II
"aaa..lapar.." getus aku sambil membaham sebarang dua roti bersama lanshun dan cheddar. bonet kereta yg penuh dengan makanan kami hadap beramai2. dah macam car boot sale. cuaca sejuk memang buat perut tak senang diam.
kami tinggalkan Wadi Rum selepas kekenyangan.
***
syed ahmad izzat tuan besar memandu dengan berhemah. kami mencari Petra. satu daripada 7 keajaiban dunia. ape yang ajaibnye, aku sndiri nakkan kepastian. jalan hiway lurus yang kami rentas tiba ke penghujung bila mula membelok masuk ke simpang yang membawa kami ke kawasan berbukit.
"eh, salji la!!.." teriak aku [bukan teghiak nangih tu]. aku tenampak setompok kecik salji di atas jalan.
"salji baru lepas cair ni kot.." balas wan mohamad izham.
aku sedikit kesal. tak bekesempatan nak tengok salji. terlewat sedikit barangkali. tapi sikit demi sikit, tanah yang cokelat tepi2 jalan raya semakin kelihatan memutih. semakin kami memandu ke dalam, semakin putih. aku dah gila. muhammad farhan salleh juga. euphoric.
"salji!! banyaknye~~~"
to be continued-
2 comments:
Haha mmg luar negara pun ;p tp aku sendiri kurang pasti kenapa bila kat middle east aje,org2 msia (khususnya) x consider as luar negara..
Contoh ayat: "anak aku blaja kat oversea skrg ni.."
"iye? Oversea kat mana?"
"kat mesir.."
"ooo,mesir.."
(aku tatau la korg tahu x intonasi terakhir tu..tp cuba baca dgn nada kecewa + xheran)
hehe
haha. memang pon. selagi tempat yg kite stadi tu takde salji, n takde omputeh, memang tak dipanggil obesi la..
"ko stadi mana skrg?"
"obesi..kat mesir.."
"hahahahaha..seriously?"
ceh2..ingat UK je obesi ke
Post a Comment