Thursday, December 30, 2010

pagi yang gelap kini sudah terang.

duit biasiswa dah masokkkkkk.

arghhhhhh.



Saturday, December 25, 2010

paranoid.


#1:
baru2 ni aku terbaca blog-blog orang yg paranoid terhadap teori konspirasi. kalo sikit2 aku tahan lagi tapi kalo sampai dah tahap upin dengan ipin pon jadi bahan teori memang bongok la kan.

katenye:

sebutlah Uffin. bukan Upin kerana dalam bahasa Aramaic Upin bermaksud "aku benci rasul"
dan sebutlah Ariffin (mcm nama bapak aku pulak dah ha) dan bukannye Ipin kerana dalam bahasa Syriac bermaksud "aku suka israel"

bole pulak dia rajin bebenor carik maksud pekataan 'Upin' dengan 'Ipin' tu dalam berlainan bahasa kan. pening betol. pastu ade lagi:

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

ahahaha. teguling aku. agaknye lepas ni banyak akidah orang bercinte rosak sebab gune kata ganti diri 'I' dan 'U'. takpon semua jenis bende yg berhuruf I dan U akan jadi konpirasi seperti Usop sontorian, Ultraman taro, majalah I-man, Ikan goreng, Ustazah muhafazah cantik2, Unta, Iguana, Ida nerina, Indra putra mahyudin, Itik pulang petang, Itik serati jiran dan lain2.

kesian la dekat Upin dengan Ipin. katun budak2 tu, beb. sempat pulak Israel laknat mane tah nak hallo2 pengarah filem Upin Ipin tu kasik konspirasi sebarang dua.


#2:
ade jugak yg aku terbaca pasal konspirasi illuminati kejadah tentang bola sepak. aku jumpe bende ni dari 2 tahun lepas lagi. aku dengan paan salleh baca pastu gelak2 sebab kesungguhan manusia mencarik bukti2 illuminati. kadangkala aku rasa mcm keliru tak tahan nak gelak ke atau nak nangis. tak pasal2 AC milan ngan MU punye lambang pon kene. tekan link

macam2 la weh. walaupon aku anti MU tapi jangan la berusaha bebenar carik bende2 illuminati ni semua. kesian atok ferguson tak bole nak beli player Islam nanti. rugi la bakat2 player islam seperti Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. lul.


#3:
ni latest aku baca. paling kelakar. walaupon aku bukan hantu gadget tapi aku tetap rasa kelaka.

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

terduduk aku bertasbih bile baca bende ni (masa baca tu aku berdiri). siap solat tak sah lagi 40 hari. aih, pandai2 korang la. cume aku nak bagitau paranoid ni la yang membuatkan umat Islam jadi penakut. semua bende nak diragu2. semua bende nak diburuk-sangke. nampak apebende yg ada kaitan sikit dengan sign2 illuminati/freemason abes diragunye (cth: checkerboard, pyramid shaped, lady in red, one eye dan lain2 korang baca la sendiri pasal sign2 illuminati/freemason ni) lepas tu gadoh same2 Islam. haish..

community medicine pon konspirasi. patut la aku amek dur tani dulu.


teksi kat cairo (checkerboard)


telur mata kerbau.


tq blogger2 ntah mane2 (aku tak ingat mana satu) yg banyak aku baca idea2 mereke.

Saturday, December 18, 2010

kasih keluarga.

bila pulang ke rumah dari airport, aku perasan bilik aku sunyi.. dah takde suara2 riuh mereka.. takde suara mama panggil2. suara gelak tawa derang dah hilang.. suara izz jerit2 pon dah takde..

aku tengok barang2 yg derang tinggalkan satu2.. aku kutip, aku simpan..

nasi lemak yg mama masak pagi tadi pon aku simpan.. sayang rasa nak abeskan.

baju2 abah yg abah tinggalkan untuk aku pakai terus aku bersihkan satu2.

...pastu aku terjumpe baju izz tepi almari. aku cium baju dia. aku peluk. aku teringat izz sangat.

aku tak segan untuk menangis banyak2 sepanjang hari. aku rindu diorang..diorang family aku.

Friday, December 10, 2010

kisah tauladan tentang sekolah dulu-dulu.

hari ni aku nak cerite sebuah kisah tauladan. aku cukop nyampah dengan satu jenis perangai ni. korang penah jumpe tak ustat2 atau budak2 medic yang bile ditanye dulu sekolah mana pehtu dia kate "ade la sekolah ni..kat selangor..". pehtu bile ditanye dengan lebih teperinci, dia jawab "sekolah kat Klang..".

ape ke susah ko nak ngaku ko KISAS ha,mangkok? kalo cakap ko KISAS pon ape jadi? muke orang ramai akan luluh ke ape akibat malu jumpe org bijak lestari?

dah berkali2 bende mcm ni terjadi sepanjang 6 tahun duduk mesir. terbaru ni, tak sampai beberape hari lepas, diriwayatkan ade member aku sorang ni pegi buat lesen dan terjumpe la sorang ustat ni kat tempat tu.

ustat ni tanye member aku tu dulu sekolah mana. (agak samar2 jugak la kan perangai dia nak suruh org tanye balik dia pulak sekolah mane..tapi bole syak kot) so member aku jawab pendek dan padat "sekolah agama bestari JAIS.."

"oo..sekolah tu! pandai tu budak2 sekolah tu!!.." reaksi ustat tu. mcm haram perangai tah ape niat dia.

pehtu member aku ni pulak saje la ringan mulut tande orang baik-baik bertanye la balik kat ustat tu "ustat dlu sekola mane pulak?.."

ustat tu jawab "em..ana? adelah satu sekola ni kat selangor.."

member aku yg dah sememangnye masak dengan perangai spesis ni hasil dari didikan batch aku pon terus tersenyum dalam hati. agaknye member aku ni siap maki sekali sedas dua dalam diam. member aku pon teros bagi reaksi seterusnye (ustat ni kompom la tengah tunggu member aku tu tanye lagi sampai abes).

"oo..kat selangor..kat mane eh?" tanye member aku.

"err..kat Klang.." jawab ustat poyo terbabit.

"oo..Klang? hishamudin kampung jawa eh? "
"PKG kampung jawa?"
"sekolah tamil dekat2 town tu?"
"sekolah ape eh..sekolah methodist sebelah sungai tu ke?"
abes semua jenis sekolah keliling Klang member aku tu sebot. (nama2 sekolah yg member aku sebot tu aku tak ingat sebenarnye. yg atas tu aku tibai je except hishamuddin) melainkan sekolah ustat tu je member aku tanak sebot. buat2 mcm tak tau dan tak pernah dengar.

last2 ustat tu ngaku jugak dia sekolah KISAS. namun member aku tak bagi respon. senyap je.
hambek ngko.

aku bile dengar cerite ni tadi teros aku bersyukur dan berharap semoga spesis mcmni tak wujud lagi. poyo nak mampus,tahu?

p/s: budak KISAS yg best tersangat la ramai. member2 aku sume best2. paan salleh jua best. cool je. kelas pertama KISAS spm 2004 siap. aku cume meluat satu spesis yg konon2 tanak ngaku dia KISAS ni je. supaya nak menjaga hati org ramai agar tak tersinggung dengan kebijaksanaan dia ke ape? takde aku nak pengsan nyelah bile dengar ko KISAS. tapi aku still respek budak2 KISAS. memang sume bijak2 dan muhtaram. cume jangan la poyo kalo org tanye sekolah mane dlu. budak2 yg sekolah biase2 lain ni sakit hati ok?

Sunday, November 28, 2010

nama2 penghuni rumah.

satu pagi.
ahli rumah aku si H datang kat aku mase dia tengah bersiap2 nak pergi dars. dia hulur kertas A4 kosong dengan pen.
"wrq, tulis nama ko ngan nmbor tepon kat situ.." ulas H dengan ringkas.
aku heran. aku tanye apsal. dia suruh tulis aje. dia tambah, "tulis sekali nama rumah ni.."
aku dah mule syak sesuatu. hati aku tak sedap.
"ko tulis la dulu, H..nanti aku lak tulis.." kata aku.
"ala..ko tulis je la dulu.." balas H.
aku desak H dengan soalan2 susulan bak leading question mase amek history patient.
"em..ni untuk biro perumahan.." akur H perlahan.

(sesi pass mengepass kertas A4 kosong berlaku beberape ketika yg agak lama. lol)

last2 H cepat2 tinggalkan aku dengan kertas A4 tersebut. aku dah resah tak tau nak buat ape. cemas.

last2 aku tulis jugak. aku tulis mcmni:

1-

2-

3-

4- Muhammad Nazrul Syazwan Bin Kamarul Ariffin. 0112216***.

aku pulangkan kertas kat H.

(H kesal taktiknye gagal)

H carik si FN pulak. H dengan FN bising2 sebab masing2 nak rebut isi tempat nmbor 3. aku guling2 tengok keadaan mcmni.

oh, dan aku pesan kat H, jangan letak 'Beit' depan nama rumah. letak 'rumah' sudah. H setuju.

'Rumah Mobtadayan' mungkin.

mungkin FS yang akan jadi mangse tempat kosong pertama atas kertas tersebut. haha. tapi aku rasa macam tak mungkin je. kompem la FS akan tambah satu lagi nmbor 5 bawah nama aku.

Saturday, November 27, 2010

menjadi seperti kain buruk di dalam rumah terjelepuk begitu sahaja.




salam.

aku dah mule nak jadikan blog aku serupe catatan kehidupan pulak. tapi yg style pemalas punye. update cara sebulan sekali. tiap2 hari aku bukak blog sendiri sebenarnye tapi semata2 sebab nak tengok kat sidebar blog ruangan 'blog singgahan harian' tu. aku suke baca blog2 yg tesenarai semua kat situ. sume kawan2 aku je kat situ. mostly derang cerita2 pasal kehidupan, cerite2 mengarut yg derang alami hari2 dan pelbagai lagi perkara mengarut dan tak penting. buat aku terhibur. aku tak baca sangat bacaan berat macam blog2 politik atau perbincangan agama yg nak kene scroll >80 kali untuk abeskan. bukan aku tak baca langsung, aku jarang baca.

macam yg semua org yg kenal aku tau, aku seorang yg susah nak keluar rumah. kecuali: kelas, main bola, tengok bola kat ahwah, khairuzzaman beli ayam, dan kedai runcit tharwat. tu je la. makanye 80% waktu aku dalam setahun pengajian adelah dalam bilik MAIN KOMPUTER [kene caposlockkan siap2. kang kene bakar].

biasenye org nak ajak aku pegi makan pon susah. bukan sebab saving sangat. aku suke je makan2 cume aku malas nak keluar rumah. aku suke makanan kat rumah. sebab tu masa aku sekolah dulu aku target 1st sekali ciri2 yg wajib ade pada bini aku adelah dia mesti reti memasak. keh2. so ceritenye kalo takde orang masak kat rumah, instead of ikut natang alah Daud & Wawan gi makan luar, aku akan call kedai makan Shef bawah rumah aku suruh antarkan makanan ke rumah aku. kekerapan melampau sampai kalo aku call restoran Shef tu, samada Syed yg jawab atau Ammu Naser jawab fon, derang cume akan tanye "nak pizza ke crib hari ni, muhammad?". pehtu terus letak fon. derang dah tau aku mesti nak samada pizza ayam doh nipis cheese lebih dan taknak zaitun ataupon aku nak crib ayam mozarella tanpa capsicum. alamat aku derang dah hafal. yg peliknye, aku tak penah muak walaupon ngadap hampir hari2 sejak dok Sayeda ni.

erm~tp kadang2 aku ade jugak rasa nak makan luar. jarang perasaan mcm ni datang ok. Daud selalu ajak aku makan luar. aku besenye menolak. mendalah Daud ni pon satu. ade ke ajak aku makan TGI la, Chilli's la. ingat aku dak ppuan yg baru abes exam ke ajak makan bende2 mahal cenggitu. lul. Daud akan keluar makan TGI Friday dengan adek dia si Wawan tu pada tiap2 malam jumaat. menyambut hari Jumaat kate derang. sesekali derang ke Chilli's atau hard rock cafe. bende2 yg sekali makan 100 genih sorang. dalam kepala aku terus relatifkan kepada sehelai jersey. dah bole dapat sehelai baru dah tu. haha terus tak jadi. kekdahnye memang aku tak penah la makan TGI atau Chilli's atau Wagamama atau Planet of Africa jadah2 sume sampai sekarang. semoga Allah bukakan hati aku satu hari nanti. hehe.

em~kalo nak makan luar pon, tekak aku ngade2 ade bende2 specific je yg aku suke. dan ade kemungkinan aku akan pegi kalo diajak. contohnye GAD kt tahrir, Al-Emam kt sayeda, Pyramid kt kasrel ainy, restoran Sabe3 kt hayyu sabe3 [susunan mengikut kebarangkalian]. semua restoran boring dan tak standard la. ape barang kan. tp tu la dia yg aku suke. makanan2 yg biase aku order kat kedai2 tu:
GAD - makanan arab. aku akan order ape yg Ustawat ajar aku makan kat situ masa mule2 dulu: foul samnah, kentang goreng sepinggan, telur mata kerbau 2 bijik, tokmiyyah sepinggan, sos banyak2, teh susu, dan roti sebekas. harge: lebih kurg LE15 sorg

AL-Emam - daging2 bakar. Daud yg ajar aku makan sini mule2 dulu. biasenye kitorg akan order: rusuk kambing bakar setengah kilo, kabab kambing setengah kilo, ayam setengah ekor, kentang goreng 2 pinggan, tummiyah (krim bawang putih), baba ghanoug, tohinah, roti 2 bekas. total harge lebih kurang LE 160 (kalo bahagi 3 org sorg LE50 lebih la)

Pyramid - sandwich2 dan nasik. ni mcm2 bende aku bole order sebab sume bende aku dah try. tapi biasenye aku order wagbah miki (suku ekor ayam bakar, nasik, roti, tummiyah, coleslaw, air tin, kentang goreng) harge wagbah miki LE 15. berbaloi kan? tp sebenarnye harge kedai makan pyramid ni mcm aram kenaikannye sejak 2005. mase aku tahun 1 dlu, ape2 nasik hargenye LE7.50 je. sekarang dah jadi LE14. inflasi kekdahnye.

restoran Sabe3 - nasik2 asia. tiapkali aku pegi aku order: nasik goreng daging merah, tomyam ayam, telur dadar. argh. terliur tibe2. tomyam dia memang sedap setakat ni. dan aku rekomen korang try tomyam udang. Iwan ade order haritu, aku rasa2 dan terbukti puas ati. badjet duit utk restoran ni: LE 15.

dah jadi macam review kedai2 makan pulak post kali ni. mule2 nak cerite pasal aku jarang le;uar rumah je. last2 jadi camni. kesal.

dah la ye. aku penat. pagi ni kononnye rajin la sket nak pegi tuisyen. sekali aku sampai2 center tengok2 lengang. aku dah syak sesuatu. rupenye Dr Ashraf Zaki tak sehat. syafahullah la kekdahnye ye. aku cepat2 balik sebab tak sabar2 nak sambung TIDO dan berangan [terpakse dicapslockkan sekali lagi. demi keselamatan]. oh, lupe pulak nak kabor satu dunia yg aku baru abes exam round ke tiga sejeri haritu. baca bagai nak rak jugak la. sekali alhamdulillah soalan keluar hydrocephalus & brain abscess. lebih tanye kepada classification, stages, & treatments. lega dah abes satu lagi round. next week bukak buku baru la nampaknye. bak kate paan, tahun 6 kene serius sket. tp bakar tetap bakar. lul.

k, semua. selamat ye. kepada yg beli borang dan sign, mudah2an cita2 jadi AJKT/presiden tu termakbul la ye. amin~ lul. bye.

kantoi berseorangan di situ.


Teh susu@ahwah bawah rumah. match Milan vs Auxerre.


set wajib@GAD, syare' Fuad.


Nifah Doni, Kabab Doni@Al-Emam.


Wawan@kedai pool bawah rumah


Daud juga. nampak mcm bekas student harvard.


aku noob. jangan risau.


Wa'dulhaq-Alfawwaz@match day 2, menang 6-4. sampai sekarang lutut & ankle aku belum sembuh. isk..tapi takpe, aku puas.

Sunday, November 7, 2010

hati riang semua nampak. hati terguris siapa yang tahu.

"ahh.. gua stress. gua nak tido. lu jangan bising2 kang gua lempang. arghh.." amok aku tibe2

"ko apahal warouq? nak mampos?" afiq datang mencurah minyak ke dalam api.

"ah..senang ahh idopp cmtu..! senang ahh idopp.." (sayup2 dengar suara paan salleh jerit sambil sterika baju dari ruang tamu)

"bengang siottt...best la idop tak yah susah2..argh" aku teros tido.




mode lepas tengok2 gambar budak2 baru2 kawin.

Tuesday, November 2, 2010

air dicincang tak akan putus.



selamat petang.

hari ni aku ade mood sikit nak bercakap. aku baru balik dari sekolah ni. penat toksah cakap la.part paling menyampah bile balik sekolah adelah part jalan kaki ke rumah. biasenye sepanjang jalan tu aku terpakse abeskan 5 buah lagu Charice Pempengco secara tartil dan tahqiq. bersabar dan tenang walaupon penat. tambahan pula, hari ni hari aku masak. maka, biasenye aku selitkan maki-makian juga. mcm2 jenis binatang disebutkan.

aku singgah Khairuzzaman tadi. beli ayam, kentang, susu dina farm, minyak masak, cili hijau, NuCreama dan topup. aku ternampak satu kumpulan budak2 lelaki sekolah yg umur sekitar baru baligh sedang bergaduh. aku berenti kejap tengok2. terhibur betul aku. rs macam tengok cerite Crows Zero. budak2 ni rosak betul la. tapi takleh celen orang malaysia gado la. lagi best. macam syaitan. tak caye cube tengok ni sample free aku kasik: klik sini utk video berjudul "mampos la mak engkau..eh, mampos la bapak engkau!!"

sampai Khairuzzaman, aku cucuk HSBC kot2 ade ong tibe2 ade duit. namun tiada. sambil teresak2 depan ATM aku ternampak sorang makcik tolak trolley. dalam trolley ade beras. aku buat donno je sebab takde bende yg best utk aku amek port. tapi sekilas dia lalu sebelah aku, aku terus terpana sebab tenampak ade budak umur sekitar 9 bulan kat celah2 beras tengah tido. anak dia rupenye. bile budak tu berbunyik je mak dia tepuk2 beras belakang anak dia kasik empuk sikit. baby sambung tido. aku gagal memberikan reaksi mase tu. kaget tengok perangai arab yg serba kreatif.

alang2 jalan khairuzzaman tadi aku sempat pusing2 kat Saad Zaghloul kejap. saje nak tengok2. rupenye petang2 memang penuh manusia kat kawasan tu. macam2 jenis barang jual tepi2 jalan. macam pasar malam rasanye. ikan ade, daging, ayam idop, sayo2, barang2 plastik, utensil2 dapo, alat tulis, baju dalam, baju luar, stokin, spek, minyak wangi, ubat gegat, sume ade jual. aku ade gak terasa nak beli garfu sebab rumah aku memang tak penah ade garfu. sedih bukan? tp tengok2 beg duit ade sekeping 5 genih je teros batalkan niat baik aku. mampus la sana pakai sudu gak la makan megi pon. kah2 [ngok, susah gle nak makan megi gune sudu ok]

saad zaghloul petang2


sambil2 jalan tu, tenampak jalan kecik tepi metro terus teringat zaman tahun 1 dulu main bola ramai2 dengan senior semua kat situ. dari batch abg Salman tahun 6 sampai la batch aku tahun 1 sume main sekali sama2. best sungguh mengingat waktu2 tu. dan yg paling bestnye, waktu tu amb* pon main bola same. haha. ajaib2.

akhernye aku sampai rumah dah. kene pikir nak masak ni yg aku bengis ni. boring betol la. tapi atas dasar kasih sayang terhadap rakan2 serumah yg takde bertepi, aku masak la jua. aku stress la tiapkali turn aku. aku dah la bizi banyak bende lain nak buat seperti main game, tengok charice pempengco kat youtube, sms awek dan sebagainye. pening la. pening. budak2 ni kang dekat2 maghrib ni start la merengek-rengek lapar. haih. manje betol. lol padahal aku pon same je time hari2 org len masak.

oh buat pengetahuan semua, aku dah nak start rajin2 sket belajar ye. baru plan nak start bukan dah start ye. dah lambat, aku tau. jangan maki aku tapi nak buat camane. kesedaran baru datang ni ha. sampai aku tengok patient kat kelas tuisyen Dr Acap Zaki kelmarin pon dah pandai medic ni aku sentap ni. siap dia lak kasik briefing ringkas sebelum aku letak stethoscope atas dada dia. "hena howa da makan bita3el A1..hatesma3 sout gamid..wa hena ba2ah [dia tunjuk apex], hatesma3 click (ejection click)..bsur3ah.." aku tebeliak sambil tutup gigi dengan tangan ekspresi tekejut ni aku tambah je kasi sedap cerite. watafah, pakcik ni power! aku pon terus auscultate dengan penuh rasa kehambaan. aku nak belajar banyak2 lagi kat sini sebelum abes. at least bile aku cek patient time kerje nanti aku akan buat dengan penuh keyakinan. hnsss. hnsss. hnss..

selamat menyambut musim sejuk kepada semua. [lol, aku nampak budak2 baru dah semangat dah pakai baju sejuk walaupon tengahari masih amat lah panas. ok la, ok la. husnuzon, derang demam. kang ade plak yg sound kang.] dan salam aidil adha. kene ucap awal2 sebab kompem aku tak update punye sampai disember. bye2!~ :))) [cute kan? mcm nak kene sepak]


GALERI ASALKAN UPDATE SUDAH:

rak buku baru. beli kat yaser. dah 6 tahun baru ade satu rak buku besar ni. ape macam?


awek baru. namenye Dell-iyana.


bau kambeng merata2 sekarang ni. terasa betul musim aji dah dekat.


budak2 kelas aku. sekor depan aku ni siap baca sokkabar time dokte tengah bebel kat depan.


D-iyana. awek lama dan lama dan lama dan lama2nye. tahniah dah grad~saye bangge ok!



baru aku sedar post ni takde kaitan dengan tajuk post.

Sunday, October 10, 2010

budak2 makin bijak sekarang ni. makin pandai. makin cemerlang SPMnye.

setahun demi setahun, makin pelik la aku tengok perangai dak2 tahun 1. cool je maintain sombong. lain betul dengan kitorang mase 1st year dulu nampak senior kitorang belari nak salam tanye khabar, tanye macam2.

at least senyum la, bro. gua tau lu orang ramai, yuran mahal, stadi gempak, takyah ade senior pon takpe. gua tak kesah. gua tak pernah mintak orang hormat tapi SENYUM la kalo bertembung. mesra la sikit, bole? lu ingat gua tunggul senyum sorang2?

Thursday, September 30, 2010

setahun lebih lagi.

hah. ckup 3 bulan aku tak apdet ni. haha. pemalasnye aku, ya rabbi..aku bukan ape. kekadang tu ade je mende terpikir nak cerite. tp sudahnye bile tiapkali ngadap komputer, aku buat bende lain. aku lagi suke baca blog orang daripada menaip kat blog sendiri sekarang. tah mane pegi mood bercerita aku hilang ntah.

cuti aku pon dah nak abes. bole kata dah abes dah pun sebenarnye tp still tak bole balik dengan sebab tiket tak dapat tukar tarikh yg aku nak. semuanya penuh. salah aku jugak sebab lambat tukar tarikh tiket. aku harap kawan2 tak tinggalkan aku jauh2 dalam pelajaran. dah la kepala tengah sejuk ni. bekarat je medic dalam kepala aku akibat cuti lama2 sangat. dia punye tahap karat sampai aku tengok buku surgery pon aku dah rasa loya tekak. uish bahaya ni. tindakan susulan perlu cepat diambil contohnye dengan pergi ke tuisyen, gi kelas, gi mesjid dan sebagainye. loeuls. biar terang balik hati nak terime ilmu. insaf kejap. *nannes*

[3 hari kemudian. tengok, punye la malas]

aku baru je sampai mesir ni. bilik aku punye habuk tebal mcm salji. haramjadah kan? 2,3 kali aku keluar masuk bilik sebab tak tahan bernapas dalam habuk. stress aku. dengan emosinye aku terus capai beg plastik itam, aku lempar sume bende yg bersepah dalam bilik tu stret ke dalamnye. abes sume lantai2, dinding2, barang2 hiasan, foto frame, buku2 sume aku kene lap. kipas lagi la takyah cakap habuk dia camane. cukup menguji ketabahan aku. "orang yang bersabar itu disayangi Tuhan.." bak kate Kirana. aish. dah la kepalotak aku teringat malaysia je ni. huu..

posisi almari n tilam dalam bilik aku pon aku dah ubah. biar datang mood baru niatnye. komputer desktop yg besar gadang tu aku dah lempar letak kat ruang tamu. wakafkan bagi kegunaan ramai. tengok2 tilam aku, baru aku sedar dah bertahun2 aku tido takde bantal. aku ingat esok lusa nak pergi beli bantal seketul. baru la nampak tilam aku sempurna sket berbantal. pastu aku ingat nak cat la bilik aku ni. buat kaler pink ke, ungu ke, oren ke. style jugak gamaknye.

lepas berjam2 aku mengemas, badan aku pon dah naik pedih, kepala pon pening dah tak cukup tido. perut aku lapar sangat dah tp tak mampu nak dilayan. terus benam kepala atas tilam. hm~..tp fikiran aku jauh kat malaysia sana..


selamat sambung belajar ye untuk aku.


gelagat Izz Nuaim yang sentiasa aku rindu.


sempat berjumpe ustawat berkali2. seronok betol berborak dengan orang tua ni. haha. jangan marah na. hehe


sempat ke Sabah dengan family. tak sangke sabah sangat maju ye. sangkaan aku terhadap negeri kelahiran iwan isa dan acap isa sebelum2 ni adelah salah. keh2.


mama. peneman aku sepanjang aku begoyang kaki kat shah alam. doa2nye selama ni banyak memudahkan urusan hidup aku. teharu. sobs.


memori Bagan Datoh. takkan aku lupe sampai bile2 :)


lagi Izz Nuaim. dalam banyak2 orang [selain mak bapak dia la kan], Izz paling suke kat aku. tak tipu ni. kalo aku datang dekat mesti dia mintak aku dukung. tu yg buat aku makin rindu kat mendalah ni. sedihnye. huu


Hadramawt@ampang w ustawat. aku terlupe camane nak senyum. luls.


memori bandar melaka & klebang besar. pon takleh lupe.


testing baju konvo. em, selamat berkonvo minggu depan~! sori tak dapat datang. amat kecewa. hm~ tp still, im happy and proud of you! tahniah2~ :)))




p/s: bermula lah kembali musim belajar yg tak berape menyeronokkan. naseb bek ade kawan2. ceria jugak hidup aku dibuatnye.

Monday, August 16, 2010

cuti buat la cara cuti. tumbok kang.

dah macam rupe dewan exam dah sunyi sepi.

salam ramadhan buat rakan2. merokok itu haram. batal puasa dan menyebabkan kanser. bole mati awal.

aku sangat gembira ramadhan kali ni sebenarnya. rasa terisi lebih sket dari tahun sudah2. aku nak insaf la. nak jadi orang baik [aku sndiri tegelak]

aku nak kongsi satu cerite. kisah seorang isteri dan suaminye.

hari pertama lawatan sambil belajar aku ke hospital Kajang, aku diarahkan oleh sorang specialist cina yang garang ni untuk hanya berlegar2 di kawasan wad atau labour room sahaja. dia perkenalkan kat aku seorang akak HO yg bertugas. dia suruh akak tu bawak aku ke tempat2 yang aku boleh belajar. rupenye akak tu adelah kakak si Wan mohd Kamal. namenye juga Wan. aku tercari2 Bais tapi rupenye Bais masih cuti nikah kata kak Wan. isk. kak Wan pulak tugasnye di klinik hari tu makanye aku tinggal la sorang2 terkebil-kebil tak tau nak buat ape. aku sorang2 student masa tu. aku pekenalkan diri kat dokte2 tu "er..nama saya syazwan..sile tunjuk ajar" [muntah] tp sumpah dokte2 yg lain tu sume sombong tanak layan student mcm aku ni. tau la aku tak ensem. tapi sebenarnye mungkin derang busy sangat so takde masa nak layan student. baik kan aku husnu dzon di pagi2 ramadhan? aku pun membawa diri pekenalkan la diri kat nurse2 yg ada kat labour room tu. alhamdulillah ade jugak yg melayan. kebanyakannye nurse2 praktikal dari kolej SEGi. derang dengan pantas mengajak aku tengok sorang akak ni nak besalin. umur 27, gravida 2 para 1. dah lama akak tu baring, tapi tesengih je. dah ade show [darah2 lendir yg keluar awal2 bersalin], tp contraction lemah 1 in 10 in 15 seconds, liquor amnii belum leaking, baby masih floating tak turun2 dah berjam2. 6 dokte keluar masuk bilik tu buat VE (atau PV) tapi station masih jauh. katenye ntah -5 stationnye. palpate kat abdomen pon rasa kepala baby masih tinggi. nurse cakap sekurang2nye untuk rasa station baby tu dengan jari masa VE, baby tu mesti la kat kedudukan -2. semua bingung menunggu baby tu tak turun2. naseb baik akak yg nak bersalin tu kelaka orangnye. sakit pon masih lucu. takde la boring sangat kami.

last2 dokte decide nak buat ARM (artificial rupture of membrane). tp lepas digodak2nye, still tak bole nak bocorkan membrane tu. tinggi sangat lg agaknye. dua tiga kali gak dokte masuk untuk cube buat ARM tp takde hasil. so derang bagi pulak drug utk induce contraction sebab contraction still 1 in 10 in 15 tak ubah2. aku tak sure oxytocin atau ergometrine atau syntometrine (campuran) ke hapekemende tah sbb sumenye derang pakai trade name. aku tak ingat. contraction memang bertambah kuat n kerap pastu. tp still baby floating lagi. makin kuat contraction, makin saket la akak tadi [tp masih merepek buat2 lawak]. tp aku kesian tengok akak tu menahan.

beberape ketike pastu keadaan still tak banyak progress. dia dah makin sakit. akak tu tanye nurse pelatih sebelah dia, "dik,ade ke orang len kes macam akak ni sebelum ni?". nampak sangat dia resah. akak tu tiba2 cakap kat aku, "dokte yang tak ensem, bole pinjamkan akak henset tak?".. aku dengan laju hulur enset aku yg buruk tu. "oh kak, saye belum dokte lagi, belajar pon bongok lagi..tapi nah ni hensetnye..meh saya dailkan nombornya.."

akak tu rupenye nak telefon suami dia. dia takut kalau2 dia ade buat salah kat suami dia, tesalah cakap kat suami dia atau terkasar bahasa atau terbuat suami dia terasa hati yang akak tu tak perasan. aku dengar je perbualan derang. dia mintak maaf kat suami sungguh2. sebenarnye akak ni jenis orang baik2,alim2. suami dia bekas universiti azhar shibin el qum katenye. sementara dia guna henset aku, aku tinggalkan bilik tu.

pastu aku pon terus pegi ke labour room sebelah pulak untuk tengok patient lain. sekejap je aku pegi n belajar sikit2 pasal CTG pastu aku balik ke bilik tadi. tengok2 baby dia turun dah ke station -2. laju! sekejap je lepas tu, air ketuban dia plak pecah sampai basah cadar katil. alhamdulillah. "eh2, panas jugak eh air ketuban ni ye dik?" seloroh akak tu tak mengenal erti serius lambang nak bersalin. lega nurse2 sume. "mujur akak mintak maaf kat suami akak tu..biase la time mengandung ni kite cakap macam2.."

tapi aku tak sempat tengok akak tu masuk 2nd stage of labour pon. aku dah balik sebab ade hal hari tu kat rumah so kene balik awal. tapi esoknye aku dengar akak tu selamat melahirkan. tp aku dapat pengajaran daripada kes akak tadi tu bahawasanye, kemaafan dan keredhaan suami tu penting sangat ok. kadang2 ade bende yang dituturkan tapi tak disedari yang dipertuturkan tadi tu dah membuatkan si suami terasa hati.

tadi aku terdengar tazkirah pasal hadith kat radio [ape aku buat ni??], seseorang wanita ni mudah sesangat nak masuk syurga. hanye buat 4 perkara saje: jaga solat 5 waktu, berpuasa pada bulannye, menjaga kehormatan dirinye, dan mentaati/berkhidmat kepada suaminye. wanita itu akan masuk ke syurga, pilih je la pintu syurga yang mane dia nak masuk. ha, best kan?

so. habis dah la lawatan sambil belajar aku. goyang kaki kat rumah je sekarang ni. tengok tv je pagi sampai berbuka. astaghfirullah ape nak jadi. tp aku tak tahan citer2 siri indonesia banyak sangat yang menangkap. cinta kirana, benci bilang cinta, alisa. citer melayu pon best gak macam tudung ekspres tu. hoho. bukan ape, aku teman mak aku je tengok citer2 ni sebenarnye [alasan]. daripada aku tengok crite korea, baik tengok crite asia tenggara ni ha. ape barang korea. haha.


Bais. seorang HO yg tengah makan mee kat pantry.
Bais banyak mengajar aku sepanjang aku kat O&G department. dari patient admission center, ke acute ward, ke antenatal ward, ke post natal ward, ke labour room, dan procedure ringkas. aku ikut je belakang Bais. pe dia buat, sume aku tanye. best2!
"yang penting enta kene berani" pesan HO tersebut.


ingat raya je ke nak sedondon. Ramadhan pon bole. salam Ramadhan sume!

Friday, July 2, 2010

sayangkan mesir tinggal-tinggalkan. balik msia la jom bole makan nasik lemak pagi2.


kelmarin. naseb baik pagi tu gua sempat masuk dewan exam dengan tenang. exam pukul 8 tp 7.35 gua tengok member2 dok pakai singlet lagi tak siap2. lenggang mak limah seround dua. lepas tu masing2 mula lah kelam kabut. pakcik teksi pon dah nak langgar 3 orang dah atas jalan sebab gua suruh dia drive pantas. hospital O&G pulak jauh jaraknye dari pintu depan U. jiwa kacau sket. sampai2 je memang rezeki on time. slide pertama baru nak dimulakan. gigil2 gua tulis nama dan angka giliran laju. harap2 gua tak tetulis 'warouq'. kacau nanti.

10 slides berlalu kencang. gua bepeluh2 memikirkan jawapan untuk soalan pada setiap gambar. tambah pulak pen gua buat hal pagi tu macam senggugut sikit sangkut2 dakwatnye. "demmit!" bingkis hati gua. gua tengok paan salleh riang. natang ni dah nak balik mesia hari ni kasik la gua bakar last.

round ke dua, exam sejarah pulak. ambek history. patient petama gua sheet pasal past history sajor. patient kedua, menstrual history. masa yg di bagi takde la lama mana. tulisan gua memang dah haramjadah dah. gua setuju memang btol tulisan dokte burok. tp naseb bek patient dua orang ni baik. siap suruh gua tenang2 sket sebab nampak gua bertanye soalan kat dia mcm tak cukup napas sbb nak kejar masa. naseb bek tak dapat obstetric history anak 8 orang.

lepas tu exam oral. gua tak berape suke. dapat dokte yang agak garang. tapi gua buat muka tabah. harap dia faham gua cuak. cemane banding pon, dokte2 pediatrics gak best sebab sume senyum je pastu kalo gua tesalah pon derang tak marah n bagi motivasi. gua sayang pediatrics lebih la. (info exam praktikal pediatrics hari tu - 3 x rays, 2 CT scan, CBC, urine/stool analysis, gambar2, arterial blood gases, 1 full history, 2 patient utk clinical examinations, 1 dokte tanye pasal investigations, 1 dokte utk differential, 1 dokte utk treatment, 1 dokte utk oral exam)


secara tak rasminye tamat lah sudah pengajian tahun 5 gua dan rakan2 taulan. abes je exam gua salam2 dengan member2 arab semua sebab masing2 pon dah nak balik negara masing2. apis hamzah terus direct pegi tahrir beli tiket ke france. gua ingatkan dia seloroh. pukul 5 petang dia dah ilang ke paris. baru dapat ilham nak pegi paris masa malam sebelum exam katenye. memang style.

gua & naif. antara member arab yang paling gua rapat.


petang abes exam. gua, paan n daud pegi membeli belah barang nak bawak balik negara. ke hussein la mane lagi. budak melayu ramai kat khan khalili. gua pun dah tak tau mane satu budak medic, mane satu budak azhar. derang tengok gua pon nampak mcm muka keliru. sebab gaya gua tak terpelajar langsung, medic tak azhar pon tak. gua tak beli barang sangat. saving. setakat beli barang2 memenuhi hajat orang2 yg memesan kat malaysia je. lagipon misi utama gua bukan khan khalili tapi misi mencari pil barakah sekartun yang masih belum tecapai. berminggu2 gua carik. semua pharmacy dah kehabisan stock. call2 ustat Alang pon katenye dah abes. tanye2 ustat len pon kate mereka dah abes. gua macam putus harap.

malamnya, gua bekumpul dengan rakan2 sebatch kaherah kat costa coffee. sambut birthday faiz yang comel. lama tak kumpul sama. gua merepek puas2 sampai pening. frescato double chocolate malamtu tak sedap langsung.


malam tu ramai tido kat rumah gua. acap isa & izwan isa pon ada. kami main PES sampai lebam. gua dah tak larat, gua tido dulu sekitar 3 pagi kat hall. bangun2 je lepas telajak subuh, gua tengok iwan ngan acap isa dalam bilik gua masih gagah ngadap PC gua men PES. tak penat ke derang ni. gua syak derang makan gambir.

***

semalam, misi mencari barakah diteruskan. daud dah resah sebab dia pon nak gak sekartun tapi tak dapat2. daud call merata2. gua tengok je. last2 dia call Bawan nordin. bawan kata mebi ade kat pejabat PMRAM. dia pegi check dulu. kami riang.

sebelah petang gua main bola kat zenhum. ni kiranye last la sebelum balik malaysia. petang tu gua nampak soleh pakai seluar track panjang. gua letak henset dalam poket. gua naik teksi ramai2. sampai2 je zenhum, gua perasan henset bersimkad Maxis gua lenyap. gua saspek cicir dalam teksi. demmit. gua dah tak senang duduk. henset tu walaupon cikai [nokia 3100], tapi benilai. usia dia dah nak masuk 6 tahun. gua pakai dari SPM lagi buat tekel tunang gua skarang. SMS2 jiwang zaman budak2 dulu pon ade lagi gua tak delete. sedih gila kalo ilang. gua nekad nak cari. gua nak call henset tu tapi tak cukup kredit. gua SMS je gune henset bersimkad etisalat gua ke henset maxis gua yg cicir tu. gua text dalam arab : sori, henset ni tercicir tadi masa saya naik teksi ni. bole tak awak call nombor ni 0112216**6. saye budak malaysia. saya tak ensem dan pemalas [ok yg ni gua tambah]. lama jugak gua tunggu. sedih toksah cakap la. tibe2 tengah gua passing2 bola, ade orang call. driver teksi tu yg call. dia tanye koordinat gua kat mana mase tu. gua cakap gua kat zenhum lagi. dia suruh tunggu, dia kat Feisol, dia nak datang antar. tertangis gua mase tu. hepi sampai gua cium tiang gol. sampai je brader teksi tu, gua nak hulur duit minyak sebab sanggup patah balik dari Feisol. driver teksi tu taknak. lu orang bole bayang tak camane murni hati dia? kebelakangan ni gua banyak sangat jumpe orang baik2 kat kaherah ni. terime kasih Allah.

lepas je balik dari main bola, gua men fesbuk sepatah dua kata, teros mandi n siap2 nak meneruskan misi barakah. gua, daud n adik daud tahan teksi ke sabe3. sampai je dekat2 rumah perlis, meter cecah LE 19.25 sebab jam. gua nampak bawan dah tunggu dah dari jauh. lama tak nampak bawan. rindu jugak rasanye. hari tu dia balik sekejap msia lepaskan rindu kat isteri dan anak. gua respek bawan gile2 la lagi2 sejak sama2 pegi Darfur tahun lepas. bawan suami yang penyayang.

bawan senyum hulur 2 beg plastik penuh dengan pil barakah. aku pon senyum tak tesorok dah gigi. hepi misi tercapai. gua syak ni 2 pukal terakhir barakah dalam kaherah. terima kasih Tuhan kasik ilham tolong hamba carik barakah terakhir ni.

tulat gua dah nak balik malaysia. banyak benda gua plan nak buat kat malaysia nanti. yang penting gua nak jadi anak yang baik. gua tau mak gua mesti dah rindu kat anak laki dia yang sorang secara tak terkata dah. barang2 dah banyak yang gua dah packing. gua pack awal sebab malas kelam kabut. gua rasa masa jalan laju la. kawan2, doakan result gua okeh.

Thursday, June 3, 2010

di hari2 menempuhi peperiksaan dengan cekal dan kental.

agak2 korang sedar tak kalo time2 exam ni la biasenye orang berubah. bende2 yang biasenye orang tak buat, tapi time exam la nak dibuatnye.

time exam biasenye orang akan jadi baik. yg shaitan jadi baik tesenyum2 mintak libas. yg baik jadi lagi baik. abes semua maksiat ditinggalkannya. takut kene balasan dalam dewan exam. dan berharap Allah bantu kasik cemerlang exam. itu bagus. tapi yang buruknye, kalo lepas exam terus berubah jadi perangai lama balik. amalan2 tambahan tu sekadar exam period je. maksiat yg ditinggalkan pon kejap je. abes exam buat balik. bak kata paan salleh, "exam tiket orang berbuat baik". (klik utk baca) mebi ada yg kata "bagus la dia buat baik time exam. at least exam tu menjadikan dia rapat dengan Allah". betul tu tapi dengan syarat lepas exam kene istiqamah la.

pastu time exam jugak la otak kebanyakan budak2 tetibe asek fikir nak kawin. aku tak tau mechanismnye macamane tekanan membaca buku bole membawa kepada gangguan hypothalamus dan pituitary serta peningkatan androgen production dan aromatization yg tinggi. padahal mata tengah baca tajuk penyakit2 genital system ni tapi otak boleh melayang fikir kawen. kejadahnye bukan? siap bawak keluar list nama lagi untuk pilih nak taqdim. dah la ade list, siap bole tanye member lagi "weh, yg mana satu best ha?"

waktu exam aku akan tido di waktu yang salah. siang adelah malam dan malam adelah siang. kebaikannye adelah MUNGKIN dapat stadi malam2 yg sunyi dan takde gangguan [mungkin ye..mungkin]. tapi yang buroknye adelah chance utk menjamakkan solat zuhur, asar dan kadang2 skali dengan maghrib secara konsisten adelah sangat tinggi.

kadang2 pulak, time exam la perangai melayan movies/series semakin menjadi jadi. habes 350GB dilayan tanpa rasa kesal. aku baru abeskan 101 episod + 276 chapter Slam Dunk tak pasal2. ni tibe2 rasa nak tengok sailormoon pulak. ouch, gaynye.

di waktu exam jugak budak2 semakin kuat membakar. yang ni aku malas nak cerita sebab aku tak terlibat.

waktu exam pemakanan memang fail. asal sekadar makan sudah. tak kire la sarapan megi ke, lunch doritos ke, dinner snikers ke. persetankan faktor zat. asalkan cukup tenaga untuk libas2kan tangan selak muka surat buku sudah. pulak tu, waktu makan pon dah menentu. mesti ade punye la waktu makan yg aku miss. lepastu akibatnye mcm biase la dyspepsia aku datang menjelma. aku amek antacid dah macam minum pepsi.

muamalah dengan rakan2 jugak terjejas time stadi leave ni pada norma kebiasaanye. dok dalam bilik masing2 menadah buku. ape jadi dalam rumah gi mampus sana jauh2. kadang2 tiga hari sekali baru nampak housemates. tu pon sebab betembung dalam bilik basuh baju. siap bole salam tangan lagi betanye khabar.

******

mungkin sesetengah orang menyukai exam. tp bagi aku manusia biasa yang cukup sifat dan normal tak patut menyukai exam. walau mcmane aku fikir pon, tetap aku tak bole terima orang yg menggemari exam. exam ni waktu serabut. kalo tak pecaya, cubelah melawat member2 kita yang tengah study leave. muke dah macam tak cukup udara, tak cukup cahaya, tak shave, tak sikat, kurang kasih sayang, kucar kacir, tercungap2 dan lain2.


tekanan exam bhai..tekanan..

Tuesday, May 18, 2010

pemakanan tak sehat tapi puas hati.

ntah hormon estrogen mane ntah merasuk Daud Sulaiman dalam beberape hari ni. agaknye sudah bosan makan nasik dan ayam, idea membuat makanan2 ringan yang kurang sehat mencurah2 seiring dengan nafsu makannya.

pagi tadi sedang elok lepas aku solat subuh aku terdengar Daud bertukang kat dapur. aku jengah2 rupenye sedang menguli tepung. sampai putih2 janggutnye main tepung. salah makan pil ke ape orang ni tibe2 buat perangai subuh2. rupenye dalam usaha membuat roti canaiuntuk sarapan. Daud mengajak aku sama2 mengisi masa lapang di dapur. dia menenyeh tepung dan mencanai, aku tolong goreng aje. nafsu bujang kami kadang2 tak terbendung.

tenyeh tenyeh

tonyoh tonyoh. tebar tak reti. ahaha

gulung menggulung

roti canai bujang dan kari takde isi. sesuai untuk bujang2 yang takde kedai fatirah bawah rumah.



nak ditambah pulak cerite, tibe2 pas aku balik dari kuliah tengahari tadi si Daud kene rasuk lagi. dia ajak aku buat donut pulak. ai orang tua ni biar betol. dia kate tibe2 teringat kat donut J.co so untuk mengelakkan kempunan, terpakse la layankan nafsu liar ni.

sambil2 celup donut, aku masuk mulut sket. tersenyum aku sebab kesedapan. "macam J.co la, afiq!" ujar aku pada Daud. Daud gelak bangga tahan2 napas.

donut takde lubang lepas digoreng. bulat dan comel macam Daud kuih dorayaki.

coklat yg dicairkan.

proses celup mencelup.

tada!~ berkilat2 mcm kepala guru besar tadika Sayangku seksyen 18

wokeh, buleh bukak kedai bawah rumah.


"ok,esok karipap pulak" kate aku.
"okeh!!~" bilang Daud bersemangat.

Monday, May 17, 2010

lepas abes tengok bola kat ahwah bawah rumah tadi [barca menang liga. weeehu~], aku bergegas ke Khairuzzaman tak berape jauh dari rumah. niat asal nak ambek sikit sisa2 duit yang ade dalam akaun HSBC buat tampung makan minum seminggu ni. [semua Khairuzzaman kat mesir ade HSBC atm] tapi macam biase la, kalo dah alang2 kat depan Khairuzzaman mustahil la aku tak masuk. dapat rasa aircond dia pon jadi la. aku suke suasana dalam market yg maju macam tu. even takde duit, cuci mata pun sedap.

aku ni nafsu shopping pelik. kalo shopping aku tak heran barang2 mcm henset ke, mp3 ke, iphone ke ipod ke jadah tu sume. sebab tu henset aku dari 2005 tak penah tukar2 steady je cabuk. baju2 pon jarang aku beli. tapi kalo masuk kedai2 macam market2 ni memang aku suke. abes segala jenis makanan aku angkut macam kan kaya bonar. yg bestnye, kebanyakan barang2 kat Khairuzzaman lagi murah bebanding kat luar [promot]. so ceritenye, tadi aku pon ambek la macam2 bende buh dalam bakul. terus pegi kaunter nak bayar..

aku beratur belakang 3 orang. 2 paklong dan sorang maklong. banyak jugak barang dorang so aku tunggu. bile sampai je giliran maklong yg sorang tu, tibe2 berlaku perbalahan di antara beliau dan cashier. mule2 aku buat donno je tapi lama2 aku lak menyirap tunggu dorang gado. aku pun pasang telinge. rupenye makcik tu tak puas ati apsal mayonis botol kecik tu hargenye sampai 12 genih. aku pun tengok la mayonis cap ape makcik tu ambek. rupenye cap Mazola [mayonis paling sedap aku penah rasa kat sini]. memang la mahal. makcik tu tak puas ati, dia nak tukar amek yang len. sekali dia datang balik dengan botol Mazola jugak tapi saiz lagi besar. tu pun dia dok membebel lagi runsing sebab harga botol besar tu 23 genih. ai,makcik ni kalo nak makan Mazola bayar je la. kalo tak nak, makan Heinz sudah. stress pulak aku tengok makcik tu.

so lepas beberape ketika, sampai la giliran paklong depan aku. ha, ni bagus sebab laju. satu2 barang dia aku tengok di scan. elok je time dia nak bayar, tibe2 ade makcik sekor datang mencelah depan aku. langsung tak pandang aku yang duduk lama2 dalam line ni terus motong. aku tengok je dia parking pelan2 depan aku. muka dia atonic. shaitan bukan perangai tersebut?

aku dengan penuh kesabaran yang tersemat di dada, terus bagi can kat makcik tu. barang dia tak banyak pon so aku tenang2 memasung rewang masa yang sempit. then time tengah nak scan satu tin pepsi dia, dia tibe2 mintak kat brader cashier tu tukar pepsi dia sebab dia tak nak pepsi tu sebab ade gambar pemain bola. dia nak tin pepsi lama yang biasa tu. aku pandang lantai bertasbih dan bertahmid. sama je la rasanye, mangkuk. terpana aku dengan sikap tu. brader cashier cakap stok pepsi lama dah takde yg ade versi gambar world cup tu je. tapi makcik tu degil yang abadi. so berlaku lah perbalahan lagi. aku masih tertunduk layu. time tu makcik tu dekat je dengan aku memang aku rasa nak tubi perut dia dengan siku. perlukah makcik2 ni menjadi terlampau teliti sebegitu. aku kesal.

Wednesday, May 12, 2010

mamlakah el-hashimiyyah day 3 part III

"tercatat sudah..dalam sejarah. 7 pemuda yang beriman. melarikan diri ke dalam gua. demi menyelamatkan iman.."

sepanjang perjalanan menuju ke Amman kami menyanyi lagu raihan ni demi menghayati pengembaraan kononnye. lewat asar kami tibe di perkarangan masjid ashabul kahfi. penat tak payah cakap la. kalo boleh aku nak katil je sebab sepanjang hari aku duduk dalam kerete. sakit2 badan jugak rasa. tapi atas dasar semangat inquiry yg tinggi, aku bergegas keluar kereta nak melihat sendiri gua ashabul kahfi yg femes tu. penjaga gua tu dah nak tutup pintu dah sebenarnye sebab dah lewat tapi dia kasik chance kitorang tengok. elok aku tenampak je pintu gua tu aku terasa macam ade soundtrack Jejak Rasul main kat dalam kepala aku.

ko pahal awe? nak kene hentak? haha


betul2 depan pintu gua.


barang2 yang dapat di discovered hasil peninggalan ashabul kahfi.


kesemua 7 kubur mereka ade dalam tu. dan 1 daripadanye berlubang dan ditutup dengan kaca. so kalo nak tengok dalamnya bole la suluh. malangnye aku takde torch light. kalo disuluh bole nampak tulang orang katenye. wallahua'lam. penjaga gua tu pon start la bercerita pasal gua ni dan kisah femes ashabul kahfi terbabit serta kisah anjing hebat bernama Qitmir. sape tak tau cerite, pegi google. macam tak caya aku dapat tengok sendiri gua ni. selama ni aku selalu je cerita kat anak2 murid aku bile aku ngajar sirah tapi tak penah tengok btol2. kagum2.

1 daripada kubur2 ahli ashabul kahfi. [dan ustazah2 yg takde kene mengena]


lepas solat asar reramai, kami begerak ke bandar Amman untuk berlalalala di mall berhampiran. aku sempat ke Mecca Mall tempat cerite nurkasih dilakonkan. ahaha. tu memang target aku nak begambar depan Mecca Mall sebab aku fan crite nurkasih. ni semua salah ustawat sebab kenalkan kat aku cerite ni. haha. em,ape aku buat dalam mall tak perlu lah tau sangat sebab basically dak laki kalo pegi mall tentatifnye lebih kurang: makan --> kedai sukan --> kedai elektrinik sket2 --> semayang --> usha awek arab joden dan balik.

Mecca Mall! yeeha. mission accomplished.


lewat malam kami tiba di Irbid. jalan raya dah lengang. tak macam mesir 24 jam jalan penuh kereta. suasana agak mati di sini bile malam. utk memelihara kami dari menggigil kesejukan, Syed Ahmad Izzat Tuan Besar, Izham dan Nazirul membawa kami ke rumah Abdul Munir Sanusi untuk meminjam selimut. ni la kali ke pertama aku bersua muke dengan Abdul Munir Sanusi. kami merepek dah lama dalam fesbuk. tp tak pernah berjumpe. terharu rasanye atas kasih sayang yg diberikan.

suhu malam tu tersangat2 sejuk. kami menginap di rumah Nazirul dan Syed Ahmad Izzat Tuan Besar. sejurus selepas memacebook sebarang dua, aku tidur. esoknya seharian kami akan habeskan di irbid sahaja tanpa travel.

to be continued


*p/s: utk cerita ashabul kahfi yg lebih true, sile ke http://deqmoon.blogspot.com/2009/04/catatan-di-gua-ashabul-kahfi.html

Tuesday, May 11, 2010

12 Mei
:))))


let us keep counting.
salam sume!

amacam suhu 43 degree semalam? seronok tak? ahaha. 1st time dalam 5 tahun aku kat mesir ni suhu tinggi tu berjaya dicecah seawal bulan Mei. suhu serupe tu sepatutnye datang dalam area bulan 7 atau 8 yang mana kebiasaannye aku kat malaysia dan tak dapat rasa. sekali Allah nak bagi jugak aku rasa agaknya. menggelupur aku bhai. start dari petang sampai malam dekat 4 botol air mineral aku abeskan. semalam masa dalam dewan kuliah pulak aircond tak function. astaghfirullah azabnye tepakse bekongsi udara bahang dgn berpuluh2 budak lain. dah la nak kene focus kat doctor sambil kepala aku membayangkan baby yang terpusing2 dalam birth canal masa nak lahir. emosi pulak tak stabil sebab panas bepeluh2. ade budak ppuan arab kat belakang aku dah ngadu kat pakwe dia yg dia tak tahan panas lalu dua2 blah cmtu je tengah2 lecture. tak baik weh blah dari lecture kalo doctor/prof dah masuk kelas. cuba kite jadi doctor tu, mesti la terasa hati kalo dia nak ngajar je budak2 blah. adab kene jaga jugak. kalo tanak datang, jgn datang terus. kalo dah dok dalam kelas, dok diam2 sampai abes even tanak dengar. tido lagi baik.

semalam ade party untuk Dr Mahmoud Salem meraikan lecture tambahan dia yang dah nak abes. Dr Mahmoud ni memang femes dikalangan student tahun 5 sebab dia mengajar kelas tambahan Obstetric & Gynecology secara percuma. kalo kelas dia memang kompem penuh satu dewan. masa round O&G belum start dlu2 aku memang jarang sangat la nak pegi. sekarang ni je ade rajin sikit2. tu pon ponteng2 gak kelas tambahan Dr tu. ntah bile nak insaf kan.

party Dr Mahmoud Salem. budak2 arab yang organize sebagai penghargaan kat dokte Mahmoud


balek je dari kelas aku ajak Hekal pegi rumah Ayep-senior-yg-kacak untuk amek kipas angin. tahap kesabaran aku terhadap cuaca dah sampai limit. aku tepakse meminjam kipas angin senior2 ni yang tak digunekan. duit takde nak beli baru maka pinjam sajor. malam sebelum ni aku memang cukup terseksa tido berpeluh2. barangkali aku mencarut2 juga sambil tido.

em,hari ni alhamdulillah cuaca dah tak paneh macam semalam. adelah around 38 degree kot. kene lak aku masak harini. malasnye la sampai turn aku. tapi aku berazam semenjak duduk rumah baru ni aku tak nak masak cincai2. nak masak sngguh2 walaupon terasa malas. so aku banyak belajar masak dari mama aku dan dari tunang aku sebenarnye. dari kecik lagi aku memang suke bertenggek sebelah mama aku time dia masak. walaupon aku tak hafal ape yg mama tabuh dalam periuk, tapi aku suke tengok. kalo sekarang ni pon, time2 aku tengok TV kat malaysia aku suke tengok channel 703 Asian Food Channel. meleleh2 air liur time2 bulan puasa.


main masak2


hari ni ayam masak merah


masak lemak labu & ayam goreng berempah


sup?


hari ni aku dapat berita best dari abah. tiket balik malaysia dah ada. yay~sebenarnye agak tak sangka la tahun ni masa begerak laju tau2 je dah nak balik malaysia balik dah. cemas aku dibuatnye. so,sape nak ikut aku balik naik Qatar 5hb julai? aku takut la balik sorang2. aku kan penakut. hir2 *mintak penyiku*

dah malam sangat ni. tido la. esok sekolah. malam ni tido kat ruang tamu lagi sebab bilik aku panas jahannam [ade sabdu kat huruf nun]. aku sampai kene heret tilam keluar ke hall semata2 mengharapkan angin datang dari tingkap. bilik aku takde tingkap so bahang dia membencikan. naseb baik ade kipas free yg aku pinjam ni ha. wokeh,babai.
Muhammad Nazrul Syazwan Kamarul Ariffin,

Kasrel Einy School.