Friday, February 19, 2010

mamlakah el-hashimiyyah day 2 part III

III


"pancit weh..pancit.." aku mengeluh. dengar2nye dekat 10 kilometer jugak jarak perjalanan dari entrance Petra nak menuju ke penghujungnya. "abah dia 10 kilometer..nak tecabut pelvic girdle aku..dah dekat 2 jam kot bejalan ni ha.." membebel aku sorg2. perjalanan dalam Petra yang panjang dan mendaki serta kesejukan cuacanya betol2 buatkan aku teringat Jabal Musa di Sinai. oh,aku teringat sinai je. bukan PERUBATAN ok. ni sume sebab semangat nak mencari Ed-Deir iaitu bangunan terakhir dalam kawasan Petra. apa specialnye Ed-Deir sampai bersungguh2 nak cari? kalo nak tau, Ed-Deir tu la tapak lakonan Transformers-revenge of the fallen. tu yang giat gle menapak berjam2 tu. bukan nak kaji sejarah petra, tp demi transformers. x ikhlas sgguh.

menapak mencari Ed-Deir


muhammad farhan salleh di depan Al-Khazneh. begambar sekejap saja sebab bukan ini yang kami cari. perjalanan masih jauh


aku tak kuasa nak cerita pasal sejarah Petra dan orang2 Nabateans kat sni lambang blog ni bukan blog ilmiah dan penuh thaqafah serta thiqah dan tarbiyyah islamiyyah. tapi kalo nak tau pasal petra,baca je la kat link wiki ni ha.

***

dengan suasana yang tak ramai orang, dan cahaya matahari lewat petang, Ed-Deir memang nampak cantik gila vavi. lama jugak la aku bediri depan bangunan di mana terletaknye 'the matrix' kepunyaan keluarga Optimus Prime tu. pengaruh TV sgguh.

Ed-Deir yg dicari akhirnye dijumpai. angkuh yg amat aku di sana lambang terbayang movie transformers


tersengih muhammad farhan bin salleh dapat meninggalkan kesan namanye yang jelas dalam bangunan bersejarah terbabit. sape yg pegi Petra dan berkesempatan masuk Ed-Deir lepas2 ni kompem akan perasan ada tulisan besar 'PAAN' di bahagian depan ruangan dalam Ed-Deir dekat2 dengan tempat Sam menjumpai Matrix dalam transformers. dan juga tulisan 'PAAN MLYSIA' kat bahagian dinding tepi. kah2. sengal sgguh manusia ni. wan mohamad izham juga meninggalkan nama manjanya 'AWE' di situ. bangga juga dia pada mulanya namun muram akhirnye apabila namanya telah dipangkahkan oleh aku lantaran aku jeles sebab arang aku dah abes ink maka tak boleh nak tulis 'WRQ'. sempat tulis W je. kuajja.

kami berambus laju2



riak wajah bangga meninggalkan jejak.


remaja kurang akhlak.

***

selesai hari ke 2 penjelajahan jordan.


to be continued-

2 comments:

tepianmuara said...

Pergh..
mmg puas r sampai kat Al Deir tuh..
berbaloi2..

Muhammad Warouq bin Qamar said...

btol~memang bebaloi2 bejalan beribu batu

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.