasa pening2. tujahan ke badan lak rasa mcm duduk dalam mesin urut Ogawa. oh~ sgguh pandai aku exaggeratekan perasaan sndiri. namun ada benarnya.
badan aku rasa nak gila. heat regulating center aku pasti konfius berkali2 sebab pagi tadi sejuk beku,pastu tengahari tiba2 panas tak pasal2. kalo aku la menjadi heat regulating center, pasti aku bengis.
selepas berendam dan bersauna sedas dua, perjalanan diteruskan.
***
"korang je la pegi mandi laut, aku dah tak larat tengok laut mati ni.." ujar syed ahmad izzat tuan besar.
berlari2 anak la aku dan muhammad farhan salleh ke pantai tanpa lengah. perasaan gembira tak dapat aku bendung lagi. mana taknya, dari kecik aku selalu baca pasal laut mati. point paling rendah dalam bumi serta laut paling masin kate national geographic channel.
tak sampai 10 minit masuk laut, aku naik balik laju2. tak gembira sangat rupenye natangalah laut ni. pedih abes kulit aku. bekas2 luka seluruh kaki aku masa main bola bersama FC alfawwaz [woo..teringat ustawat T_T] menentang wa'dul haq haritu memang menyengat. garam masuk dalam luka. memang terbaik bukan? cubalah di rumah.
tapi ketakjuban terhadap laut mati tu memang terasa sangat. macam meniarap dan telentang atas darat. betol2 bole terapung rupenye. ingatkan national geographic tipu aku.
to be continued-