Tuesday, February 23, 2010

mamlakah el-hashimiyyah day 3 part I

I


"heater2!!.." amukku sambil meluru masuk dalam kereta. cuaca pagi sejuk bangkong memang betol2 terasa masuk ke tulang. rumah rehat yg kami sewa di kawasan pinggiran Petra kami tinggalkan laju2. gigil2 menahan suhu.

semalaman di Petra.

***

"kene buat snowman ni! pastu letak atas kereta.." cadangan syed ahmad izzat tuan besar diutarakan apabila terlihat salji yg tebal di sepanjang perjalanan. memang disetujui ramai la tanpa banyak bantah. belari2 anak2 riang turun kereta menuju tepian jalan yg putih. perasaan bermain salji di awal pagi memang riang rupenye. namun tak lama. lateral spinothalamic amat memainkan peranan. sejuk yg sakit. pedih tangan2 sume. "heater2!!.." amukku sambil lari masuk kereta selepas bergambar sedas dua. tersenyum aku sambil merakus kacang campuran cap Kamal melihat kawasan Tofileh yg putih. sejuk mata memandang.

kilang dan rumah di Tofileh.


aku bergambar dengan beruang kutub yg kacak.


abg far berusaha membuat snowman. namun berputus asa.


baru tau betapa susahnya buat snowman. ingat macam buat istana pasir?


lari..nak heater..heater!



wan mohamad izham memandu laju terus ke utara..

to be continued-

1 comment:

Dr Zek said...

ZEK GUITAR CHORDS (http://guitarchordzek.blogspot.com) has successfully set up and create (on 11th Febuary 2010) with new version originate from our previous blog GUITAR CHORDS AND LYRICS (http://gitar-chords-zek.blogspot.com) which has a problem and never been publish anymore.

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.