Friday, December 30, 2011

Rindu.

Celik.
Terkebil-kebil.
Terjaga dek mimpi yang tak pernah lejar berputar di dalam mimpi.
Senyuman semanis itu begitu kuat rasanya.
Mampu memuai batang tubuh ku dari ulit buaian lena.

Celik.
Bingkas, gebar ku tolak pergi.
Akas, alas ku tolak ke tepi.
Bangkit aku cemas tercari-cari.
Senyuman itu di alam realiti.
Tiada.
Seakan enggan ku percaya.
Sampai-sampai keringat membasahi muka.
Melompat pula ku tinggalkan kamar.
Lantas ku cari di dalam samar.
Tiada.
Senyuman itu..sudah tiada.

Terduduk aku tertunduk.
Berlutut, dada ku urut, dahi ku kerut.
Nyeri perasaan bukan kepalang.
Perih hati ku bukannya alang.
Dalam sayup gelita malam.
Terdengar tangisan..
Sedu aku keseorangan.

Andainya bukan kerana terpaksa.
Andainya ku turut hati ku tak rela.
Tak akan ku biar senyuman itu pergi.
Tak akan ku biar ku terus bermimpi.
Bersabar lah wahai Hati.
Purnama datang, purnama pergi.
Sedikit masa lagi.
Sesungguhnya janji ku akan kembali..

Celik.
Lekas aku pejamkan semula.
Betapa ku takut melihat dunia siang.
Betapa ku nantikan dunia gelita.
Agar acap aku beradu.
Agar datang dalam lamunanku.
Satu senyuman itu.
Yang sentiasa aku rindu..




Wrq
Kaherah, 12:52 pagi.

Wednesday, December 7, 2011

pengakhiran yang penuh pengharapan.

aku sedang struggle
demi cita-cita yang selama ni aku angankan

3 disember - 31 januari

kawan-kawan, aku perlukan doa.



Friday, November 4, 2011

sembang-sembang pasca.







Selamat petang. Sejak gua dah ada isteri ni la kali pertama gua rasa nak update blog. Bizi lu orang takkan paham. Keh keh. Ni pun gua rasa ada masa sikit sebab gua ada sikit malas nak baca sejeri petang jumaat. Daripada gua melingkar atas katil sorang-sorang (orang rumah gua dah pegi kerja) baik gua melakukan sesuatu seperti bermain PES2012, menaip entri baru.

Sejak gua kahwin ramai tanya apa perasaan gua. Yang tanya bunyi lain macam tu gua tak jawab. lol. Serius gua cakap hati gua sekarang macam lake garden. Tenang, nyaman, seronok, berirama, berdendang sayang dan lain-lain. Kalau la gua tau camni rasanya nikmat bercinta memang lepas abes sekolah dulu lagi gua dah kahwin terus. kah kah rugi betul usia. Siapa yang plan kahwin lambat-lambat tu gua cuma boleh nasihatkan piker la balik elok-elok. Tak ada apa ruginya kahwin awal. Rugi umur beb kalau tunggu tua.

Dan bagi gua pulak, gua dapat wanita idaman gua. 7 tahun gua tunggu dan sabar. Long distance relationship memang mencabar tapi kitorang berjaya harung dengan selamber. Tapi perit, pahit, sakit tu yang merasa je tau. Bagi lu orang yang nak try jarak jauh, gua nak pesan,“lesson #1: Win heart. Winning heart is better than winning arguments”. Alhamdulillah gua rasa tak cukup sujud syukur gua nak buat melepasi halangan ni.

Gua jenis suka mengenang. Reminiscing memang best. Gua betul rasa tak sangka gua kahwin dengan kawan sekelas. Kalau gua sama isteri sembang-sembang bukak balik cerita zaman sekelas dulu memang rasa kelakar. Rasa awkward pun ada haha. Ye la, sebabnya member-member kan. Siap pernah sama-sama dapat voted jadi King & Queen of the class lagi masa form 5. Kebetulan betul masa tu. Sekali pulak gua amek member sekelas buat isteri. Mana tak timbul sedikit rasa awkward bila bukak cerita. Keh2. Apapepun gua suka ending dia.

Ok hari ni gua nak sembang kebanyakannya pasal kahwin ni. Nak baca, baca. Taknak baca apa gua boleh buat kan. Ekeke. Meh gua cerita sikit apa persediaan kalau lu orang teringin nak kahwin.

Benda paling orang takut kalau nak kahwin ni sebenarnya bab duit. Kahwin memang buat poket kering. Ramai orang yang nak kahwin lambat sebab alasannya tak ada duit. Gua faham sangat perasaan tu lagi-lagi pihak lelaki. Paling teruk sekali lu orang yang duduk area Selangor, KL, JB, Singapore, dan bandar-bandar besar yang lain. Belanja kahwin kalau setakat mampu kumpul 10k je memang tak logik nak buat makan-makan, hantaran, sewa baju, buat kad jemputan dan lelain. Meh kita sembang sikit buat lu orang nampak apa yang nak dibelanja nanti.

Kenduri: terpulang sama ada lu orang nak masak sendiri atau tempah catering. Dua-dua ada pro dan con. Masak sendiri boleh jimat duit dan boleh eksyen masakan sendiri power dan boleh backup sendiri kalau lauk habis tapi side efeknye lu orang akan penat gila bahabi, memerlukan tenaga orang kampong, lepas habis kenduri kena sambung mengemas kurang-kurang 2 hari, dan kena basuh pinggan mangkuk yang menimbun. Kalau catering pulak akan makan belanja mahal sikit (actually tak banyak beza pun dengan masak sendiri), tak boleh eksyen sebab orang lain yang masak dan makanan terhad kepada tempahan. Tapi yang bagusnya catering ada sediakan pelayan (penanggah), hiasan khemah dan meja pun dia yang buat, kemas, dan yang paling penting tak guna tenaga tuan rumah. Lepas habis kenduri boleh terus terlentang. Pengantin pun boleh senyum lebar relaks bersama pasangan tersayang. Ekeke. Soal harga makanan catering , ada banyak range harga kita boleh pilih. Kat Selangor paling-paling murah pun RM10 sekepala. So kalau jemputan 1000 orang memang la RM10k dah habis kat situ sajor. Amacam? Senak kan? Tu belum campur kalau decide nak buat kat dewan lagi tu. Kena bayar sewa dewan pulak 1000-2000. Nak dewan harga 4 ratus, 5 ratus memang ada. Tu ha dewan sekolah jenis kebangsaan Simpang Renggam.

Soal kenduri ni pulak biasanya tugas abah-abah kita la. Bagi sesetengah tempat, kenduri ni lambang kehebatan tuan rumah. Biasanya bapak-bapak pengantin yang akan keluarkan duit so lu orang tak payah risau banyak. Tapi ada jugak gua dengar yang kata kenduri ni kena guna duit hantaran yang lelaki bagi. Gua tak kata benda ni salah. Tapi bagi gua lagi baik kalau si bapak tau yang tugas dia terhadap anak perempuan adalah membesarkan, memberi didikan agama dan mengahwinkannya. Bila masa pulak bab mengahwinkan anak perempuan ni tiba-tiba jadi tanggungjawab menantu kena bayar untuk kenduri belah perempuan segala? Tapi pandai-pandai la style masing-masing ye dak.

Ok, bab yang kedua pening: bab duit hantaran. Benda ni la yang menentukan banyak ke sikit bajet nak guna untuk belanja kahwin. benda ni tak ada nilaian yang tetap so memang susah untuk orang yang belum ada awek untuk dia simpan duit dalam tabung berapa banyak nak spare untuk hantaran kelak. Kat sini gua nak cakap apa yang gua rasa la. Bagi gua, duit hantaran ni biar la letaknya pada keikhlasan. Kalau mintak mahal-mahal, akan timbul perasaan keterpaksaan dan tak ikhlas dalam hati lelaki. Tapi kalau serahkan kat pengantin lelaki nak bagi berapa, dia dengan senang hati akan bagi seikhlas hati dia. Oleh sebab ada perasaan sayang, insyaAllah banyak punya la yang pengantin lelaki akan bagi. Hadiah bukannya untuk kita meminta, tapi hadiah untuk kita terima. Faham konsep tak? Gua sakit jiwa betul kalau terbaca kat fesbuk budak pompuan cakap, “kalau bf aku masih tak mampu kasi hantaran 20k jangan harap la dia nak kawen”. Kepala abah kau. Kau sayang suami ke sayang duit, gila? Gua nasihatkan kat bf dia baik lu tinggal perompuan macam ni. Rugi. Duit habis, kasih sayang tak dapat, ape pun tak boleh.

Mentaliti melayu bahawasanya kalau pangkat/kelulusan tinggi kena mintak hantaran tinggi adalah bagi gua sangat serabut. Siap gua baca kat fesbuk ada pulak badigol mana tah buat list nilai hantaran mengikut tangga kelulusan. Yang PhD gua tengok sampai 50k. Ni ape benda ni, doh? Ada gua dengar kisah dari kawan lama, dia cerita pasal sepupu dia yang grad dokte. Fuh. Dokte beb. Konon la bangga dia pun letak harga 25k masa nak nikah. Grand toksah cakap. Bangga woih sapa tak bangga. Laki dia kerja biasa je tapi still mampu la nak bayar. Pastu lepas kahwin kejap, laki dia tak tahan. Manjang gaduh je sebabnya laki dia rasa macam tak kahwin. ada bini pun macam tak ada. Sikit-sikit kerja, sikit-sikit menulis, sikit-sikit dengan meja. Suami mana tahan beb. Dia kata apa la guna bayar 25k untuk bini berijazah tapi yang dia dapat adelah muka masam (penat balik kerja), jawab sepatah sepatah, makan megi macam zaman bujang, hati sakit. Baik cari wanita kampong yang comel-comel, pandai serba serbi hal rumah, pandai jaga anak, banyak masa layan suami, solehah pulak tu. Itu kalau 30k pun berbaloi beb.

Yang lelaki pulak, jangan lupa menyimpan duit la ye. Jujurnya aku sebagai lelaki nak cakap yang mengumpul duit untuk kasi hantaran tu adelah benda yang seronok. Oleh sebab kita ada rasa sayang, kita semangat nak kumpul dan bagi sebagai hadiah. Hari-hari suap megi pun tak apa la. Hati senang je piker masa depan ye dak Tuan Akmalhakim & Farhan Salleh?. keh keh..Camni, kalau sehari lu orang boleh kumpul RM10, sebulan dah RM300. Kalau start kumpul dari 1st year, nanti masuk 6th year lu orang dah boleh dapat RM21.600 bodoh-bodoh camtu je. Buatnya lu orang terpaksa kawen dengan bakal dokte yang power gila babi, dia mintak 20k kira dah selamat la tu siap ada balance 600 buat beli bantal peluk. Lepas kawen nak kena peluk bantal je sebab bini lu kerja. Bini bekerjaya ye dak. Ekekekeke..

muka-muka menabung dan makan megi. Tq akmal sebab sudi tidor rumah aku dan buat macam-macam untuk majlis aku. terharu toksah cakap.


Pastu benda-benda lain macam pelamin, baju sewa, dan juru mekap tu kurang-kurang paling murah gua pernah tengok ade la RM2k jugak. Photographer kalau nak yang power memang kena ada RM3000 untuk 2 hari punya shooting. Kalau nak yang murah beli kamera sendiri. Barang-barang kecik macam door gift pulak boleh menelan belanja dekat RM1000-RM2000 bergantung kepada benda apa korang nak bagi tetamu. Kad jemputan paling murah pun 30sen sekeping jenis monochrome, kertas biasa-biasa tak ada gambar. Kalau tetamu 1000 orang maka dah RM300 kat situ. Ada jenis nak tip top kad hantaran grand warna warni siap ada gambar korang main kejar-kejar tu mungkin dalam RM1.50 la sekeping. Semua perkara di atas ni ikut pepandai la taste masing-masing. Dapat bini high maintenance nak glamour-glamour, good luck la aku ucapkan.

Setakat ni tu je la yang aku pikirkan perlu di bagitau. Ada macam-macam lagi hal-hal yang kecik-kecik, details-details yang belum gua sebut macam dulang-dulang, barang hantaran, hiasan rumah, ada yang nak tempah baju baru untuk family biar sama warna, hiasan bilik pengantin, duit minyak, duit tol, duit penanggah, duit tok kadi, belanja honeymoon dan macam-macam lagi. Total? Lu kira sendiri. Jangan tanya gua habis berapa. Cuma gua boleh cakap, gua rasa titik peluh dan titik gastric HCl gua yang menitis akibat tahan lapar bertahun-tahun berbaloi-baloi. Semuanya Allah mudahkan untuk gua, isteri tersayang dan family. Yang penting apa? Ikhlas lah dalam memberi, berlapang lah dalam menerima. inshaAllah takde hal punye la. ok, babai.










p/s: gua dengar Mesir macam nak sauroh lagi. demm la silap-silap ada evacuation lagi. Gua rasa nak lempang rakyat Mesir. Gua nak final exam ni tolong la jangan macam-macam nak extend-extend. Camni la, apa kata lu orang sauroh lepas gua abes exam? Gua dapat grad, lu orang dapat berperang, junior-junior gua dapat cuti free. Win-win-win situation apa.

Tuesday, September 13, 2011

Kahwin lah aku akhirnya.


alhamdulillah semuanya dah dalam final preparations. persiapan yang sekadarnya dah pun disetelkan.semua orang dalam rumah rasa lelahnya. gua pun penat sangat-sangat. siapa cakap kawen tu mudah meh gua tepuk muka.

dari segi persiapan sebenarnya dah bermula sejak dua-dua family setuju untuk kahwinkan kami dalam sekitar bulan disember lepas lagi. sebelum tu gua takde idea langsung yang gua akan kawen time gua masih student. walaupun tiapkali jumpa orang akan kena soal "ngko bila lagi..?" aku tetap jawab "kalau ada rezeki ada la.. tak tau la bila". tapi alhamdulillah tiba-tiba pintu hati mak mertua rezeki gua dibuka pelan-pelan. khabar berita dari Malaysia memang buat gua happy gila masa tu. dah terasa la masa depan tu jelas sikit kalau tak manjang je kabur takde hala tuju.

Sejak tu gua hari-hari telepon mak we gua kat Malaysia sembang pasal persiapan yang bakal family gua buat. Macam-macam kami cadangkan. Berangan sampai ke langit lapisan ke 3. Mak gua tanya nak warna tema apa, nak pelamin macamana, nak kasi hantaran apa, nak kasi duit hantaran berapa. Semuanya sekadar dalam telepon. Gua agak terkilan la jugak sebab tak dapat sama-sama nak buat persiapan. Mak gua pesan gua stadi je kat Mesir diam-diam. Balik bulan 8 sok kawen je. Gua tak sedap la itu macam. Tapi nak buat macamana memandangkan kelas berderet sampai bulan 7. Walau macam mana pun gua tetap hati berbunga. Hari-hari tidur sengih je sambil lempang bantal.

Masa tu gua pun tak ada bagi tau siapa-siapa. Melainkan beberapa member yang gua rasa gua perlu bagitau untuk amek pandangan dan nasihat. Ada la beberapa member yang gua jumpa diam-diam dan gua tanya pasal hukum-hukum simple, tanya pendapat dia pasal keputusan gua ni, pasal tips what to do dan lain-lain. gua ingat yang first sekali gua kasi tau adelah Akmalhakim sebab dia ni memang pemegang besar rahsia gua. em.. Alhamdulillah semua member kasi respon positif dan gua makin yakin mau teruskan. Untuk member-member yang gua kasitau lambat tu gua mintak maaf ok. Bukan saje taknak bagitau tapi gua tak suka pressure dari masyarakat keliling. Tak baik untuk stadi gua. Ekeke.. lagipun awal sangat lagi masa tu.

Nak disedapkan cerita, Mesir huru hara kejap area bulan 1 sampai bulan 2 tu. Alhamdulillah Allah kasi gua chance balik Malaysia sebulan. Gua guna masa tu cukup-cukup untuk persiapan kawen. Gua tempah baju pengantin, pelamin, pakej khemah, makanan, photographer, kad jemputan, tempat honeymoon dan lelain masa tu. Pantang dengar ada pameran pengantin area Selangor mesti gua sama cik Tunang akan pergi. Tak rugi beb. Masa pameran tu la lu orang yang nak kawen akan dapat macam-macam benda murah. Offer yang best-best dan pakej yang sedap-sedap ada. Lagi pulak bila pergi pameran pengantin bakal-bakal pengantin ni akan dapat feel nak kawen tu berganda. Keh keh..ha, tak lupa jugak urusan boring kawen pun gua slow-slow buat. Isi borang 2A, kumpul dokumen-dokumen apa yang patut dan siap-siapkan supaya gua tak tekejar-kejar sok bila dah balik summer.

So bila sampai bulan 3, gua kena balik Mesir semula. Kelas dah mula masa tu. Gua balik steady je. Muka keras dan gua berazam tak nak piker sangat hal kawen sebab komitmen gua pada stadi lebih teratas. Cuma sekali-sekali bila gua rasa miang dan otak ni nak berangan je gua cepat-cepat cari member yang boleh gua jadi tempat tadah telinga. Biasanya Haikal (housemate gua) la jadi mangsa. Kesian haikal. Ehehe.. banyak pahala dia akibat melayan pot-pet gua. Dia pun banyak support gua secara moral dan kasi pandangan. Gua cukop terharu.

So begitu je la masa berlalu. Hari demi hari. Sebulan demi sebulan. Walaupun gua nampak steady tapi dalam kepala hari-hari gua pangkah kalender. Gua mengira hari. Tahun ni memang tahun yang gua rasa paling panjang. Slow je time berjalan. Bulan terakhir gua kat Mesir sebelum balik summer paling seksa sebab gua ada 6 exams dalam masa sebulan. Bagai nak bekecai kepala hotak. 2 end round medicine, 1 final round medicine, 1 OSCE surgery, 1 MCQ surgery, dan exam dermatology. Akhirnya sampai la hari terakhir gua exam pada 30 Julai. Berjaya tak berjaya gua lupakan kejap soal kawen dan tahan keinginan nak balik Malaysia tu sampai la hari gua abes exam 30 Julai tu baru la gua start terpiker pasal tiket flight gua letak kat mana ntah, beg baju gua baru turun dari atas almari, barang baru nak beli, beg baru nak pack. Padahal 31 hari bulan tu flight gua. Syukur sangat gua berjaya handle jiwa raga gua dari melalut ke lautan angan-angan. Lul.

Maka dari 1 Ogos (puasa hari pertama) sampai la sekarang gua sama-sama dengan family gua dan cik Tunang setelkan semua benda secara laju dan agak gesa-gesa. Benda pertama sekali gua uruskan adelah soal barang hantaran. Gua sama cik Tunang beli kebanyakannya kat KL sebab mudah carik sale. Lagi-lagi time nak raya sale memang kadang 70% sana-sini buat gua senyum. Untuk tak membuang banyak masa lagipun cik Tunang bizi dengan sekolah dia so kami selesaikan hal membeli barang hantaran dalam 1 hari je. Duit simpanan keluar macam air woo. Tapi puas hati. Banyak barang yang gua nak dan dia nak kitorang dapat. Ehehe.

Next, hal borang kawen. Seriously gua cakap urusan permohonan kahwin amatlah leceh. Gua kurang gemar sikit. Gua kena buat HIV test dulu (Alhamdulillah negative ye dak?) kemudian borang 2A (borang lelaki) perlu diisi dan disertakan dengan dokumen sokongan serta 2 orang saksi perlu dibawak jumpa pegawai pendaftar nikah area tempat mastautin gua (hicom, shah alam la case gua) untuk dapatkan tandatangan sokongan. Lepas kena interview sikit, gurau-gurau kasar sikit, dia pun kasik la tandatangan dan cop. Lepas tu borang yang dah dicop tu perlu dibawak pulak ke pejabat agama islam daerah untuk pengesahan dan kebenaran berkahwin. Lepas tu borang tu diberikan pulak kepada bakal pengantin perempuan untuk urusan borang 2C (borang perempuan) pulak. Leceh beb. Bila setel hal borang gua rasa satu beban besar hilang. fuh. kalau lu orang nak tengok-tengok borang nikah dan prosedur boleh klik sini.

Raya pun menjelang tiba. Disebabkan kawen gua tak beli sehelai pun baju raya. Takde masa nak piker keluar gi beli baju baru ke apa. Setakat beli sehelai baju melayu baru je. Basic. Tapi raya tahun ni still meriah Alhamdulillah. Gua beraya kat Parit Buntar dan gua cukop suka Parit Buntar. Gua tak tipu gua makan macam orang gila time raya. Lemang sama ketupat tu toksah cakap la gua ratah macam kuaci je sambil tengok drama-drama nangis kat TV. Standard la raya mesti drama sedih lakonan Wan Maimunah berderet-deret kat semua chanel.

Lepas daripada raya, aku rasa beban kerja tu dah banyak kurang. Tinggal nak hantar-hantar baki kad jemputan, tacap-tacap bilik, pergi open house, kemas rumah, dan lelain. Gua siap sempat temankan member baik gua Wan Mohamad Izham bertunang lagi. Tahniah awe! Happy sungguh dia ditunangkan dengan gadis impian hati. Dari form 2 sampai sekarang dia lock target. Sungguh terhebat member gua ni.

Izham aka Awe adelah best friend gua sejak 1993.


Awe dan tunangnya Hidayah. dua-dua schoolmates aku kat sambest.


So, final things to do dalam minggu terakhir cuma lah fitting baju (nasib baik gua tak disahkan buncit), trim rambut, buang jambang T_T, pasang pelamin, pasang khemah, dan menunggu hari lusa dating menjelma. haihh.. dari segi mentalnya pulak lu orang jangan expect gua dah sedia. Gua cukup takut sekarang ni. Masa depan, tanggungjawab, peranan seorang suami, perangai, cara didik isteri, nak bina keluarga, semua bermain pusing-pusing dalam otak gua sekarang. Doakan aku ye kawan-kawan. serius gua debar gila. Membayangkan gua nak akad nikah nanti tengah orang ramai pun gua boleh terus rasa dyspnea. (padahal di sudut hati kemain berbunga-bunga. ekeke). Mudah-mudahan lancar la. Lepas gua kawen sok gua update lagi kisah kawen pulak ye. Tapi ringkas-ringkas dan superficial saje ok. Jangan macam-macam. Lempang kang. Ekeke..ok, jumpa lagi!

details:
majlis akad nikah- Jumaat 16 september
resepsi rumah cik Tunang- Sabtu 17 september
resepsi rumah saya- Ahad 18 september

sesiapa yang nak carik rumah aku Ahad nanti pastikan terjumpa signboard direction rupa macam ni kat tepi-tepi jalan.






“ya Allah ya Tuhan, kau berkati lah perkahwinan ku ini sepertimana yang aku harapkan. Semoga redha Mu dan rezeki belas kasih MU bersama kami dan zuriat kami selalu sehingga hujung nyawa kami. Dan demi kasih sayang aku kepada dia, aku bermohon sangat-sangat Kau satukan lah kami di syurga nanti juga..”

Tuesday, July 26, 2011

ujian datang Tuhan suruh bersabar.



hari ni gua penat sangat. 7 pagi gua dah keluar rumah sebab gua ada exam OSCE surgery. giliran gua rupanya last sekali, pukul 11.30. sepanjang menunggu tu gua berdiri je kat balkoni sebelah wad pasal tak jumpa kerusi. gua dah pikir-pikir dah kalau tak jumpa patient DVT kat wad ni karang kurang-kurang gua sendiri pun boleh kena DVT kalau berdiri macam tu punya lama.

pumpang. pumpang. exam pun habis. gua dengan Pikai hala ke kedai makan kejap lepas tu balik rumah terus. na'as kelas neuro cancel kalau tak memang mati gua kepenatan. bayang la pakai blazer hitam tengah-tengah siang musim panas ni. time jalan balik Sayeda gua rasa nak lari pakai boxer je. tapi alhamdulillah gua masih waras.

ceritanya bila gua dah penat, gua tak boleh nak stadi dengan tekun kat rumah. gua pikir esok gua ada exam neuro sama exam emergency surgery pulak. gua tengok budak-budak hosmet gua 2 orang tu stadi dah menggila dah sejak seminggu lepas. gua tak boleh nak start stadi macam diorang sebab gua sorang je ada exam OSCE surgery. budak-budak ni dah ambik masa March hari tu. so nak tak nak dalam gua penat-penat tu gua paksa diri jugak keluar rumah nak cari port stadi. gua rasa nak lepak McD sampai pukul 1 pagi cadangnya. so lepas baca ayat-ayat penyuntik semangat dari blog-blog motivasi, gua terus keluar rumah. gua cek dulu dompet ada LE 225 (sekeping 200, sekeping 20, sekeping 5). dalam poket ada lagi syiling LE2.50. gua keluarkan LE5 tu dari dompet siap-siap untuk bayar teksi nanti. memang habit gua macam tu kalau nak naik teksi. gua ready duit siap-siap.

gua pun berdiri tepi jalan nak tahan teksi. susah betul nak dapat teksi malam-malam. kalau ada pun mesti berpenumpang. tiba-tiba ada 1 teksi putih datang hon gua. gua cakap nak pegi Gami3ah Amarikiyah (yang depan mekdi tu). dalam teksi pakcik tu memang baik. siap offer gua biskut cap Lambada. gua tolak. dia insist satu macam. gua kata takpe-takpe, gua kenyang. dia pun drive macam biasa sampai McD.

sampai je McD, gua hulur LE5 tadi. pakcik tu ambik, gua pun keluar teksi. tiba-tiba pastu dia cakap "apa ni??.." sambil tunjuk duit kertas rubu3 (LE0.25). gua blur kejap. apahal rubu3 pulak? tadi gua rasa gua hulur LE5. lagipun gua memang tak pernah bawak duit kertas rubu3 dalam dompet. biasanya gua akan letak kat rumah buat lap skrin laptop je. gua pun malu la sebab ingatkan gua salah bagi. gua cek balik dompet 5 genih gua memang tak ada. gua sangsi. so tak pikir lama-lama, gua keluarkan LE20 pulak. gua bagi dia dan mintak duit baki. elok gua hulur je, dia kata "tak cukup ni!" sambil tunjuk yang duit tu adalah duit LE5. bangsat. apahal duit LE20 aku boleh bertukar jadi LE5 kat tangan dia?! gua tanya LE 20 gua bagi tadi mana. dia kata aku memang bagi LE5 je. sumpah gua ingat yang baru je gua hulur LE20 tu. tiba-tiba jadi LE5 pulak. akibat gua penat sangat, gua jadi blur-blur tak boleh pikir panjang. gua terus macam akur dan cakap kat dia "cukup la LE5. Sayeda bukan jauh pun..". tapi dia nak jugak lebih. dia nak LE10. dah bertekak pulak gua dengan dia kat tengah-tengah jalan tu.

macam biasa, gua sebagai insan yang lemah tambahan pulak gua penat sangat-sangat so gua akur. gua kata gua dah tak ada duit selain duit besar LE200. pakcik tu kata takpa, dia ada duit pecah. dia keluarkan duit dari poket dia bergulung-gulung. aku pun bila yakin dia ada duit pecah terus la aku hulur LE200 tu. dia ambik dan letak atas dashboard dulu sementara nak kira duit baki. dalam pada dia tengah kira tu tiba-tiba duit LE200 kat dashboard tadi boleh pulak terbang jatuh dari tingkap kena tiup angin. dia pun turun kereta nak ambik duit tu. gua pun sama tolong cari tapi tak jumpa. hati gua dah ada rasa tak senang dah masa tu. lama jugak gua mencari bawah kereta, tepi jalan, bawah tayar. last-last pakcik tu tanya gua "dah tu macamana sekarang ni?". gua yang tengah mood tak stabil terus tinggi suara. dah la dia hilangkan duit gua pastu tanya gua pulak nak buat macamana. dia cakap "ko tak bayar aku lagi ni. bak sini la LE5 ko tadi..". gua terus mencarut. serius masa tu gua mencarut dalam arab depan dia. 1st time dalam 6 tahun ni gua maki arab dengan bahasa kesat. dia pun terkejut terus tak jadi amek LE5 gua. dia suruh gua cari sendiri LE200 tu kalau-kalau jatuh atas jalan tu ke, atau dalam sampah-sampah tepi jalan. dia pecut kereta laju.

..gua sorang-sorang tengah jalan.. meraba-raba jalan carik duit tu. dalam poket gua memang dah takda duit melainkan LE5 sekeping dan duit kertas rubu3 yang bertukar daripad LE5 asal-asalnya tu. ramai jugak budak-budak arab berkumpul tolong gua cari duit LE200 tu. tapi tak jumpa. sambil cari-cari tu gua pikir-pikir balik baru gua terasa yang gua macam dah kena trick. pakcik teksi tadi pandai silap mata. tangan dia laju dan dah biasa buat trick tukar-tukar duit ni barangkali. ada budak arab cakap kat gua memang kemungkinan boleh jadi macamtu. arab mesir ramai yang pandai buat simple trick macam tu.

so total malam ni gua hilang LE220 bodoh-bodoh macam tu je. gua kena cakap la yang gua agak kesempitan sikit lately ni. duit nak pakai banyak kat Malaysia nanti so duit belanja gua memang gua sekat kaw-kaw. gua gi McD ni pun sebab gua nak stadi je. kalau tak jangan harap. gua sampai terpaksa jual komputer lama gua minggu lepas sebab nak tampung duit makan sama sewa rumah bulan ni. tapi last-last duit jual komputer tu lesap kat tangan arab jugak.

lepas cerita kat Haikal, Haikal pun terkejut. dia kata ada kemungkinan gua kena pukau. tapi gua tak rasa gua kena pukau sebab gua sedar je sepanjang masa tu. gua fully conscious, well oriented to time, place and person with normal mood and intact memory, cooperative and of average intelligence la kalau dalam clinical internal medicine. cuma gua yakin yang pakcik tu dah mainkan gua. dan gua bersyukur jugak la yang gua tak makan biskut Lambada yang pakcik tu hulur. kalau tak entah apa pulak nak jadi. bahaya benda makan-makan ni. nauzubillah.

gua pun jalan balik pelan-pelan. badan rasa dah tak bermaya dah. kepala asyik terbayang apa yang jadi tadi. Mesir memang unpredictable dan bahaya la lagi-lagi waktu malam-malam macam ni. sedang elok gua terpikir tu semua boleh pulak gua ternampak 3 budak perempuan melayu jalan kaki baru balik beli barang. dah pukul 11 woi time tu.. tak sayang diri ke apa.


p/s: kawan-kawan doakan la gua ye. gua ada banyak mission belum selesai ni.. ujian macam ni gua terima dengan redha alhamdulillah. cuma semoga gua tak diuji dengan ujian yang gua tak mampu nak handle. amin.

duit rubu3 yang asal-asalnya duit LE5 gua. hadiah ikhlas dari pakcik teksi tu. gua dah bakar duit ni. ada dalam singki dapur tu habuknya ha.

Thursday, June 23, 2011

abah.

abah seorang yang kuat. abah rajin sangat bekerja. apa yang anak-anak mintak jarang-jarang dia tak bagi. abah jenis yang jarang tunjukkan kasih sayang macam mama tapi aku suka abah sebab dia seorang yang riang, suka bergurau. kadang-kadang dia buat lawak tak kelakar tapi comel. em.. dalam masa yang sama abah suka bagi nasihat kat kitorang adik-beradik kalau kami buat silap.

aku kagum dengan abah sebab dia tak pernah tunjukkan kesusahan dia. sekitar tahun 1999/2000, kegawatan ekonomi Malaysia teruk sangat. masa tu aku di tingkatan 1. abah ambil keputusan untuk berhenti kerja di Motorola PJ setelah bekerja lebih 25 tahun di sana. syarikat memang nak buang ramai pekerja. abah ambil keputusan berhenti sebelum apa-apa terjadi.

waktu itu, abah cuba untuk kerja sendiri dan berjinak-jinak dengan jualan insuran, sambil sekali sekala mengajar/training orang. aku tau abah susah tapi aku tak merasa sangat sebab aku dah mula tinggal di asrama jauh nun di seremban. ada sekali tu di hujung minggu, abah & mama datang melawat aku. mereka datang dengan kereta Kancil. aku bertanya mana kereta yang lagi satu? abah & mama tak jawab. aku faham. kereta dah ditarik/dijual barangkali.

aku membesar di asrama. jarang-jarang aku balik rumah. sampai la aku ditingkatan 3. setiapkali balik, aku tak rasa apa-apa pun. takda la rasa kesusahan abah. tapi aku perasan abah kerap sangat balik lewat malam sebab bekerja. abah pergi kerja naik keretapi sebab mama perlu pakai kereta ambil adik-adik di sekolah. mama aku seorang suri rumah yang berjaya. mama pun kuat macam abah.

hampir 4 tahun abah kerja macam tu. kerja tak tetap. duit rumah tetap perlu dibayar bulan-bulan. anak-anak tetap perlu diberi kesenangan. tapi abah tak pernah aku nampak bertukar ganti baju baru. jarang sangat-sangat. hatta raya sekalipun, baju raya tetap sama. tapi duit raya anak-anak tetap dibagi. baju anak-anak tetap berganti.

selepas bertahun-tahun, Allah buka pintu rezeki abah sikit-sikit. Alhamdulillah kawan lama abah yang berjawatan agak besar di Maybank Training Center Bangi menawarkan kerja kat abah. abah diterima kerja kerana pengalaman kerja abah yang berpuluh-puluh tahun. abah pandai training orang. itu memang skill dia yang paling hebat. Maybank Training Center tu memang kena la dengan kebolehan abah. maka senang la abah diterima kerja. abah syukur sangat-sangat masa tu. mama sampai menangis gembira. aku masih belum faham sangat. tapi aku dapat nampak abah tak henti-henti syukur dah dapat kerja tetap.

sekarang dah 8 tahun (atau lebih) abah bekerja tetap di Maybank. tahun lepas abah pencen. umur abah dah 56 sekarang. tapi Maybank masih nakkan khidmat dia. abah dipanjangkan contract dengan Maybank lagi setahun. aku dah kata abah aku power.

satu hari mama cerita kepada aku tentang abah. baru-baru ni jugak ketika aku cuti di Malaysia. mama cerita tanpa pengetahuan abah. dulu ketika tempoh 4 tahun abah susah mencari kerja, abah selalu buat sales dan jual insuran di merata-rata tempat. dari rumah ke rumah. di shopping complex. dan lain-lain. ada ketika abah ternampak famili-famili berjalan-jalan di shopping mall, abah menangis sebab abah dah lama tak bawak anak-anak dia berjalan-jalan macam famili lain. dan ada ketika waktu abah penat dan lapar buat sales/jualan, abah terpaksa makan roti krim dan tidur di masjid sebab nak besarkan anak-anak. tapi abah sikit pun tak pernah cerita kat kami. abah tak pernah mengeluh di rumah. abah berjaya buat kami tak terasa susah. abah berjaya buat kami membesar dan sihat. mama pun bangga dengan abah. abah selalu senyum di rumah. bila kenangkan, aku menangis.

aku nak balas jasa abah. dan mama. sekarang aku di tahun akhir pengajian. kakak aku dah berjaya jadi engineer. adik aku Iqa seorang yang top scorer dalam accountancy selepas berjaya cemerlang dalam SPM. yang bongsu pulak masih di tingkatan 4 dan semoga dia jadi orang yang berguna kelak. abah selalu cakap yang dia bangga dengan anak-anak dia. dia nak anak-anak dia jadi lebih hebat dari dia. walau apa pun jadi, aku nak balas jasa mereka. setidak-tidaknya MBBCh ini aku nak hadiahkan buat abah & mama.

em.. bila tengok riak wajah abah sekarang, abah sentiasa gembira. takda langsung tanda-tanda kesusahan zaman lampau. terima kasih, abah.. abah, selamat hari bapa.

i love u.

-your only son.


sekarang abah suka bawak mama & anak-anak makan luar. balik kerja petang-petang je selalu ajak pergi makan kat mapley feveret kitorang area USJ.


comel kan abah? haha. ni time testing kamera kat laptop masa nak belikan aku laptop baru haritu.


aku dah besar gajah pun abah still kena ajarkan cara main layang-layang. noob betul aku. haha.


aku tak pernah terbayang abah berjaya bawak family datang Mesir melawat aku. ni memori paling best aku kat Mesir setakat ni. happy sangat family aku datang ramai-ramai. abah belanja tiket derang semua. alhamdulillah atas semua nikmat.

Tuesday, June 21, 2011

gua belajar carik pahala dari orang yang kehidupannya lebih susah.

ini hari gua sama Ashraf Isa ada kelas clinical medicine dengan Dr Ashraf Zaki. kelas kali ni kelas amali/practical. dalam tempoh 4-5 jam, ada 5 patients dihidangkan untuk budak-budak. lepas agak 2 jam lebih doktor terangkan pasal patient-patient ni satu per satu, giliran kitorang pulak menenyeh badan patient. ada 3 kes chest, 1 kes cardio, 1 kes neuro.

sorang demi sorang budak menenyeh ikut giliran. gua duduk dulu steady je observe patients sambil menunggu giliran. patient-patient ni secara generally gua nampak hidup susah. secara luarannya kotor, nampak sakit. sesetengahnya berbau agak kuat. gua jamin la kalau budak yang bukan student medic kompem taknak sentuh punya kalau jumpa orang macam diorang (sedangkan budak medic pon ada yang baru pegang sikit terus pakai sanitizer. ceh pembersih sangat la konon). diorang ni tak mampu nak kerja dah. boleh kata semuanya 'bekerja' sebagai chronic patient. diorang mengharapkan dokte-dokte dan student hulur duit bila cek diorang.gua syak chronic patient tu dah diiktiraf sebagai satu pekerjaan dah beb kat mesir. kat hospital Fransawy tu kalau lu orang perasan, memang muka patients yang sama je belegar-legar bertahun-tahun. chronic patients la tu. kalau kena pada rezeki, dalam exam pun muka diorang jugak. so sama la kisahnya macam patient-patient kat kelas Dr Ashraf Zaki ni. dah bertahun-tahun jadi bahan examination untuk student semata-mata untuk dapat bayaran duit. so macam biasa sebelum kelas amali, kitorang dah disuruh kumpul duit siap-siap kat counter sebelum kelas start. bila habis kelas je nanti patients akan ambil duit kat counter. happy beb diorang kalau dapat duit even sikit.


gua nak cerita sini yang gua tersentuh dengan sorang patient ni tadi. nama dia Ammu Hamid. pesakit COPD old timer. dah jadi patient Dr Ashraf Zaki sejak 1992. gua jamin dia lagi power mengenal dan membezakan adventitious sounds daripada budak-budak tahun 6. lepas gua dan beberapa budak group last siap examine dia, dia bangun, pakai baju, terus pegi counter depan pusat tuisyen untuk ambil duit dan balik. dia paling awal siap diexamine. dia jalan pelan-pelan pergi counter. kena pulak time tu gua memang ada dekat counter so gua sempat nampak dia senyum happy dapat duit. "hamdolellah.." katanya sambil cium duit tu. gua pun masuk la kelas semula sebab nak tunggu Acap Isa siap examine patient lain. sekali gua perasan Ammu Hamid pun masuk kelas semula sama. apahal orang tua ni masuk balik? gua perati. rupanya dia pergi ke katil patient sorang lagi namanya Ammu Nasir (bukan nama betol. gua tak ingat nama betul dia) dan dia hulur duit! Ammu Nasir berkeras cakap "tak payah..tak payah..ko simpan la duit ni". Ammu Hamid cakap "takpe.. ko amik duit ni. keadaan kau tu lagi sakit daripada aku."

gua tergamam kejap. takjub, beb. takjub. lu orang boleh bayang tak? sama-sama patients yang susah pun boleh hulur sedekah. duit yang baru Ammu Hamid dapat tu terus dia kasi sikit sama Ammu Nasir atas dasar ehsan dan kasihan. Allah, mulianya hati dia. Beb, luarannya manusia nampak kotor, tapi hati dia lagi bersih dari kebanyakan orang. lu orang ada? itu jam jugak gua rasa malu dengan diri sendiri.



p/s: doakan gua sama rakan-rakan tahun 6. hati sentiasa tak tenang memikirkan final exam & masa depan. sini gua nak sharekan sikit entri dari blog member gua Encik Learner tentang kegusaran hati kami di tahun akhir. ok, selamat.

Sunday, June 12, 2011

syarat-syarat wajib suami pilihan ku. ciri-ciri spesis suami yang disukai.

semalam gua sembang sama sorang junior medic yang pakar dalam urusan mu'amalah. dia ni selalu jadi orang tengah antara budak medic dan ustat-ustat. mahupun antara budak laki sama budak perompuan. kisah taqdim-taqdim dan meminang paling top. gua suka kadang dia bukak topik macam ni sambil minum-minum. itu malam lepas stadi sama-sama kitorang sembang sambil makan fries.

dia kasitau gua satu kisah. ada sorang budak medic laki nak try memetik bunga di taman medic akhrawat. "ohh..aisehmen.." belum apa-apa lagi gua dah dengus perlahan. dalam hati gua dah tau ni mesti sad ending story. dia sambung cerita yang budak laki ni sudah berkenan sama sorang akhrawat ni. dah spy lama dah. tingkah laku elok, manis rupanya, sopan santun. lalu nekad bertanyakan terus kepada empunya badan. gentleman. tapi empunya badan mintak tempoh mau pikir dulu. ni standard procedure lu orang jangan tak tau. si budak laki ni rasa lega la dah sampaikan hasrat dan menunggu apakah jawapan. tak lama lepas tu si akhrawat kasi jawapan. akhrawat tu tak boleh terima budak laki tersebut di atas nasihat akak-akak usrah kerana mereka ni berlainan jemaah.


.... ...... .. ... . ... (gua kebil-kebil berenti kunyah)


takjub gua. serius gua takjub gila bahabi dengan kisah ni. MACAM LA AGAMA LAIN-LAIN.

Wednesday, May 18, 2011

kisah nenek jual bawang.

gua masih teringat nenek jual bawang dekat dengan rumah gua. dah 2,3 kali gua pergi beli bawang & kentang sama dia. tapi yang gua tak puas hati tu pasal attitude dia terhadap gua. muka kemain bengis. siap suruh gua timbang sendiri lagi tiap-tiap kali. gua memang tak puas hati dengan nenek tu. dia tak ngam sama gua.

ada satu hari tu hari gua masak. instead of beli bawang dekat Mounirah atau Khairuzzaman atau pasar sayeda, gua nekad nak beli bawang sama nenek hari tu. gua nak testing selama mana dia boleh buat muka cengih. gua datang kat dia. steady. gua cakap nak beli bawang setengah kilo sama ubi sekilo. cilakak mood dia tak kena lagi hari ni. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk plastik. dia suruh gua amek sendiri. oo main kasar. siap. gua gagah amek plastik, gua saduk bawang banyak nak mampus. gua letak depan dia. hamek kau. dia pusing kepala pelan-pelan pandang gua sambil jari tunjuk penimbang. dia suruh gua timbang sendiri as expected. gua letak atas penimbang, gua amek pemberat 1/2 kilo letak atas penimbang lagi satu. kompem la terlebih berat bawang tu sebab gua sauk bawang tu mau 3 kilo gua rasa. saja gua nak testing kesabaran beliau alang-alang dia dah buat muka kelat. dah tak pasal-pasal gua kena maki sebab nampak bodoh nau nak setengah kilo tapi bubuh sampai dekat sepelastik penuh. gua senyum je. ketat. damn nenek ni tak boleh dibawak gurau langsung. gua timbang elok-elok. last-last time bayar gua tanya berapa harga. dengan riak wajah kerek dia kata LE4.25. gua cek poket ada syiling LE3. gua buat muka macam miskin tak cukup duit. nenek tu terus buat bunyi "tsk..". gua cukup pantang arab buat bunyi tu. tanda dia tensen. tapi gua senyum. gua bukak dompet keluarkan LE5 sekeping. duit baru, keras lagi, dan harum. gua letak atas tangan dia sekali dengan duit syiling LE3 tadi. gua terus blah dengan muka angkuh. cukup 4,5 langkah gua jalan gua dengar nenek tu panggil, "ta3ala khud elba2i yabni!!" (anak, amek duit baki ni). keh keh gua senyum. gua pusing muka pelan-pelan pandang dia. gua buat muka kerek mata stim cakap, "khalli ma3ik.." (simpan je/keep the change). gua tengok air muka nenek tu berubah. gua seronok sebab berjaya buat nenek tu cakap "syukran yabni". gua balas, "shukru lillah..". gua balik. itu hari gua masak lemak labu sama ayam goreng rempah.

hari ni turn gua masak lagi. gua nak jenguk nenek tu. padahal ada je kedai bawang lain lagi dekat. saja gua nak carik pasal. tapi yang bestnya bila gua datang nenek tu senyum. nak tergelak gua tengok. gua happy, bhai. kali ni dia siap amekkan bawang, buh atas penimbang, & siap kasik diskaun. gua beli bawang biasa la 1/2 kilo je tapi nenek tu kasi sekilo sama gua. siap dia tanya nama gua apa. tak pasal-pasal gua dapat sorang lagi member kat Sayeda ni.



gua terfikir. walau kat mana pun kita hidup, kita mesti raikan kehidupan. arab-arab sekeliling gua pun gua tak penah lokek buat modal berkawan. tak kisah la kat mana pun gua pindah selama 6 tahun ni, gua sentiasa akan kenal kebanyakan orang keliling rumah gua. bukan susah nak mulakan. kadang tu sekadar buat-buat tanya benda yang gua dah tau je pun. tak rasa best ke tiapkali kau orang jalan kaki nak pegi kelas ke, gi main bola ke, balik usrah ke kau boleh angkat tangan lambai-lambai sama arab sekeliling. pakcik kedai runcit, pakcik jual ayam, pakcik kedai makan, pakcik kedai kacang, pakcik kedai baju, pakcik asob, pakcik gunting rambut, pakcik ahwah, pakcik masjid, pakcik imarah. tak kira la perangai diorang macamana tapi semua tu orang-orang yang boleh doakan kau orang. ini tahun last gua kat mesir. gua nak berkawan puas-puas. ok bye.

Thursday, May 12, 2011

hari yang sedih ada ubatnya, beb. apa barang sedih lama-lama.





gua keluar dari wad dengan badan lembik. pandang lantai. longlai la orang kata. gua rasa tak berbaloi gua stadi sampai tak tidur sangat malam sebelum tu. terngiang-ngiang ayat dokte "yes, u attended the classes but probably u didn't attend with your heart and head..". pecah dada gua masa dengar ayat tu time dia soal gua pasal neuro. exam hari tu sepatutnya mudah. gembar gembur katanya dokte pun tanya yang mudah-mudah saja. siap ada yang boleh pilih nak case apa. member gua yang exam dengan dokte lain cepat je abes exam. siap katil belakang gua dah 2 member silih berganti cek patient tapi gua still sangkut kat tempat gua. silap gua jugak sebab gua memang tak ready untuk neuro. gua lebih yakin kalau dapat patient chest atau cardio. abdomen pulak so-so la tapi still boleh goreng. tapi punya la gua takda rezeki itu jam, gua masuk je wad, 2 jenis bala gua dapat:
1) dokte tu memang gua tak minat. dia penah ajar gua sekali dalam kelas dan memang gua tak ngam sangat sebab dia terlampau detail & strict. gua betul tak sangka gua dapat dokte tu dalam banyak2 dokte yang wujud.
2) gua dapat patient abdomen (shrunken liver, jaundiced, splenomegally) tapi soalannya berkisar neurology. menitik peluh jantan.

exam hari tu sepatutnya exam praktikal/amali/clinical examinations/ape2 je la yang sama maksud. tak lari banyak la daripada inspection, palpation, percussion & auscultation. tapi oleh sebab dokte ni jenis detail, gua asek kena bantai dengan soalan bertalu-talu. tambah lagi bila 3,4 kali disergah dengan soalan theory memang la gua gugup. bila tak tau gua jujur cakap tak tau. tapi lepas tu gua kena cuci la dengan ayat-ayat pedih. "don't u know u've got an exam today?". menusuk, bhai. terbelah dua hati gua.

gua jalan balik rumah menyeret-nyeret kaki. Ambe kadang cuba tenangkan gua dengan ayat-ayat manis tapi gua tak rasa nak cheer up. memang markah penuh exam kali ni 15/1000 je untuk total markah internal medicine tapi bila dah tahun 6 ni gua rasa setiap markah tu berharga. gua tau gua ni memang bukan jenis exam scorer. bila berhadapan dengan exam gua jadi macam tak tau apebenda. buktinya dari tahun 1 gua maintain markah cukup makan. tapi yang gua panas tu member-member boleh pulak bakar gua sedangkan masing-masing exam kemain terer. rasa nak sekeh dahi sorang2. keh keh. gua serius ni, gua serius.

apa apa pun, biasanya selepas beberapa ketika lepas exam gua akan jadi lebih bermotivasi. cara nak bagi gua tambah semangat adalah dengan menyalahkan diri sendiri. "gua rasa gua tak dapat jawab memang sebab gua bengap. biar la dokte nak tanya luar tajuk ke, salah tajuk ke, susah macam hell ke, tapi kalau tak dapat jawab tu maknanya gua yang salah..". macam tu gua selalu fikir. "cilakak punye exam..takpe, tengok la lepas ni gua akan study dengan lebih insyaAllah.." bingkis gua sambil menung-menung menggenggam tangan. gua tau Allah tahu apa gua usahakan. Allah maha adil, beb.



selesai cerita exam.

****

malam lepas exam tu member-member gua buat birthday party untuk gua la siapa lagi. hohoho. coordinator programnya si Aizuddin Zailani @ Bi. gua tau walaupun natang ni selalu kutuk rupa paras gua tapi dia sebenarnya sayang gila kat gua. lol. makan malam tu memang grand. makan ala-ala melayu. kenyang taraf makruh. keh keh. esoknya pulak Mario Brother's (Afiq & Wawan) belanja gua TGI Fridays atas kapal sebelah sungai Nil. bil cecah LE500, beb. boleh pulak gua tak terharu? lepas tu pulak masa program gathering batch gua (gua namakan program ni SEMAIAN MAWAR CHINTA - singkatan untuk: SEsi keraMAIAN, Malam ukhuwWAh & Rohani batCH mep5 dI taNTA. lol) budak-budak ni buat surprise cake untuk gua. gua betul tak expect sampai gua rasa terharu gila bahabi. nak menangis tapi apa barang touching-touching ye dak? first time dalam 6 tahun ni gua rasa birthday gua disambut rakan-rakan dengan meriah. terus gua lupa pasal exam yang sedih tu. pasal grand gathering MEP5 tu pulak nanti la gua cerita lain kali. perlu 1 post khas sebab memang special dan gua rasa puas hati dengan ukhuwwah batch gua yang macam adik beradik. batch lu ada? keh keh.

maka sekarang gua dah 24. agak muda lagi. kulit masih anjal -pegi mampus-. gua dah rasa macam best pulak kalau nak fikir soal berbini. kah2 berangan cam hape. ok sebelum Cik Mun maki gua baik gua stop. bhabhai.



antara batch gua yang ada memeriahkan birthday party.


set lauk untuk setiap 3-4 orang. gua betul rekemenkan restoran ni untuk sesiapa yang terasa tekak nak makanan melayu.


@TGI Fridays. tq Mario Brothers.


Hakim (Kimau) bersama memotong surprise birthday cake dengan gua. tarikh lahir dekat2. (gambar ehsan abang Syapi comel -program SEMAIAN MAWAR CHINTA lol)


Kimau malu-malu gua suap kek. (gambar ehsan abang Syapi comel lagi)


lu nampak gua kat mana? kedai henset. bermaksud gua beli henset baru buat menggantikan henset gua yang hilang dalam teksi bulan lepas. 6 tahun sekali apa salahnya beli ye dak? tapi kebelakangan ni gua rasa sayu bila tengok balance duit dalam HSBC. demm betul la.



p/s: on the way balik rumah dari kedai gua nampak poster "..إن ينصركم الله فلا غالب لكم" kat dinding rumah jiran. betul jugak ye dak?
another 12th of May. 6 years and counting.

yay!~

Friday, March 18, 2011

mansaf di Mesir memang rare.


petang tadi gua buat lawatan tabaddul thaqafi lol ke rumah member gua budak2 Jordan. diorang ni classmates gua sejak tahun 1 dalam dewan kuliah besar tu sampai la ke tahun2 klinikal dalam kelas kecik2 memang muke budak2 ni je la. gua memang dah lama demand mansaf sama budak2 ni sejak-sejak gua balik dari negara Jordan tahun sudah dan rasa ketagih mansaf tu datang dalam tekak secara berkala. tapi mane nak carik mansaf kat Mesir ni melainkan budak2 ni la mangsa gua.

setahun gua tunggu akhirnye member rapat gua Naif atau panggilannye Abu Heresh call gua ajak datang rumah. gua dah syak dah ni mesti ade mansaf memandangkan dia ajak ni hari Jumaat. gua tau tradisi di Jordan diorang kat sana kebiasaannye makan mansaf hari Jumaat bersama keluarga (budak2 ni bagitau). gua tak pikir banyak terus datang dengan tangkas.

tak sia-sia. dari tangga gua dah bau mansaf. keh2. Naif saje nak buat surprise untuk gua sebab dia tau gua suke mansaf tapi sebenarnye dia tak tau yang gua dah bole agak. tapi gua buat2 tekejut lambang meraikan suasana.

so berjam-jam jugak gua kat rumah Naif. sempat jugak gua solat maghrib berjemaah dengan diorang. sedap suara sorang member gua ni. muke je jahat tapi power. lul. walaupon sekejap tapi banyak bende baru gua belajar. pengalaman la yang paling gua nak. ape barang belajar jauh2 tapi balik Malaysia nanti tak ade ape pengalaman untuk dikenang. baik setadi UKM.


Mansaf. yeahhh.
basically mansaf ni nasik yang dimasak dalam renihan khas dan dimakan bersama ayam/kambing serta sejenis kuah khas dari fermented and dried yogurt yang dipanggil 'laban'. aksesorinye adelah kacang2 ditabur.
taktiknye mansaf ni, kalo sedap laban maka sedap la sedulang mansaf tersebut. dan gua bersumpah laban bebudak ni masak memang sedap neraka. budak2 ni memang power bikin mansaf. bahan2 utama datang dari Jordan, kat Mesir takde.
cara makan: kepal2 nasi dan ayam kat tangan macam bola pastu sumbat dalam mulut. baru true. pastu habiskan sampai licin sebab mansaf ni asal dari perkataan nasafa yang bermaksud musnahkan/blasting to the ground.
budak2 ni cakap akibat kenyang sangat lepas makan adatnye ade penyakit post-mansaf syndrome iaitu stupor, lethargy, loss of consciousness, slurring of speech dan half coma. lul.


Mahmoud Alawneh. chef bertugas. orang kuat MU. muke agak kelat bile gua kabar MU bakal jumpe Chelsea quarter final UEFA champions league nanti.


Idrees, Aboushdeifat, Alaa. tengah sembang masalah sistem pelajaran kat Mesir yang tak membantu pelajar sangat dari segi praktikal dan skill. gua dengar je la tak amek pusing sangat.


Tarek - gua baru kenal. budak tahun 5 cairo U.
Naif/Abu Heresh - member kamcing gua walaupon dia pro Real Madrid. haremm.
Omari - genius medic tahap menyakitkan hati kalo dalam kelas manjang dia je nak bersuara.


Tellawi. mamat ni muke mafia arab. dak2 ni cakap dia ni jahat bukan main. appearance dia pon memang taiko. tapi sekali dia imamkan solat maghrib terus gua cair. sedap suara dia. sekali rupenye dia ni hafiz Qur'an beb. lu orang ada? lu orang hafal ke?


demm nampak gigi je gambar gua.



gua harap zaman U gua bermakna untuk gua kenang.

Wednesday, March 9, 2011

pulanglah ku merindui mu sayang.

gua dah sampai Cairo. haram tak aman sangat lagi rupenye. gua balik dengan semangat berkobar2 nak tengok Mesir yang aman damai. namon berkecai cita2 gua bile keluar airport je ada clash antara puak Kristian sama puak Islam kat area Sayeda Aishah sampaikan gua lekat dalam jam sejam setengah. start dari jambatan luar airport tu sampai la ke Azhar Park gua sabar tunggu kerete jalan style siput. sepanjang2 jalan Solah Salem tu la perbarisan kereta. bile dekat area Azhar Park tu gua tengok pemandu2 semua dah tak nak drive. diorang keluar kereta ramai2 nak tengok ape jadi. gua fedap terus beri arahan supaya pemandu teksi pusing ikut Hussein. rupenye kat Hussein pon sama jugak jalan disekat. menatang, dah la gua belum solat asar masa tu. gua bajet timing baik punye untuk sampai rumah kat Sayeda Zeinab lalu solat asar disamping rakan2. tapi tak jadi. tambahan pulak gua dah bajet nak tengok Barca vs Arsenal malam tu so gua tak nak la lama2 lagi lekat dalam jam. gua tambah resah, gua paksa2 driver pusing balik. try punye try last2 dapat pusing semula balik ke Solah Salem. gua tukar plan tak jadi balik Sayeda Zeinab. gua suruh sawwak teksi drive ke Abbasiyah untuk hantar gua kat asrama Malaysia (ARMA). itu malam gua tido kat bilik Effy Saiful. dia still kat Malaysia so bilik dia kosong so Saiful Amri yang guna sebagai tempat menyorok stadi selama 2 minggu.

pagi2 keesokannya gua bangan lewat. kepenatan hasil duduk dalam airport Kuwait selama dekat 8 jam memang buat badan gua naik perit mengakibatkan tido mati (airport Kuwait sama flight Kuwait airlines ya salam.. tak best langsung). itu pon gua terbangun sebab Baem@Ibrahim Yahaya (klik utk link) datang kejut gua mintak broadband USB stick dia yang gua rembat malam tu. tq Baem kasik gua internet percuma satu malam haha. jangan risau, gua tak gune berat-berat. runcit-runcit sekadar fesbuk dan goal.com sahaja. alang2 dah terbangun gua terus mandi. gosok gigi senyum2 membayangkan Barca menang malam tadi. kah kah. naseb baik Baem dah amek USB stick dia kalo tak gua plan nak sembur budak2 arsenal yang gelakkan gua sebelum match. keh2. so lepas mandi gua tunggu Ambe basuh baju jap sambil tengok muvi Tangled kat komputer dia sebelum kitorang gerak ke kuliah. ade kelas Urology.

satu suasana yang menggamit jiwa gua dapat masa gi kuliah. gua rasa macam kembali ke zaman tahun 1. kenape? sebab TAK ADA MELAYU LANGSUNG kat universiti kecuali kitorang. haha. nostalgic jugak suasana tu. rasa nak nangis.

abes je kelas Urology gua sama Ambe, Paan, Acap, dan Apis berjalan2 ke Tahrir. gua nak tengok ape dah jadi kat sana. kesan2 akibat rusuhan masih ade. Tahrir Square dah macam khemah pelarian penuh dgn khemah2, bendera, dan sepanduk. tepi2 jalan ramai orang jual t-shirt dan sticker 25 January sama I love Egypt. perubahan? nothing much. mungkin ade perubahan tapi setakat ni gua belum nampak. yang ura2 kata orang naik tremco pon dah beratur sekarang tu gua rasa satu konspirasi. haram takde lagi takat ni gua nampak. sampah sarap pon gua rasa macam dulu je lagi. takpe, mungkin masih dalam proses berubah la agaknye. baik kan gua husnu zon?

so sekarang gua dah kat Sayeda Zeinab. home sweet home. internet memang 7 heaven la. laju bukan main tak macam kat Malaysia. barang pon gua dah start unpack sikit2. sambal tumis Makcik Salasiah jiran taman gua bagi sebotol besar pon gua dah letak elok dalam peti es (terharu gle ok. gua membesar dengan sambal dia ni la. dari sekolah sampai ke universiti tak penah jemu makan. valuenye pemberian ni sgt tinggi. sape rembat sambal gua dalam peti es tu kang memang gua maki). tak tau kenape sebulan kat Malaysia kali ni cukup lama gua rasa. puas cuti kali ni tak macam summer. Tq kerajaan Selangor yang bagi gua claim duit tiket free. dan UMNO selangor yang kasik gua duit RM500. lol. orang bagi gua tak tolak. sape yang jumud sangat nak marah memang gua buat pekak. boo orang syadid. boo..

ok, sekarang semua dah selamat kat rumah. budak2 melayu pon dah start memenuhi Kaherah semula. charter flight budak2 JPA pon dah sampai gua dengar2. esok pulak gua ade plan nak ke airport semula amek budak. dia mintak musyrif so gua jadi la musyrif. gua ni jarang2 orang mintak tolong. agaknye gua ni muke pengganas barangkali. lol. selamat belajar semua.


p/s: nombor etisalat gua jangan dihubungi lagi ye rakan2. gua tertinggal simkad tu kat malaysia. haremm. nanti gua dah beli nombor baru gua kasik tau.

nama dia Hujan. binatang peliharaan family gua kat Malaysia.

Thursday, March 3, 2011

diorang teruk, kitorang ni alim. so peduli apa kitorg sama diorang.

kat kedai makan depan rumah gua ade satu akak cashier umur macam 30an. time tengah makan, mak gua cerita yang dulu akak ni kene tinggal suami. dah lama dah. kesian.. sampai kene carik kerja sorang2. gua pon diam sambil suap nasik. tapi dalam pada gua diam mak gua tunjuk2 perut akak tu. gua kalih, dah bunting rupenye. gua geleng kepala. hilang kesian. dalam hati gua cakap, "uish. power laki dia punye benih.. berbulan2 latent dalam rahim steady je active semula.."

tengok pada gejala sosial macamtu gua menung. sambil makan gua terpikir..

*****

gua suke nak bercerite hal sosial sekeliling lagi2 hal budak2 muda. kasi bukak sikit mata pandang semua orang keliling kita. gua tau sahabat handai gua ramai budak sekolah agama. masa zaman kite sekolah kita tak penah nampak keadaan remaja macam dunia hari ni. hari2 kat sekolah kita tengok suasana islamic la kononnya yang berjaya ditanam dalam kepalotak kite semua oleh guru2 dan sekolah. lelaki sama perempuan jarang betul la kalau nak nampak yang berhubungan, bercakap, apetah lagi flirting. mau kene karate spine sama pengawas poyo. sampai tahap kalau ade urusan sekalipun, budak2 lain jantina akan bercakap dari jarak yang agak jauh suara sayup2. kalau ade opsyen pakai intercom gua rasa derang dah pakai dah. gua penah nampak budak2 laki sama perempuan sembang hal rumah sukan berdindingkan vending machine air tin. sorang sebelah kanan mesin, sorang sebelah kiri. tak pandang muke, tak nampak rupe. memang didikan agama taraf wali.

tapi kita kena bukak mata, sahabat2. gua ni diberi kesempatan melihat kejahilan dunia masa gua didesak ke PLKN dulu-dulu. akibat dari tingkatan 1 sampai 5 gua diasuh dalam suasana muslim beriman, maka gua shock sama surrounding yang baru sebegitu. hari pertama gua dok dalam kem gua ketakutan tengok budak2 style lepasan sekolah menengah biasa ni bergaul. 1st sight, gua nampak laki tampar bontot perempuan, perempuan gelak2 malu. gua balik bilik rasa nak demam. amacam? tu baru jam pertama gua sampai Kem Bakau Resort, Kertih. belum gua cerite yang complete 3 bulan. sekuat mana pon iman, akan sikit-sikit goyah kalau kite sorang2 je yang agak beragama dalam suasana macamtu. mula2 takut, tapi sikit demi sikit kite jadi macam orang sekeliling.

keadaan tak banyak beza dengan budak2 zaman sekarang. gua ade adik tingkatan 4 kat sekolah menengah harian biasa. selalu gua pegi amek dia kat sekolah tengahari pukul 1.10. dari luar pagar sekolah gua dah nampak ragam remaja zaman sekarang. keluar je pagar, serupe tertinggal otak kat dalam sekolah. yang lelaki buang baju kemeja, duduk bersidai atas motor isap rokok kasik awek lalu lalang nampak gagah. serupe macho padahal tak langsung. yang perempuan pulak gatal melayan. terkekeh-kekeh lompat2 naik belakang motor budak laki bergurau manja. pegang2, cubit2. haram tak comel. diorang tak tau ke budak2 laki tu dalam kepalaotak dia pikir 1 bende je. rugi masa depan doh senang2 kasik kat orang bende tu.

aku membayangkan ape nasib budak2 ni kat zaman universiti nanti. time sekolah dah serupe itu. zaman U karang ntah jadi ape.

selain daripada kurang didikan agama, gua rasa nak salahkan teknologi la bole tak? gua perati budak2 sekarang ni umur 9 tahun dah ada henset. henset, bai. henset! zaman gua dulu nak dapat main henset pun tunggu graduate SPM, doh. gua tabung duit pelan2, ikat perut, lepas SPM baru dapat beli Nokia 3100. tapi budak2 sekarang masuk sekolah rendah dapat screen touch wtf? kecik2 dah bole main SMS dengan pakwe, calling-calling, bersayang-sayang, berbaby-baby, begayut tanpa halangan mak bapak. ha, mak bapak pon satu la pegi kasik buat ape? sumpah gua potong jari tengah kalo kate budak2 sekolah beli henset untuk kegunaan calling family, buat folio, simpan data kerja rumah dan urusan sekolah. kompem la 90% gune untuk bercinta. basic. budak2 sekolah ni jiwa tak tenteram. hormon baru nak develop. perasaan macam2 datang time tu. hasilnye tengok la: budak perempuan jadi gatal satu macam, emo2 (masalah dengan pakwe, saingan dengan betina lain, gosip2) & budak lelaki pulak jadi miang di pelbagai tempat, flirting, takde malu. padahal bulu ketiak pon belum abes tumbuh. anak gua sok jangan harap la nak dapat henset sampai umur 18. tu baru cerite soal henset. belum hal internet lagi dengan chatting, facebook, myspace segala (serius gua loya baca status luahan perasaan budak2 perempuan sekolah dalam facebook). gua jamin kalau chatting tu ramai je bukak webcam dalam bilik. mak bapak pulak tak tau ingatkan anak2 gune internet bukak Wikipedia tajuk Penaakulan Matematik wtf.

nampak kan kesannya?

gua nak bagi pendapat ni. bagi gua, gua rasa budak2 yang keluar dari sekolah agama lepas tu sambung pulak stadi kat negara timur tengah ni banyak untung. mata tak nampak abes lagi dunia luar. duduk dalam kelompok yang terjaga. dunianye hanye buku medic & rakan2 yg terdekat. kadang gua ternampak budak2 alim dan siqoh ni sesekali nampak maksiat depan mata bukan main terkejut. pastu terus nak dakwah jenis sound direct gune ayat Quran, hadith dan lain2. gua rasa method tu agak salah. jiwa korang tu lain sama jiwa budak2 tu. masuk pon kene ade style. pastu jangan la dipandang hina budak2 tu. "ee..dah la tak pakai tudung, rambut warna2, perangai mesti tah pape. jangan kawan dengan dia..". tu perangai tipikal mak bapak ajar jangan kawan dengan budak2 nakal. gua nak pesan, hidup ni jangan memilih kawan. jangan sombong, sahabat2. yang baik ke, yang burok ke, yang siqoh ke, yang shaitan ke, semua kite kene buat kawan. kalau tak selagi tu la kumpulan alim dengan alim, yang jahanam terus dengan yang jahanam.

******

..gua sedot air barli ais sampai abis. elok gua nak bangun, tibbeh datang sorang budak laki kat meja makan kitorang sembang dengan adik perempuan gua. tah sape gua tak kenal. style flirting, steady try buat lawak tak jadi tapi adik gua kekeh2 gelak. DEPAN GUA SAMA MAK GUA PULAK TU. lu orang imagine la ape punye mental budak2 muda zaman sekarang. dah berani tak tentu arah. eloknye pendidikan sivik & moral tu masuk sabjek wajib lulus SPM.

Tuesday, February 8, 2011

perkataan melayu yg aku rasa tak boleh blah sekali buat masa ni adelah 'evakuasi'.

mengingatkan semula dari hari pertama 25 januari sampai la tibenye aku kat malaysia sekarang ni memang buat aku rasa penat. daripada perhimpunan aman sampai la baling2 batu lepas tu main baling2 gas pemedih mata pulak. sesekali bawah rumah aku kat syari' Mobtadayan tu ade road show baling2 batu lawan gas pemedih mata. penonton mcm kitorang dari atas rumah ni berair2 mata tahan pedih gas. tak cukup tu tambah la jet pejuang terbang2 kat langit kasi bingit (aku tak faham motif kejadahnye fighter jet tu terbang2 time darurat), kerete kebal, kerete perisai dan lain2 semua dibawak keluar. rakyat jadi takde perasaan takut. senang je nyalakan api main bakar2 kerete polis, pondok polis dan balai2 polis sekali. senjata2 polis semua dah hilang kene samun. sampaikan pakcik jual popcorn bawah rumah aku pon dah mampu ade revolver terselit dalam pinggang seluar dia, beb. nak jaga bisnes barangkali.


balai polis sayeda zeinab. (credit gambar: azim al abrar)

bile polis dah takde (atau dah lari ke ape), orang jahat amek kesempatan keluar bersuka ria. banduan2 lari dari tahanan hepi je gi rompak kedai, masuk rumah orang, dan mungkin juga ade yg terpikir nak balas dendam. bile jadi camtu, orang awam jadi gelabah dan berjaga2 sepanjang malam. "u must not go out tonight. keep the door closed and stay in ur house all night. if somebody comes and knocks the door just ignore it and don't open the door. if they try to enter our building, u have to pick up a stick or steel like these (dia tnjuk kayu ngan besi kat tangan dia) and we fight them together.." kata sorang mamat sudan yg duduk same bangunan dengan aku. malam tu aku sirius gelabah nak mampos. tambah pulak dengar2 elektrik & air nak dipadamkan. ah sudah.. dah la internet & SMS service tak bole pakai. cume boleh call je tu pon kredit aku abes dan tak bole keluar carik topup. dengan baki kredit yg ada aku sempat hallo2 Maikon suruh pesan dak perempuan jaga rumah masing2 elok2. lepastu kredit out. mati kutu aku tak tau nak buat ape itu malam. perasaan tidor selama lebih 15 jam tu dah rutin.

tgk roadshow sambil tutup hidong. gas pemedih mata bukan saje memedihkan mata tp hidong dengan tekak sama.


tank dan kereta perisai kat mana2. (credit: azim al abrar)

akhernye beberape hari lepas tempoh berkurung, kami dapat info pelajar malaysia nak di keluarkan dari mesir. info awal yg kami dengar, mungkin akan dihantar samade ke jeddah, amman atau tripoli. kejadah tripoli kan. tsk. ape2 pon kami dipindahkan ke rumah malaysia abbasiyyah dulu untuk memudahkan proses penghantaran pulang. (skema hanjing ayat aku ni). aku mule2 ingatkan main2 je khabar ni. ye la, nak keluarkan 11,000 rakyat malaysia bukan senang, beb. tp rupenye betol2 kerajaan nak buat. caya lah.

ok. sampai asrama rumah malaysia (ARMA) len pulak deritanye. derite boring tunggu giliran. keutamaan diberikan kepada perempuan mengandung, ade anak, sakit. golongan ni akan pergi dulu. budak2 junior perempuan pon akan dikeluarkan dulu. tp aku nampak ramai je perempuan tua2 terselit sedangkan adik2 junior masih ramai tertinggal. "mengandung agaknye" ujar seorang responden sewatu di kantin sambil hentak2 sudu ke pinggan.

dalam beberape hari yg lepas keadaan mesir masih tak berubah. ade jenis yg macho kate dah aman. memang aman la sebab ko dok kat ARMA. cube duduk kat kawasan2 penuh orang2 demo mcm tahrir. takpon tempat2 yg banyak tahanan askar mcm hussein ke. baru terasa, beb. pengalaman kami ditahan time curik2 balik ke sayeda dari ARMA cukup la menggambarkan time tu tak berape nak aman. waktu tu aku, paan, haikal dan farid ditahan 5 kali sepanjang perjalanan. driver teksi pon naik kesal dah sebab amek kitorang gamaknye. ditahan askar depan pejabat Aman Qaherah adelah pengalaman yg paling terbaik. naik pucat muke akibat disyaki nak ke tahrir. kami disuruh turun kereta, barang2 kami digeledah, pasport dan student ID card diamek. mcm2 soalan ditanye. aku terbayang family aku je time tu. bile tgk keadaan sekeliling dengan tank, kerete perisai, askar, senjata, orang awam pegang parang, pegang kayu, pegang besi, aku tak rasa yg mesir ni tengah aman macam kata2 orang2 yg macho.

dalam beberape hari tu, muncul pulak puak pro-mubarak/pro kerajaan. dah jadi perang pulak rakyat pulak. elok2 mula2 perang dengan polis, pastu jadi perang sama2 rakyat pulak. ade la beberape orang mati dan beratus2 cedera. semuanye kami saksikan live dari Aljazeera English kat kantin ARMA (sambil makan nasik goreng cina harge 8 genih =_='). bodo tak bodonye kerajaan mesir sampai kantoi yg pro kerajaan tu kebanyakannye polis yg berpakaian seperti rakyat biase. macam shaitan.

long story short, giliran aku adelah yg ke 712 untuk dikeluarkan dari ARMA ke airport. alhamdulillah. walaupon ade rasa panas sikit sebab student2 muhafazah lain yg baru sampai ARMA tibe2 nak dikeluarkan dulu sebelum kitorang yg dah lama tunggu kat ARMA 5 hari ni dengan alasan derang adelah perempuan. giliran asal aku 712 dah jadi seribu lebih pulak. asek dipotong je nombor kitorang. ok, "gentleman la sket.." bak kata diorang. mungkin mengandung jugak barangkali. senang la idop. dah la rumah kitorg ni paling dekat dengan tahrir & tempat2 demo, pastu budak2 yg datang dari tempat yg aman damai dapat evacuate dulu. lol. memang aku saspek ade penglibatan anak2 dato' mane tah ni. papepon, aku syukur la last2 dapat gak dikeluarkan dari mesir. aku dalam antara group terakhir dalam kumpulan pelajar kaherah di ARMA. muke dah macam ikan tuna dengan roti keping dek makan bende same je 5 hari.

aku ke Jeddah dengan MAS. dengar mule2 naik TUDM's charlie. tapi bile dihulur tiket tengok2 boarding pass MAS. haha. hamek. tibe di Jeddah, aku rasa betol2 mcm refugee. manusia beribu2 ditempatkan dalam kompleks madinah hujjaj. aku sempat la tido kejap atas lantai pastu naik katil kejap. tah sape punye katil tah aku main baring je. giliran kitorang yg baru sampai ni tah bile nak dapat bilik sendiri. madinah hujjaj tak penah sunyi. tiap masa ade je orang baru datang dan orang yg kat dalam makin padat. mule2nye aku cadang nak tunggu flight percuma dari kerajaan malaysia tp pakcik n makcik aku yg kerja di Saudi tibe2 kirimkan tiket Saudi Airlines & duit belanja untuk aku balik malaysia. girang toksah cakap la. hehe. (tq paknjang, maknjang!)

so here i am. kat shah alam dah. kalo nak diceritekan pengalaman aku rasa memang tak cukup sekadar blogging. puas jugak dapat lihat dengan mata sendiri dan hidup sewaktu dengan zaman revolusi mesir walaupon tak dapat tengok sampai habes. sekarang aku nak tidor. sejak daripada malam terakhir di ARMA sampai la sekarang aku tak penah dapat tidor lebih dari 2 jam. asek terganggu je dengan pergerakan & proses penghantaran balik. aku doakan mesir cepat2 aman. aku tak nak dok malaysia lama2 sangat. banyak tanggungjawab tak setel lagi kat mesir.

p/s: ape la jadi dengan ain & maya kat sana. kura2 aku pon. paan lak mesti risau ikan dia. semoga kalian tak mati.

p/s2: aku ade masuk tv sket. kene la tayang. bukan selalu: http://ladynaza.blogspot.com/2011/01/bimbang-nasib-pelajar-malaysia-di-mesir.html

Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.